Showing posts with label Produk Pelancongan. Show all posts
Showing posts with label Produk Pelancongan. Show all posts

Tune Hotel Paddington (Tune Hotels UK)

Tune Hotels, the pioneering budget hotel chain, in continuing their aggressive rollout plan in London, celebrates the opening of their new property by offering double rooms for just £9 a night. The Tune Hotel Paddington will open on 25 June, comprising of 137 en-suite bedrooms across twin, double and accessible formats.

The fantastic offer is available now with over 1,000 £9 rooms released to savvy travellers booking to stay on a range of dates between June 2012 and February 2013. Tune Hotel Paddington will be the fast rising brand’s third London hotel and located at 37 Praed Street, just 300 metres from Edgware Road Underground and within three minutes walking distance to the Paddington mainline station.

This will be closely followed by yet another £9 per night offer at the new Tune Hotel Kings Cross which is scheduled to open on 9th July 2012. This hotel, located on Grays Inn Road, within walking distance from Kings Cross station and St. Pancras will feature 217 bedrooms and guests will also be able to enjoy the large reception area where light refreshments will be served.

Tune Hotel Paddington

The two new additions bring the London presence of the hotel chain to four hotels with the current Westminster and Liverpool Street hotels. Guests staying at either of the properties will be able to experience rooms at exceptionally low prices, focussing on high-quality basics - five-star Hypnos beds, power showers, air conditioned rooms, central locations, a clean environment and 24 hour security. Through the successful ‘pay as you use’ concept, Tune guests pay only for their room allowing them the ultimate flexibility to pay extra for the services and facilities that are important to them.

For booking and more information about Tune Hotels UK please visit www.tunehotels.com/uk.

For real-time updates and promotion alerts, guests can stay connected with Tune Hotels via Facebook at www.facebook.com/tunehotelsUK and on Twitter via www.twitter.com/tunehotels/uk.


Novotel Kota Kinabalu 1Borneo

Novotel Kota Kinabalu 1Borneo terletak di lokasi yang strategi di Lebuhraya Sulaman dan hanya mengambil masa 10 minit dari pusat bandar, Novotel Kota Kinabalu 1Borneo menjanjikan penginapan mewah, menyeronokkan dan kepuasan membeli-belah.

Novotel Kota Kinabalu 1Borneo menawarkan 263 bilik dan suite dengan reka bentuk yang unik serta bilik luas dengan hiasan kontemporari menjanjikan keselesaan terbaik.

Novotel Kota Kinabalu 1Borneo

Menerapkan reka bentuk serta gaya moden, setiap bilik dilengkapi akses jalur lebar Internet berkelajuan tinggi, televisyen skrin rata LCD, pemain DVD, kemudahan membuat kopi dan teh, peti sejuk mini, kotak keselamatan, pengiring rambut serta meja kerja yang luas dan selesa khusus buat pengunjung perniagaan.

Sementara itu, bilik jenis eksekutif suite pula menawarkan ruang lebih luas dan persekitaran selesa persis berada di rumah.

Suite yang dihiasi dengan seni kontemporari, permaidani mewah, fabrik dan perabot anggun, ia terbahagi kepada beberapa ruangan iaitu ruang tamu, ruang makan, kawasan bar, bilik kerja dan bilik tidur utama.

Suite di Novotel Kota Kinabalu 1Borneo ini dilengkapi televisyen skrin rata LCD 52" dan pemain DVD di ruang tamu serta dua unit televisyen skrin rata LCD 40" di ruang kerja dan bilik utama.

Bilik air berasingan untuk tetamu, ruang makan untuk enam orang dan kawasan bar yang dilengkapi mesin kopi, microwave, dua mini bar serta kemudahan membuat kopi dan teh turut tersedia di semua bilik suite.

Jika ingin berehat dan bersantai, bilik suite mempunyai dua kerusi urut khas bagi menghilangkan ketegangan urat selain terapi.

Mahu berendam, kolam renang terletak di tingkat tujuh. Anda juga boleh merendam di jakuzi untuk tubuh yang menyegarkan.

Menjamu selera di Novotel Kota Kinabalu 1Borneo cukup istimewa dengan tiga tempat makan yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda.

Di Restoran The Square anda ditawarkan kombinasi masakan Asia dan Barat.

