HSBC Mobile Banking: Khidmat perbankan HSBC kini di hujung jari

HSBC Bank Malaysia Bhd memperkenalkan perkhidmatan perbankan mudah alih bagi menampung peningkatan permintaan daripada pelanggannya terhadap kemudahan sedemikian.

Perkhidmatan dikenali sebagai `HSBC Mobile Banking' itu adalah sama seperti perbankan internet yang ditawarkan bank itu, dengan kemudahan melakukannya di mana saja.

Pelanggan yang memiliki peranti seperti iPhone, iPad dan telefon Android seperti HTC Desire dan Samsung Galaxy S kini boleh mengakses akaun masing-masing menerusi aplikasi perkhidmatan itu.

Ia memberikan akses mudah kepada kedua-dua segmen pelanggan runcit dan korporat untuk menggunakan telefon mudah alih masing-masing melakukan urus niaga perbankan.

Antara kemudahan yang disediakan termasuk untuk menyemak baki akaun, melihat urus niaga yang dilakukan, membayar bil, memindahkan wang, menyemak kadar tukaran asing serta mendapatkan promosi dan keistimewaan terkini.

Pada masa sama, HSBC turut melancarkan satu platform mudah alih untuk program keistimewaan kad kredit globalnya yang membolehkan pemegang kad mengakses portal HSBC dengan menggunakan aplikasi home&Away `HSBC Mobile Banking'.

Portal home&Away itu menyediakan kira-kira 4,000 tawaran eksklusif daripada 19,000 cawangan rakan niaga di 160 negara kepada pemegang kad kredit HSBC.

Di rantau Asia Pasifik, kemudahan home&Away itu menawarkan kira-kira 2,700 perkhidmatan pelancongan, restoran, beli-belah, kesihatan dan kecantikan di 38 negara.

Pemegang kad kredit HSBC juga boleh meninjau semua keistimewaan yang diberikan pada peringkat global dengan menggunakan perkhidmatan 'HSBC Mobile Banking' dan mencarinya menerusi negara, jenis kad, kategori peniaga dan nama.

Pemegang kad juga boleh mengenal pasti keistimewaan itu menerusi lokasi dengan menggunakan ciri-ciri `kemudahan berdekatan' dan boleh meninjau kedudukannya menggunakan peta.

Sementara itu, seksyen `Pilihan Hangat' menyenaraikan tawaran paling popular terkini yang ada pada satu-satu masa.

Pengurus Besar Perkhidmatan Kewangan Peribadi HSBC Bank Malaysia, Lim Eng Seong, berkata pihaknya yakin perkhidmatan baru ini dapat memenuhi permintaan pelanggan bank itu yang semakin bijak menggunakan teknologi.

"Dengan adanya generasi baru pelanggan yang beralih kepada teknologi, mereka mahukan kemudahan dan kepantasan dalam setiap perkara dilakukan termasuk urusan perbankan. Justeru, 'HSBC Mobile Banking' dapat menawarkan keselesaan dan kaedah fleksibel untuk menguruskan kewangan di hujung jari," katanya.

Pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan `HSBC Mobole Banking' dan portal home&Away boleh melayari laman web bank itu di www.hsbc.com.my.

Produk Kérastase Chroma Sensitive

Gaya rambut sama dan sentiasa berwarna hitam ada kalanya membosankan dan memerlukan perubahan untuk menukarkan kepada warna lain bersesuaian dengan tona kulit bagi menyerlahkan penampilan seseorang.

Mewarnakan rambut juga sudah menjadi trend generasi sekarang untuk menampakkan kelainan dan kepuasan dalam berfesyen. Tambahan pula, lambakan pewarna rambut di pasaran memberikan pilihan yang mana terbaik untuk wanita, meskipun menyedari kekerapan mewarnakannya menyebabkan rambut kurang sihat sekiranya tidak dijaga sempurna.

Kajian pasaran mendapati seorang daripada dua wanita akan mewarnakan rambut mereka. Namun hampir 57 peratus wanita percaya warna yang cantik ialah warna kekal tetapi ia memerlukan penjagaan lebih rapi berbanding rambut semula jadi.

Rawatan kimia berulang kali ditambah faktor persekitaran, melemahkan fiber rambut, selain mempercepatkan ia menjadi kusam.

Tiada apa yang lebih teruk apabila warna rambut kian pudar selepas beberapa hari diwarnakan. Apatah lagi, selepas membelanjakan sejumlah wang yang banyak dan masa yang lama dan kesannya cukup mengecewakan. Sudah tentu kita ingin mengekalkan warna rambut berkenaan dan seri warna selama mungkin.

Memahami situasi wanita yang sering mewarnakan rambut, jenama produk kecantikan rambut, Kérastase mencipta teknologi inovasi dan teknik baru penjagaan rambut berwarna. Teknologi Chroma Cristal diperkenalkan menerusi rangkaian produk Kérastase Chroma Sensitive bertujuan bagi mengelakkan kepudaran rambut yang diwarnakan.


Educetor Kerastase, Tan Kai Li, berkata selepas mewarnakan rambut, penggunaan syampu yang berlebihan dan geseren ketika membasuh rambut menyebabkan warna tidak tahan lama dan kian pudar.

"Buih syampu biasa dan geseren ketika membasuh rambut boleh merosakkan gentian rambut sekali gus menyebabkan kebocoran pigmen warna. Selepas membilas rambut, gentian lebih sensitif menyebabkan warna menjadi pudar dan tidak bermaya," katanya pada majlis memperkenalkan Kérastase Chroma Sensitive di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur, barubaru ini.

Rangkaian terbaru Kérastase Chroma Sensitive ialah Chroma Sensitive Cleansing Balmdan Chroma Cristal Shine Perfecting Mist. Ia dirumuskan dengan teknologi penjagaan rambut pertama dwifasa yang memungkinkan dua rumusan digabungkan dalam satu produk untuk kesan berganda dan sempurna.

