Testimoni Minyak Kasturi Anugerah

Testimoni Minyak Kasturi Anugerah

Suami benci jadi sayang

Kes 1: Suhaila Abas, 38, Batu Gajah, Perak

SAYA pernah bertunang tetapi tiga bulan sebelum majlis perkahwinan, tunang saya memutuskan pertunangan kami dengan alasan tidak serasi.

Hancur luluh hati saya ketika itu kerana banyak persiapan telah dibuat tetapi saya terima qada dan qadar Allah.

Sejak itu, saya semakin susah didekati lelaki dan ramai hanya menganggap saya sebagai kawan.

Siapa yang tidak mahu berumahtangga, tambahan pula umur saya makin meningkat dan ramai kawan saya sudah berkahwin.

Mereka mempunyai zuriat sendiri dan hidup bahagia, tinggal saya keseorangan dan kesunyian.

Kasihan dengan nasib saya, rakan sepejabat memberitahu mengenai ibu saudaranya bertemu jodoh selepas sekian lama membujang, apabila menggunakan Minyak Kasturi Anugerah Seri Muka.

Saya terus membeli minyak itu dan mencubanya. Pakai pun macam guna minyak wangi, jadi tak kekok ditambah baunya yang harum.

Baru dua bulan mengamalkannya, saya menjalinkan hubungan dengan kenalan lama. Dulu kami rapat tetapi sejak beberapa bulan ini, hubungan kami semakin intim dan timbul rasa kasih dan cinta.

Mulanya saya ingatkan hanya bertepuk sebelah tangan, tapi alhamdullillah, dia juga menyimpan perasaan yang sama.

Saya bersyukur masih ada insan yang menyayangi saya, dan berdoa hubungan kami ini berakhir di jinjang pelamin, insya-Allah.


Kes 2: Atillah Ali, 43, Kajang, Selangor (013-6338417)

BAYANGKAN perasaan seorang isteri jika si suami mengelak memandang muka isteri, seolah-olah amat benci?

Sebelum ini, hubungan kami bahagia tetapi sejak kebelakangan ini, kasih sayang suami semakin hilang, asal nampak saja muka saya, dia marah tanpa sebab.

Semakin hari semakin meluat dia tengok saya. Padanya muka saya tak berseri, suram dan hodoh malah dia cakap supaya saya cermin muka sendiri.

Saya juga aktif dalam jualan langsung tetapi sejak masalah ini timbul, banyak pelanggan melarikan diri. Jika berjumpa, mereka menegur muka saya yang muram dan tidak berseri.

"Seorang rakan yang prihatin mencadangkan saya menggunakan Minyak Seri Diri Anugerah.

"Mulanya, saya enggan menggunakan kerana menyangka ia minyak 'senyonyong' tetapi diberitahu ia mengandungi bacaan 30 juzuk al-Quran dan himpunan doa untuk menaikkan seri wajah.

"Mulanya, saya hanya mencalit minyak itu di kening dengan bacaan selawat. Selepas dua hari memakainya, perubahan suami saya berbeza kerana dia senyum bila nampak saya.

"Minyak ini juga boleh dibawa mandi, cuma campurkan dengan air mandi. Alhamdulillah, tak sampai sebulan, reaksi suami berbeza. Dia asyik puji muka saya berseri-seri, ceria dan nampak lawa.

"Pelanggan saya pun ramai bertanya perubahan diri saya kerana mereka nampak lain dan muka lebih berseri.

"Selain mengamalkan Minyak Kasturi Anugerah ini, saya tidak lupa beribadat kepada Allah dan bersyukur dengan perubahan pada diri saya.

"Layanan suami makin "tip-top", macam rasa baru bercinta. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa kepada Allah, hubungan kami kembali jernih dan perniagaan semakin laris," katanya.

Kes 3: Nashriq, 28, Perak (019-5111724)

DULU kulit saya berubah kering seperti gelap dan gatal-gatal. Nak keluar rumah pun malu kerana ramai menegur perubahan pada kulit muka saya. Di pejabat, majikan seolah-olah benci melihat saya, ada saja yang tidak kena. Saya berjumpa dengan seorang ustaz, rupanya saya terkena buatan orang.

