Showing posts with label Produk Penjagaan Diri. Show all posts
Showing posts with label Produk Penjagaan Diri. Show all posts

Softlan Eco Soft Pek, Selembut Sentuhan Seorang Ibu

Softlan Eco Soft Pek, Selembut Sentuhan Seorang Ibu

Softlan jenama pelembut fabrik nombor satu di Malaysia cemerlang berinovasi dengan kehadiran Softlan baru Eco Soft Pack iaitu perapi fabrik pekat pertama di Malaysia.

Softlan muncul dengan slogan Selembut Sentuhan Seorang Ibu

Hadir dalam pek kecil, mudah digunakan hanya dengan memasukkan ke dalam botol kosong dua liter, tambahkan air paip bersih dan goncang keseluruhan campuran dan boleh digunakan seperti biasa.

Pengguna boleh menikmati wangian berkekalan yang sama dari Softlan untuk keselesaan keluarga.

Campuran terhasil adalah sama dengan pelembut Softlan konvensional dan boleh digunakan dalam dos yang sama seperti Softlan Biasa bergantung kepada kaedah membasuh.

Softlan Eco Soft Pek mempunyai rawatan Penjagaan Fabrik Softlan, iaitu melindungi gentian pakaian, menjadikan pakaian lebih lembut, segar, statik, kurang berkedut dan selesa untuk si pemakai.

Pengenalan Pek Eco Softlan Lembut juga menggalakkan pengguna menggunakan semula botol Softlan kosong dan menjaga alam sekitar. Caranya mudah hanya dengan mengisi semula melalui empat langkah mudah potong, tuang, tambah, campur dan goncang.

Hadir dalam tiga variasi lembut iaitu Floral Fantasy, Spring Fresh dan Lavender Fresh, ia boleh didapati di semua kedai utama seluruh negara pada harga RM4.95.

Rangkaian penjagaan rambut Keratinology, Sunsilk

Rambut bukan saja menjadi lambang kebanggaan wanita bahkan hadir sebagai pelengkap gaya. Mahkota berharga itu juga menjadi tumpuan buat wanita hingga mereka sanggup laburkan ratusan ringgit hanya kerana ingin melihat rambut mereka sihat, cantik dan bermaya.

Menyedari kepentingan rambut sebagai aksesori, ramai wanita yang sanggup melakukan apa saja - biar digunting rapi, keriting atau lurus, selain rawatan stim rambut bagi memuaskan keinginan hati agar mereka kelihatan menarik. Buktinya, lihat saja di salun rambut yang tidak sunyi daripada pelanggan wanita, baik yang berusia remaja sehinggalah tua.

Malangnya, tanpa disedari ramai, kekerapan melakukan perubahan terhadap rambut sebenarnya boleh mengundang masalah. Rambut yang sentiasa diubah boleh menjadi tidak sihat malahan hilang serinya.

Rambut juga akan menjadi kering, rosak dan mudah putus serta bercabang. Selain perubahan dikenakan, faktor persekitaran turut menjadi penyebab rambut kehilangan nutrisi dan protein yang diperlukan untuk tumbuh segar.

Menyedari keperluan wanita untuk sentiasa kekal cantik dengan rambut yang sihat bagaikan selepas rawatan salun, jenama syampu popular, Sunsilk kini tampil dengan rangkaian penjagaan rambut Keratinology yang sesuai untuk semua jenis rambut dan masalah.

Keratinology by Sunsilk

Keratinology by Sunsilk

Keratinology by Sunsilk

Keratinology by Sunsilk


Pengarah Pemasaran Malaysia dan Singapura, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Hugo Verkuil berkata, pengguna harus bijak mencari penyelesaian dan formula terbaik untuk rambut dan diri mereka secara tidak langsung mereka akan sentiasa kekal cantik dengan adanya rambut yang terurus dan bermaya.

Atas alasan itu, katanya, Keratinology direka khusus bagi menzahirkan pengalaman persis baru keluar salun rambut dengan menggunakan, ramuan khas bagi mengembalikan kesihatan rambut yang bermasalah.

"Wanita harus bijak mencari penyelesaian formula produk untuk penjagaan rambut terbaik yang sesuai untuk diri mereka. Jika hanya mengharapkan rambut yang cantik tanpa penjagaan yang rapi dan tepat, keinginan memiliki rambut lembut, terurus dan cantik hanya sekadar bayangan.

"Rambut yang sering terdedah kepada perubahan atau pencemaran juga terdedah kepada kerosakan lazim seperti rambut kering atau sebaliknya sukar untuk diurus. Oleh itu, kandungan khas yang direka dalam Keratinology mampu bertindak mengawal pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan bermaya," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran rangkaian penjagaan rambut, Keratinology oleh Sunsilk, baru-baru ini.