Anda boleh memilih pelbagai makanan yang istimewa sebelum mengalihkan mata ke kaunter pembuka selera, kaunter salad, pastri serta pencuci mulut yang enak.

Terletak di tingkat satu, Le Millesime Lounge & Bar memberikan suasana santai buat pengunjung. Muzik jazz yang dimainkan memberikan ketenangan dan keselesaan. selain itu, ia lokasi ideal bagi yang mahu mengadakan mesyuarat tidak formal atau berehat selepas seminar dan mesyuarat yang panjang.

Penat berbelanja di pusat membeli-belah terbesar dan pertama di Borneo itu, menikmati secawan teh atau jus buah segar di Bonjour Cafe cukup menghilangkan keletihan.

Jika mahu mengadakan mesyuarat atau seminar, Novotel 1Borneo menawarkan tiga bilik mesyuarat yang dilengkapi dengan kemudahan audio visual yang canggih selain memuatkan hingga 240 orang.

Terletak di tingkat dua, anda boleh mendapatkan sokongan kesetiausahaan bagi memastikan mesyuarat berjalan lancar.

Bagi yang ingin ke pusat bandar Kota Kinabalu, bas ulang-alik disediakan secara percuma.

Ia hanya mengambil masa 10 minit dari pusat bandar dan 25 minit dari Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu selain terletak bersebelahan pusat membeli-belah terkemuka di Sabah.

Untuk keterangan lanjut, layari www.accorhotels.com/Novotel-Malaysia

Mayangsari Resort Dungun

tak perlu mengeluarkan belanja tinggi bercuti bersama keluarga jika hanya sekadar mahu menikmati juadah makanan di atas pondok di tepi kolam sambil menghirup udara segar serta melihat pelbagai spesies ikan berenang seperti disediakan kebanyakan hotel di Bali, Indonesia.

Sebaliknya, dengan hanya mengeluarkan perbelanjaan antara RM200 dan RM400, Mayangsari Resort Dungun yang terletak berhadapan Laut Cina Selatan di kawasan pesisir Pantai Teluk Lipat, Dungun, turut menyediakan percutian ala Bali untuk pengunjung.


Belum ada hotel ataupun resort di Terengganu menyediakan sebanyak 31 kolam, termasuk kolam ikan di setiap bilik dan 15 unit pondok berhampiran kolam mandi, melainkan Mayangsari Resort Dungun.

Istimewanya, bermula daripada reka bentuk atap sehingga 28 bilik berkembar, seni binanya menyerupai beberapa hotel serta resort yang terdapat di Bali, Indonesia, selain keunikan batang nibung sebagai penghias tiang sokongan.

Tidak hairanlah, 15 unit mengandungi 28 bilik ala Bali yang dinamakan sebagai Pool Villa turut disediakan dengan kemudahan 15 kolam mandi dan kolam ikan menjadi pilihan utama pengunjung resort.
PONDOk di tepi kolam antara tarikan utama pengunjung yang bercuti di Mayangsari Resort Dungun.

Sambil menghirup udara segar dan menikmati pelbagai juadah tradisonal disediakan tukang masak tempatan di atas pondok disediakan di tepi kolam, pengunjung tidak perlu bimbang keselamatan anak-anak yang begitu riang mandi manda di kolam.

Pengurus Mayangsari Resort, Taufek Mohamad, berkata selain Pool Villa satu dan dua bilik, turut disediakan untuk kemudahan pengunjung ialah 19 bilik Garden Villa, 20 bilik Fountain Villa dan 20 bilik Water Villa serta 10 dorm yang boleh menampung 120 pengunjung.

Pengunjung yang memilih menghabiskan percutian ala Bali di Mayangsari Resort Dungun tidak perlu risau mengenai makanan, kerana Majlis Perbandaran Dungun (MPD) menyediakan lebih 50 gerai makanan sepanjang jalan menuju ke Mayangsari Resort.

Taufek berkata, jika pengunjung ingin menukar selera, mereka boleh memilih untuk makan malam dan tengah hari di beberapa gerai disediakan MPD, termasuk gerai ikan bakar segar di Kuala Dungun yang jaraknya hanya dua kilometer dari resort itu.
REKA bentuk bumbung Mayangsari Resort ala Bali menarik perhatian pengunjung.

Turut disediakan pengurusan Mayangsari untuk kemudahan pengunjung ialah pelbagai peralatan permainan sukaneka dan pakej termasuk bot untuk mereka yang gemar memancing di perairan Pulau Tenggol.

