Krim Super Lebat D'Herbs membantu mengatasi 1001 masalah rambut

Super Lebat D'Herbs

Krim `Super Lebat' krim dipercayai membantu mengatasi 1001 masalah rambut dengan hanya RM28.90!!

Super Lebat D'Herbs mampu merawat masalah rambut gugur, beruban, kelemumur dan kegatalan kulit kepala. Kesannya dapat dilihat seawal 7 hari. Istimewanya super lebat bukan sahaja dapat melebatkan rambut malah dapat melebatkan janggut, misai, kening dan bulu dada. Harga super lebat yang semurah RM28.90 sahaja mampu dimiliki oleh semua dengan kualiti terbaik!!!

Ini terbukti apabila Pakcik Man yang mengalami masalah rambut yang hampir botak, kulit kepala gatal dan beruban kembali mempunyai rambut yang lebat dan hitam dengan penggunaan krim rambut berherba. Bagi mereka yang mempunyai masalah rambut, disyorkan mencuba produk ini. Anda pasti teruja dengan kesannya!!

Novotel Kota Kinabalu 1Borneo

Novotel Kota Kinabalu 1Borneo terletak di lokasi yang strategi di Lebuhraya Sulaman dan hanya mengambil masa 10 minit dari pusat bandar, Novotel Kota Kinabalu 1Borneo menjanjikan penginapan mewah, menyeronokkan dan kepuasan membeli-belah.

Novotel Kota Kinabalu 1Borneo menawarkan 263 bilik dan suite dengan reka bentuk yang unik serta bilik luas dengan hiasan kontemporari menjanjikan keselesaan terbaik.

Novotel Kota Kinabalu 1Borneo

Menerapkan reka bentuk serta gaya moden, setiap bilik dilengkapi akses jalur lebar Internet berkelajuan tinggi, televisyen skrin rata LCD, pemain DVD, kemudahan membuat kopi dan teh, peti sejuk mini, kotak keselamatan, pengiring rambut serta meja kerja yang luas dan selesa khusus buat pengunjung perniagaan.

Sementara itu, bilik jenis eksekutif suite pula menawarkan ruang lebih luas dan persekitaran selesa persis berada di rumah.

Suite yang dihiasi dengan seni kontemporari, permaidani mewah, fabrik dan perabot anggun, ia terbahagi kepada beberapa ruangan iaitu ruang tamu, ruang makan, kawasan bar, bilik kerja dan bilik tidur utama.

Suite di Novotel Kota Kinabalu 1Borneo ini dilengkapi televisyen skrin rata LCD 52" dan pemain DVD di ruang tamu serta dua unit televisyen skrin rata LCD 40" di ruang kerja dan bilik utama.

Bilik air berasingan untuk tetamu, ruang makan untuk enam orang dan kawasan bar yang dilengkapi mesin kopi, microwave, dua mini bar serta kemudahan membuat kopi dan teh turut tersedia di semua bilik suite.

Jika ingin berehat dan bersantai, bilik suite mempunyai dua kerusi urut khas bagi menghilangkan ketegangan urat selain terapi.

Mahu berendam, kolam renang terletak di tingkat tujuh. Anda juga boleh merendam di jakuzi untuk tubuh yang menyegarkan.

Menjamu selera di Novotel Kota Kinabalu 1Borneo cukup istimewa dengan tiga tempat makan yang boleh dipilih mengikut cita rasa anda.

Di Restoran The Square anda ditawarkan kombinasi masakan Asia dan Barat.

Anda boleh memilih pelbagai makanan yang istimewa sebelum mengalihkan mata ke kaunter pembuka selera, kaunter salad, pastri serta pencuci mulut yang enak.

Terletak di tingkat satu, Le Millesime Lounge & Bar memberikan suasana santai buat pengunjung. Muzik jazz yang dimainkan memberikan ketenangan dan keselesaan. selain itu, ia lokasi ideal bagi yang mahu mengadakan mesyuarat tidak formal atau berehat selepas seminar dan mesyuarat yang panjang.

