Showing posts with label Produk Pakaian. Show all posts
Showing posts with label Produk Pakaian. Show all posts

Body Make-Up Bra Triumph

The new Body Make-Up Bra redefines the perfect T-Shirt Bra with its high definition invisibility and lightweight LYCRA XTRA FINE fibre.

Available in 1/2 Cup Push-Up, 3/4 Cup Push-Up and 3/4 Stretch Cup!

Body Make-Up Bra Triumph

The LYCRA XTRA FINE fibre of Body Make-up Collection provides you with a unique blend of style, comfort and weightlessness! The patented Memory Cushion foams cradle to your body contours for a sensuously snug and comfortable fit!

8 out of 10 women want to wear a bra and feel like they're not wearing anything! The incredible Body Make-up Collection comes with patented Memory Cushion cups that mould to individual body contours for the ultimate comfort, shape and a super-smooth fit.

Levi's® Curve ID, rekaan musim bunga 2012

Levi's® Curve ID kini kembali dengan variasi baru dalam pilihan seluar denim terunggul khas buat para wanita yang terdiri daripada pelbagai potongan badan.

 Rekaan terbaru ini boleh didapati dalam variasi panjang gaya baru ankle skinny dan juga jambangan warna-warna segar untuk musim bunga bakal menjelma.

 Apa yang menarik tentang Levi's® Curve ID, ianya dihasilkan bukan mengikut saiz tetapi didatangkan khas dengan teknologi iaitu satu sistem padanan revolusi yang berdasarkan bentuk tubuh badan.

 Pengarah Komersial untuk Levi Strausss Malaysia, Anintha Narayan berkata, seluar denim harus direka untuk sesuai dengan wanita dan bukannya wanita yang harus padan dengan rekaan seluar denim.

 Untuk musim bunga 2012, Levi's® Curve ID bakal menampilkan pelbagai kemasan bergaya dan inovatif dari sunset coral, snorkel blue, buck wheat dan denim hingga ke authentically crafted dan worn looks.

 Seperti biasa, bagi memahami kehendak peminat jenama ini, ankle skinny yang menjadi taruhan baru bersama koleksi Ankle Flare Levi's® Curve ID yang mengenengahkan dua kemasan juga akan turut dijual.

 Tiga variasi buat tubuh badan wanita dalam pelbagai potongan badan memberikan si pemakai ruang untuk memilih yang mana satu sesuai.


Levi's® Curve ID

 Manakala Slight Curve direka untuk meraikan potongan badan yang lurus dan menonjolkan pinggang wanita dan menyerlahkan lentik tubuh.

 Demi Curve akan mengempiskan pinggang anda dan mencantikan bentuk tubuh dengan hanya menyarungkan denim berkenaan.

 Bold Curve pula direka untuk menghargai tubuh lentik yang menawan di mana ianya akan mengecilkan pinggang dan terletak cantik tidak merenggang.

 Kunjungi kedai rasmi label ini untuk berjumpa dengan pakar yang disediakan untuk mengukur tubuh anda dan mengenal pasti potongan Levi's® Curve ID yang mana sesuai untuk anda.

 Anda juga boleh melayari bilik persalinan digital interaktif di levi.com.my atau laman Facebook Levi's® di facebook.com/#!/Levis untuk mempelajari lebih lanjut tentang sains di sebalik bentuk bukan saiz Levi's® Curve ID.

Zaggora Weight Loss CAPRIS FLARES™

Highlights

CAPRIS FLARES™ three-quarter thighs makes losing weight 4-times faster than with normal training leggings or shorts.
Specially-designed Celu-Lite technology reflects natural heat
Designed to increase perspiration, break down fat cells and detoxify.
Sizes available: S, M, L, XL.
Includes nationwide delivery.
Can be worn anytime as inner-wear, during sleep or workouts.







Designed with Celu-Lite technology, CAPRIS FLARES™ reflects ruthless ultraviolet and increases perspiration and metabolism, promoting deep tissue warming, fat cells break-down and detoxification. Snug thigh tights cover shabby shanks, shedding weight and mass four-times faster in a 30-minute weary workout or munching marathon. Sleek shorts may adorn fat fighters at any time as inner-wear, during sleep or workouts.

Comes with four sizes from small to extra-large, thigh tights combat cellulites while pleased participants return from a two-week weight loss showdown and flaunt lengthy legs.

CAPRIS FLARES™ should be hand washed and not tumble dried. For delivery, warranty, cancellation and other policies, see Zaggora’s terms and conditions.

Click here for sizes

You can buy here:  http://zaggora.com/pages/THE-STORE.html

Reviews

I did the two week challenge and omg...I lost 2" on my waist, 1" on my hips and .5cm on my legs...they are awesome. Also my skin got smoother and honestly it makes you drink more...I am so hydrated when wearing those pants...thanks for the invention...need a hotbra and a hot jacket!!!! – Mar 19, 2012.
–Chrissy

I've been wearing my long FLARES for just over a week now. I wear them to walk my dog, teach Yoga, BodyPUMP and BodyBALANCE in. So far I have lost 2.5 pounds but am waiting until the end of my 2 weeks to do the measure! The FLARES are really warm on my dog walks and I feel like my legs are really well supported. – Feb 27, 2012.
–Jamesygirl


Kasut selesa untuk bersantai atau bercuti

Ketika sedang bercuti, banyak tempat yang sering dikunjungi dan kita lebih suka berjalan kaki daripada menaiki kenderaan terutama apabila jarak antara destinasi berikutnya dekat.

Justeru, penggunaan kasut dan sandal lebih santai adalah pilihan tepat. Dengan teknologi terkini dan rekaan untuk kesihatan terutama kaki, betis dan belakang, saat bercuti bersama keluarga atau insan tersayang pasti lebih menyeronokkan.

Jika mencari-cari kasut atau sandal sesuai dengan semua jenis aktiviti terutama ketika melancong, koleksi kasut keluaran Hush Puppies pasti tidak mengecewakan.

Rekaan kasutnya lebih kasual, selesa dan bergaya serta mementingkan kesihatan kaki dan belakang pemakainya.

