Showing posts with label Produk Kelengkapan Rumah. Show all posts
Showing posts with label Produk Kelengkapan Rumah. Show all posts

Jag Coleman lasak, pelbagai guna

Produk jag Coleman cukup dikenali oleh penggemar aktiviti luar yang pasti membawanya ke mana-mana kerana faham ia diperbuat daripada bahan selamat dan tahan lasak.

Ciri utama jag minuman ini yang mempunyai bukaan mulut yang luas memudahkan pemiliknya meminum air atau mengisi air semula dengan mudah.


Selain itu bahan yang digunakan mesra alam iaitu Thermozone yang dirumus begitu terperinci bagi mengekalkan paras sejuk atau panas minuman anda dalam jangka masa yang lama.

Jag tahan lasak dengan saiz kompak akan memudahkan ia di bawa ke mana- mana dan pemegangnya yang besar dan kukuh memudahkan ia disangkut pada semua gajet pembawanya.

Dijual dalam warna biru dan merah. Pertanyaan lanjut hubungi UFL Outdoors: 03-22825721.

Inspirasi bilik tidur IKEA

Bilik tidur merupakan ruang pertama yang dilihat seseorang pada waktu pagi dan yang terakhir dilihat pada waktu malam.

Bukan saja sebagai tempat tidur, bilik ini juga menjadi ruang peribadi kepada mereka yang inginkan ketenangan selepas melalui hari-hari yang sukar.

Sudah menjadi tugasan di Ikea, gedung perabot terbesar, untuk menawarkan inspirasi dan penyelesaian bijak kepada bilik tidur yang selesa dan menjadi idaman setiap pelanggan.

Bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak, tiga perkara asas perlu diberi perhatian iaitu tilam yang selesa dan tahan lasak, bantal yang menyokong kepala dan leher serta selimut yang sesuai dengan suhu persekitaran.

Tilam


Ikea menawarkan pilihan tilam terhadap individu yang memiliki gaya tidur tersendiri. Juga didatangkan dalam ketebalan dan ketahanan yang berbeza mengikut cita rasa pelanggan.

Baik kapas mahupun bahan sintetik seperti poliester yang penting ialah jaminan tilam yang cukup selesa kepada pelanggannya.

Bantal


Selain tilam, bantal juga menjadi penyumbang kepada tidur yang berkualiti agar otot di kepala dan leher boleh berehat secukupnya.

Oleh itu ditampilkan rekaan bantal pelbagai jenis dan bentuk untuk menepati gaya tidur yang berlainan.

Bergantung kepada keperluan seseorang, bantal GOSA direka dengan kontur beralun bagi menyokong bentuk leher yang boleh memberi ketenangan kepada sesiapa saja yang menggunakannya.

Selimut


Jika anda membuat keputusan hendak tidur lena, fikirkan juga jenis selimut yang sesuai digunakan.

Sama ada mahu keadaan yang sejuk atau hangat, semuanya bergantung kepada suhu badan dan bilik tidur.

Selimut yang tebal tidak semestinya hangat. Untuk itu selimut MYSA direka dengan darjah kehangatannya yang tersendiri bagi membolehkan pelanggan menyesuaikan suhu badan dengan jenis selimut sekali gus mendapatkan penyelesaian terhadap tidur yang lena.

Oleh AISHAH ARIFF

Pelembut Kain Aroma Soft Hot Perfume

Bertemakan slogan 'Lebih Semerbak, Lebih Lembut, Lebih Jimat' syarikat Hot Perfume melangkah setapak ke hadapan dengan memperkenalkan produk baru khusus untuk kegunaan seisi keluarga iaitu 'Aroma Soft' pewangi kain dengan pelembut berasaskan wangian.


Kajian dijalankan unit penyelidikan dan pembangunan (R&;D) syarikat itu dalam usaha mengembangkan produk Hot Perfume berjaya menampilkan beberapa produk terbaru termasuk pewangi kain itu.

