Rawatan terapi medan elektrik Alpha One

Terapi medan elektrik yang dikeluarkan Alpha One Marketing (M) Sdn Bhd di reka bentuk dan dikilangkan ITO Co Ltd Japan.

Ia dihasilkan syarikat yang berdedikasi dalam pengurusan kesihatan bagi memberi sinar harapan kepada mereka yang mahukan penjagaan kesihatan dan tahap kehidupan lebih sihat.

Produk itu adalah 100 peratus buatan Jepun berbanding produk lain di pasaran hanya mengaplikasikan teknologi Jepun.

BIOS 9000 dikeluarkan mengikut prosedur yang ketat selain kawalan mutu dan pemantauan teknikal yang teliti bagi memastikan kualiti dan ciri-ciri keselamatan terkini.

BIOS 9000 adalah produk terapi medan elektrik yang mudah digunakan, mudah alih, selamat dan dijamin kualitinya tanpa kesan sampingan.

Walaupun mesin terapi itu dijana menggunakan kuasa arus 9,000 voltan, ia dijamin selamat digunakan, malah testimoni mendapati pesakit menerima rawatan selesa untuk tempoh 30 minit hingga lapan jam.

Pesakit hanya perlu duduk di atas pelapik khas atau berbaring di atasnya untuk menerima terapi medan elektrik.

Ia berfungsi merangsang peredaran darah ke seluruh tubuh.

BIOS 9000 mengguna pakai aplikasi kuasa voltan untuk mencerna, menyah toksik dan membaik pulih sel tubuh dan menguatkan daya tahan terhadap penyakit.

Ia membantu memulihkan kadar asid darah kepada taraf alkali bagi memastikan pesakit kembali normal.

Ia memberi kesan selamat kepada permukaan tubuh, diikuti tindakan biologi dan elektrik seperti pendedahan terhadap medan elektrik yang menghasilkan rangsangan terhadap saraf deria dan arus rangsangan yang halus ke tubuh.

Berbanding produk lain yang menawarkan pelbagai fungsi dan menggunakan teknologi Jepun, BIOS 9000 mempunyai lima fungsi utama iaitu mengalirkan kuasa arustatik untuk merangsang peredaran darah, membersihkan kotoran dalam saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal, meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan dan membantu membina sel baru.

Ia produk 100 peratus buatan Jepun dan dikilangkan ITO Co Ltd (sebuah syarikat yang terkenal sebagai peneraju dalam peralatan pemulihan dan fisiosterapi).

BIOS 9000 diimport ke Malaysia dengan tahap sistem kualiti yang tinggi dan terperinci pemantauannya. Ia mencapai pelbagai pengiktirafan mutu dan keselamatan antarabangsa dan terbukti kepada pengguna, pembeli dan artikel perubatan.

Urutan tradisional Jawa

urut jawaTiada siapa yang tidak mempunyai masalah. Tertekan dek beban kerja di pejabat tambahan pula dengan masalah dalaman secara tidak langsung memberi kesan letih dan lesu pada badan.

Lazimnya, ke tempat hiburan sebagai ubat untuk mengatasi masalah tidak memberi kesan berpanjangan sebaliknya rawatan urutan badan ternyata memberi kelegaan, terutama pada bahagian badan yang sakit.

Urutan badan lazimnya bertujuan mengurangkan tekanan selain membantu menyegarkan semula tubuh. Malah, urutan badan itu dapat membantu meningkatkan peredaran darah dengan hanya sekurang-kurangnya setengah jam untuk memperoleh manfaatnya.

Pengurus Taman Sari Royal Heritage Spa, Noor Aisah Muda, berkata jika dulu urutan badan hanya sering dilakukan oleh wanita yang baru lepas bersalin, kini amalan itu dijadikan rutin di kalangan masyarakat termasuk lelaki.

“Pelbagai jenis urutan badan semakin terkenal di rantau ini antaranya urutan Melayu tradisional, Jawa, Balinese, Thai dan juga Swedish. Namun ia mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri pada bahagian badan yang memerlukan belaian urutan.