Koleksi The Body Shoe, Hush Puppies With Air dan Hush Puppies Zero G sesuai dipakai sepanjang percutian anda.


The Body Shoe

Kelebihan kasut koleksi ini ia mampu mengembalikan kontur kaki, sekali gus memberikan kesan terhadap pembentukan otot kaki.

Ia sesuai dipadankan untuk aktiviti bersantai supaya pergerakan kaki tidak terganggu sepanjang hari. Selain itu, dengan penggunaan kasut daripada koleksi The Body Shoe ini, anda seperti bersenam dan membina otot sepanjang pemakaiannya.

Ia juga memberi tahap tekanan dan sokongan berbeza kepada setiap bahagian kaki kerana teknologi yang digunakan mampu mengurut tapak kaki secara perlahan-lahan ketika berjalan malah nodul dalam lapik tapak kasut merangsang peredaran darah dalam kaki.

Justeru, walau jauh mana pun anda berjalan saat bersiar-siar ketika melancong, kaki anda akan berasa selesa dan bahagian belakang tidak sakit selain ia dapat melindungi kaki.

Hush Puppies With Air

Penggunaan kasut tertutup sering membuatkan kaki kita berpeluh atau tidak punya udara terutama bagi mereka yang tidak memakai sarung kaki.

Namun, dengan teknologi Hush Puppies With Air, kasut seperti mempunyai penyaman udara yang memberikan udara sepanjang pemakaian.

Reka bentuknya yang sesuai digayakan di mana-mana saja dengan tumit kasut yang seperti mempunyai tetingkap udara dan kusyen yang lebih selesa dapat menyerap peluh, sekali gus memberi keselesaan sepanjang hari.

Hush Puppies Zero G

Berjalan dengan kasut koleksi Hush Puppies Zero G memberi anda pergerakan lebih mudah dan ringan seperti tidak memakai kasut.

Menggunakan bahan yang ringan dan tapak dalamannya yang boleh dikeluarkan untuk dikeringkan selain luarannya senang lentur, membuatkan pergerakan kaki lebih santai mengikut keadaan.

Ia juga mengikut kontur kaki bahkan menjamin keselesaan optimum.

Dengan pelbagai rekaan yang menarik, anda boleh memilih pelbagai jenis yang bersesuaian dengan destinasi dan tujuan percutian anda.

Bengkung Qurratu' dan Yuslaily Yunos Corset

Bengkung Qurratu' dan Yuslaily Yunos Corset

Perniagaan bengkung? Bunyinya mungkin agak kurang komersial pada halwa telinga malah boleh mengundang komen-komen sinis yang memedihkan hati.

Itulah juga yang dialami Yuslaily Yunos, 34, ketika memulakan perniagaan bengkung apabila ramai yang mengejek dan mentertawakannya.

Orang memandang kecil terhadap perniagaan tersebut yang pada pandangan mereka bukan perniagaan menguntungkan.


Ini kerana jika setakat dibeli oleh wanita yang menunggu masa untuk bersalin, berapa sangatlah yang boleh dijual.

Perniagaan bengkung itu mungkin dianggap sebagai perniagaan kecil-kecilan atau hanya sesuai untuk mak bidan sahaja.

Semua tanggapan itu tidak mematahkan semangat Yuslaily apatah lagi menyimpan dendam pada mereka yang sering mencemuh dan mentertawakannya.

''Saya bangun daripada setiap kegagalan dengan penuh rasa syukur. Satu perkara yang ingin saya kongsi dalam apa sahaja perniagaan yang saya ceburi, saya tidak pernah meminjam wang daripada mana-mana pihak kerana bagi saya jika mahukan ketenangan fikiran jauhi hutang,'' ujarnya.

Kini, walau sudah lebih 11 tahun kilangnya, Yuslaily Yunos Inspire beroperasi dan mengeluarkan bengkung berjenama Qurratu' Bengkung dan Yuslaily Yunos Corset, permintaan sentiasa ada dan berterusan.

Dalam sebulan, Yuslaily Yunos Inspire dapat mengeluarkan 5,000 hingga 10,000 helai bengkung kain belacu atau bengkung tradisional.

Bukan setakat mendapat keyakinan pengguna, malah Yuslaily meraih kepercayaan daripada syarikat-syarikat kosmetik dan jamu terkenal yang menempah bengkung tradisional secara eksklusif di kilangnya.

Yuslaily yang ditemui baru-baru ini di kilangnya di Ampang Waterfront berkata, permintaan bengkung amat laris kerana produk tersebut sesuai dipakai bukan saja wanita malah lelaki yang mengalami masalah perut buncit.

''Tambahan pula harga bengkung murah, pemakaian yang mudah dan paling penting keselesaan apabila memakainya.

"Keberkesanannya diperakui sejak zaman nenek moyang kita lagi. Sebab itu walaupun telah ada pelbagai jenis bengkung moden di pasaran namun bengkung kain belacu masih mendapat tempat di hati pengguna.

''Malah seorang pelanggan saya yang kini menjadi agen saya di Hong Kong berkata pemakaian bengkung ini hebat.

"Walaupun dia berbangsa Cina dan tidak tahu langsung tentang bengkung atau amalan tradisional orang Melayu bagi wanita selepas bersalin, dia dapat meyakinkan pengguna di sana akan keberkesanannya,'' jelas ibu kepada tiga orang anak perempuan itu.

Lebih hebat selain Hong Kong dan China, Bengkung Qurratu' turut mendapat tempat di Singapura, Indonesia, Brunei, Dubai, Arab Saudi, Jerman, Denmark, Australia, England dan banyak lagi.

Ini adalah hasil kecanggihan teknologi Internet dan melalui agen yang mempunyai keyakinan terhadap produk tersebut.

Beliau amat bersyukur dan berbangga kerana berkat kesabarannya bersama suami, Muhammad Hairul Afiq Abdullah, 34, dan jatuh bangun dalam dunia perniagaan, kini Yuslaily Yunos Inspire merupakan pengilang dan pengeluar bengkung terbesar di Malaysia.

