Showing posts with label Produk Minyak Wangi. Show all posts
Showing posts with label Produk Minyak Wangi. Show all posts

My Perfume, set rangkaian minyak wangi

My Perfume, set rangkaian minyak wangi yang mengandungi variasi haruman diilhamkan seorang usahawan Bumiputera, Azahar Mohd Noh.

Pengarah Urusan My Perfume ini berani mempertaruhkan diri dalam bidang jualan minyak wangi yang rata-ratanya diteroka golongan wanita.

Beliau juga percaya ini satu peluang besar sedia menanti dan lebih banyak cabaran boleh diterokai dalam bidang itu.

“Produk kami baru sahaja menjengah pasaran sejak dua bulan lalu dan setakat ini sambutan yang diberi sangat menggalakkan. Ini sesuatu di luar jangkaan pihak kami,” katanya yang ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut Azahar, beliau mendapat inspirasi untuk menceburi bidang ini selepas melihat permintaan tinggi untuk produk wangian daripada rakannya yang terlebih dulu menceburi bidang ini.

Melihat rakannya tidak mampu memenuhi permintaan pasaran yang semakin tinggi, beliau mengambil inisiatif melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Selepas hampir dua bulan beroperasi, Azahar mendapati perniagaan ini ternyata menguntungkan.

My Perfume, set rangkaian minyak wangi

Menurut Azahar lagi, sasaran utama pengguna My Perfume ialah pelajar universiti dan muslimah.

Setakat ini, sambutan yang diberi amat menggalakkan terutama di kawasan pantai timur.

Hasil reka bentuk produknya yang kecil seakan-akan kapsul memudahkannya dibawa ke mana-mana.

Produk yang diberi nama My Perfume ini terdapat dalam lapan variasi haruman yang sememangnya mampu menarik minat penggemar minyak wangi.

Antara haruman yang terdapat dalam My Perfume ialah Apple Blossom dan Amour Amour bagi pilihan si gadis sementara wangian Issey Miyake serta Dunhill pula haruman untuk para jejaka di luar sana.

“Melihat kepada keadaan semasa, pihak kami bercadang untuk mengembangkan produk ini dengan memperkenalkan haruman untuk kereta dalam masa terdekat.

"Selain itu, kami juga akan memperkenalkan lebih banyak variasi haruman untuk menarik pelanggan baru dan yang sedia ada," kata Azahar.

Keistimewaan produk My Perfume ialah menggunakan 100 peratus pati yang diimport dari Perancis semata-mata tanpa campuran alkohol dan bahan lain sekali gus boleh digunakan untuk bersolat. Selain itu, bau harumannya mampu kekal sehingga lapan jam walaupun dengan hanya sekali calitan.

Buat masa ini, pengusaha dan usahawan minyak wangi Bumiputera telah menguasai sebanyak 10 peratus pasaran tempatan.

Sehubungan itu, Azahar berazam untuk terus berada dalam bidang ini serta lebih berdaya saing untuk perkembangan industri tersebut.

Segala maklumat, pertanyaan serta maklum balas mengenai produk My Perfume boleh didapati melalui www.myperfumeresources.blogspot.com.

Haruman Poppy Flower, Coach, Harga Poppy Flower

COACH memperkenalkan Poppy Flower koleksi haruman terbaru untuk wanita yang berkeinginan tampil dalam gaya penuh romantik.


Koleksi baru ini dihasilkan daripada ramuan yang terdiri dari buah-buahan segar dan bunga-bungaan yang berharuman lembut.

Poppy Flower telah dilancarkan awal bulan ini.

Ia boleh didapati dari jenis Eau de Parfum 100ml RM300, 50ml RM225, 30ml RM170, dual rollerball 17oz RM90 dan Body Lotion 150ml RM150.

Minyak wangi Dd's Perfume

SEMUANYA tercetus gara-gara minatnya mengumpul minyak wangi khususnya yang halal. Dia mahu memiliki sesuatu yang murah tetapi berkualiti dan berinspirasikan minyak wangi antarabangsa.

"Sejak itu saya mengambil keputusan mencipta minyak wangi yang diinspirasi daripada jenama antarabangsa tanpa alkohol," ujar Pengurusan Kanan Genuine Strategies Sdn Bhd , Farahsuzie Suleiman.

Berbicara soal minyak wangi, jika diperhatikan masyarakat kita mula menerima minyak wangi buatan Malaysia.

Barangkali mereka percaya bahawa minyak wangi tempatan setanding dengan haruman antarabangsa.

Di bawah Genuine Strategies, Farah bekerjasama dengan kumpulan pengurusan syarikatnya, maka tercetusnya idea minyak wangi Dd's Perfume yang mula memeriahkan industri minyak wangi tempatan sejak Oktober 2010.