Tan berkata, ia berasaskan pekatan minyak yang melindungi warna daripada pencemaran keliling dan mengekalkan gentian untuk kilauan mutlak. Rumusan berair memastikan resapan bahan aktif berkesan bagi penyerapan yang mendalam dan kemasan yang lebih sekata. Chroma Cristal menyerlahkan kilauan rambut dengan penggilapan gentian menerusi antioksidan dari Vitamin E.

"Haruman sangat penting untuk produk cucian rambut. Chroma Sensitive & Cristal adalah gabungan bungaan dan buah-buahan serta mengeluarkan bau kayu kayan bagi menyempurnakan keharuman dan menyerlahkan kelembutan rambut," katanya.

Produk Cleansing Balm adalah sapuan pembersih pertama kurang buih yang melindungi kepudaran warna sehingga 90 peratus dengan menggunakan selepas seminggu rawatan mewarna rambut. Ia bertindak sebagai anti-pudar dan diikuti dengan Bain Chroma Riche pada minggu seterusnya.

Sementara itu, Shine Perfecting Mist pula didefinisikan sebagai rawatan yang merangsangkan kelembutan dan kececairan. Memberi kesan sempurna dan sentuhan terakhir.

Produk Kérastase Chroma Sensitive boleh didapati pada harga antara RM90 hingga RM108 bermula April ini.






Herve Leger Femme Avon, harga RM109 di Semenanjung, RM125.35 (Sabah & Sarawak)

Minyak wangi mampu mencetus penataan peribadi setiap individu yang gemar kepada wangian dan keunggulan yang menyatu kerana dengan kehadiran kedua-dua elemen berkenaan, pastinya diri berada di puncak keyakinan yang tinggi.
Justeru, tidak mustahil ramai yang berhati-hati memilih minyak wangi yang ingin digunakan kerana ia menyumbang kepada sifat diri untuk menghadapi hari tegang sama ada di tempat kerja atau berurusan dengan masyarakat.



Minyak wangi dengan ciri bau-bauan bungaan umpamanya menjadi pilihan ramai kerana selain kekal wangi sepanjang hari, ia juga adalah ciri kewanitaan sejati yang tidak lekang oleh hari walaupun mengalami suasana tertekan mahupun bekerja keras di lapangan.

Jenama yang sentiasa menyokong kuat kehadiran wanita walau dalam apa juga suasana, Avon, baru-baru ini, melancarkan minyak wangi terbarunya dengan kerjasama pereka fesyen antarabangsa, Max Azria dalam usaha meletakkan wanita pada kedudukan lebih unggul.

Herve Leger Femme untuk wanita, seunik namanya diadun daripada pati tumbuhan yang membangkitkan rasa yakin pada diri apabila anda menyemarakkan bauannya pada badan kala berpergian atau setapak melangkah keluar dari kediaman.

Pengurus Komunikasi Jenama Avon, Noorashikin Selamat, berkata minyak wangi dengan gandingan fesyen daripada Max Azria itu menggunakan bahan terpilih dan diadun dengan cukup teliti bagi menyerlahkan keistimewaan wanita.

"Herve Leger istimewa kerana ia adalah gandingan pati wangian dan fesyen yang dihadirkan serentak untuk menguatkan lagi penataan kemunculan wanita walau di mana saja mereka berada.

"Bahkan, dengan baubauan terpilih serta potongan esklusif ilham Max Azria, haruman ini mencetus elemen glamor dan sensualiti serta mengungkap keperibadian dinamik wanita dengan koleksi adi busana dan koleksi sedia pakai yang esklusif," katanya.

Haruman berkenaan dimanfaatkan daripada kebaikan bunga magnolia Cina yang bersemarak dengan gandingan bau limau gedang merah jambu sicili. Baunya kadang kala membiaskan elemen sitrus dan kadang kala bersemarak dengan wangian kayuan dan flora segar.

Lebih teruja, ada selitan bau bunga oren Maghribi yang diadun dengan kayuan bermadu dan diakhiri dengan dasar seksi kasturi dari kehangatan titisan benzoin, kayu Cypress serta Vanila.

"Kerjasama Avon dan jenama ulung itu memberi kenyataan betapa ia menjadikan wanita hebat dengan aliran cipta gaya menggoda, namun sofistikated untuk wanita masa kini yang meninggalkan keinginan berkekalan.

"Sinonim di seluruh dunia dengan glamor dan sensualiti, Herve Leger oleh Max Azria mengungkap keperibadian dinamik wanita dengan koleksi adi busana dan sedia pakai yang esklusif," katanya.

Herve Leger Femme ternyata sesuai untuk wanita yang ingin berasa seksi, hebat dan berkeyakinan. Harumannya mekar menggoda, ibarat gaun Herfe Leger yang memeluk setiap liku tubuh dengan penuh godaan," katanya.

Kemunculan Herve Leger Femme ini diperkuatkan lagi dengan duta minyak Avon, Fazura Syarifudin yang tampil anggun dalam balutan bandage busana Max Azria, sekali gus mencetus kekaguman khalayak terhadap wangian dan fesyen.


Herve Leger Femme juga unggul kerana dihadirkan dalam bekas moden yang seakan imbasan badan wanita dalam balutan adi busana Azria, kemas serta unik selain mampu menarik perhatian penggemar wangian unggul ini.

Akan berada di pasaran bermula 16 Mac ini, Herve Leger Femme tampil dalam sukatan 50ml pada harga RM109 di Semenanjung, manakala RM125.35 (Sabah & Sarawak). Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat untuk mendapatkannya. Sebarang maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http:// www.my.avon.com.