Wonder Perfect Mascara Clarins

Percaya atau tidak, pemakaian maskara pada bulu mata sebenarnya mampu melengkapkan lagi solekan mata, selain menaikkan lagi keseluruhan wajah dan penampilan. Penggunaan maskara pada masa kini juga mampu memberi perubahan mata lesu menjadi segar.

Oleh sebab itulah maskara dipakai untuk apa juga jenis solekan dari yang semula jadi untuk solekan siang sehinggalah ke solekan glamor ke parti.

Maskara boleh didapati dalam pelbagai warna dan fungsi seperti melebat, melentik dan memanjangkan bulu mata dalam satu atau dwisapuan rumusan popular. Pendek kata, maskara tidak hanya mewarnakan bulu mata dan memanjangkan serta memberi volume kepada bulu mata, tetapi juga menaik serikan mata sebagai tiang seri wajah dan menambahkan gaya dramatik pada solekan.

Tetapi sejauh mana maskara itu sesuai untuk anda dan sebijak mana ia di aplikasi, semua itu perlu diketahui sebelum memutuskan untuk memilikinya. Ini kerana sudah pasti anda tidak mahu sapuan itu comot dan `melemaskan'.

Perkara yang harus diteliti ketika membeli maskara adalah melihat bentuk dan saiz berus. Selain itu, teknologi maskara juga semakin berubah apabila ada lapisan asas dan atas dengan warna berbeza. Teknologi ini mampu membuatkan bulu mata terasa ringan dengan dua lapisan, malah memberi keberkesanan pada solekan mata secara menyeluruh.

Bagi memenuhi kehendak itu, Clarins, antara produk kecantikan yang tersohor di bibir wanita kini memperkenalkan ciptaan terbarunya, Wonder Perfect Mascara semua dalam satu yang bertindak dalam semua dimensi sekali gus dapat membuatkan bulu mata lebih tebal, panjang, dan lentik.

Bulu mata yang halus sekali pun, boleh nampak tebal dengan lilin carnauba dan lilin beras yang digabungkan dengan pigmen warna. Imbangan polimer dalam formulanya juga memberikan kesan pemanjangan yang menakjubkan.

Maskara itu memberikan sapuan yang mampu melekat kuat pada bulu mata apabila di sapukan dengan teliti. Gel polimer yang dihasilkan daripada tumbuhan berfungsi untuk melentikkan bulu mata dengan lembut tanpa membuatkannya tampak keras.

Selain itu, gabungan nutrien untuk penjagaan kulit seperti Pro-vitamin B5 yang terkenal dengan kuasa memegang erat setiap lentik helaian juga dimuatkan supaya sapuan dapat menguatkan, menyuburkan dan bulu mata di lindungi daripada kerosakan.

Serat berus yang lembut memberi kesan alis mata dan memanjangkan bulu mata, Bentuk lonjong berus mengoptimumkan tindakan melentikkan bulu mata dan melahirkan sinaran terhadap mata, selain memberikan kesan dramatik yang mampu mencapai sehingga ke helaian halus walaupun pada penjuru mata.

Kesannya, maskara itu juga tidak bergumpal atau melekat antara satu sama lain apabila disapukan pada bulu mata dan mampu menyebabkan solekan mata tampak tidak lengkap serta daya tarikan pada lirikan berkurangan.

Penggunaan maskara ini mampu memberikan tahap ketebalan selepas aplikasi sehingga 54.6 peratus dengan menambahkan panjang bulu mata ke 34.6 peratus. Terdapat tiga warna sapuan iaitu hitam, coklat dan biru.

Jika ingin menyerlahkan ketebalan dan melentikkan bulu mata dengan Wonder Perfect Mascara, anda hanya perlu mulakan dari pangkal bulu mata dan berus ke atas hingga ke hujung dengan sedikit tekanan dalam pergerakan berliku.

TIP: Pemakaian maskara

# Jangan pam berus keluar masuk botol untuk mencegah udara daripada masuk ke dalam botol dan mengeringkan maskara. Ini dapat memanjangkan hayat maskara.

