Kot Muslimah

Walaupun kot panjang merupakan fesyen biasa bagi wanita di Iran namun keselesaan pakaian ini menjadikannya turut diminati oleh wanita Malaysia. Kedatangan ramai pelancong daripada Asia Barat dengan fesyen mereka menjadi tarikan kepada wanita di negara ini yang turut tertarik untuk bergaya seperti mereka. Kot panjang paras lutut yang boleh dipakai bersama seluar panjang merupakan salah satu daripada fesyen muslimah moden bagi wanita...

Jalani terapi dengan hanya berbaring

Sebut arus elektrik, pasti ramai membayangkan bahaya dan risiko. Apa tidaknya, jika terkena elektrik, mangsa akan menghadapi dua risiko, cedera atau maut. Bagaimanapun, kecanggihan teknologi memungkinkan arus elektrik digunakan untuk tujuan perubatan. Melalui penggunaan terapi medan elektrostatik, arus elektrik membantu merawat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit, malah membantu mengekalkan bentuk badan. Pelik? Barangkali terapi ini masih baru di kalangan masyarakat di negara ini, tetapi hakikatnya ia diguna pakai sejak...

Sel Stem : Menyimpan tali pusat untuk kecemasan

3 tahun lalu, doktor mengesahkan Philip Meehan, 42, dari West Sussex, Selatan England menghidap penyakit leukemia dan memerlukan pembedahan pemindahan sumsum tulang dengan segera. Oleh kerana Meehan merupakan anak tunggal, dia tidak mempunyai kesesuaian darah di kalangan ahli keluarga untuk membantunya. Pada masa yang sama, dia mengambil inisiatif mencari penderma melalui Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan Anthony Nolan Trust...

Informasi Tentang RXLite

RXLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda. RXLite akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan. RMLite mengandungi L-Carnitine yang membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak. RXLite berkhasiat dalam:- * Membantu membakar lemak * Diperkaya dengan vitamin dan mineral * Rasa koko yang...

Promosi Berbuka Puasa Kenny Rogers

Sempena Ramadan, rangkaian Restoran Kenny Rogers tidak ketinggalan menawarkan sajian istimewa untuk dinikmati ketika berbuka puasa. Jika sudah bosan menjamu selera di hotel atau berbuka dengan juadah bazar Ramadan, hidangan sihat Kenny's Balinese Chicken mungkin boleh dicuba. Dipanggang dengan sempurna, satu perempat bahagian ayam itu dipenuhi rasa eksotik dengan masam manis serta kombinasi rempah ratus istimewa yang mampu membuka...

Ketuhar OvenMate Europa

Faktor kepanasan melampau hingga mengakibatkan masakan menjadi hangus sering kali dijadikan alasan oleh kebanyakan wanita yang enggan menggunakan ketuhar ketika menyediakan hidangan. Namun, ketuhar OvenMate Europa cuba lari daripada persepsi itu menerusi ciri JetCook yang membolehkan pengguna memilih lima fungsi memasak berbeza, sekali gus mengelakkannya terlebih masak dan kepanasan yang tidak menyeluruh. Seperti yang disarankan Chef Zaidah Mohd Nor, OvenMate Europa ini bertindak dengan mengedarkan udara di dalam ketuhar...

Tonik hati, Jabbar Hidayah HB, keluaran Al-Jabbar Herbs

Makanan penting untuk menjamin anda cerdas apatah lagi sepanjang Ramadan ini. Justeru, pilih yang mempunyai kandungan tenaga dan serat tinggi bagi menjamin kesegaran dan kecergasan sepanjang hari. Mereka yang tiada penyakit, jangan menganggap selamat sebaliknya perlu beringat dengan mengambil makanan berkhasiat. Tonik hati, Jabbar Hidayah HB, keluaran Al-Jabbar Herbs di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor dapat membantu membekalkan tenaga kepada pengamalnya. Tonik itu melancar pengaliran darah bagi membolehkan tindak...

Berbuka Puasa di Restoran Intai-Intai

Kenikmatan berbuka puasa di persekitaran seperti di rumah Melayu dengan seni binaan daripada kayu, berhadapan pula dengan tasik dan dikelilingi oleh pokok-pokok serta dihiburkan dengan bunyi cengkerik dan katak membuatkan anda seperti berada di kampung. Memilih tema berbuka puasa Nuansa Tradisi Ramadan 2010, pemilik restoran Intai-Intai, Baha Azman Nor berkata, beliau menyediakan lebih daripada 101 jenis hidangan Thai ala Bangkok hawker foods' dan masakan kampung Kelantan yang menjadi kegemaran ramai orang. Katanya, antara...