Selain itu, pengurusan Mayangsari turut menyediakan kemudahan dewan yang boleh menampung 120 orang, selain kolam renang terbuka.

Pengunjung yang memilih untuk bercuti ala Bali di Mayangsari Resort tentunya tidak akan merasa kecewa kerana ketibaan mereka disambut dengan senyuman manis lebih 40 pekerja yang 98 peratus terdiri daripada anak Dungun.

Taufek berkata, pengurusan Mayangsari akan melabur sebanyak RM1 juta untuk menyediakan lebih banyak bilik penginapan termasuk dorm dan dewan yang boleh menampung 300 peserta untuk menganjurkan pelbagai kursus tahun depan.

PYOTravel.com - Portal Agensi Pelancongan


Agensi pelancongan dalam talian yang menawarkan pakej percutian tempah sendiri dengan pelbagai pilihan syarikat penerbangan, penginapan dan pelancongan pada kadar masa sebenar dengan pengesahan serta-merta kini boleh didapati di negara ini.

Menerusi PYOTravel.com, sesiapa sahaja boleh mengembara di seluruh dunia tanpa perlu bersusah payah pergi ke pejabat agensi pelancongan untuk membuat tempahan. Ini kerana, anda boleh membuat tempahan dari rumah, pejabat atau di mana-mana sahaja dengan melayari laman web tersebut.

Selain menawarkan pakej percutian mengikut pilihan anda, ia juga menyediakan perkhidmatan penerbangan dan tempahan bilik hotel.

Pengurus Besar PYOTravel.com, Francis Chin, berkata, PYOTravel.com memberikan tawaran kembara bermutu tinggi pada harga yang sangat berpatutan.

Menurutnya, untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, PYOTravel.com telah merombak keseluruhan sistem untuk mengukuhkan keupayaan teknologi dan juga menambah baik perantaraan laman webnya.

"Kami telah membina sebuah landasan yang sangat interaktif dan struktur navigasi canggih yang membolehkan pelanggan menempah pakej penginapan dan percutian dari keselesaan rumah mereka," katanya kepada Kosmo! di Kuala Lumpur.

Dipacu oleh sistem operasi yang baru dan mantap serta sokongan kukuh daripada rangkaian rakan kembara yang luas, PYOTravel.com dapat menjamin kadar masa sebenar dan memberikan pengesahan serta-merta mengenai kekosongan bilik hotel, tiket penerbangan dan pakej percutian di seluruh dunia kepada pengembara.

MENERUSI laman web ini, anda boleh membuat tempahan untuk mendapatkan pakej percutian impian di mana-mana sahaja anda berada. - Gambar hiasan

"Versi portal PYOTravel.com yang dinaik taraf ini memberikan kebebasan kepada pengembara untuk merancang pengembaraan mereka. Orang ramai mempunyai pilihan sehingga 10,000 hotel dan 1,000 pakej percutian dan pelbagai syarikat penerbangan utama di Asia Pasifik.

"Ia termasuk Malaysia Airlines, Cathay Pacific, Singapore Airlines, Qatar Airways, Thai Airways, China Airlines, Eva Air dan Air Asia," ujar Chin lagi.

FRANCIS CHIN (kanan) dan konsultan teknikal PYOTravel.com, Ernst van Oeveran menunjukkan laman web PYOTravel.com di Kuala Lumpur.

Di samping memberi pelanggan pengalaman pengurusan dan tempahan kembara yang mudah dan mesra pengguna, Chin yakin bahawa PYOTravel.com mampu menawarkan pakej dalam talian terbaik kepada pengembara di rantau ini.

"Dengan hanya tiga klik untuk mencari, memilih dan mengesahkan, PYOTravel.com membawakan kombinasi pakej percutian, penerbangan dan penginapan pada harga terendah ke destinasi Asia pilihan atau destinasi lain pelanggan," jelas Chin.

PYOTravel mempunyai lebih daripada 21 portal setempat untuk membolehkan pembelian dibuat dalam mata wang tempatan supaya pelanggan tidak perlu bimbang tentang kadar tukaran yang berubah-ubah.

