Khasiat minyak argan asli

Khasiat minyak argan asli

Setiap manusia mahu kelihatan cantik, justeru, tidak hairanlah mereka sanggup melakukan apa saja termasuk wang untuk menjadi jelita.

Namun, hati-hati kerana bukan semua produk kosmetik memberi kesan diharapkan kerana ada menggunakan bahan kimia berbahaya.

Justeru, untuk keselamatan dan mengelak kemudaratan, gunakan produk kosmetik yang diperbuat daripada bahan semula jadi, organik dan herba.

Penyedia standard natural dan organik terkemuka seperti Ecocet dan NaTrue menetapkan produk semula jadi perlu menggunakan bahan daripada tumbuhan, bukan paraben.



Bahan kimia paraben boleh menyebabkan kanser, begitu juga hidrokuinon yang memutihkan kulit dalam tempoh singkat turut mendedahkan risiko kanser kulit.

Bahan kimia lain seperti tertinoin, betamethasone dan merkuri juga amat berbahaya jika digunakan dalam produk kosmetik.

Pengguna usah keliru atau tertipu dengan produk kosmetik yang menggunakan label natural, sebaliknya anda perlu membaca senarai kandungan di kotak itu.

Ada produk meletakkan nama semula jadi tetapi di bahagian kandungan produk, ia mengandungi paraben (dalam bentuk metylparaben atau apa-apa yang berakhir dengan paraben).

Pengguna juga perlu melayari laman web, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang sentiasa mengemas kini senarai produk kosmetik yang dibatalkan kerana menggunakan bahan kimia terlarang.

Secretleaf International yang mengeluarkan produk jenama Secretleaf di negara ini, Brunei dan Indonesia sentiasa mematuhi prinsip semula jadi dan organik seperti yang ditetapkan organisasi luar khususnya di Eropah dan Amerika Syarikat.

Antara jenama dikeluarkan ialah Pure Oil Series 01, krim arbutin, Moisturizing Facial Soap, Day & Night Cream, Tea Tree Oil, BB Cream dan Argan Beauty Discovery Set.

Setiap bahan semula jadi memberikan hasil yang baik kepada pengguna dan selamat digunakan walaupun sesetengah bahan itu tidak memberi hasil serta- merta berbanding produk menggunakan bahan kimia.

Secretleaf International mendapat kelulusan GMP dan ISO 9001:2008 untuk pengawalan kualiti bagi memastikan setiap produk dikeluarkan mengikut piawaian tertentu.

Hubungi 016-6626604, 016-2273815 atau talian bebas tol 1800-88-3818 (waktu bekerja) atau layari laman Facebook www.facebook.com/ mysecretleaf untuk promosi terkini atau www.secretleaf.com.my untuk senarai pengedar dan farmasi terdekat. 

Novel Playboy itu Suami Aku?

Playboy itu Suami Aku?

Novel Playboy itu Suami Aku? karangan Suri Ryana mengangkat kisah Afina yang mengahwini Adrian, meskipun sedar pemuda itu seorang `playboy' kerana mereka berdua mempunyai agenda sendiri dan perkahwinan itu sebenarnya bersyarat.

Afina ditakdirkan koma akibat kemalangan dan mengalami amnesia sesudah pulih hingga langsung tidak mengenali Adrian, selain dalam ingatannya yang kekal ialah lelaki berkenaan hidung belang yang mesti dijauhi wanita.

Kemuncak novel ini, hubungan Afina dan Adrian memutikkan bunga cinta dan pertengkaran sesama mereka adalah `ramuan' terbaik naskhah ini yang menyebabkan puluhan ribu unit novel ini berjaya dijual di pasaran.

Pembaca semakin ingin tahu ke mana arah hubungan pasangan suami isteri ini, apabila Afina mengambil keputusan untuk meninggalkan Andrian.


Meskipun kisah cinta dalam novel ini klise dan tiada yang luar biasa, tetapi Suri ternyata ada gaya tersendiri melalui bahasanya yang mudah dan bagus, walaupun tidak puitis, selain bijak mengolah plot cerita menjadikan novel ini mantap dalam kategorinya.

Suri Ryana, nama samaran Sharifah Nurilyana Syed Fesal yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang. Anak sulung daripada tiga beradik ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Binaan (Fakulti Perumahan, Bangunan Perancangan). Playboy itu Suami Aku? adalah novel ketiganya selepas M.A.I.D dan Isteri Separuh Masa. Suri Ryana kini menetap di Dongdaemoongu, Seoul, Korea Selatan.


Ulasan Hafizah Iszahanid

Playboy itu Suami Aku?

* Penulis: Suri Ryana

* Terbitan: Kaki Novel

* Harga: RM24

* Bintang: ***

Novel Di Ruang Itu Ada Kamu - Zulina

Di Ruang Itu Ada Kamu

Karya Zulina ini berkisar adik-beradik yang berbeza perwatakan dan gaya hidup, iaitu Sharil dan Adam, terjerat dalam percintaan tiga segi apabila mencintai gadis yang sama, Amy kerana kecantikannya.

Adakah perhubungan kekeluargaan mereka akan terlerai kerana cinta dan siapakah menjadi pilihan Amy bakal terjawab dengan memperoleh naskhah berkonsepkan cinta romantik ini.




- Harga: RM21

- Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd

- Halaman: 540

- Penilaian: ***