Restoran Malaysia Negaraku RM2

Restoran Malaysia Negaraku Jalan Plumbum AA/7, Pusat Komersial, Seksyen 7 40100, Shah Alam, Malaysia Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara. Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysi...

Kad prabayar MOL PayPal

Kad prabayar MOL PayPal boleh didapati di lebih 1,100 buah kedai serbaneka 7-Eleven pada harga RM15 di seluruh negara atau dipohon secara dalam talian di www.PayPal-MOL.com dan boleh diambil di cawangan EON Bank selepas permohonan diluluskan. Seringkali keinginan untuk membeli-belah secara dalam talian terbantut apabila prosedur pembelian memerlukan seseorang memiliki kad kredit kerana kaedah itu dilihat lebih mudah dan praktikal. Malangnya,...

Makanan tambahan probiotik PROBYO, Elken

KETIDAKSEIMBANGAN probiotik di dalam badan mungkin boleh mengundang gangguan kesihatan dalam hidup seseorang. Probiotik merupakan mikroorganisma hidup atau bakteria baik yang membawa kebaikan kepada perumahnya jika diambil pada kadar yang berpatutan. Ia juga bertindak membantu melaraskan proses pencernaan manusia dengan lebih baik. Pakar Nutrisi Manusia dan Kesihatan dari Kanada, Dr. Thomas Tompkins, berkata, setiap aktiviti yang dilakukan pada hari ini membawa kesan kepada bakteria baik di dalam badan. “Sebagai contoh,...

Makanan di muka pintu

Anda tidak sihat dan tidak larat untuk masak mahu pun keluar berbuka puasa di luar. Telefon pula sarat dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) rakan yang mahu ke rumah untuk bertemu anda. Terlintas di fikiran menu masakan kampung sebagai juadah berbuka kerana sudah muak dengan menu makanan segera. Lalu apakah pilihan anda? Dilema inilah yang pasti dihadapi bukan saja mereka yang tidak sihat, tetapi ramai lagi warga kota yang terlalu sibuk mengejar masa sehinggakan tidak sempat menjenguk dapur memasak juadah berbuka. Ramai yang...

Astro Tutor TV

Astro Tutor TV boleh didapati secara percuma oleh semua pelanggan Astro termasuk sekolah kerajaan di seluruh negara mulai 18 Julai sehingga 23 September ini. Mereka boleh melayari http://www.astro.com.my/ untuk melihat sinopsis program dan jadual. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tutor TV, mereka boleh menghubungi talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my. ----------------------- Tabiat malas membaca sedikit sebanyak tetap ada dalam diri kanak-kanak dan remaja apabila diminta mengulang kaji pelajaran di rumah,...

Tempahan Berbuka Puasa Melting Pot Café, Hotel Concorde, Kuala Lumpur

Sempena Ramadan, nikmati keenakan aneka juadah berbuka puasa dengan pelbagai ragam cita rasa disediakan di Melting Pot Café di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Pengunjung pasti berpuas hati, juadah yang dipilih mereka kerana semua menu disajikan adalah hidangan sedap belaka. Bukan itu saja, bagi memikat hati pengunjung, sajian bufet disediakan ditransformasi dengan gaya hiasan suasana kampung. Seiring, atmosfera nostalgia yang diketengahkan pengunjung boleh nikmati hidangan kambing bersama nasi beriani, ikan merah panggang percik...

Bufet Ramadan Red Box Ria Sogo

Bufet Ramadan Red Box Ria Sogo * Ditawarkan bermula dengan harga RM35++ sekepala antara menu - udang sambal petai, ketam percik, ayam panggang santa berlanda, bergedil, rojak sayur dan sotong rendang kuah kacang, kuih muih dan pencuci mulut seperti ais batu campur, sweet dessert dan sweet milk honeydew. * Bekerjasama dengan Unilever Food Solutions dalam menyediakan setiap hidangan. * Keterangan lanjut hubungi talian 03-26947788 atau layari www.redbox.com.my * Turut dilancarkan Kad Amal dan Kad Ucapan Hari Raya Awal Ashaari...

Antabax basmi kuman

Produk penjagaan diri Antabax melancarkan rangkaian baru yang membasmi 99.9 peratus kuman untuk perlindungan sepanjang hari yang diperkaya dengan pelembap dan vitamin untuk kesihatan kulit dengan penampilan baru di samping memperkenalkan duta produk, penyanyi yang sudah memenangi berbagai anugerah, aktres dan usahawan, Ziana Zain yang juga seorang isteri dan ibu kepada empat anak pada majlis eksklusif di Pusat Beli Belah 1Utama, di sini...

