Showing posts with label Produk Aksesori Wanita. Show all posts
Showing posts with label Produk Aksesori Wanita. Show all posts

Koleksi hebat tas tangan edisi terhad Lady Dior dari jenama Christian Dior

Eranzi telah mengadakan pra-tempahan untuk koleksi hebat tas tangan edisi terhad Lady Dior dari jenama Christian Dior.

Christian Dior, jenama yang terkenal dengan rekabentuk feminin dan berkelas tinggi untuk setiap aksesorinya, telah hadir dengan tas tangan mesti milik yang menjadi idaman setiap puteri kerabat diraja atau mereka yang mengimpikan gelaran puteri.

Pertama kali dilihat bersama mendiang Puteri Diana pada tahun 1995 ketika majlis Cezanne Art Exhibition. Tas tangan tajaan Dior Corporation adalah hadiah daripada bekas Wanita Pertama Perancis, Bernadette Chirac. Dior kemudian menamakan tas tangan itu sebagai Lady Dior.

Menjadi simbol utama keanggunan, Lady Dior hadir dalam pelbagai saiz, rekabentuk dan warna yang dihasilkan dari kulit yang paling ringan namun tahan lasak.

Menampilkan corak Cannage yang terkenal, corak yang sama dapat dilihat pada kerusi Napoleon III, Lady Dior sesuai untuk semua jenis majlis yang ingin dihadiri bersama ruang yang luas, sesuai untuk keperluan 'diraja' anda.


Juga bukanlah satu kejutan sekiranya Lady Dior menjadi pilihan utama para selebriti Hollywood untuk bergaya.

Sekiranya anda telah bersedia untuk mengeluarkan ciri-ciri seorang puteri yang terdapat dalam diri anda, jangan lepaskan peluang untuk memiliki Lady Dior.

Eranzi kini menawarkan peluang untuk anda menikmati gaya hidup mewah dengan koleksi edisi terhad Lady Dior dengan mengunjungi laman www.eranzi.com atau boleh terus klik di SINI .

Bazar Tudung - Beli Tudung Online



Menjadi satu tanggungjawab wajib bagi semua umat islam untuk menutup aurat, bagi wanita menutupi kepala/rambut adalah wajib di sisi islam. Dengan itu di Bazar Tudung membuat pelbagai jenis tudung untuk melindungi rambut anda.

Dengan design-design yang sentiasa up-to-date berserta harga yg berpatutan dengan kain yang berkualiti tinggi mengapa tidak anda mencuba tudung dari kami. Bazar Tudung setiasa mengemaskini web bagi memastikan tudung-tudung yang dijual memenuhi permintaan semasa.

Untuk melihat design tudung, sila klik di sini.

Koleksi Pesona Hati dan Anggun, Avon Jewellery

Koleksi Pesona Hati dan Anggun jadi pertaruhan Avon Jewellery menerusi hasil buatannya yang menawan.

Inspirasi dizahirkan pada pelbagai aksesori menarik seperti pin, kerongsang, rantai, gelang mahupun jam tangan, memang ada tarikan tersendiri.

Bagi wanita, aksesori berkenaan menjadi perkiraan penting kepada mereka untuk tampil bergaya. Tidak kira remaja mahupun yang sudah berusia, tidak lengkap melangkah ke sesuatu majlis atau destinasi tertentu tanpa sebarang suntikan aksesorinya.

"Avon Jewellery memberi suntikan menarik dalam olahan barangan yang dihasilkan kerana ciri kemasannya.

"Mengambil kira cita rasa mereka yang mahu bergaya, pasti sentuhan aksesori sedemikian memberikan aura kepada pemakai," kata Pengurus Pemasaran dan Pengarah Pembelian dan Pengembangan Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd, Hanim Shahrom.

Pada harga mampu milik serendah RM14.50 hingga RM69.90, ia amat bersesuaian buat mereka yang mengambil kira soal bajet dalam suasana ekonomi tidak menentu hari ini.

Menurutnya, biarpun harganya amat bersesuaian, soal kualiti barangan tidak pernah dipinggirkan. Bahkan, semua aspek diambil kira pihak syarikat dan bukan hanya berorientasikan keuntungan semata-mata.

Hanim tidak menafikan, aksesori dan pakaian untuk suai padan jadi perhitungan wanita khususnya untuk mereka yang sukakan aliran fesyen terkini.

"Tidak hairan kebanyakan mereka yang gemar membuat koleksi aksesori akan menyuai padan sebaiknya berdasarkan keserasian atau aura tertentu barangan.

"Bukan hanya harganya berpatutan, suntikannya yang eksklusif menjadikan aksesori menarik ini sebagai pilihan masa kini," katanya.

Oleh Noriah Idris