Verkuil berkata, ramai wanita yang berkemungkinan tidak tahu struktur rambut mereka. Malah, ada yang menganggap rambut kering dan rosak adalah sama biarpun ia sebenarnya berbeza.

"Ramai wanita tidak tahu rambut kering dan rosak terjadi disebabkan oleh dua faktor yang berbeza. Keadaan rambut akan lebih rosak atau tidak terurus jika anda menggunakan formula produk rambut yang tidak sesuai atau salah.

"Secara umum, rambut rosak disebabkan oleh pengamalan penjagaan yang kurang tepat, terutama jika anda sering meluntur atau mewarnakan rambut, melurus atau dikerintingkan. Penggunaan alat intensif haba seperti pengering rambut dan alat kerinting atau meluruskan rambut memburukkan keadaan menyebabkan rambut kehilangan protein dan nutrien yang secukupnya," jelasnya.

Rangkaian Kerotinology merangkumi syampu, perapi, penyembur dan minyak rawatan terbahagi kepada tiga pilihan iaitu Advanced Reconstruction, Korean Bounce Therapy dan Sun Kissed Colour Theraphy dan masing-masing memberikan pengalaman berbeza mengikut keperluan wanita.

Advanced Reconstruction membentuk rambut yang lebih bersinar dan memperbaiki kerosakan sekali gus membekalkan kelembapan agar rambut bermaya dan sihat seakan rawatan salun.

Wanita yang memiliki rambut ikal atau kerinting pula sesuai menggunakan Korean Bounce Theraphy kerana ia mampu menghasilkan kesan yang lebih mengagumkan serta menjadikannya lebih tahan lama. Di samping itu, Kissed Colour Theraphy pula membantu menjadi rambut diwarnakan lebih bersinar dan tidak kering akibat pewarna.

Dengan harga berpatutan dari RM17.90 hingga RM32.90, kini wanita boleh memiliki rambut yang sentiasa sihat dan menawan seakan selepas rawatan salun.

Produk penjagaan diri Upin & Ipin

UPIN & IPIN dan rakan-rakannya merupakan kartun animasi yang bukan sahaja mendapat tempat di hati kanak-kanak malah popularitinya merentasi semua kaum di Malaysia.

Kini, kisah kejayaan pasangan kembar Upin & Ipin dan rakan-rakan diteruskan lagi dengan pelancaran koleksi produk penjagaan diri kanak-kanak Upin & Ipin dengan haruman buah-buahan dan gula-gula yang dibawakan eksklusif oleh Wonderland Primary Sdn. Bhd.

Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan kesukaran memujuk anak mereka untuk mandi atau membersihkan diri, apa kata pujuk mereka dengan koleksi penjagaan diri Upin & Ipin Aroma Buah-Buahan dan Gula-Gula.

Koleksi penjagaan diri ini diperkaya dengan daun lidah buaya dan vitamin E, yang dapat melembapkan kulit dan merapikan rambut.

Produk Upin & Ipin terdiri daripada syampu, krim mandian, losen badan dan penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki untuk seisi keluarga.

Ia bebas daripada SLES dan Paraben. SLES atau SLS (sodium lauryl ether atau sodium laureth sulphate) adalah sejenis agen sabun murah yang sering digunakan dalam kebanyakan produk penjagaan diri. SLES boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata.

Paraben pula adalah sejenis bahan kimia yang sering digunakan sebagai pengawet dalam kebanyakan produk penjagaan diri yang berada di pasaran. Ia juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Bungkusan produk bagi koleksi penjagaan diri Upin & Ipin ini direka khas agar dapat memberikan informasi mengenai kegunaan masing-masing.

Dengan menampilkan ciri-ciri menarik, kini anak-anak dapat menikmati masa mandian mereka dengan selamat, penuh keriangan di samping mudah digunakan.

Koleksi penjagaan diri ini boleh didapati di semua pasar raya yang berhampiran anda sekarang pada harga di antara RM13.90 sehingga RM16.90 seunit

Jika anda berminat untuk menjadi pengedar atau mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai koleksi penjagaan diri Upin & Ipin ini, sila hantarkan pertanyaan anda ke info@wonderland.my atau hubungi 03-8737 1233.

Mandian May White Radiance

Bermula dengan sabun kecantikan yang memenuhi keperluan asas pelanggan pada awal 1970an, produk May mengalami transformasi dari aspek rumusan, pembungkusan dan pengukuhan jenama, seiring dengan peredaran keperluan dan cita rasa pelanggan masa kini.

May kini adalah pemimpin dalam produk kebersihan diri yang dirumus khas dengan bahan semula jadi serta wangian bagi menyegarkan tubuh serta menyerlahkan kesejahteraan luaran dan dalaman.


Justeru, dalam memperkukuhkan posisi pasaran, Lam Soon membawa kepada anda rangkaian baru, sabuh dan krim mandian May White Radiance untuk terus menyegarkan dan menyemarakkan semangat anda.