Baru-baru ini, rakan saya mengesyorkan Minyak Kasturi Anugerah untuk menaikkan seri muka. Alhamdulillah, baru seminggu menggunakan minyak ini, saya terkejut melihat wajah saya di cermin kerana perbezaannya amat menakjubkan.

Majikan menunjukkan reaksi positif terhadap diri saya membuatkan keadaan di tempat kerja tidak tegang lagi. Kini, saya lebih yakin berhadapan dengan semua orang.

MINYAK Kasturi Anugerah dihasilkan dari pati kasturi kijang dan memiliki banyak kelebihan berbanding pewangi lain.

Jurucakap Anugerah International Sdn Bhd, Ustaz Khairul Azhar Ghazali berkata, minyak itu dibacakan al-Quran 30 juzuk, ayat Ruqyah, ayat dan selawat syifa', pendinding al-Muawwizat serta pelbagai doa al-Quran terpilih.

Beliau berkata, minyak itu membantu menenangkan jiwa, kekuatan roh, hilang takut dan bimbang, memperkuatkan organ dalaman dan luaran tubuh serta memelihara kesihatan.

"Ia membantu menaikkan seri dalam diri, membuatkan diri disenangi ramai dan dipercepatkan jodoh," katanya.

"Apabila menggunakannya, berdiri mengadap kiblat, baca al-Fatihah, sapukan sedikit minyak Anugerah di telapak tangan dan gosok kedua-dua telapak tangan sambil lafazkan niat kepada Allah SWT.

"Sapukan dengan cara menaik dari hujung kaki hingga ke hujung kepala sambil membaca selawat. Jika dijadikan amalan, ayat itu mampu membuatkan seseorang disayangi dan menaikkan seri diri," katanya.

Usah taksub atau mensyirikkannya sebagai keramat apabila menggunakan minyak itu sebaliknya berserah kepada Allah.

"Niatkan di dalam hati, memakai minyak ini untuk menghidupkan sunnah nabi," katanya.

Minyak Kasturi Anugerah berkenaan dijual dengan harga RM48 (Semenanjung) manakala RM53 (Sabah dan Sarawak).

Hubungi, 03-2072 5555 atau 019-369 9998 untuk maklumat lanjut.

Sinopsis novel Hati Bergetar Rindu

Sinopsis novel Hati Bergetar Rindu

Hati Bergetar Rindu membawa kisah sepasang suami isteri, Ziyad Sidqi atau Sid dan Arisa Nur Adalia (Ari) yang menikmati bahagia pada enam bulan pertama perkahwinan mereka sebelum terpisah angkara salah sangka.

Tiga tahun kemudian, Sid dan Ari bertemu semula dalam suasana berbeza apabila Sid yang bertugas sebagai anggota polis, ditugaskan menyiasat pembunuhan bersiri yang disyaki dilakukan Angel dan tanpa disangka, Ari rupanya turut menjadi buruan pembunuh kejam berkenaan.

Mulai saat itu, Sid dengan kerjasama anggota polis lain cuba melindungi isterinya dengan pelbagai cara walaupun Ari sentiasa bersikap dingin kerana masih teringatkan kisah kecurangan suaminya dulu.

Pada masa sama, Angel mula bertindak ganas dengan melakukan pelbagai helah bagi mengesan pergerakan Ari dan Sid sehingga mereka hampir ditembak dalam satu kejadian di rumah persembunyian mereka.

Plotnya menjadi semakin rumit dengan kewujudan watak pembunuh kejam yang meniru modus operandi Angel sehingga digelar `Copycat Angel', sekaligus meletakkan Ari dalam keadaan yang lebih berbahaya.

Siapa sebenarnya Angel dan Copycat Angel serta mampukah Sid melindungi Ari daripada menjadi mangsa dan bagaimanakah hubungan mereka hanya akan diketahui dengan membaca novel ini.