Koleksi Baju Melayu Den Wahab

Melangkah segak dengan rekaan Baju Melayu Tradisonal dari butik Den Wahab. Persalinan berona putih dan krim sering digayakan ketika majlis akad nikah. Tampilkan kelainan dengan memilih baju Melayu bercorak petak dan berona terang agar langkah anda lebih berani dan nampak gagah. Rekaan ini juga sesuai sekali untuk anda yang gemarkan gaya kontemporari. Dapatkan koleksi terbaru Den Wahab: Den Wahab Industries Sdn. Bhd. No 4, Wisma Yakin,...

Promosi Berbuka Puasa dan Bersahur Hotel Hilton Petaling Jaya

Jangan lepaskan peluang berbuka dan bersahur bersama promosi ‘Citarasa Kampung sepanjang bulan mulia ini di Paya Serai, Hotel Hilton Petaling Jaya. Jika anda terpaksa menginap di luar, berbuka dan bersahur di tempat yang sama adalah pilihan termudah menjimatkan masa. Selain itu, makanan yang disediakan juga cukup memuaskan hati. Bagi Ramadan ini, nikmatilah pelbagai hidangan dan promosi istimewa yang ditawarkan. Dengan harga RM75++ untuk dewasa dan RM45 bagi dewasa, anda berpeluang menikmati beraneka masakan tradisional yang...

Promosi Buka Puasa Sunway Resort Hotel

Sunway Resort Hotel & Spa membawa pelbagai seni dan budaya dari seluruh dunia dalam bentuk juadah untuk menu bufet berbuka puasa di restoran hotel lima bintang itu, Sun & Surf Café dan Kafe Atrium di hotel empat bintang miliknya, Hotel Pyramid Tower. Bermula 9 Ogos hingga 10 September ini, pelbagai juadah tradisional, hidangan memikat selera dari Iran, Maghribi, Turki, Tunisia, Lubnan, China, India dan banyak lagi menanti tetamu sepanjang Ramadan ini. Bufet Ramadan Kafe Sun & Surf berharga RM98++ seorang untuk...

BlackBerry Cetus Kontroversi

Sepuluh tahun lalu mungkin tidak ramai yang mengenali produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Kanada, Research In Motion (RIM) itu. Penggemar teknologi khususnya telefon bimbit lebih gemar memilih jenama yang mempunyai nama dalam lapangan pembuatan peranti telekomunikasi mudah alih. Senario itu terjadi mungkin disebabkan produk pertama BlackBerry yang dihasilkan pada tahun 1999 adalah berasaskan konsep alat kelui. Evolusi perubahan...

Promosi Buka Puasa Bufet Ramadan The Coronade Hotel Kuala Lumpur

Marilah berbuka puasa bersama keluarga dan rakan di Restoran Makan-Makan untuk menikmati pilihan makanan Kampung Melayu asli yang luas. Tema `Citarasa Kampung' kami melibatkan sembilan kitaran menu bagi memastikan setiap pelanggan kami menikmati pilihan berlainan setiap hari dalam seminggu. Rasai sendiri 75 hidangan istimewa kami seperti Ikan Tongkol Goreng Berempah, Ketam Berlada, Gulai Ikan Parang Belimbing Buluh, Ayam Masak Merah Bermadu, Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Dendeng, Ketam Masak Lemak Nenas, Ikan Keli Goreng...

Promosi Buka Puasa di Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur

Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur di Jalan Imbi akan mempersembahkan Nostalgia Ramadan bersama Jaafar Onn di Checker's Cafe dengan konsep Balik Kampung yang menawarkan lebih daripada 80 jenis pilihan hidangan utama dan pencuci mulut dari Ogos 11 sehingga 9 September 2010. Hanya pada RM69.90 + +, Checker's Cafe akan mempersembahkan pelbagai hidangan tempatan seperti Gado-Gado, Hati Ayam Goreng Berempah, Sambal-sambal dan Ulam, Daging Masak Arab, Sambal Udang Tumis Petai, Pucuk Paku lemak Cili Padi, Sotong Tumis Jintan dan...