Penat berbelanja di pusat membeli-belah terbesar dan pertama di Borneo itu, menikmati secawan teh atau jus buah segar di Bonjour Cafe cukup menghilangkan keletihan.

Jika mahu mengadakan mesyuarat atau seminar, Novotel 1Borneo menawarkan tiga bilik mesyuarat yang dilengkapi dengan kemudahan audio visual yang canggih selain memuatkan hingga 240 orang.

Terletak di tingkat dua, anda boleh mendapatkan sokongan kesetiausahaan bagi memastikan mesyuarat berjalan lancar.

Bagi yang ingin ke pusat bandar Kota Kinabalu, bas ulang-alik disediakan secara percuma.

Ia hanya mengambil masa 10 minit dari pusat bandar dan 25 minit dari Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu selain terletak bersebelahan pusat membeli-belah terkemuka di Sabah.

Untuk keterangan lanjut, layari www.accorhotels.com/Novotel-Malaysia

Susu Ilham pilihan terbaik

Susu Ilham pilihan terbaik
SUSU ILHAM keluaran syarikat Ebunda Sdn Bhd telah pun setahun berada dipasaran dan terus berkembang menjelang tahun baru 2012.Beroperasi di Reko Central, Kajang Syarikat Ebunda Sdn Bhd yang 100 peratus milik bumiputera ini sentiasa dikunjungi oleh orang ramai baik dari dalam negara atau luar negara seperti singapura, brunei, indonesia dan lain-lain untuk menjadi pengedar dan mengetahui sendiri kelebihan susu ilham ini.


Syarikat Ebunda Sdn Bhd telah melakukan R & D selama 2 tahun sebelum mengeluarkan susu ilham ini. Kami merasakan ada tanggungjawab besar yang harus dilakukan untuk membantu kanak-kanak dimalaysia terutamanya dalam mendapatkan produk yanng terjamin selamat untuk diminum dan baik buatannya selain untuk memastikan anak-anak dapat menjalani tumbesaran yang sihat serta seimbang.Kejadian susu kanak-kanak yang tercemar dengan melamin pada beberapa tahun lepas yang bermula di china dan turut mejejaskan produk yang berada di asia, ini menguatkan lagi usaha syarikat ebunda sdn bhd untuk mengeluarkan susu ilham dengan tujuan ingin memberi pilihan susu terbaik untuk ibu bapa kepada anak-anak mereka untuk jangka masa panjang.

Susu ILHAM ini sangat istimewa kerana mempunyai kandungan yang padat dengan badam, kismis, ginko biloba dan maca bukan sekadar susu kosong sahaja. Pemilihan makanan sunnah seperti badam dibuat berikutan kandungan vitamin B dan protein yang tinggi iaitu 20 kali lebih banyak jika dibandingkan dengan bijirin lain, sangat baik untuk tumbesaran anak selain membina tulang dan gigi. Zat besi dan kalsium yang di dalam buah kurma berperanan untuk perbentukan darah, serta sum-sum tulang dan paling cepat di proses sebagai bekalan tenaga serta makanan amalan Rasulullah di mana begitu tinggi nilai khasiat nya untuk badan manusia disamping merawat dan melembutkan hati. Kismis punyai khasiat sangat tinggi dengan antioksidannya dan kaya dengan fruktosa dan glukosa.

Badam adalah kandungan utama dalam susu ilham kerana ia mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan terutama sekali bagi pembentukan minda yang tajam dan cerdas. Badam adalah antara bijirin yang mahal kerana ia mengandungi 20 kali lebih banyak protein berbanding bijirin-bijirin yang lain. Antara kelebihan badam yang lain ialah, boleh menghalang obesiti, meredakan diabetis, menghalang osteoporosis dan mengurangkan paras kolestrol, dan ianya adalah antara makanan sunnah yang digalakkan untuk dimakan untuk semua peringkat umur.

Harga susu ilham ialah RM48.90 untuk semenanjung dan RM53.90 bagi sabah dan sarawak

Susu ilham dengan berat 650gm untuk semua jenis ini mempunyai 2 ketegori iaitu :

1) Untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun dengan perasa asli, ramuan didalamnya mengandungi badam, kurma dan kismis.