Sebelum ini, Hot Perfume mengeluarkan 10 jenis haruman antaranya Strawberry, Apple Blossom, Lavender, White Musk, Floral Lime, Pot Pourri, Look Blue, Give 5, Beautiful dan Teddy Dream.

Kesemua haruman itu menggunakan pati berasaskan jenama minyak wangi alternatif yang digemari pengguna dan laris dijual pada harga berpatutan di pasaran dalam negara mahupun antarabangsa.

Hot Perfume juga sebelum ini memasarkan kira-kira 200 jenama minyak wangi alternatif diimport khas dari Perancis dan Mesir yang menjadi produk kegemaran baru di kalangan pencinta wangian tanpa mengira lapisan masyarakat. Selain itu, beberapa produk lain turut dihasilkan seperti semburan wangian kereta serta rumah dan sabun mandian pati minyak wangi.

Pengarah Urusan Hot Perfume, Ahmad Shazali Zahidi, 43, berkata produk pewangi kain yang dihasilkan syarikatnya mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding produk sedia ada di pasaran.

Beliau berkata, antara keistimewaannya produk itu mempunyai dua kali ganda kuasa wangian berbanding pewangi kain lain kerana menggunakan pati wangian pelembut dalam proses penghasilannya.

Cat Mr Paint Man mesra alam


MR Paint Man Sdn Bhd memperkenalkan cat mesra alam jenama Mr Paint Man yang mampu mengurangkan risiko asma dan alergi terutama di kalangan kanak-kanak.
Pengarah Urusannya Soo Fee Wah, berkata produk terbabit disahkan melalui ujian makmal kurang wap dan mempunyai kadar wap sebatian organik (VOC) rendah.


“VOC dipercayai menjadi punca beberapa komplikasi kesihatan jangka pendek dan panjang antaranya asma serta masalah pernafasan lain.


“Di sini kelebihan Mr Paint Man yang terbukti melalui ujian makmal kurang wap, kadar VOC rendah selain bebas bahan kimia berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Beliau berkata, Mr Paint Man juga menjimatkan berbanding produk lain di pasaran.


“Cat kami dapat menyaluti dinding gelap dengan hanya dua lapisan atau kurang. Jika pelanggan mengecat dinding cerah, Mr Paint Man boleh dicampurkan dengan nisbah air sebanyak 10 peratus dan mengecat satu lapisan saja.

“Ini bermakna, cuma sedikit cat diperlukan untuk mengecat keseluruhan dinding berbanding jenama lain,” katanya.


Menurutnya, syarikat juga memberi kad jaminan hingga lima setengah tahun kepada pelanggan yang menggunakan produk Mr Paint Man.

Koleksi Harimau Tahun Baru Cina Royal Selangor

Tahun Baru Cina yang bakal disambut oleh masyarakat Tionghua pastinya lebih meriah dengan koleksi Tahun Harimau oleh Royal Selangor. Merangkumi enam koleksi hiasan kecil, sang rimau digambarkan dengan pelbagai gaya bagi menyampaikan mesej penuh tuah bagi Tahun Baru Cina ini.


Edisi terhad plak Tahun Harimau berinspirasikan zodiak barangan tradisi oleh Royal Selangor menggambarkan sang rimau yang megah bangun dari tidur lena sepanjang musim dingin, lantas mengaum sekuatnya menyambut kedatangan musim bunga.

Haiwan ini amat dihormati sebagai lambang kepimpinan, tenaga, keberanian, menjaga kemewahan dan melindungi daripada kejahatan. Plak ini disadur dengan emas 24 karat dan hanya 1,000 keping plak diedarkan di seluruh dunia.