Katanya, hampir semua pengusaha spa, salon dan peniaga jamu yang berjenama terkenal di pasaran dalam dan luar negara mendapat bekalan bengkung eksklusif dari kilangnya.

Bercerita mengenai masalah yang dihadapi dalam perniagaan tersebut, Yuslaily berkata, kenaikan harga barang seperti kain belacu, benang serta kekurangan tenaga kerja memberi tekanan kepadanya.

''Awal tahun ini mereka yang terlibat dalam industri pembuatan berkaitan fabrik dikejutkan dengan kenaikan harga kain sehingga 50 peratus kerana faktor ekonomi dan banjir besar di China dan Pakistan.

''Mulanya saya susah hati sehingga tidak boleh tidur malam. Tetapi apabila teringatkan bahawa rezeki datang dari Allah, terus hilang perasaan takut malah saya terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan ini,'' katanya yang pernah berniaga nasi lemak di tepi jalan.

Yuslaily amat mengalu-alukan sesiapa sahaja di seluruh dunia yang hendak menjadi pengedar Bengkung Qurratu' dengan modal serendah RM168.

Kepada yang berminat boleh lawati laman web www.Qurratu.com atau hubungi 012-2254931.

Koleksi Erra Fazira bakal dipasarkan

Koleksi Erra Fazira ialah koleksi pakaian siap yang akan dipasarkan tak lama lagi. Ia rentetan kerjasama Erra Fazira dengan pengeluar tudung batik, Desa Murni. Erra ialah duta tudung keluaran syarikat itu.


"Untuk koleksi tudung itu Erra hanya sebagai duta sahaja, tapi untuk Koleksi Erra Fazira ini Erra sendiri yang mengeluarkannya dengan kerjasama mereka. Mereka mahu Erra ke sana untuk memilih kain yang bakal digunakan. Mereka tak berani untuk memilih bagi pihak Erra.

"Sebenarnya sudah lama Erra berhasrat mahu mengeluarkan koleksi ini sebab Erra memang meminati bidang fesyen, tapi sebelum ini tak ada jalan untuk Erra. Nampaknya bila bersama Desa Murni, mereka membuka jalan kepada Erra,"jelasnya.

Menjelaskan lebih lanjut pasal koleksi itu, kata Erra dia akan mengeluarkannya secara eksklusif. Bermaksud, hanya satu rekaan sahaja untuk satu koleksi.

Butik DNA Dynas Mokhtar di The Curve, Mutiara Damansara

Pelakon jelita tinggi lampai, Dynas Mokhtar telah melancarkan kios terbarunya yang dinamakan Dynas Nursing Attire (DNA).


Kios ini berbeza dengan butik yang pernah dmilikinya sebelum ini. Jika dulu dia menjual koleksi pakaian kasual, kali ini Dynas tampil dengan koleksi pakaian yang direka istimewa untuk wanita yang menyusu badan dan wanita hamil. Istimewanya koleksi ini, ia juga boleh digayakan oleh mana-mana wanita kerana rekaannya cukup bergaya dan trendi. Bahkan, koleksi ini direka sendiri oleh Dynas.

“Idea untuk muncul dengan perniagaan ini sudah tentu datang daripada Khyra. Saya pun tidak pernah terfikir akan terlibat dengan bisnes materniti ini, tapi saya memang ghairah dalam rekaan fesyen. Jadi, selepas berfikir seketika, saya akhirnya buat keputusan untuk memulakan bisnes ini.

Selain itu, saya juga mahu menggalakkan penyusuan ibu kerana ia memberi banyak manfaat kepada pembesaran bayi. Apabila kita mengamalkan penyusuan ibu ini, sudah pasti kita memerlukan pakaian dan keperluan yang sesuai. Jadi atas sebab itulah, saya tampil dengan DNA ini. Saya sedar tidak banyak pakaian sebegini yang ada di luar sana. Koleksi ini diilhamkan mengikut pengalaman saya sebagai seorang ibu,”jelas Dynas yang tampil sedondon dengan puterinya yang berusia setahun lebih.

Bercerita lanjut tentang koleksi pakaian rekaannya itu, Dynas memberitahu dia mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk mereka koleksi pakaian tersebut. Jelas pengacara Si Kecilku Chakk! ini, dia tidak menjadikan mana-mana label pakaian sebagai inspirasi, sebaliknya hanya melihat pakaian yang sering digayakan oleh ibu-ibu sekarang ini.

“Memang bukan mudah untuk mereka pakaian, saya mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk menghasilkan koleksi yang ada ini. Buat masa ini DNA ada koleksi kasual, pakaian pejabat, pakaian formal, baju kurung, jubah dan juga pakaian sedondon ibu dan anak. Mengikut perancangan, saya akan keluar dengan rekaan terbaru pada setiap tiga bulan, tetapi tidak pasti lagi sebab saya mahu lihat maklum balas daripada pelanggan. Mungkin juga saya akan keluar dengan koleksi raya tidak lama lagi, “ ujar Dynas teruja.

Dalam masa yang sama, pelakon ini juga mengaku yang dia sebenarnya sangat berdebar-debar dengan bisnes terbarunya itu.

“Walaupun saya mendapat sokongan padu daripada suami dan ahli keluarga yang lain, tetapi saya tetap berdebar-debar menanti maklum balas daripada pelanggan. Saya keluarkan modal sendiri sebanyak RM150,000 untuk DNA dan sudah pasti saya harapkan perniagaan ini berjaya. Memang ibu saya banyak memberi nasihat dan kata-kata perangsang, tetapi individu yang banyak menyokong saya untuk terlibat dalam bidang ini ialah Rita daripada Nurturing Concepts Sdn Bhd. Saya kenali dia melalui program Si Kecilku Chakk!,” cerita Dynas lagi.

Bagi yang berminat untuk mengenali DNA dengan lebih dekat, anda boleh ke kios DNA yang terletak di K-F3-D, 1st Floor, The Curve, Mutiara Damansara. Pakaian di sini berharga RM50 ke atas dan ia boleh didapati dalam saiz S, M, L , dan XL. Selain menyediakan koleksi pakaian bergaya, kios ini turut menyediakan barangan keperluan bayi yang dibekalkan oleh Nurturing Concepts Sdn Bhd di bawah label Mum’s Little One.