Bagi membolehkan pelanggan membuat pertanyaan melalui telefon, pusat panggilan tempatan telah dibuka di bandar raya tertentu, iaitu Kuala Lumpur, Bangkok, Singapura, Hong Kong, Taipei, Sydney, Tokyo, Shanghai dan Manila.

Seiring dengan trend komunikasi semasa, PYOTravel.com telah menggabungkan ciri-ciri rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan blog di alamat www.pyobuddy.com pada portalnya.

"Kami akan terus memperluaskan tawaran sedia ada. Ini kerana portal kembara kami kini dilengkapi dengan keupayaan teknologi mantap yang membolehkan kami mencipta pelbagai pilihan menarik untuk pelanggan.

"Salah satu daripada pilihan ini termasuk keupayaan yang membolehkan pelanggan mengatur dan menempah jadual mereka sendiri pada harga terbaik dalam masa sebenar," kata Chin.

Menerusi segala inisiatif terbaru itu, PYOTravel.com menetapkan sasaran untuk menambahk keahlian pelanggan daripada 35,000 kepada 100,000 menjelang Mac 2010.

Mutiara Burau Bay Beach Resort

Jika ingin mencari ketenangan, bawalah keluarga bercuti di Mutiara Burau Bay Beach Resort yang terletak di Pantai Kok, Langkawi. Di sini, anda mampu bercuti penuh bergaya tanpa banyak mengeluarkan belanja kerana Mutiara Burau Bay adalah Resort tiga bintang yang memberikan khidmat serta layanan bertaraf lima bintang.

Berkeluasan 7.68 hektar, resort ini diselubungi kehijauan pepohon berlatar belakangkan pemandangan gunung Mat Cincang. Pantainya yang putih bersih dengan air laut jernih bak kristal dan bayu laut menyamankan fikiran. Pasti saja anak-anak anda enggan meninggalkan pantai indah dengan pemandangan hijau yang menyegarkan ini. Jika bosan berendam di laut, beralih ke kolam renang yang terletak di tengah-tengah resort ini, menghala ke pantai.

Berada di Mutiara Burau Beach, anda tidak perlu ke tempat lain untuk menghabiskan percutian. Bermula dari ibu bapa sehinggalah kepada anak-anak, setiap masa diisi dengan penuh bermakna. Setiap aktiviti boleh dilakukan sekeluarga misalnya berbasikal mengelilingi kawasan persisiran pantai sehingga ke Oriental Village untuk menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang yang terletak hanya 10 minit dari resort ini.

Ketika ibu menikmati urutan tradisional kaki mahupun badan di Spa Ayer, anak-anak pula boleh menghabiskan masa di Kelab Kanak-Kanak yang turut disediakan di situ, bermain gelungsur atau jongkang jongkit di taman permainan mini kanak-kanak. Bapa pula boleh bermain tenis, futsal, badminton, ping pong atau sepak takraw. Terdapat juga taman bunga mini yang sesuai untuk anda sekeluarga bersantai sambil menyedut udara nyaman di samping melihat secara dekat serta mengenali tumbuhan serta hidupan semula jadi Langkawi.

Tempat penginapan berbentuk chalet seakan rumah nelayan dan hiasan dalaman bergaya tropika dilengkapi kemudahan moden seperti penghawa dingin, televisyen dan telefon. Chalet terbahagi kepada tiga kategori iaitu Superior Cabana (122 unit) dengan satu bilik tidur, bilik mandi dan anjung untuk berehat. Studio Cabana (26 unit) dilengkapi satu bilik tidur dengan satu lounge tempat duduk. Jika membawa lebih ramai keluarga, Burau Suite (150 unit) menawarkan dua bilik tidur dengan lounge tempat duduk.

Nikmati hidangan seperti sarapan dan makan tengah hari di Seri Mutiara Restaurant dan Terrace yang terletak bersebelahan lobi. Menghadap ke kolam renang dan pantai, ia dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam dengan bufet pelbagai hidangan tempatan dan antara bangsa. Anda juga boleh menikmati hidangan tengah hari tempatan atau antarabangsa yang lebih ringan di Seashell Beach. Ia dibuka dari 12 tengah hari sehingga 12 malam untuk makan malam sambil dihiburkan dengan alunan muzik oleh kumpulan band resort berkenaan.