“Paling mendapat sambutan ialah urutan tradisional Jawa atau Javanese. Ia terkenal di Indonesia sejak berkurun lamanya. Keunikan urutan tradisional berkenaan mampu melegakan kesakitan, lenguh atau sengal pada tubuh kerana urutan tradisional berkenaan biasanya menggunakan tekanan agak kuat membabitkan urutan tisu dalaman. Terapi berkenaan bukan saja untuk melegakan tubuh, malah dianggap sebagai keperluan bagi sesetengah golongan,” katanya ketika ditemui di Taman Sari Royal Heritage Spa sempena lawatan media ke Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort, Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

Keunikan urutan Jawa sekali gus menjadi konsep utama bagi Taman Sari Royal Heritage Spa. Dibuka sejak 2001 lagi, konsep dalaman bermotifkan ala Jawa memberi ketenangan kepada mereka yang lari seketika daripada kesibukan kerja serta pencemaran alam di kota.

Sebelum memulakan rawatan, pelanggan terlebih dulu dijamu dengan minuman halia yang dicampurkan dengan gula merah dipanggil air wedang. Minuman berkenaan adalah bagi membantu pelanggan membuang angin serta membersihkan toksin dalam badan.

Noor Aisah yang juga Pengurus Perhubungan Awam Awana Kijal berkata, urutan Javanese di Taman Sari Royal Heritage Spa sangat berbaloi dan melegakan kerana ahli terapi mempunyai kemahiran mengurut. Urutan berkenaan hanya menggunakan ibu jari dan tapak tangan dengan kaedah menolak di seluruh bahagian badan.

“Lebih menghangatkan, urutan berkenaan menggunakan minyak kacang soya. Minyak berkenaan sangat bagus untuk kulit, malah ia membantu meningkatkan aroma bau badan segar. Urutan saja tidak cukup tanpa mendapatkan rawatan kulit dengan teknik penyental.

“Alang-alang mendapat rawatan kelegaan sengal di badan, lebih menarik jika rawatan penyental dilakukan terus. Baik untuk kebersihan kulit, membuang sel kulit mati serta memberi kesan kelembutan dari dalam, Taman Sari menawarkan produk penyental Papaya Enzime daripada Mustika Ratu,” katanya.

Taman Sari Royal Heritage Spa terletak di dalam resort bertaraf lima bintang di Awana Kijal. dengan menawarkan lebih 13 pakej istimewa untuk dicuba pelanggan. Antaranya ialah Ultimate Spa Experience yang mengambil masa sehingga dua jam termasuk mandian buih susu dalam tab mandi jakuzi.

Rawatan yang ada ialah Ancient Healing, Physical Conditioning, Royal Essential Touch, Stress Reduction dan Beautiful Princess yang mengambil masa antara setengah jam hingga empat jam lamanya. Selain itu, rawatan selepas bersalin juga diberikan selama tiga jam setengah untuk mengembalikan kesegaran wanita selepas menimang cahaya mata.

Belaian istimewa yang terdapat di spa berkenaan ialah Taman Sari - Awana Spa Retreat mengambil masa selama enam jam membabitkan rawatan asas termasuk rawatan wajah, spa lunch, urutan kaki dan tangan aromaterapi serta rawatan rambut.

Selain itu, istimewa untuk pasangan baru berkahwin iaitu pakej Royal Honeymoon untuk suami dan isteri selama lima jam. Untuk lelaki rawatan yang diberikan ialah Pelvic Floor Excercise, rawatan wajah muka, refleksologi dan sebagainya sementara si isteri pula terdapat urutan Asmaragama, pupur badan (mangir atau bengkong), cucian dalaman dan rawatan

Untuk kecantikan lengkap bagaikan puteri, rawatan sampingan lain adalah rawatan kuku kaki dan kuku tangan (manicure dan pedicure) serta perkhidmatan buangan bulu anggota badan.

INFO: Taman Sari Royal Heritage Spa

* Lokasi: Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort, Kemaman, Terengganu.
* Rawatan:
o 13 pakej spa kecantikan
o enam urutan aroma terapi (leher dan bahu, sukan, Therapeutic, Queen dan Volcanic Stone)
o terapi kaki dan tangan (manicure, pedicure)
o rawatan kecantikan wajah (royal facial, rejuvenating, diamond peel dan Oxijet Facial)
o perkhidmatan membuang bulu badan (kaki, tangan, bawah lengan dan muka)
o penjagaan kecantikan kulit (penyental, mandian susu, balutan badan dan pupur badan)
o rawatan rambut (potong, membasuh, melurus, dan mewarnakan)


* Harga: RM250 hingga RM825
* Telefon: 09 864 1188.