'Dekat di hati selalu' menjadi moto utama Dd's Perfume yang diilham daripada 16 jenis haruman antarabangsa dari Perancis.

Biarpun masih baru tetapi nama Dd's Perfume sudah meniti di bibir pengguna kerana pembungkusan kotak dan warnanya yang menarik.

Pewangi Dd's Perfume diperbuat daripada formulasi haruman minyak wangi antarabangsa yang hebat seperti Armani Black Code, Enve Me Gucci, Polo Blue, Be Delicious DKNY, Touch Burberry, Desire, Bulgary dan Ferrari Red. Meskipun tanpa alkohol, setiap haruman Dd's Perfume yang dititik pada kulit atau pakaian mampu bertahan lama.

Menerusi testimoni pelanggan, ramai yang memuji kerana kotak pembungkusan yang boleh dipisahkan antara satu sama lain dan berbau harum.

"Pewangi ini tidak sama seperti minyak atar. Minyak atar lebih tertumpu pada haruman flora tetapi kami mengaplikasikan elemen haruman antarabangsa yang disertakan surah Yusof ayat empat dan surah Thaahaa ayat 39 untuk keyakinan dan seri wajah pengguna," terang Ahmad Kamil Arifin.


Didatangkan dalam pek yang mengandungi empat botol wangian berbeza dan berbentuk roll-on. Terdapat empat set warna berbeza mewakili kategori masing-masing dan fungsi warna tersebut.

Misalnya pink melambangkan keceriaan hati, biru untuk ketenangan jiwa, ungu dapat mengurangkan stres dan baik untuk minda.

"Kotak ungu merupakan haruman wanita, pink untuk remaja, biru untuk lelaki dan terdapat satu set keluarga. Ia dijual pada harga antara RM 55 hingga RM 60 setiap set. Pada pendapat kami harga tersebut mampu dibeli sesiapa saja termasuklah golongan pelajar yang obses wangian antarabangsa. Bahkan, botol-botol pewangi yang bersaiz lima milimeter itu mudah dibawa ke mana saja," ujarnya.

Minyak Wangi Sempena Hari Ibu oleh Lancome

Sempena Hari Ibu yang bakal tiba, Lancome telah menyediakan tiga rangkaian wangian buat ratu di hati anda.


Miracle
Set Miracle mengandungi Eau De Parfum spray (50 ml), losyen badan Miracle (50 ml), gel mandian Miracle (50 ml) dan satu mini Hypnose Mascara (2ml) pada harga RM230.

Dilancarkan pada tahun 2001, Miracle mengetengahkan haruman yang berbunga dan bersifat kewanitaan. Ia sesuai digunakan untuk 'casual wear'.

Tresor
Set Trésor ini mempunyai Eau De Parfum spray (50 ml), losyen badan Trésor (50 ml), gel mandian Trésor (50 ml) dan satu mini Hypnose Mascara (2ml) berharga RM230.

Dilancarkan pada tahun 1990, Trésor merupakan wangian jenis oriental klasik, paling sesuai dipakai di siang hari.

Tresor In Love
Set ini merangkumi Eau De Parfum spray (50 ml), losyen badan Trésor in Love (50 ml), gel mandian Trésor in Love (50 ml) dan satu mini Hypnose Mascara (2ml) yang dijual pada harga RM200.

Tresor in Love merupakan interpretasi baru kepada Tresor yang mengetengahkan wangian jenis 'floral fruity'.

Herve Leger Femme Avon, harga RM109 di Semenanjung, RM125.35 (Sabah & Sarawak)

Minyak wangi mampu mencetus penataan peribadi setiap individu yang gemar kepada wangian dan keunggulan yang menyatu kerana dengan kehadiran kedua-dua elemen berkenaan, pastinya diri berada di puncak keyakinan yang tinggi.
Justeru, tidak mustahil ramai yang berhati-hati memilih minyak wangi yang ingin digunakan kerana ia menyumbang kepada sifat diri untuk menghadapi hari tegang sama ada di tempat kerja atau berurusan dengan masyarakat.



Minyak wangi dengan ciri bau-bauan bungaan umpamanya menjadi pilihan ramai kerana selain kekal wangi sepanjang hari, ia juga adalah ciri kewanitaan sejati yang tidak lekang oleh hari walaupun mengalami suasana tertekan mahupun bekerja keras di lapangan.

Jenama yang sentiasa menyokong kuat kehadiran wanita walau dalam apa juga suasana, Avon, baru-baru ini, melancarkan minyak wangi terbarunya dengan kerjasama pereka fesyen antarabangsa, Max Azria dalam usaha meletakkan wanita pada kedudukan lebih unggul.