Berbuka puasa di Restoran Seri Melayu

Berbuka puasa di Restoran Seri Melayu bermula dari 11 Ogos 2010 - 9 September 2010. Para pengunjung pasti teruja dengan aneka juadah lazat dan beraneka yang di sediakan khas oleh `chef' yang berpengalaman. Bertemakan "Nostalgia Ramadan", aneka hidangan istimewa sepanjang ramadan yang disajikan di meja buffet diantaranya ialah Bubur Lambuk, Nasi Kabuli, Ikan / Sotong / Kerang / Udang Bakar, Rendang Tok, Ikan Sembilang Salai Masak Lemak Cili Api, Sotong Goreng Jintan, Udang Masak Tempoyak, 10 jenis hidangan kerabu setiap hari,...

Bufet Ramadan Rasa Nusantara restoran Westside Bistro, Shah Alam

Sempena menyambut Ramadan beberapa hari saja lagi, restoran Westside Bistro, Shah Alam Convention Centre (SACC) memperkenalkan konsep baru, Rasa Nusantara untuk sajian bufet berbuka puasa.Konsep ala-Nusantara Melayu memberi kelainan sepenuhnya baik juadah yang disediakan hinggalah suasana persekitaran yang memaparkan hiasan ala kampung. Memahami keinginan masyarakat bandar yang kadangkala bosan dengan suasana sibuk dan hirukpikuk kota, konsep berkenaan dipilih bagi pelanggan yang teringin menikmati suasana mendamaikan ala...

Promosi Berbuka Puasa Restoran Sri Ayutthaya

Berbuka puasa dengan masakan Thai adalah antara pilihan sajian yang popular di kalangan rakyat Malaysia dan tidak hairanlah kebanyakan restoran atau gerai yang menyediakan hidangan ini sering dipenuhi pengunjung. Bagi penggemar sajian Thai yang ingin berbuka puasa secara eksklusif dengan suasana tenang, berhawa dingin dan menikmati sajian tanpa sebarang gangguan kunjungilah Restoran Sri Ayutthaya. Hiasan dalaman Sri Ayutthaya yang menawan dan menarik pastinya menggamit kehadiran pengunjung untuk berbuka puasa. Tidak seperti...

Promosi Berbuka Puasa Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur

SEMPENA Ramadan ini, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur mempersembahkan promosi Berbuka Puasa unik dan menyelerakan, bertemakan 1Malaysia. Terdapat lebih 200 juadah daripada 24 gerai yang menampilkan cita rasa tradisional Melayu. Pengunjung boleh menikmati juadah utama disediakan iaitu sup gear box, kari kepala ikan, pengat durian, gulai kawah istimewa, kambing panggang, BBQ Mongolia dan banyak lagi. Pengunjung juga dapat menikmati juadah buah-buahan tempatan antaranya durian, rambutan, manggis dan langsat. Dengan harga berpatutan...

Buffet Ramadan The Apartment, The Curve

Ramadan tahun ini, restoran The Apartment menawarkan sejumlah sajian tradisional yang menyelerakan untuk pengunjungnya. Bermula Selasa lalu hingga 9 September depan, restoran yang bertempat di pusat beli-belah The Curve dan Suria KLCC itu menyajikan pelanggan dengan hidangan pada harga yang berpatutan. Pengarah Urusan Chaswood Resources yang merupakan syarikat pemilik The Apartment, Andrew Reddy berkata, sajian masakan rumah boleh dinikmati pelanggan Muslim selepas seharian penat bekerja pada Ramadan ini. Menariknya, dalam...

Cara Minum RXLite Di Bulan Puasa

Tip Diet Ramadan RXLite. Cara Minum RXLite Di Bulan Puas...

Serum Dior One Essential - Kulit tegang tanpa laser

"Anda kelihatan cantik pagi ini. Wajah anda kelihatan segar dan tenang,” antara bicara awal wanita-wanita di Jepun. Walaupun mengamalkan cara hidup yang sihat, mereka percaya pemilihan produk penjagaan wajah sangat penting. Mencecah usia 40-an, mereka takut kulit wajah kian kendur dan garisan kedutan semakin menyerlah. Selain mengambil cara mudah seperti pembedahan plastik atau laser, penggunaan produk anti-penuaan antara langkah awet...

The Body Shop Vitamin C

Vitamin C serikan wajah Wajah yang berseri adalah daripada kulit sihat yang mampu membias atau memantulkan cahaya 'dari dalam'. Secara prinsipnya cahaya yang menembusi lapisan kulit akan dipantulkan semula dengan sempurna apabila kulit dalam keadaan baik, licin dan kelembapannya seimbang. Pantulan cahaya yang dipantulkan sekata akan menzahirkan wajah yang cantik dan berseri-seri. Cahaya tidak boleh menembusi kulit secara efektif...