Showing posts with label Produk Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Produk Perniagaan. Show all posts

Perniagaan Kecantikan Dari Rumah JomCantik

JOMCANTIK serlahkan kecantikan dan potensi diri anda dalam bidang kecantikan. Mereka melatih golongan wanita menceburi bidang kecantikan dengan latihan asas kecantikan untuk diri dan seterusnya memulakan perniagaan kecantikan dari rumah yang menguntungkan bagi menambah pendapatan keluarga dengan modal yang paling minima.

Pengasas JomCantik, Huzalfah Shamsudin berkata, lebih 500 peserta dari Malaysia telah mengikuti program latihan kecantikan JomCantik sejak Oct 2009. Baru-baru ini JomCantik berada di Brunei mengendalikan program kecantikan di sana dan lebih 50 peserta terdiri daripada surirumah, wanita bekerjaya dan graduan telah menyertai latihan kecantikan asas ini. Ini merupakan kali kedua JomCantik ke Brunei sejak September 2010. Malah, turut membanggakan JomCantik juga di jemput menyertai rancangan Rampai Pagi di TV Brunei untuk segmen tatarias diri berkongsi tip kecantikan bersama penonton di negara itu.

Di Malaysia, Program kecantikan JomCantik sentiasa mendapat sambutan di mana latihan pratikal secara asas disediakan kepada mereka yang masih baru dan ingin berjinak-jinak dalam bidang kecantikan dan seterusnya mereka ini diserapkan ke program lanjutan dengan pantauan berterusan selama enam bulan daripada pihak JomCantik untuk peserta yang ingin memula dan menguruskan perniagaan kecantikan dari rumah mereka sendiri.

JomCantik juga menawarkan peluang kerjaya sambilan kepada mereka yang berminat menjadi Pengurus Kecantikan JomCantik dari seluruh Malaysia/Brunei/Singapura. Peluang ini dibuka kepada mereka yang berminat dalam bidang kecantikan walaupun tanpa pengalaman. Latihan secara teori dan praktikal disediakan. Kepada yang berminat, sila hantarkan maklumat peribadi anda ke zalfah@yahoo.com

Memasuki tahun 2011 JomCantik memperkenalkan Kursus Rawatan Rambut (Hair-Spa) secara Homebase. Kursus ini mula mendapat sambutan sejak mula di perkenalkan awal December 2010. Beberapa Kursus baru berasaskan Homebase juga akan di perkenalkan sepanjang 2011 bagi memenuhi permintaan pasaran.

JomCantik juga amat berminat untuk berkerjasama dengan pelbagai pihak termasuk persatuan, oraganisasi, pusat pengajian tinggi, badan kerajaan, Sekolah dan sebagainya dalam mengendalikan program-program kecantikan di seluruh Malaysia/Brunei juga Singapura.

Bagi mereka yang berminat menyertai kursus kecantikan asas, kursus lanjutan jangka pendek , ingin memulakan perniagaan kecantikan sendiri yang menguntungkan dari rumah atau ingin menjemput JomCantik mengendalikan program kecantikan di tempat anda , boleh layari www.jomcantik.com atau hubungi JomCantik di talian 012-3155020 untuk maklumat lanjut.

Kempen Usahawan Butik Mama

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Kempen Usahawan Butik Mama pula, bolehlah hubungi Nor Ainna di talian 012-3056727, email ke alamat mama@butikmama2u.com atau layari laman web www.butikmama2u.com.

Bagi mereka yang ingin mencuba nasib menjadi usahawan online, Butik Mama kini membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berniaga melalui Kempen Usahawan Butik Mama.

Menurut Pengarahnya, Nor Ainna Ibrahim, 29, melalui kempen tersebut, orang ramai hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM1,199.

Tambah beliau, hanya dengan jumlah itu orang ramai bukan sahaja akan diberikan produk seperti 20 helai tudung serta 10 pasang jubah malah mereka turut diberikan web hosting dan sub domain untuk membolehkan mereka terus memulakan perniagaan.

''Melalui kempen ini, segala-galanya disediakan oleh pihak kami dan mereka yang ingin menjadi usahawan hanya perlu mengeluarkan modal wang tunai sahaja.

''Anda bayangkan, selain tudung serta jubah diberikan, mereka juga turut disediakan laman web masing-masing untuk terus memulakan perniagaan ini.

''Untuk pengetahuan bersama, perniagaan secara online ini bukan sahaja menguntungkan malah risikonya adalah rendah jika hendak dibandingkan dengan perniagaan-perniagaan yang lain,'' ujarnya ketika ditemui di Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Jelas beliau lagi, produk keluarannya bukan sahaja dihasilkan di Malaysia tetapi ia juga memberi tumpuan kepada pengguna-pengguna pertengahan.

Ini bermakna produk Butik Mama dijual pada harga yang berpatutan dan ia boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.

Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Asal restoran ini dari Perbaungan, kira-kira 40 kilometer dari Medan, Indonesia. Namanya diilham daripada nama lama tempat itu, Kota Simpang Tiga.

Pak Salim, seorang usahawan gigih, mengambil keputusan membuka restoran berkenaan selepas ternakan ikan patinnya tidak berjaya dijual. Siapa sangka, akhirnya restoran ini menjadi antara yang paling popular di sana.


Atas sambutan yang diterima, tiga cawangan dibuka di Medan dan satu lagi di Jakarta.

Dan kini, atas cadangan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim yang terpikat dengan hidangannya ketika berkunjung ke sana atas urusan kerja, Restoran Simpang Tiga dibuka di bandar raya ini sejak Ogos lalu.

Diusahakan oleh beberapa usahawan muda tempatan, restoran ini boleh menempatkan hingga 600 pengunjung dalam satu masa dan pastinya pembukaannya sangat dinanti terutama kepada peminat hidangan nasi Padang.

Menurut pengurusnya, Mohd Effendy, Restoran Simpang Tiga menyediakan hidangan nasi Padang moden iaitu dengan menu tambahan ala masakan Cina seperti sotong goreng tepung, ikan masak tiga rasa dan beberapa hidangan laut yang lain.

Menu signatur nasi Padang seperti masak lemak pucuk ubi tumbuk (daunnya ditumbuk halus), gulai kepala ikan merah, gulai tunjang, dendeng, pepes ikan kembong, ikan talapia goreng (jika di Indonesia digunakan ikan gurame) dan banyak lagi semestinya tidak menghampakan.



Jangan dilupa, sambal ijo yang menjadi kegemaran untuk dicecah bersama ulam pucuk ubi atau enak juga dimakan bersama ayam kampung bumbu atau ikan goreng.

Bagi orang luar dari Ipoh, terutama dari Kuala Lumpur, pasti berpuas hati menjamu selera di sini kerana selain makanan enak, ‘poket juga tidak rabak.’

Pilihan minuman pula pelbagai dan yang paling istimewa adalah jus pelangi, jus tropika, jus durian belanda serta jus alpokat (avokado).

Dengan menu yang terdapat di sini, memang agak rambang mata juga tatkala ingin memilihnya. Apa lagi saat berada di kaunter makanan.

Akhir kata, bagi mereka yang mengunjungi Ipoh, jangan lupa singgah ke sini kerana pasti anda tidak kecewa dengan hidangan dan layanannya.