Sementara koleksi patung-patung kecil harimau pula tentunya amat dinantikan oleh para pengumpul. Koleksi ini merangkumi patung kecil harimau yang sedang memburu. Patung bersaiz lebih kecil lagi menggambarkan anak harimau yang nakal (juga boleh didapati dalam versi saduran emas 24 karat) dilekapkan di atas dasar kemasan jati untuk memberikan sentuhan peribadi. Kedua-duanya amat sesuai dijadikan hadiah bagi musim perayaan ini.

Turut direka khas bagi menyambut Tahun Harimau, bekas teh anggun sarat dengan konotasi keberkatan. Dihiasi dengan gandingan sulur paut berputar daun labu serta Sang Rimau yang gagah, karya ini menggambarkan harapan untuk kemewahan berpanjangan bagi tahun akan datang. Satu set penyepit serta alasnya yang dihiasi motif halus harimau turut melengkapi koleksi ini.

Sebagai tambahan koleksi Tahun Harimau, Royal Selangor turut memperkenalkan pilihan hadiah bungkusan khas untuk musim perayaan ini. Ia merupakan set mengandungi tiga plak dengan seni khat Cina bagi huruf-huruf 'Fu', 'Lu' dan 'Shou' yang membawa maksud kegembiraan, kemakmuran serta usia yang panjang. Sebentuk tangkal 'Fu' diikat dengan tali simpul keabadian berwarna merah turut melengkapi plak yang menjadi set aksesori hiasan bagi Tahun Baru Cina.

Peminat teh pasti ceria dengan dua teko kecil serta bekas teh yang kini boleh didapati dalam bungkusan khas perayaan sepanjang musim pemberian hadiah ini.

Tuah merangkumi teko kecil dihiasi ikan emas yang turut merangkumi enam cawan teh porselin berkelim piuter, manakala kegembiraan diwakili teko bunga peony dengan dua cawan teh yang sepadan.

Dibungkus dalam kotak kayu yang anggun dengan grafik Tahun Baru Cina, set hadiah 'panjang usia' merangkumi bekas teh menarik dihiasi bunga orkid. Direka dengan dwi-penutup, bekas teh kedap udara Royal Selangor sangat sempurna untuk menyimpan teh kerana kemampuannya mengekalkan keharuman dan kesegaran.
Nak Buat Duit Dengan Hanya Klik? Jom Klik Sini!

Serbuk pencuci TOP


TOP, serbuk pencuci premium yang terbaik dalam pasaran dengan bangganya ingin mengumumkan pelancaran semula dengan formulasi dan pek yang diperbaharui untuk memberikan anda produk dengan kualiti yang terbaik serta pengalaman pencucian yang menakjubkan.

Masih mengekalkan keberkesanan fungsi anti-bau hapak yang disokong oleh teknologi dari Lion Jepun, TOP yang diperbaharui ini juga memberikan anda satu lagi fungsi tambahan iaitu "Mencegah Fabrik Daripada Cepat Lusuh". Punca kepudaran fabrik adalah klorin dalam air, hilang kecerahan warna dan kepudaran warna selepas cucian yang kerap. TOP yang diperbaharui ini membantu memerangkap klorin bebas di dalam air untuk memelihara kecerahan fabrik dan mengekalkan warna pakaian agar kelihatan baru.

Persekitaran kita kini dipenuhi pelbagai penyakit dan virus berjangkit seperti selsema burung, demam chikungunya, penyakit kaki, tangan dan mulut dan lain-lain lagi. TOP Super Hygienic dilancarkan untuk memenuhi kehendak keluarga yang mengutamakan kebersihan. TOP Super Hygienic diformulasi dengan fungsi anti-bakteria yang tinggi dan berkesan. Ujian makmal dari Lion Jepun telah membuktikan ia dapat membunuh 99.9% bakteria. Pakaian anda dijamin akan dibasuh dengan lebih bersih, bau yang menyegarkan serta tahan lama. Dengan TOP Super Hygienic, keluarga anda dilindungi dari bacteria dan virus yang berbahaya.