HATI BERGETAR RINDU

Penulis: Dhiya Zafira
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Halaman: 530
Harga: RM21

Pil susu kuda liar produk Setia Brothers

Keajaiban susu kuda liar yang menyelamatkan nyawa saudaranya daripada penyakit kanser, membuatkan seorang bekas pegawai polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, tidak menoleh ke belakang lagi untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan produk itu.

Bekas Asisten Superintendan, Nek Abd Rahman Salleh, 56, yang juga dikenali sebagai `Lelaki Koboi' kerana imejnya yang sentiasa bertopi koboi dan berseluar jeans berkata, ketaksubannya terhadap kuda juga menyebabkan menternak sejumlah kuda liar di sebuah pulau di luar negara.

"Apabila saudara saya sembuh daripada penyakit kanser selepas minum susu kuda liar, minat saya terhadap kuda semakin bertambah

Perniagaan berasas susu

"Saya dan isteri, Norhayati A Rahim, menceburi bidang perniagaan berasaskan susu kuda liar pada 1996. Kami menternak sejumlah kuda liar di sebuah pulau di luar negara bagi tujuan mendapatkan susunya sebelum dijadikan makanan tambahan dalam bentuk kapsul yang dinamakan sebagai Niemans Feramilch Capsule," katanya ketika ditemui BH di Kota Bharu, barubaru ini.

Produk berkenaan yang disifatkan alternatif kepada perubatan moden selepas diuji secara saintifik di makmal oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan hasilnya menunjukkan sel kanser yang dititiskan susu kuda liar berkurangan kira-kira 60 peratus.

Terima Pengiktirafan

Menceritakan mengenai kejayaannya mengorak langkah dalam bidang bioteknologi sejak 16 tahun lalu itu, Nek Abd Rahman yang juga Pengasas dan Penasihat Setia Brothers Sdn Bhd manakala isterinya, Norhayati, sebagai Pengarah Urusan, menegaskan individu yang ingin berjaya dalam bidang yang diceburinya perlu berfikir 'di luar kotak' dan mempunyai pengurusan masa yang strategik.

Beliau yang juga penerima Anugerah Inovasi Pusat Kecemerlangan Oxford (OXCELL), United Kingdom, pada tahun lalu, berkata, Niemans Feramilch sudah mencapai tahap piawaian yang ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nek Man juga minat mendalam terhadap aktiviti sukan berkuda, juga menjalankan aktiviti berkaitan ekuin di Taman Pameran Pertanian Serdang (MAEPS) dengan mengadakan modul ekuin kepada mereka yang minat.

Sementara itu, Ketua Laboratori Penyelidikan Kanser UPMMAKNA, Institut Biosains, UPM, Prof Dr Rozita Rosli mengesahkan UPM menjalankan kajian saintifik terhadap susu kuda liar pada 1997.

"Ketika itu, tiada kajian saintifik lain dilakukan terhadap kesan susu kuda kepada pesakit kanser dan UPM adalah perintisnya.

"Hasil kajian UPM mendapati perbandingan membabitkan empat jenis susu iaitu susu kuda liar, susu lembu, susu kambing dan susu manusia, membuktikan susu kuda liar adalah susu paling menyamai susu manusia dan mempunyai ciri penyembuhan terhadap penyakit tertentu.

"Fokus utama kajian adalah terhadap mekanisme tindak balas susu kuda baka Niemans bagi sel kanser iaitu dua jenis penyakit leukemia dan seterusnya terhadap empat jenis sel kanser iaitu kanser serviks, kanser ovari, kanser payu dara dan kanser usus.

"Dalam kajian in-vitro yang dilakukan di makmal terhadap sel leukemia dari manusia, antara 50 hingga 60 peratus pengurangan dapat dilihat dari segi jumlah kematian sel kanser," katanya.