Herve Leger Femme untuk wanita, seunik namanya diadun daripada pati tumbuhan yang membangkitkan rasa yakin pada diri apabila anda menyemarakkan bauannya pada badan kala berpergian atau setapak melangkah keluar dari kediaman.

Pengurus Komunikasi Jenama Avon, Noorashikin Selamat, berkata minyak wangi dengan gandingan fesyen daripada Max Azria itu menggunakan bahan terpilih dan diadun dengan cukup teliti bagi menyerlahkan keistimewaan wanita.

"Herve Leger istimewa kerana ia adalah gandingan pati wangian dan fesyen yang dihadirkan serentak untuk menguatkan lagi penataan kemunculan wanita walau di mana saja mereka berada.

"Bahkan, dengan baubauan terpilih serta potongan esklusif ilham Max Azria, haruman ini mencetus elemen glamor dan sensualiti serta mengungkap keperibadian dinamik wanita dengan koleksi adi busana dan koleksi sedia pakai yang esklusif," katanya.

Haruman berkenaan dimanfaatkan daripada kebaikan bunga magnolia Cina yang bersemarak dengan gandingan bau limau gedang merah jambu sicili. Baunya kadang kala membiaskan elemen sitrus dan kadang kala bersemarak dengan wangian kayuan dan flora segar.

Lebih teruja, ada selitan bau bunga oren Maghribi yang diadun dengan kayuan bermadu dan diakhiri dengan dasar seksi kasturi dari kehangatan titisan benzoin, kayu Cypress serta Vanila.

"Kerjasama Avon dan jenama ulung itu memberi kenyataan betapa ia menjadikan wanita hebat dengan aliran cipta gaya menggoda, namun sofistikated untuk wanita masa kini yang meninggalkan keinginan berkekalan.

"Sinonim di seluruh dunia dengan glamor dan sensualiti, Herve Leger oleh Max Azria mengungkap keperibadian dinamik wanita dengan koleksi adi busana dan sedia pakai yang esklusif," katanya.

Herve Leger Femme ternyata sesuai untuk wanita yang ingin berasa seksi, hebat dan berkeyakinan. Harumannya mekar menggoda, ibarat gaun Herfe Leger yang memeluk setiap liku tubuh dengan penuh godaan," katanya.

Kemunculan Herve Leger Femme ini diperkuatkan lagi dengan duta minyak Avon, Fazura Syarifudin yang tampil anggun dalam balutan bandage busana Max Azria, sekali gus mencetus kekaguman khalayak terhadap wangian dan fesyen.


Herve Leger Femme juga unggul kerana dihadirkan dalam bekas moden yang seakan imbasan badan wanita dalam balutan adi busana Azria, kemas serta unik selain mampu menarik perhatian penggemar wangian unggul ini.

Akan berada di pasaran bermula 16 Mac ini, Herve Leger Femme tampil dalam sukatan 50ml pada harga RM109 di Semenanjung, manakala RM125.35 (Sabah & Sarawak). Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat untuk mendapatkannya. Sebarang maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http:// www.my.avon.com.

Minyak Wangi Enchanteur Paris

Champs-elysees, Menara Eiffel, Muzium The Louvre dan Arc the Triomph, kesemuanya adalah ikon mercu tanda Paris, kota yang terkenal sebagai pusat fesyen, kesenian dan kebudayaan, serta sajian masakan yang menjadi tumpuan dunia.

Keindahan taman pada musim bunga di Paris - dari taman rasmi Tuileries hingga laman hijau Champ de Mars yang luas terbentang - menghangatkan hubungan mereka yang dilamun cinta.

Paris juga kota kelahiran beberapa jenama minyak wangi yang menjadi legenda. Keindahan suasana ini memberi inspirasi penciptaan Enchanteur Paris yang diilhamkan oleh daya tarikan dan keanggunan kota yang romantis ini.

Jenama tersebut meneruskan tradisi dan seni pembuatan minyak wangi yang mencipta aroma bagi merangsang imaginasi seseorang atau menyemarakkan kenangan indah terhadap seseorang dan tempat yang istimewa.

Disokong oleh warisan selama 21 tahun dalam pasaran wangian, Enchanteur Paris memperkenalkan rangkaian wangiannya yang paling menarik dengan tiga variasi wangian yang menawan - Belle Amour, Mon Amie dan Adore.

Ciptaan pereka ini membawakan keharuman untuk segala acara dan mood yang berbeza. Direka untuk menambat hati wanita muda dan moden pada zaman sekarang yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini, rangkaian wangian baru yang menarik lagi bergaya ini menjanjikan karisma kepada setiap wanita muda yang menggunakannya.