Irma Hasmie bakal melancarkan busana jubah Irma Hasmie by Ezuwan Ismail

Pelakon Irma Hasmie bakal melancarkan busana jubah hasil kolaborasinya dengan pereka fesyen Ezuwan Ismail sempena sambutan Ramadan dan Syawal akan datang.

Katanya, kolaborasi tersebut tercetus secara tidak langsung selepas dia pulang dari menunaikan umrah.

"Idea itu datang secara tidak langsung ketika saya duduk berborak bersama dengan Ezuwan dan dia juga menyambut baik cadangan itu.

"Niat saya adalah untuk membantu memudahkan pemakaian wanita Islam selain itu ia juga sesuai dengan trend semasa," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Koleksi jenama Irma Hasmie by Ezuwan Ismail itu bakal dikeluarkan pada bulan hadapan dengan sepuluh rekaan eksklusif dalam sepuluh warna.

Menurut Irma, rekaan busana tersebut juga hasil perbincangan dan persetujuan dia dan Ezuwan Ismail sendiri.

"Saya yakin dengan sentuhan Ezuwan dalam setiap baju rekaannya dan material yang digunakan. Dari segi harga sekitar RM599 sepasang.


"Bagi saya harga tersebut sangat rendah jika dibandingkan dengan harga busana yang dihasilkan seorang pereka fesyen profesional yang selalunya sekitar RM1000 ke atas," katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang hubungannya dengan pereka fesyen tersebut yang dikatakan semakin intim, katanya, Ezuwan adalah kawan yang paling rapat dengan dia buat masa ini.

"Saya mengenali Ezuwan sejak dua tahun lalu dan kami memang sangat rapat. Dia tempat saya untuk meluahkan masalah dan berkongsi pendapat.

"Kami juga banyak persamaan dari segi bulan kelahiran dan asal keluarga di sebelah Kelantan, mungkin itu yang membuatkan saya selesa dengan dia," katanya.

Kasut Crocs Untuk Wanita Lebih Feminin

Jenama kasut yang menjanjikan keselesaan pada kaki, Crocs, kini tampil lebih feminin apabila telah melancarkan Koleksi Candy untuk Musim Bunga dan Panas 2011. Koleksi yang direka istimewa untuk kaum wanita ini lebih berwarna-warni bagi meneruskan Crocs Feel Good Revolution.

Koleksi yang nipis dan ringan ini boleh didapati dalam dua pilihan untuk wanita dewasa iaitu rangkaian Carlie dan Adrina. Dibuat dengan menggunakan teknik binaan dua bahagian yang unik, Koleksi Candy membawakan bahan atas lut sinar dalam aneka warna, corak dan gaya rekaan yang menarik.








Seperti biasa, setiap kasut mempunyai tapak yang diperbuat daripada bahan Croslite™, yang menjamin keselesaan dalam setiap langkah. Sama ada dipakai untuk bekerja, bersiar-siar atau acara liburan bersama rakan-rakan, kasut Crocs Candy memang sesuai dijadikan pilihan. Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM139 hingga RM229.

Bagi yang sangat mementingkan kesihatan kaki, anda juga boleh memilih satu lagi rangkaian kasut daripada Crocs, iaitu Koleksi Crocs Tone. Kasut yang juga berwarna –warni ini direka bentuk untuk merangsang pergerakan otot kaki sambil berjalan. Bahkan, ia membolehkan anda bersenam dengan setiap langkah.

Berbeza dengan kasut senaman untuk mencantikkan kaki lain, koleksi Crocs Tone sengaja direka seperti kasut kasual biasa agar sesuai digayakan pada bila-bila masa. Seadainya anda idamkan potongan kaki menarik, koleksi ini amat disarankan.

Koleksi Crocs Tone membawakan Skylar Flat dan Skylar Clog yang berharga RM229. Setiap satu boleh didapati dalam kombinasi warna terang dan boleh digayakan dengan hiasan butang Nombor Neon atau Bunga Ombak Jibbitz.

www.mycouture.com.my perniagaan busana muslimah Rozita Che Wan

Rozita Che Wan kini mengusahakan perniagaan busana muslimah secara online.

Telah pun mula beroperasi sejak tahun lalu, My Couture, merupakan taruhan utama Rozita Che Wan untuk mengembangkan minat serta kesungguhannya dalam bidang perniagaan.

"Kami menjual pakaian muslimah seperti jubah, selendang, tudung secara online menerusi website www.mycouture.com.my sejak tahun lalu. Saya menjalankan perniagaan ini bersama rakan baik saya Hanim Shahrom yang mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran lebih 20 tahun.

"Kami jual secara online dan pukal. Namun, bagi yang berminat mahu membeli dalam kuantiti yang sedikit mereka boleh pergi ke bengkel kami di Shah Alam," katanya kepada murai.com.my.

Meskipun tanpa promosi yang besar, jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, dia amat berbangga apabila tempahan barangannya semakin mendapat sambutan yang mengalakkan.

"Alhamdulillah, tanpa promosi yang besar-besaran, barangan kami mendapat sambutan yang mengalakkan. Menerusi website butik ini, kami telah menerima tempahan dari beberapa negara termasuklah Dubai, United Kingdom dan Singapura," katanya penuh teruja.

Ditanya mengapa busana muslimah menjadi pilihannya sedangkan pelbagai lagi fesyen wanita yang boleh dipilih, kata bekas pramugari ini, perkembangan dan permintaan yang tinggi terhadap produk itu mendorongnya untuk memilih barangan tersebut.


"Boleh dikatakan sekarang 80 peratus wanita berimej muslimah dan ianya juga merupakan trend masa kini. Itu antara sebab mengapa kami memilih untuk memasarkan produk sedemikian untuk perniagaan kami," jelasnya.

Berhasrat untuk membuka butik serta menjualnya secara langsung kepada orang ramai, jelas Rozita, kekurangan tenaga kerja adalah antara sebab mengapa perancangan tersebut terbantut serta tidak dapat direalisasikan.