2) Untuk 4 tahun keatas dengan pilihan perasa coklat dan vanila, ramuan didalamnya mengandungi badam, kurma, ginko biloba dan maca.

Susu ilham turut dilengkapkan juga dengan 30 juzuk Terapi Al-Quran untuk perkembangan dalaman yang seimbang dari segi rohani dan jasmani anak-anak hari ini.Dengan khasiat dan kombinasi hebat di dalam susu ini ianya sangat membantu merawat kanak -kanak yang hyper aktif, dimana makanan rohani yang terkandung di dalam susu ini dapat membantu menenangkan hati merawat secara dalaman supaya anak-anak lebih terarah kepada benda-benda yang lebih positif, disamping berfikiran positif.

Susu ilham sangat sesuai untuk anak-anak kecil yang mempunyai antibodi yang lemah,selalu kembung, sembelit, sering selsema dan batuk. Bagi kanak-kanak yang dalam pembelajaran adalah sangat disarankan untuk menjadikan susu ilham minuman amalan harian mereka untuk membantu penghafalan dan juga di sarankan untuk kanak-kanak yang di dalam hafazan, hafiz dan hafizah.Insyallah...

Hari ini susu ilham bukan sahaja diminum oleh anak-anak kecil tapi sudah menjadi minuman sekeluarga. Antara yang banyak menggunakan susu ilham selain anak-anak kecil adalah murid-murid sekolah dan ibu yang mengandung. Bagi kanak-kanak yang bersekolah dan dewasa minuman susu ilham ini diamalkan minum pada waktu pagi dan malam untuk membantu perkembangan minda mereka dengan lebih baik dengan adanya kandungan seperti badam, ginko biloba, kismis dan maca. Bagi ibu yang mengandung susu ilham elok dijadikan minuman harian mereka menggantikan minuman yang lain untuk memberi kualiti yang terbaik untuk tubuh badan mereka dan kandungan dalam badan dengan adanya makanan sunnah dan terapi 30 juzuk al-quran.

Dengan rasa yang sedap dan kandungan yang padat adala pilihan terbaik bagi ibu bapa yang mempunyai kesukaran dari segi pemilihan dan kesuaian susu untuk anak-anak dan bayi mereka, susu ilham adalah pilihan yang terbaik untuk penyusuan kanak-kanak kerana dengan adanya badam, susu menjadi sedap dan lebih lemak untuk diminum ditambahkan dengan kandungan kurma dan kismis yang melengkapkan rasa dan aroma bau yang enak untuk menarik minat anak-anak untuk minum susu.

Syarikat Ebunda Sdn Bhd telah mempunyai hampir 300 pengedar susu ilham seluruh negara termasuk dua di sabah. Sokongan para pengedar dan promosi yang giat dijalankan oleh syarikat menyebabkan susu ilham semakin dikenali dan mendapat perhatian ramai pihak terutama ibu bapa. Sambutan amat memberangsangkan dari pengguna dalam dan luar negara telah menaikkan 25% permintaan dan penjualan susu ilham pada bulan pertama tahun 2012.Maklumbalas yang positif dari ibu bapa yang melihat sendiri banyak perubahan anak-anak mereka dari segi moral, rohani dan jasmani yang banyak membantu pengguna-pengguna semakin yakin dengan susu ilham serta menjadi sebutan orang ramai.

Susu ILHAM boleh didapati di Pasaraya Mydin yang terpilih, pengedar-pengedar kami yang sah atau pembelian terus secara online dengan melayari www.ilham4u.com. Senarai nama dan no talipon pengedar yang sah susu ILHAM di seluruh Malaysia ada dilaman web tersebut.

Promosi sedang dijalankan untuk menjadi pengedar Susu ILHAM , untuk yang berminat sila hubungi ibu pejabat kami dan dapatkan keterangan lanjut di talian 03-87333500 / 03-87337400 / 016-2320050 / 016-2320500 / 016-3220500 atau boleh datang terus ke Pejabat Urusan beralamat No. 21-1 Jalan Reko Central 4, Reko Central 43000 Kajang Selangor atau boleh layari www.ilham4u.com