Mutiara Burau Bay juga menyediakan kemudahan bankuet, mesyuarat, seminar mahupun kem motivasi diri secara berkumpulan. Dewan Impian yang terletak bersebelahan Seri Mutiara Restaurant dan Terrace boleh memuatkan 120 tetamu dan lebih menarik, ia boleh dibahagikan kepada dua bilik kecil yang memuatkan antara 50 hingga 70 tetamu.

Ada dua pakej istimewa untuk bercuti iaitu Burau Gateway yang berharga RM279 bersih seorang untuk penginapan di superior cabana garden view dan RM339 bersih seorang untuk penginapan di studio cabana garden view. Pakej untuk dua orang sebilik ini mengandungi penginapan tiga hari dua malam, sarapan, makan malam di Seri Mutiara, minuman selamat datang, kemudahan minuman kopi di bilik dan daftar keluar lewat sehingga 2 petang.

Pakej Romance in Burau pula berharga RM408 bersih seorang di Superior Cabana Garden View dan RM458 bersih seorang untuk Studio Cabana Garden View. Anda dan pasangan boleh menginap tiga hari dua malam disertai sarapan, minuman selamat datang, aroma harum di bilik, makan malam romantik di pantai dan daftar keluar lewat sehingga 2 petang.

Mutiara mengenakan caj tambahan RM50 pada cuti umum, RM100 bermula 20 hingga 31 Disember.

Info: Mutiara Burau Bay Beach Resort

Lokasi: Teluk Burau, Langkawi

Taraf: Tiga bintang

Jarak :
# Dari lapangan terbang: 15 minit
# Dari pekan Kuah: 36 minit
# Jeti Kuah: 40 minit

Tel: 04-9591061

Emel: cro@mutiarahotel.com

Laman web: www.mutiarahotels.com

Homestay Kampung Buluh

Lazimnya setiap keluarga lebih gemar memilih percutian berkonsepkan resort atau chalet di tepi pantai atau deruan air terjun yang jauh daripada hiruk piruk kota sebagai tempat beristirehat dan meluangkan masa bersama keluarga selepas penat dibebani kesibukan kerja.


Pantai yang indah atau gugusan pulau dikelilingi air laut yang jernih sering menjadi tumpuan terutama pada musim cuti sekolah kerana sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti bersukan dan memancing bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Namun, apa kata jika sesekali anda lari daripada kebiasaan dan cuba gaya percutian baru dengan menginap di homestay yang menawarkan pakej harga dan kepelbagaian aktiviti tidak kurang hebatnya berbanding pakej percutian yang ada di tempat lain.

Bagi mereka yang berminat mencuba pengalaman baru, Homestay Kampung Buluh yang terletak 1.5 kilometer dari pekan Kuala Berang adalah pilihan tepat kerana ia bukan saja menawarkan pengalaman tinggal bersama masyarakat desa dalam perkampungan tradisional yang kaya dengan unsur sejarah, tetapi aktiviti yang disediakan juga begitu menarik dan sesuai untuk seisi keluarga.

Lokasinya yang strategik terletak di pinggir persimpangan tiga sungai utama iaitu Sungai Terengganu, Sungai Berang dan Sungai Tersat, cukup menggambarkan keindahan dan keunikan susun atur semula jadi perkampungan homestay berkenaan. Ditambah dengan dusun buah-buahan yang merimbun di seluruh pelusuk kampung menyerlahkan lagi kedamaian dan kehijauan landskapnya sekali gus menyejukkan mata memandang.

Homestay Kampung Buluh menyediakan penginapan selesa untuk 200 pelancong pada satu masa. Walaupun kebiasaannya kebanyakan pelancong datang menginap secara berkumpulan, mereka juga menyediakan pakej untuk keluarga dan individu pada harga bermula RM100 dan ke atas untuk penginapan 2 hari 1 malam.

Jika inginkan privasi bersama keluarga, anda boleh memilih untuk tinggal berasingan dan menginap di villa yang lengkap dengan kemudahan asas pada kadar RM100 semalam.

Bagaimanapun, tinggal bersama keluarga tradisional, anda akan didedahkan dan merasai sendiri pengalaman menghasilkan kuih muih tradisional seperti lemang, bahulu, tapai pulut dan tidak ketinggalan keropok lekor yang menjadi identiti penting masyarakat Terengganu.

Bagi yang belum pernah merasai pengalaman mengerau dan memukat ikan sungai, peluang ini tidak wajar dilepaskan kerana aktiviti sebegini jarang ditawarkan di pusat percutian lain.

