Lirik Lagu Hanya Kerana Cinta -Hafiz, Aril, Tini, Ayu & Anne

Lirik Lagu Hanya Kerana Cinta -Hafiz, Aril, Tini, Ayu & Anne

Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cinta ku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasih mu.

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilhamku
Tak ada yang lebih dari itu
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih, tak ada yang lebih dari itu.

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhan mu indah

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilhamku
Tak ada yang lebih dari itu
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih.... tak mungkin ada lebih.. dari itu.


Recorded & Mixed by Rudi@Studio Hikayat
Lagu & Lirik: Kuncidemak (Onyx Garland Sdn Bhd)
Producer: Rudi Muhammad
All Arrangement & Programming: Rudi
Bass: Pacai
Guitars: Mizi
Backup Vocals: Dayah Bakar

Biskut Raya Nora J

Penyanyi Nora yang kini dikenali dengan nama Nora J sedang sibuk dengan perniagaan biskut rayanya. Menggunakan nama ‘Secukup Rasa’, Nora menyediakan pelbagai jenis biskut raya kegemaran ramai pada harga berpatutan.

Menurut Nora yang ditemui baru-baru ini, tahun ini dia mengambil tempahan sehingga minggu kedua Ramadhan. Selain itu, dia juga bercadang untuk menambah beberapa resipi baru untuk koleksi biskut rayanya.

“Buat masa ini saya sedang memikirkan beberapa resipi biskut istimewa. Jika ada nanti saya akan promosikan di blog ‘Secukup Rasa’, http://norasecukuprasa.blogspot.com. Sekarang kita ada Biskut Arab, Cornflakes, Tat Nenas, Biskut Cip Coklat, Almond London, Biskut Mentega Kacang, Biskut Kurma, Semperit dan biskut paling popular Chocolate Almond Shortbread.


Selain itu, saya juga menyediakan hamper raya untuk dijadikan buah tangan. Hamper-hamper ini berharga RM40 hingga RM500. Bergantung kepada jenis biskut, saiz dan bekas yang digunakan. Kalau ada yang berminat, bolehlah menghubungi talian 03 - 7875 5449 (Isnin hingga Jumaat 9.30 pagi - 5.00pm, atau emailkan kepada secukuprasanora@gmail.com.” ujar Nora.

Myvi baru dapat penarafan empat bintang MyVAP Miros

Myvi baru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mendapat penarafan empat bintang Program Penilaian Kenderaan Malaysia Malaysia (MyVAP) oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penarafan berkenaan akan menambah keyakinan pembeli terhadap ciri-ciri keselamatan model itu.


"Ini merupakan model kedua Perodua selepas Alza menerima penarafan empat bintang MyVAP,” katanya.

Aminar Rashid berkata, penarafan itu membuktikan Myvi mencapai standard keselamatan yang tinggi yang juga mematuhi protokol tertentu Program Penilaian Kereta Baru Euro (ENCAP).

Beliau berkata, penilaian MyVAP menumpu kepada tiga teras iaitu keselamatan aktif, keselamatan pasif dan 11 item di bawah Peraturan Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE).

"Bagi 11 item di bawah Peraturan UNECE termasuk keserasian elektromagnetik, brek, dalaman, jangkaan luaran, peranti amaran pendengaran, halangan risiko kebakaran, speedometer, cermin pandangan belakang, kuasa stering, indikator dan visi hadapan,” katanya. – Bernama