Testinoni dR-H (dR Haper) keluaran dR Rozmey

dR-H selesai masalah sakit dada, penat
Biarpun sudah mencuba pelbagai produk dan ubat yang diperoleh dari farmasi dan pusat perubatan, namun Sabariah Mahpudz, 49, tetap mengalami masalah sakit dada berpanjangan.

Menurutnya, disebabkan masalah itu, dia tidak berupaya melakukan kerja rumah kerana sering keletihan dan tercungap-cungap.

Katanya, pada masa sama, dia mudah kepenatan apabila banyak melakukan pergerakan termasuk ketika berjalan selain apabila memandu, dadanya terasa sakit seolah-olah seperti tercekik.

Testinoni dR-H (dR Haper)

"Pada sangkaan saya ia disebabkan faktor usia, namun gejala ini semakin menjadi-jadi pada Mac lalu hingga saya mendapatkan pemeriksaan di pusat perubatan.

"Namun, saya dimaklumkan hanya menghadapi masalah angin dalam badan saja membuatkan saya tidak berpuas hati, lalu mencuba produk dR Haper (dR-H) keluaran dR Rozmey Group (dRG) selepas membacanya dalam akhbar ini," katanya.

Sabariah dari Felda Bukit Cerakah, Selangor berkata, tidak tahan menanggung kesakitan itu, akhirnya dia disyorkan adik iparnya yang juga pengedar dRG, Norhazah Aziz untuk mengambil dR-H pada Mei lalu.

Katanya, selepas mengamalkan produk itu selama dua minggu, dia tidak lagi berasa sakit dada atau penat walaupun melakukan kerja rumah.

Menurutnya, sehingga kini, dia masih lagi mengambil dR-H setiap hari dan pengguna lain yang berminat mengetahui mengenai produk itu boleh menghubunginya di talian 012-2617049 atau penajanya, Norhazah di talian 017-6150613.

Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, dR-H membantu merawat masalah dalaman dengan menggunakan formulasi herba terpilih seperti milk thistle, selenium, Vitamin C dan E.

Menurutnya, ia bertindak secara bersepadu dengan sel dalaman bagi membaik pulih masalah dihadapi pengguna.

Selain itu, kini enam produk utama keluaran dRG sudah berada di pasaran berikutan ketiadaan bekalan lebih tiga bulan lalu akibat permintaan tinggi daripada pengguna.

"Saya yakin semua enam produk keluaran dRG iaitu Jus Mate 5 (JM5), dR-II, Doc-K, dR101, dRQ10 dan dR-Betes mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna dan kini boleh terus dibeli melalui pengedar sah dRG atau kaunter ibu pejabat dRG.

"Saya juga mengesyorkan pengguna membeli produk keluaran syarikatnya melalui dalam talian daripada pengedar sah atau melalui kaunter dRG di Bandar Darulaman, Jitra bagi memastikan produk dibeli adalah asli," katanya.

Sempena empat tahun produk dRG berada dalam pasaran, syarikatnya melancarkan peraduan beli dan menang bermula 1 Ogos dan berakhir pada 31 Januari tahun depan dengan tawaran hadiah bernilai RM1.5 juta serta hadiah utama sebuah kereta BMW 320i.

Beliau berkata, pengguna diminta tidak membeli produk di lima lokasi iaitu toko jamu, salun kecantikan, kedai ubat, pasar raya dan kios yang bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab untuk memasarkan produk tiruan menggunakan jenama dRG.

Katanya, pesanan dihantar terus kepada pengguna oleh ibu pejabat dRG di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah menggunakan perkhidmatan Skynet secara percuma di seluruh negara.

Dr Che Rozmey berkata, pengguna boleh melayari laman web di www.herbaprima.com.my atau melayari facebook www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm atau melayari enjin pencarian dRG www.drplaces atau menghantar e-mel di sales@herbaprima.com.my / drrozmey@gmail.com.

Menurutnya, mereka juga boleh menghubungi talian pejabat 019-4209708/ 012-5330319 / 012-5330276 / 04-9179746 / 04-9175845 /04-9178026 atau faks 04-9178566/04-9174566.