Pengalaman itu pasti membuat anda teruja kerana Sungai Berang yang terkenal sebagai lubuk dan kaya dengan spesies kelah, baung, patin, sebarau serta jelawat pasti tidak akan membiarkan anda pulang tangan kosong. Malah hidangan ikan sungai itu sememangnya diakui kelazatannya dan popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan, tetapi menjadi suatu kemestian untuk dinikmati oleh pelancong luar setiap kali mereka berkunjung ke pekan itu.

Malah anda juga berpeluang memasak dan menikmati hasil tangkapan sendiri sambil mandi-manda di tepi sungai bersama keluarga dengan ditemani bunyi unggas daripada rimba. Airnya yang amat jernih membolehkan kehadiran anak ikan yang bermain-main di celah di dasar sungai jelas kelihatan mampu membuat anda terpesona, apatah lagi ia boleh ditangkap dengan hanya menggunakan tangan.

Bagi mereka yang meminati sukan berkayak, pihak homestay turut menyediakan kemudahan berkenaan termasuk pemandu arah bagi memastikan keselamatan anda terjamin. Jika bertuah, anda dapat melihat kelibat binatang liar seperti rusa, pelanduk dan musang yang mendiami hutan berhampiran sepanjang menyusuri Sungai Berang.

Untuk memastikan pengunjung tidak kebosanan, anda akan dibawa melawat banyak tempat pelancongan menarik termasuk Taman Burung Kuang Ajil yang terbesar di Malaysia dan menempatkan pelbagai jenis burung termasuk spesies yang jarang didapati.

Kunjungan ke Tasik Kenyir, Taman Herba dan Taman Orkid Liar yang terletak di Hutan Lipur Sekayu pastinya meninggalkan kenangan manis untuk anda. Sambil mandi di bawah deruan air terjun, anda juga boleh mengenali dan menghayati keindahan spesies orkid liar dan tumbuhan herba secara lebih dekat dengan mendapatkan informasi melalui galeri di situ.

Selain itu, bagi pencinta sejarah, lawatan ke Memorial Batu Bersurat yang menjadi bukti awal kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu dan Makam Tok Gajah iaitu bapa kepada Pahlawan Mat Kilau akan menjanjikan saat bermakna kepada anda.

Sebelah malam, anda akan dihiburkan dengan pementasan budaya termasuk Tarian Balai, Selingan Rodat dan Silat Pulut oleh Orang Ulu. Bagaimanapun, aktiviti ini disediakan hanya untuk pelancong berkumpulan.

Semua aktiviti berkenaan adalah fleksibel dan disediakan dalam pakej serta harga berasingan. Justeru anda boleh memilih untuk mengikuti mana-mana aktiviti yang disukai.

Walaupun percutian ini tidak menjanjikan hiburan dan suasana mewah, banyak pengalaman dan pelajaran baru yang boleh anda dapati dan jarang didapati dari tempat lain. Sesekali apa kata anda bawa anak-anak merasai kehidupan desa yang damai dan tenang sekali gus menjimatkan bajet anda.

Untuk pertanyaan, anda boleh hubungi Setiausaha Projek Homestay Kg Buluh, Zubir Hasan.

Homestay Kg Buluh

Lokasi: 1.5 kilometer dari pekan Kuala Berang

Pakej: Pakej untuk keluarga dan individu, harga bermula RM100 untuk penginapan 2 hari 1 malam. Ada juga villa yang lengkap dengan kemudahan asas pada kadar RM100 semalam.

Telefon: 013-9104186. (Zubir Hasan)

Pakej Muslim LV Travel and Tours

Tiada siapa menafikan pengenalan penerbangan tambang murah oleh beberapa buah syarikat penerbangan telah melonjakkan industri pelancongan dunia. Di kalangan rakyat Malaysia, kehangatan berlibur begitu jelas terarah ke kota-kota percutian negara serantau seperti Bali, Bandung, Yogyakarta, Bangkok, Phuket, Hanoi dan Chiang Mai.

Tidak ketinggalan apabila tiket penerbangan tambang murah memanjangkan sayapnya ke China dan Australia. Destinasi-destinasi percutian di sana turut termasuk dalam senarai percutian yang mampu dikunjungi ramai.