Pearl Haya gaya hijab terbaru

Mengikut fesyen tudung yang sedang menjadi trend saat ini iaitu yang mempunyai 'awning' atau teduhan, hijab berjenama Pearl Haya tampil memberikan nuansa yang berbeza tetapi tetap akan membuatkan si pemakai kelihatan cantik dan anggun.

Menurut pencetus idea bagi satu lagi reformasi tudung seperti ini yang terdiri daripada tiga sahabat karib, Zetty Rosli, 33, Suriyati Daman, 33, dan Nor Azlin Abdul Jalil, 39, dari Negeri Sembilan, rekaan untuk Pearl Haya bukan saja berawal dengan kepentingan untuk berpakaian sopan secara muslimah tetapi bahan yang digunakan juga nyaman dan menawan dengan ciri-ciri khasnya yang tersendiri.

Gaya istimewa pada rekaan Pearl Haya yang juga merupakan ciri-ciri khas tudung jenama tersebut terletak pada rekaan 'awning' atau teduhan yang mengkombinasikan dua lapisan fabrik di samping pemilihan fabrik yang bersesuaian dengan motifnya.

Untuk itu Pearl Haya menggunakan padanan yang dipilih daripada fabrik sutera Thai, sutera India, tenun sutera India dengan corak timbul, kain linen Itali, fabrik tenun sutera China dan tidak ketinggalan denim yang dijahit pada keseluruhan tudung.

Selain itu, Pearl Haya juga mementingkan aspek penjimatan masa, ringkas, praktikal, kemas, berkualiti, selesa dan menawan melalui pemilihan fabrik, variasi warna dan padanan pada teduhan yang dianggap mahkota.

Masakan tidak dengan pemilihan fabrik, warna dan corak yang bersesuaian Pearl Haya sesuai digayakan dalam pelbagai suasana seperti majlis perkahwinan, keraian, sambutan perayaan mahupun bersantai atau beriadah.

Bukan itu saja Pearl Haya turut menitikberatkan pemakaian hijab dalam aktiviti harian seperti ke pasar, di dapur, halaman rumah mahupun ke gimnasium.

Lebih menarik tentang Pearl Haya adalah ia direka untuk semua generasi kerana bukan wanita dewasa saja boleh menggayakannya tetapi juga kanak-kanak dan gadis remaja.

Setiap gaya direka bagi menepati cita rasa golongan berkenaan seperti kombinasi warna santai serta kasual menggunakan fabrik jenis kapas dengan gabungan 'awning' denim boleh digayakan oleh remaja.

Sementara bagi kanak-kanak pula kombinasi warna ceria dengan fabrik lembut dan tidak panas seperti kapas bakal menjadi pilihan.

Rekaan Pearl Haya juga dibawakan dalam tiga potongan labuh iaitu Pearl 1 direka pendek dan ringkas serta sesuai untuk digayakan oleh mereka yang mempunyai karier dalam bidang korporat yang senantiasa mementingkan penampilan yang kemas dan bergaya.

Sementara Pearl 2 yang sederhana labuh pula adalah untuk memenuhi keperluan untuk bergaya di majlis keraian kerana tudung boleh digayakan bersama kerongsang.

Pearl 3 pula yang labuh dapat dipelbagaikan pemakaiannya dan sesuai digayakan dengan busana muslim atau baju tradisional seperti baju kurung.

Bukan itu saja, Pearl Haya turut menyediakan khidmat khas tempahan hijab mengikut padanan warna, corak dan rona busana yang bakal dikenakan agar penampilan tampak lebih anggun.

Setiap pembelian Pearl Haya didatangkan dengan kotak eksklusif yang boleh dijadikan isebagai hadiah atau cenderamata. Bagi mereka yang ingin membuat tempahan sila layari, www.pearlhaya.com.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH