Suamiku Encik Sotong (Sinopsis Novel)

Sinopsis Novel Suamiku Encik Sotong

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong.

Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?


“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Perkhidmatan Kustodi Maybank Islamic terbaru dari Maybank Islamic

Perkhidmatan Kustodi Maybank Islamic terbaru dari Maybank Islamic

Maybank Islamic Berhad (Maybank Islamic) memperkenalkan penawaran terbarunya dikenali Perkhidmatan Kustodi Maybank Islamic khusus untuk pelanggan tempatan dan luar negara termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negara, syarikat pengurusan dana, pelabur institusi dengan anggaran nilai aset di bawah pengurusan (AUM) keseluruhan sebanyak RM1.4 trilion.

Ketua Perbankan Global Kumpulan Maybank Amirul Feisal Wan Zahir berkata, perkhidmatan terbaru itu adalah selaras dengan wawasan kumpulan untuk menjadi peneraju perkhidmatan kewangan serantau dan sebahagian daripada strategi menjadi bank Islam terkemuka ASEAN menjelang 2015.


“Penawaran terbaru ini akan melengkapkan kitaran perkhidmatan aset berasaskan syariah kumpulan yang berdasarkan peningkatan dalam aset Islam global dan peningkatan taraf kemewahan dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya pada majlis pelancaran Perkhidmatan Kustodi Maybank Islamic di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, perkhidmatan itu mempunyai keupayaan untuk memantau sekuriti pelanggan yang tidak patuh syariah atau sekiranya sekuriti yang pada permulaan dianggap patuh syariah didapati tidak mematuhi ciri-ciri syariah sepenuhnya.

“Melalui pelancaran Perkhidmatan Kustodi Islam, kumpulan Maybank kini mampu menyediakan perbagai perkhidmatan pelaburan patuh syariah termasuk kustodi global, perakaunan dan pentadbiran dana, agensi pemindahan dan pemegang amanah,” katanya.

Samsung Galaxy A7 siri Galaxy ternipis

Samsung Galaxy A7 siri Galaxy ternipis

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung Malaysia) mengumumkan peranti telefon pintar terbarunya, Galaxy A7 iaitu siri Galaxy ternipis yang dilengkapi dengan perkakasan premium untuk pengalaman sosial terunggul.

Naib Presiden Pengimejan Digital dan Teknologi Maklumat Mudah Alihnya, Lee Jui Siang berkata, Galaxy A7 menggabungkan rekaan logam bergaya dan prestasi berkuasa di mana ia dilihat amat bergaya ketika menyampaikan pengalaman tinggi bagi setiap penggunanya.


“Kami berusaha untuk membangunkan peranti yang sesuai digunakan pelbagai individu dan mendahului trend sosial terbesar pada masa akan datang,” katanya adalam kenyataan di sini, semalam.

Galaxy A7 dilengkapi dengan pemproses pelbagai teras yang menggabungkan dua pemproses quad core berasingan ia membolehkan penguna untuk melaksanakan tugas intensif data dengan cepat dan mudah. Ia turut memiliki memori 16 gigabait (GB) dan 2GB RAM untuk menguasakan semua media dan aplikasi kegemaran pengguna.

Ia kini boleh didapati dalam warna Pearl White, Midnight Black dan Champagne Gold dengan harga runcit disyorkan pada RM1,499 bermula Februari ini di semua Samsung Experience Stores dan pengedar sah Samsung seluruh negara.