Serbuk pencuci TOP yang diperbaharui ini boleh didapati dalam 3 variasi dengan fungsi tersendiri iaitu Super Colour, Super White dan variasi yang terbaru; Super Hygienic.

Terdapat dalam pek 125gm (WM & WM - RM1.00), 1kg (WM & EM - RM5.50), 3kg (WM - RM15.20, EM - RM16.10) dan 5kg (WM - RM24.30, EM - RM25.50) di pasaraya utama seluruh negara.

Bingkai gambar klasik Royal Selangor


Bercorak ringkas serta anggun bagi rekaan Reed dan Empire.

Biar sekadar bingkai gambar kadang kala membawa makna cukup mendalam apatah lagi jika ia pemberian insan tersayang bagi melekatkan potret yang merakam momen-momen indah.

Pilihan bingkai gambar sebagai hadiah memang tidak mengecewakan lebih-lebih lagi daripada koleksi Bingkai Kelasik (Classic Frames) Royal Selangor. Selepas dilancarkan pada awal 2009 dan mendapat maklum balas memberangsangkan, kini ditampilkan pula tiga saiz baru - 6R, 8R dan segi empat tepat - bagi rekaan Reed dan Empire.

Bercorak ringkas serta anggun, hiasannya yang tersendiri diinspirasikan oleh corak-corak halus klasik yang biasanya dapat dilihat dalam seni bina dan hiasan ukiran kurun ke-17 dan ke-18.

Diperbuat daripada Stanniu, iaitu loyang proprietari yang diperkenalkan oleh Royal Selangor, setiap bingkai menggunakan kemasan antik.

Ringkas namun bergaya, mana-mana ruang hiasan dalaman pasti lebih lengkap dengan rekaan-rekaan ini.

Permukaan kosongnya boleh diukir, menjadikan bingkai ini turut sesuai sebagai cenderamata untuk semua majlis.

Jet pembersih tekanan tinggi Karcher

Setiap pemilik kediaman mengimpikan suasana menarik dan persekitaran bersih kerana ia melambangkan gaya hidup atau personaliti.

Ilham penataan pada bahagian luar kediaman tampil berbeza jika keadaan lantai dan dinding kelihatan bersih.

Musim perayaan bakal tiba dan pasti sanak saudara dan sahabat handai berkumpul atau berkunjung ke rumah anda.

Perkara utama yang perlu dilakukan sebelum tibanya hari berkenaan ialah membersihkan persekitaran luar kediaman.

Anda perlu tahu kerja penyelenggaraan kerana membersihkan lantai atau dinding bukan tugas mudah.

Kini kerja penyelenggaraan menjadi lebih mudah dengan penggunaan jet pembersih tekanan tinggi Karcher.

Produk berkenaan berupaya mengeluarkan air dengan kuasa tekanan tinggi untuk menanggalkan kotoran, lumut dan daki pada segenap sudut seperti dinding, lantai, longkang, pasu bunga dan perabot taman.

Menariknya, Karcher mengeluarkan lebih daripada 20 kali tekanan hos air biasa dan hanya menggunakan lebih kurang 400 liter air sejam berbanding 2000 liter air sejam menggunakan hos biasa.

Ia juga membantu melancarkan kerja membersihkan kenderaan yang dipenuhi kotoran dan debu.

Segala kotoran dapat ditanggalkan dan ia mengelakkan berlakunya kesan calar pada kenderaan anda.

Jika menggunakan kaedah manual iaitu kain basah untuk menanggalkannya, anda mungkin meninggalkan kesan calar pada cat kenderaan anda.

Sama dengan produk Karcher yang lain, jet pembersih berkenaan direka khas dan mudah alih.

Setiap produk Karcher menampilkan ketelitian kejuruteraan Jerman dan teknologi yang inovatif.

Dapatkan jet pembersih tekanan tinggi Karcher di kedai perkakasan, pengedar berhampiran dan pasar raya utama.