"Sebenarnya kami tak cukup kaki tangan. Kalau boleh, memang kami mahu membuka butik untuk orang ramai datang membeli secara langsung. Tunggulah nanti. Apabila segalanya selesai, Insya Allah hasrat tersebut akan dipenuhi," tuturnya.

Koleksi beg Anya Hindmarch di butik Anya Hindmarch, Parkson, Pavilion

Mula terkenal dengan rekaan beg kanvas ‘I Am Not A Plastic Bag’, pelakon British, Anya Hindmarch sebenarnya telah bermula dengan promosi Be a Bag yang membolehkan pelanggan mencetak gambar sendiri pada beg mereka.

“Bukankah itu satu perkara yang menarik, beg anda terpapar wajah anda!” jelasnya yang giat mempromosikan beg rekaan sendiri itu pada tahun 2001. Dengan bermotifkan kebajikan, Hindmarch mengorak langkah menceburi industri kasut dengan seorang rakan kongsi di Venice. Jangan pandang dia sebelah mata kerana rekaan Hindmarch yang diberi nama Her First Class Amenity kit, dipilih khusus oleh British Airways, sekali gus menaikan reputasi dan menaikkan nama Hindmarch sebagai pereka tersohor di peringkat antarabangsa.


Beg kanvas ‘I Am Not A Plastic Bag’ juga punya ceritanya sendiri. Ia sebenarnya bermula dengan kerjasama satu badan kebajikan aktivis United Kingdom yang diberi nama We Are What We Do, yang mana persatuan ini cuba memberi inspirasi kepada orang ramai menggunakan tindakan seharian mereka untuk mengubah dunia menjadi lebih baik. Kumpulan aktivis ini telah bertemu dengan Hindmarch dan memulakan kerjasama mereka dengan mencari satu solusi beg yang mesra alam sekitar, praktikal dan berupaya membawa mesej yang hendak disampaikan kepada orang ramai. Sudah pasti motif utamanya ialah untuk meminimumkan penggunaan beg plastik yang ternyata tidak mesra alam.

Fenomena ‘I Am Not A Plastic Bag’ pastinya meledak apabila golongan selebriti termasuk Keira Knightley, Alicia Silverstone dan Lily Allen menggayakannya.

Apabila beg tersebut mula dipasarkan di kedai runcit Sainsbury‘s di Britain, ia amat laris, di pasaran eBay juga ia dijual dengan harga ratusan dolar. Orang ramai sanggup berbaris sebelum kedai di buka semata-mata untuk mendapatkannya.

Hindmarch juga mencipta fenomenanya sendiri di Malaysia. Terbaru beliau melancarkan koleksi cool, seksi dan wanita glamor yang tahu apa yang mereka mahukan dan berani menyuarakannya.

Inspirasi untuk koleksi SS11 ini sudah tentunya gabungan pelbagai mood wanita yang sentiasa berubah mengikut keadaan. Penggunaan warna-warna alam yang ceria ditambah seri kilauan logam serta perincian menarik. Antara yang terdapat dalam koleksi ini ialah dari kumpulan The Maxi Zip, Enamel Stud Family, The Lacing Family, Evening dan Basket. Dan istimewa untuk peminat Hindmarch, dalam koleksi ini juga menawarkan kasut wanita yang comel sesuai untuk dipakai pada waktu malam atau siang.

Koleksi terbaru ini telah dilancarkan di butik Anya Hindmarch, Parkson, Pavilion oleh pengarah urusan Anya Hindmarch Malaysia, Soo Shea Pin.

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Koleksi sandal Crocs, Light On Your Feet

Sempena kehadiran musim bunga / panas 2011, Crocs melancarkan koleksi terbarunya, Light On Your Feet yang serba ringan dan bergaya.

Koleksi kasut sniker uniseks terdiri daripada empat model menarik iaitu kasut uniseks Hover Lace-up dan Hover Slip-on, kasut retro Bowen untuk lelaki dan Crocband Sneakids untuk kanak-kanak.


Hasil daripada teknologi pembuatan hibrid yang inovatif, koleksi Crocs ‘Light on Your Feet’membawakan penutup kanvas atau kulit dengan lubang tali untuk menambah daya tarikan kasut sniker kasual yang tidak ditelan zaman.

Setiap model menampilkan rekaan klasik dan gaya pembuatan yang unik untuk menjamin keringanan yang sukar dipercayai (sebelah kasut lelaki saiz biasa seringan 200 gram sahaja!), keselesaan maksimum dan fleksibiliti yang tiada tandingan.




Rekaan Hover Slip-on memberikan kesenangan ‘sarung dan terus jalan’ sebagai manfaat tambahan. Tapaknya diperbuat daripada bahan Croslite™, acuan penuh dan lebih kompak daripada mana-mana kasut sniker lain. Biarpun tersangat ringan, tapaknya lembut dan selesa. Reka bentuknya juga lain daripada lain untuk memberikan fleksibiliti tambahan serta mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Hover Lace-up dan Slip-on boleh didapati dalam pelbagai warna terang untuk disesuaikan dengan sebarang gaya dan ia dijual pada harga RM209 sepasang. Manakala koleksi Bowen berharga RM249 sepasang. Koleksi ini sudah boleh didapati di kebanyakan stor Crocs.

Koleksi tudung Aida Khalida di Butik Galeri Muslimah , Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya

Pelakon Aida Khalida (Aida Rahim) melancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu Aida Khalida. Terdapat sebanyak 15 rekaan yang menarik dan segar.

Tudung berharga antara RM50-RM190 di bawah jenama tersebut termasuklah Adiva, Lu'lu, Badi'a, Numa, Dora, Moon, Naira, Urika dan Chamelia.


Kesemua koleksi tudung Aida Khalida kini dijual di Butik Galeri Muslimah yang terletak di Neo Damansara PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Perniagaan yang diusahakan dengan kerjasama Galeri Muslimah Sdn. Bhd. (Galeri Muslimah) itu sejak empat bulan lalu memberi cabang baru buatnya sebagai selebriti.