Hidupkan impian untuk menerokai keindahan alam di mana anda dibelai wangian asli bungaan teh putih dan diusap haruman lembut sinar suria demi menyerlahkan keyakinan hakiki.

Pengurus Pemasaran (Keperluan Rumah & Penjagaan Peribadi), Lam Soon Edibles Oils Sdn Bhd, Carmen Foo, berkata pihaknya gembira memperkenalkan May White Radiance kepada pengguna Malaysia bagi memenuhi aliran masa kini dan permintaan untuk produk untuk mengekalkan kulit bersih berseri.

“Pengguna Malaysia semakin prihatin dan inginkan produk pembersih peribadi yang bukan saja berfungsi membersihkan badan tetapi juga memenuhi keperluan kecantikan dan kebersihan harian. Dalam menangani kesibukan harian, anda masih boleh menikmati belaian bahan semula jadi dengan haruman yang menyegarkan untuk kesejahteraan diri.

“Produk kami memberikan inspirasi dalam menggabungkan bahan-bahan penjagaan kulit seperti teh putih dan pati sutera dalam sabun dan krim mandian May White Radiance, untuk meningkatkan lagi manfaat kebersihannya. Wangian bunga-bungaan yang menyegarkan ini bakal membangkitkan keyakinan diri, lantas membawa kepada keterampilan lebih positif,” katanya.

Teh putih yang semakin popular sebenarnya teh hijau yang dipetik pada usia muda untuk mengekalkan kuasa teraputik, terutama kadar antioksida yang lebih tinggi. Antioksida dalam teh putih yang terdapat dalam sabun penyeri dan krim mandian May White Radience dipercayai dapat melindungi dan menghindari radikal bebas daripada kulit.

Selain menegangkan, teh putih juga terbukti melembabkan kulit sambil menjadikannya lebih berseri dengan sistem pertahanan terhadap pembentukan bintik hitam.

Pati sutera yang juga dikenali sebagai fiber sutera, iaitu sejenis protein yang dihasilkan oleh ulat sutera ‘bombyxmori’ dalam pembentukan sutera.

Pati sutera dalam rangkaian sabun dan krim mandian May White Radiance mengandungi protein yang terbukti membantu mengekalkan paras kelembapan kulit pada tahap optima. Pati sutera dipercayai boleh mempercepatkan proses pembaharuan kulit bagi melahirkan wajah yang muda dan berseri sambil menghasilkan lapisan perlindungan daripada pencemaran persekitaran. Selain White Radience berasaskan teh putih, ada berasakan mawar, lavender dan buluh.

Sabun May boleh didapati pada harga RM2.65 satu pek dengan tiga buku sabun 90 gram. Krim mandian dalam lima varian pada RM5.90 untuk botol 250ml; RM8.10 untuk pek isi semula 600ml dan RM13.90 untuk botol 700ml.

Rangkaian produk boleh didapati di seluruh negara.

INFO: Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd

# Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) adalah pengeluar makanan, produk keperluan rumah serta penjagaan peribadi yang bertapak di Malaysia sejak 1950an.

# Produk berkualiti dalam kategori produk keperluan rumah dan peribadi termasuk sabun kecantikan dan krim mandian May, sabun Fruitale Nutrient, sabun & krim mandian anti-bakteria Antabax, pencuci tangan cecair dan sanitasi tangan, produk keperluan rumah ZIP, cecair pencuci pinggan bio-rumah mesra alam, cecair dan pes pencuci pinggan Labour.

# Sebagai sebuah jenama keperluan rumah dan penjagaan peribadi terkemuka yang diyakini oleh pelanggan, Lam Soon bertekad untuk menghasilkan produk bermutu demi gaya hidup lebih sihat dan bersih.

Sikat Acca Kappa


Sikat Acca Kappa yang terkenal dalam kalangan selebriti seperti hos televisyen, Oprah Winfrey dan Ratu England pertama, Queen Victoria, mempunyai kualiti sikat yang tiada bandingan. Diperbuat daripada kayu yang tahan lasak, sikat Acca Kappa didatangkan mengikut fungsi tertentu seperti rambut kerinting, diwarnakan, dirawat dan sebagainya.

Harga sikat di Acca Kappa bermula dari RM100.

Nivea For Men Silver Protect Deodorant

Nivea For MenMasalah peluh dan bau badan bagaikan lumrah dalam dunia lelaki. Apatah lagi, gaya hidup lelaki yang aktif sama ada di tempat kerja atau ketika bersukan. Sukar dielak, lelaki sering berada dalam persekitaran yang memudahkan peluh mengalir.

Tanpa penjagaan sempurna, keterampilan lelaki mudah terjejas hanya kerana tidak peka dalam soal penjagaan diri dan kebersihan.