# Untuk bulu mata kelihatan lebih lebat, gosok dengan lembut pada bahagian akar bulu mata.

# Jangan takut untuk mencuba maskara berwarna. Aturan asas pemakaian maskara mudah saja; hitam sesuai untuk semua, biru untuk berkanta cerah dan ungu untuk berkanta coklat.

Fakta:


Polimer: Bahan tiruan yang terdiri daripada molekul yang dibuat dari gabungan molekul kecil.

Pigmen: Bahan semula jadi yang terjadi pada kulit dan rambut.

Serat: Serabut (seperti benang) yang terdapat pada tumbuhan yang boleh dijadikan tali dan lain-lain.

Tissot 2009 T-Race MotoGP

Tissot 2009 T-Race MotoGP

Rasai kuasa pantas bak pelumba MotoGP dengan koleksi terbaru jam tangan Tissot. Bergaya bak juara dunia, jam tangan edisi terhad terbaru Tissot 2009 T-Race MotoGP direka untuk sang juara yang menggemari sensasi dari segi gaya, kualiti dan warna.

Rona hitam dan kuning menyatu sekali gus memberi efek sukan berprestij manakala elemen lebih garang menampakkan pengaruh kuasa si pemakai.

Rekaan yang mengagumkan itu disokong ciri-ciri mewah menampakkan elemen eksklusif termasuk takat kedalaman 100 meter; kristal sapphire; keluli tahan karat 316L dan sarung karbon untuk rekaan lebih mengagumkan.

Simbol jam tangan ini jelas tertumpu pada jarum masa yang dibias warna kuning selain paparan angka mengelilingi jam tangan. Tidak ketinggalan, simbolik bendera pelepasan pada bahagian atas jam.

Selain reka bentuk yang tiada tandingan, jam tangan edisi terhad terbaru Tissot 2009 T-Race MotoGP menampilkan kotak berbentuk topi keledar. Ini dilengkapi 18 kepingan litar terkemuka dunia menggambarkan pusingan MotoGP sepanjang tahun.

Bukan saja elemen gaya yang diterapkan, penggemar sukan bermotor juga tidak harus melepaskan peluang. Ini kerana jam tangan edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak 9,002 set di seluruh dunia.

Tunggu apa lagi? Harga jualan jam tangan istimewa ini RM3,100.

Reviu Produk: Kamkorder Panasonic HDC-TM10 / HDC-SD10

Panasonic Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan dua kamkorder berdefinisi tinggi menerusi model HDC-SD10 dan HDC-TM10 yang mampu dipegang sebelah tangan saja ketika merakam.

Kedua-dua kamkorder ini dikatakan peranti paling ringan di dunia dalam kategori berkaitan dengan berat hanya 227 gram.

Model SD10 mampu merakam menggunakan kad memori SDHC atau SD sementara TM10 membenarkan pengguna merakam menggunakan memori dalaman sebanyak lapan gigabait.

Produk dengan reka bentuk kompak itu mempunyai zum optikal sehingga 16 kali yang disokong fungsi penstabil imej bagi mengurangkan gegaran merosakkan rakaman.

Spesifikasi

PRODUK: Panasonic HDC-TM10

HARGA: RM2,499

WARNA: hitam, perak

MEMORI: 8GB (dalaman), SD Twin Memory Full HD

RESOLUSI: 1920 x 1080p

ZUM: 16x (optikal)

PAPARAN: 2.7 inci LCD

TEMPOH RAKAMAN: tiga jam (memori dalaman), 12 jam (kad SD 32GB)

CIRI: iA, Advanced OIS, AVCHD

BERAT: 227g


PRODUK: Panasonic HDC-SD10

HARGA: RM2,499

WARNA: hitam, perak, merah

MEMORI: kad memori SD

RESOLUSI: 1920 x 1080p

ZUM: 16x (optikal)

PAPARAN: 2.7 inci LCD

TEMPOH RAKAMAN: 12 jam (kad SD 32GB)

CIRI: iA, Advanced OIS, AVCHD

BERAT: 227g