Melangkah ke bidang perniagaan bukan tanda awal buatnya untuk berundur daripada bidang lakonan.

"Alhamdulillah, bermula dengan impian siapa sangka rupa-rupanya menjadi kenyataan. Syukur kolaborasi perniagaan dengan pemilik Galeri Muslimah iaitu Johari Mohd. Ghazali dan isterinya, Norashiekin Zakaria akhirnya membuka jalan buat saya memasarkan produk tudung jenama sendiri.

www.mumdreams.com.my MumDreams

MumDreams mempunyai dua butik iaitu di Bandar Baru Bangi dan Kuala Krai, Kelantan serta akan menambah cawangan di Sungai Buluh. Harga ditawarkan di MumDreams sangat berpatutan dan sesuai untuk semua golongan.

Ia bermula daripada RM40 hingga RM60 manakala RM100 ke atas untuk jubah dan baju kurung. Bagi mereka yang ingin merasai keseronokan menyusukan anak tanpa rasa malu, boleh mendapatkan koleksi terkini MumDreams yang terdapat di 31-G-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi atau kunjungi laman sesawang www.mumdreams.com.my

Koleksi Pakaian MumDreams

Ramai ibu terutama wanita berkerjaya memerlukan koleksi fesyen pakaian yang memudahkan mereka menyusukan anak di khalayak ramai dengan selesa tanpa rasa malu.

Menyedari keinginan wanita, Pengarah Urusan MumDreams, Amilin Husni kini menghasilkan rekaan pakaian yang mempunyai 'tingkap' istimewa untuk kesenangan ibu menyusukan anak.

"Sejak akhir-akhir ini, kesedaran terhadap keistimewaan susu ibu semakin meningkat di kalangan ibu berkerjaya. Bagi ibu yang menyusukan bayi, koleksi fesyen yang memudahkan mereka menyusukan bayi di khalayak ramai banyak membantu mereka menjayakan proses penyusuan susu ibu," katanya.

Menurut Amilin, bagi mendapatkan rekaan bertepatan dia membuat pelbagai rekaan dan mencubanya terlebih dulu. Sekiranya ada kekurangan dia akan membuat pengubahsuaian sehingga si pemakai selesa dengan pakaian yang disarungkan ke tubuh mereka.


Selain pakaian menyusu, MumDreams juga menyediakan himpunan untuk ibu mengandung yang ingin bergaya serta berjaya menyusukan anak. Antaranya baju kurung, jubah, kebaya, kemeja-T, blaus dan alas baju yang boleh dipakai untuk baju jarang atau tanpa lengan dengan rekaan terkini serta berwarna-warni.

"Kesemua koleksi ini ternyata amat membantu golongan ini bukan saja untuk menjayakan penyusuan tetapi juga membolehkan wanita bergaya," katanya.

Selain pakaian, MumDreams juga menyediakan pelbagai kelengkapan penyusuan seperti coli penyusuan, pam payudara, bengkung dan barut bayi.



Amilin yang mempunyai Ijazah Kejuruteraan Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, memberitahu minatnya bermula apabila membuka perniagaan dalam talian menerusi label MyDream pada 2008. Sambutan yang sangat menggalakkan terhadap pakaian menyusukan anak ini mendorong Amilin menghasilkan jenama sendiri.

"Semuanya bermula pada 2007 apabila melahirkan anak kedua, saya semakin terdedah mengenai kepentingan menyusukan anak.

"Justeru saya menggunakan pengetahuan ini dengan menyusukan bayi sepenuhnya. Namun kesulitan memilih pakaian sesuai kerana rekaan yang ada di pasaran tidak praktikal dan selesa menyebabkan saya menghasilkan pakaian MumDreams," katanya.

Bagi memberikan keselesaan, Amilin menggunakan kain kapas untuk baju kurung, jubah dan blaus kerana sifatnya tidak panas, lembut dan menyerap peluh. Bagi wanita yang sudah membeli dan berasa kurang selesa mereka boleh memulangkan kembali pakaian itu. Ini kerana MumDreams ingin menghargai pelanggan dengan meminta mereka merasai sendiri keselesaan memakai pakaian ini.

"Sebab itu sekiranya selepas membeli, ada rasa kurang berpuas hati mereka boleh memulangkannya tidak kira sama ada pembelian menerusi dalam talian atau di butik," jelasnya.

http://ilham-muslimah.blogspot.com | Koleksi Jubah Ilham Muslimah

Permintaan tinggi di kalangan wanita yang bertudung hari ini, pembekal dan pemborong kemeja-T dan busana muslimah, Ilham Muslimah tidak ketinggalan memberikan pelbagai pilihan produk yang mampu digayakan ke mana sahaja.
Pemiliknya, Sharifah Norita Syed Abdullah, berkata, butik dalam taliannya menawarkan rekaan yang menawan dan moden serta amat berlainan.

Koleksi jubah Ilham Muslimah direka khas menyerupai dres labuh yang sesuai digayakan ke majlis formal dan keraian.

Koleksi jubah ini bukan sahaja memiliki potongan badan malah bahagian leher dan pergelangan tangannya mempunyai konsep rekaan yang cukup menarik.

Selain itu, beliau turut menampilkan mini jubah yang sesuai digayakan dengan seluar.

"Ia bagi mereka yang inginkan kelainan kerana potongan yang tidak terlalu labuh itu nampak menarik apabila digayakan dengan seluar panjang dan selesa bagi mereka yang gemar memakai seluar.

"Dihasilkan daripada fabrik lycra berkualiti tinggi di mana sifatnya yang berat dan mudah regang (stretchable), membuatkan ia jatuh terletak elok pada badan," katanya.

Menurut Sharifah Norita lagi, fabrik lycra juga merupakan fabrik yang sangat lembut, sejuk dan selesa dipakai.

Selain jubah, Ilham Muslimah turut menawarkan pelbagai jenis reka bentuk dan corak untuk koleksi kemeja-T.