Kemeriahan industri pelancongan serantau itu turut menyemarakkan jumlah syarikat atau ejen pelancongan di dalam negara. Namun, dalam keghairahan tersebut, penting untuk memilih ejen pelancongan yang betul dalam memastikan anda tiba ke tempat yang diingini selain mendapat perkhidmatan yang berkualiti.

Antara ejen pelancongan yang mempunyai kredibiliti tersendiri dalam menguruskan kaki-kaki cuti ke destinasi percutian serantau ialah LV Travel and Tours Sdn. Bhd. Dengan tema promosi Mari-mari Cuti, syarikat pelancongan itu mengendalikan percutian antara 500 hingga 700 orang seminggu.

Pakej Pelancongan Muslim
Angka itu menjadi bukti kredibilti LT Travel and Tours dan kepercayaan serta kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Menurut Eksekutif Jualan LV Travel and Tours, Heng Eng Ling, agensi itu mula beroperasi sejak lima tahun lalu. Bagaimanapun, katanya, kehangatan percutian serantau menyebabkan syarikat tersebut memperkenalkan pakej Muslim sejak dua tahun lepas.

"Sambutan yang kami terima sangat menggalakkan. Dengan kempen promosi Mari-mari Cuti, kami mendapat ramai pelanggan yang kembali menggunakan khidmat kami untuk percutian seterusnya," ujar beliau.

Sementara itu, Eksekutif Pelancongan Bahagian Muslim, Mas Ryna Nazir memberitahu, syarikat tersebut menawarkan pelbagai produk percutian Muslim menarik dengan fokus di kota-kota percutian di Indonesia.

Ketika ditemui di Pesta Umrah dan Pelancongan Muslim MATTA Antarabangsa Selangor di Shah Alam baru-baru ini, beliau menjelaskan, LV Travel and Tours turut mengendalikan percutian Muslim ke China, Vietnam, Thailand dan Kemboja.

"Indonesia dan China adalah antara pakej-pakej yang menjadi kekuatan LV Travel and Tours. Kita mempunyai kerjasama yang rapat dengan wakil-wakil di sana.

"Bayangkan untuk pesta pelancongan Muslim di sini, beberapa wakil daripada badan promosi Yogyakarta juga turun dan berkampung di gerai pameran kami. Dengan adanya wakil dari Yogyakarta, mereka yang berminat ke sana boleh mendapat penerangan yang lebih jelas mengenai aktiviti berlibur di sana.

"Bahkan, apa yang lebih menarik dengan adanya wakil terus dari Yogyakarta, pengunjung boleh mendapat harga yang lebih murah," katanya yang mengakui antara destinasi percutian paling mendapat sambutan ialah Jakarta dan Bandung.

Menyentuh mengenai pakej percutian murah yang diberikan kepada orang ramai, ujar Mas Ryna, perkara itu sememangnya menjadi salah satu daripada matlamat LV Travel and Tours.

Antara kelebihan perkhidmatan agensi itu ialah jika agensi lain mengumpulkan sehingga 15 atau 20 orang sebelum boleh memulakan percutian, di LV Travel and Tours, empat orang sudah memadai.

"Ramai orang merungut sebab kadangkala meereka terpaksa menangguhkan percutian sebab ejen pelancongan ingin memenuhi kuota pelanggan. Dengan kami, kalau sudah cukup empat orang, anda boleh berlepas untuk bercuti," katanya sambil mengakui antara fokus pakej syarikat itu ialah famili atau berkumpulan.

Menjelaskan mengenai pakej Muslim, terang Mas Ryna, antara kelebihan menggunakan perkhidmatan itu ialah pihaknya memastikan pelancong mendapat makanan yang halal, selain tidak mengabaikan solat.

"Ada destinasi-destinasi tertentu yang agak susah untuk mendapatkan makanan halal, tetapi dengan wakil kita yang memang sudah arif, ia bukan satu masalah lagi. Bahkan, kita juga memastikan dalam percutian itu rombongan dapat singgah di masjid atau lokasi bersesuaian untuk bersembahyang," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Badan Promosi Pariwisata Kota Yogyakarta, Ferry Astono yang ditemu bual di gerai pameran LV Travel and Tours memberitahu, pihaknya sentiasa membuat promosi di Malaysia terutama setiap kali diadakan Pesta MATTA.

"Selalunya kami tawarkan harga istimewa bila dapat datang membuat promosi ke Malaysia," katanya.