Dengan matlamat memastikan penampilan dan personaliti hebat, Nivea melancarkan Nivea For Men Silver Protect Deodorant. Deodoran anti-bakteria pertama seumpamanya itu mengandungi molekul perak bagi menghalang masalah bau badan.

Bahan ini turut menghalang hingga 99 peratus bakteria yang tersembunyi di bawah lengan, sekali gus memastikan lelaki terhindar daripada masalah bau badan. Produk deodoran ini juga mesra kulit dan boleh disesuaikan dengan pergerakan aktif lelaki.

Nivea For Men Silver Protect Deodorant sesuai digunakan setiap kali selepas mandi. Ia mudah digunakan dan mampu bertahan sehingga 24 jam. Ditambah lagi dengan rekaan berciri futuristik dengan warna perak, ia sesuai digunakan lelaki moden.

Mampu disesuaikan dalam apa sebarang keadaan, deodoran ini didatangkan dengan tiga format berbeza iaitu jenis bebola, stik dan semburan mengikut keselesaan dan cita rasa jejaka.

* Bebola deodoran 25 milimeter (RM5.20)
* Bebola deodoran 50 milimeter (RM9.60)
* Stik deodoran 40 milimeter (RM12.90)
* Semburan deodoran 150 milimeter (RM12.90)

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Jenama pembersih kulit, Cetaphil, tampil dengan wajah baru untuk memastikan ia dapat mengekalkan pengguna setianya.

Biarpun berwajah baru, jenama yang sudah berada di pasaran sejak 60 tahun lalu itu masih mengekalkan rumusan uniknya.

Sebagai pembersih tanpa sabun, Cetaphil Gentle Skin Cleanser membantu pengguna mendapatkan kulit sihat dan segar tanpa menyebabkan kekeringan dan radang pada kulit.

Formula uniknya membantu menyejukkan kulit serta tidak mendatangkan kesakitan pada mata. Tidak hairan jika ia sering disyorkan pakar dermatologi dan pediatrik serta diminati selebriti tempatan dan Hollywood.

Pembersih kulit itu juga sesuai untuk semua jenis kulit khasnya kulit sensitif. Kajian klinikal turut mendapati pembersih berkenaan mampu mengurangkan kadar kekeringan dan radang dengan lebih berkesan.

Ia juga didapati baik untuk bayi yang mengalami ruam lampin mahupun orang dewasa yang berkulit kering ataupun sensitif.

Pembersih yang bertindak menanggalkan kotoran dan bakteria itu turut berfungsi sebagai syampu atau sabun mandian.

Pek baru pembersih kulit Cetaphil itu kini sudah pun berada di semua klinik dan farmasi utama dengan harga bermula daripada RM17.10

Nivea Smooth Sensation

Kulit yang lembut adalah kulit yang mendapat kelembapan seimbang. Justeru Nivea memperkenalkan losen pelembap Smooth Sensation yang diformula bagi membantu pengguna mendapatkan kulit lembut dan licin bak sutera.

Kombinasi unik shea butter, vitamin E dan ekstrak gingko membuatkan ia cepat menyerap tanpa meninggalkan kesan berminyak sekali gus membantu melindungi kulit daripada kesan pencemaran alam sekitar yang membuatkan kulit cepat tua.

Formula tiga tindakannya direka bagi menampakkan kesan dalam tempoh 10 hari.

Shave System Dermalogica

Bagi mendapatkan hasil cukuran yang lebih selamat dan memuaskan, Dermalogica baru-baru ini memperkenalkan Shave System yang mengandungi enam produk baru yang boleh digunakan di rumah dalam percukuran regimen tiga langkah, iaitu Pre-Shave, Shave dan Post-Shave.

- Sebelum bercukur, bersihkan muka dengan Clean Bar, pencuci bukan sabun yang menanggalkan kotoran dan minyak di muka.

- Kemudian gunakan pembersih berbuih, Daily Clean Scrub untuk pembersihan lebih mendalam. Gunakan hanya tiga hingga empat kali seminggu.

- Pre-Shave Guard digunakan bagi melembutkan kulit yang ditumbuhi misai dan janggut dan mengurangkan rasa perit dan kesan cukuran yang tidak rata.

- Terdapat tiga bahan unik bagi disesuaikan dengan kulit anda, iaitu Soothing Shave Cream, Invigorating Shave Gel dan Close Shave Oil.

- Gunakan Soothing Shave Cream untuk krim licin yang menyejuk, melembut dan membantu mencegah rasa gatal selepas bercukur.

- Selepas bercukur, guna Post-Shave Balm yang menyejuk, menyegar, melembapkan kulit dan membantu mengawal minyak pada muka.

- Ratakan muka anda dengan losyen Daily Defence Block spf15 yang melindungi kulit sebelum keluar rumah.