"Bagi koleksi ini saya masih menggunakan fabrik daripada jenis lycra dan potongannya sesuai digayakan untuk ke pejabat jika kena dengan aksesorinya atau untuk aktiviti kasual yang lain," katanya.

Tambahnya, rekaan kemeja-T yang ditampilkan juga mengikut aliran terkini seiring dengan fesyen kemeja-T hari ini malah ia tampak lebih cantik dan bergaya apabila disuai padan dengan jeans, skirt atau seluar panjang.

Koleksi kemeja-T Ilham Muslimah ditampilkan dengan pelbagai gaya potongan menarik yang menjurus rekaan feminin dan menyuntik ilham lebih segar serta memikat.

Ia bukan saja berlengan panjang malah labuh menutup punggung.

Pada masa sama kata Sharifah Norita lagi, Ilham Muslimah turut menawarkan kemeja-T bagi ibu-ibu yang menyusu.

Koleksi ini menggunakan gabungan fabrik kapas polos berwarna merah untuk bahagian dada dan fabrik bercorak floral kecil yang comel dengan gabungan warna-warna pastel kemerahan.

Kolar Teluk Belanga dengan butang bungkus yang boleh dibuka dan bahagian dada dijahit berlapis dengan fabrik merah di dalamnya bagi memudahkan ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi mereka.

"Kebanyakan koleksi juga diberikan sentuhan lebih kreatif seperti dihiasi butang atau kocek dan juga ada tambahan jahitan lisu berlipat pada bahagian depan dan dada baju berkenaan.

"Begitu juga pada bahagian lengan, sesetengah koleksi menampilkan potongan kreatif yang memberi impak lebih segar dan bergaya," katanya.




Terdapat lebih 30 rekaan yang diketengahkan dan ia dijual pada harga RM45 ke atas.

Bagi mereka yang ingin melihat dengan lebih dekat koleksi Ilham Muslimah, anda boleh layari laman web http://ilham-muslimah.blogspot.com.

Jubah Hajaba

Penampilan corak abstrak dan potongan moden mengangkat koleksi ini ke pasaran fesyen global.Padanan tudung moden mengimbangi penampilan khususnya wanita yang sering mengikut peredaran fesyen.

Justeru itu, wanita bertudung tidak perlu risau kerana tetap kelihatan anggun dengan menutup aurat.Jika dahulu, menggayakan imej Muslimah bukan menjadi pilihan utama kerana fesyen ini dianggap tidak menepati gaya moden.Kehadiran beberapa pereka dan jenama yang mengetengahkan jubah sebagai fesyen utama berjaya mengangkat martabat rekaan jubah.


Hajaba misalnya, cuba membawa penggemar fesyen menyelami keindahan busana ini.

Jubah bukan fesyen ketinggalan zaman tetapi ia sesuai untuk gaya eksekutif atau majlis formal.Penggunaan warna yang agak berani seperti merah dan cerah seperti biru, ungu dan hijau mencetuskan idea baru kepada pereka jubah.

Gabungan corak polos dan abstrak menjadikan jubah lebih segar.Baju ala kurti yang digayakan bersama seluar panjang, blaus labuh berseluar, maksi panjang atau jubah berpotongan, cantik digayakan ke pejabat bersama tudung dengan warna senada.

Pemakaian tudung gaya Syiria dan turban mengubah penampilan menjadi seorang wanita yang lebih berkeyakinan.Pengasas koleksi Hajaba, Mona Din percaya, jubah kian mendapat sambutan dan mampu berada sama rata dengan jenama lain di pasaran.

"Saya mengambil contoh butik Hajaba di pusat membeli-belah Pavilion, Bukit Bintang yang memberi sumbangan jualan tertinggi setiap bulan. Berbanding dengan cawangan Hajaba yang lain, butik ini terpaksa bersaing dengan jenama antarabangsa yang lain. Namun, saya cuba menampilkan kelainan corak dan potongan lengan supaya ia tidak dikatakan fesyen kampungan atau tidak moden," ujarnya.

Bamboo Lace: Pakaian dalam mesra alam

Mengetengahkan manfaat semula jadi kepada pengguna dan alam sekitar, buluh juga memainkan peranan penting dalam dunia fesyen hari ini. Ia memiliki ciri yang wanita ingini iaitu fabrik eko, fabrik kapas diperbuat daripada gentian buluh.



Fabrik kapas daripada gentian buluh itu sangat lembut seperti kain kapas yang mudah menyerap, mengunci kelembapan selain mempunyai ciri antibakteria. Ini kerana buluh mampu menyingkirkan kelembapan dan fabrik daripada pokok itu mampu menggalakkan pengedaran udara.

Menyedari tanggungjawabnya pada masyarakat dan ekologi, jenama pakaian dalam terkenal, Triumph membawa wanita mendekati alam sekitar dengan memperkenalkan rangkaian renda kapas buluh terbaru, Ecochic Bamboo Lace.

Koleksi berkenaan diperbuat daripada gentian buluh sekali gus menjadi jenama pertama yang menawarkan manfaat kepada pengguna menerusi pengeluaran pakaian dalam berkonsepkan penggunaan alam semula jadi.

Rangkaian terbaru itu memberikan pelbagai kombinasi sulaman pakaian dalam menarik lagi menawan dengan sentuhan renda yang cantik. Koleksi itu terdiri daripada coli jenis tali yang boleh tanggal dengan mangkuk saiz ½ kepada saiz ¾ bersama koleksi seluar dalam berpadanan hingga ke anak baju rona putih krim dan warna kulit.

Koleksi coli, seluar dalam dan anak baju itu memastikan pakaian yang menyentuh kulit paling semula jadi, tulen dan bebas daripada toksin. Pilihan terbaik buat wanita yang sering mengalami kulit sensitif atau mudah naik ruam, di samping bebas daripada sebarang penggunaan pewarna, peluntur dan bahan kimia, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko pada alahan kulit dan reaksi.

Rangkaian Bamboo Cotton Lace berkenaan boleh didapati di semua pusat beli-belah bermula Oktober. Ia bukan saja rasa selesa dan hebat pada kulit malah pilihan yang wajar demi kesejahteraan alam sekitar.

Oleh Hidayah Mohammad

Tarikan Kurung Pahang Kelady

Wanita sentiasa menitikberatkan pakaian yang dapat menjadikan mereka kelihatan cantik dan bergaya khususnya apabila menghadiri majlis keraian.



Sebab itulah, antara faktor pemilihan pakaian terutamanya baju kurung bagi golongan wanita adalah potongan yang ideal buat badan mereka.

Mungkin faktor itu jugalah yang mendorong penyediaan koleksi baju kurung Pahang jenama Kelady Apparel yang boleh didapati di Taman Pinggiran USJ, Subang Jaya, Selangor.

Baju kurung Pahang Kelady bukan sahaja dibuat secara eksklusif untuk golongan wanita tetapi mempunyai seni jahitan halus dan corak bervariasi untuk diperagakan ke mana-mana sahaja dengan selesa.

Pengarah Urusan Kelady Apparel, Zakiah Mustafa, berkata, baju kurung Pahang yang dihasilkannya mempunyai corak eksklusif kerana ia dibuat secara terhad.

Zakiah menambah, baju kurung koleksi butiknya selesa dipakai lantaran direka mengikut saiz dan bentuk badan masyarakat Malaysia khususnya wanita Melayu.

“Kita ingin menghasilkan baju kurung yang selesa dan berkualiti kepada para pelanggan. Setiap rekaan Kelady tidak boleh didapati di tempat lain.

“Pemilihan baju kurung Pahang adalah kerana ia bukan sahaja selesa apabila digunakan tetapi mempunyai bentuk menarik dan amat sesuai dengan cita rasa pelanggan hari ini,” katanya.

Zakiah menambah, antara fabrik yang digunakan dalam penghasilan baju kurung Pahang Kelady termasuk sutera Korea, krep sutera, sutera Thailand, sifon, broket kapas, kapas Vietnam dan lain-lain lagi.

Katanya, dia mempelbagaikan jenis fabrik baju kurung Pahang tersebut mengikut kesesuaian pelanggan yang sentiasa inginkan kelainan dalam pakaian mereka.

“Baju kurung Pahang yang dihasilkan Kelady mendapat sambutan menggalakkan sepanjang bulan Ramadan dan musim hari raya.

“Saya berharap ia akan terus menjadi pilihan orang ramai pada masa akan datang kerana harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu RM99 hingga RM199 sepasang,” katanya.

Zakiah merupakan seorang pensyarah kejuruteraan elektrik telah mengambil cuti tanpa gaji selama satu tahun untuk memberi tumpuan kepada perniagaan yang diusahakan pada awal tahun ini.

Peminat seni fesyen itu menjelaskan, dia begitu meminati seni fesyen sehingga ingin mencuba menceburi bidang tersebut sehingga berjaya.

“Selain daripada baju kurung, Kelady Apparel juga menyediakan pakaian wanita moden, baju kurung moden, jubah, tudung, aksesori wanita, beg tangan, kasut dan lain-lain lagi.

“Buat permulaan ini, saya menjual pelbagai jenis pakaian dan aksesori wanita tanpa pengkhususan kerana masih hijau dalam bidang fesyen.

Bagaimanapun, Zakiah memberitahu, dalam masa terdekat ini dia ingin memperkenalkan label jenama Kelady dengan lebih serius.

“Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk Kelady boleh melayari laman web www.keladyapparel.com.my,” ujarnya.

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

Kot Muslimah

Walaupun kot panjang merupakan fesyen biasa bagi wanita di Iran namun keselesaan pakaian ini menjadikannya turut diminati oleh wanita Malaysia.



Kedatangan ramai pelancong daripada Asia Barat dengan fesyen mereka menjadi tarikan kepada wanita di negara ini yang turut tertarik untuk bergaya seperti mereka.

Kot panjang paras lutut yang boleh dipakai bersama seluar panjang merupakan salah satu daripada fesyen muslimah moden bagi wanita yang suka bergaya dan dalam masa sama mengekalkan kesopanan.

Justeru, fesyen kot panjang ini dengan mudah diminati oleh golongan penuntut institusi pengajian tinggi dan wanita muda berkerjaya.

Rekaan yang menarik dengan kolar lebar, berbutang besar, berpoket dan boleh dipakai bersama tali pinggang, cantik dipadankan dengan tudung atau selendang panjang.

Dibuat daripada fabrik yang selesa seperti kain kapas dan kain jeans lembut, kot panjang ini sesuai sebagai pakaian untuk ke pejabat, kasual, bercuti atau bersiar-siar.

Banyak corak yang boleh dipilih sama ada yang tidak bercorak, corak jalur, corak bunga dan abstrak.

Apa yang menarik, dengan hanya satu seluar panjang, si pemakai boleh menggayakan dengan beberapa helai corak dan potongan kot panjang.

Bagi yang tidak selesa berseluar panjang, kot panjang ini juga cantik jika dipakai bersama kain potongan A atau skirt panjang daripada kain jeans.

Sempena bulan Ramadan, Ali Muslimah Fashion mengadakan jualan murah bagi pelbagai rekaan kot panjang dan inilah masanya untuk anda mendapatkan kot yang anda sukai.

Oleh MERAN ABU BAKAR

Koleksi Baju Melayu Den Wahab

Melangkah segak dengan rekaan Baju Melayu Tradisonal dari butik Den Wahab. Persalinan berona putih dan krim sering digayakan ketika majlis akad nikah. Tampilkan kelainan dengan memilih baju Melayu bercorak petak dan berona terang agar langkah anda lebih berani dan nampak gagah. Rekaan ini juga sesuai sekali untuk anda yang gemarkan gaya kontemporari.


Dapatkan koleksi terbaru Den Wahab:

Den Wahab Industries Sdn. Bhd.
No 4, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur
Lot 2F – 22,Tkt 2, SACC MALL, Jalan Perbadanan 14/9 Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Tel : 03-26988515 Faks : 03-26910795 / 012-2734553
Fax:03-55100515
Email : den_wahab@yahoo.com.my

~ Sumber: Pesona Pengantin