Restoran Al-Jazeerah



Restoran Al-Jazeerah sedia pelbagai hidangan Asia Barat ubati rindu pelanggan yang pernah ke Tanah Suci

Dari pandangan luar, Restoran Al-Jazeerah saling tidak ubah seperti kedai makan biasa malah menurut pemiliknya, Wadhah Haitham Ali Thabet yang berasal dari Yaman, lokasi restoran yang menyajikan hidangan dari Asia Barat itu agak tersorok menyebabkan ramai tidak menyedari kewujudannya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang gemar mencuba dan pernah berkunjung ke Restoran Al-Jazeerah, cubaan kali pertama pastinya tidak akan berakhir tanpa kunjungan seterusnya.

Kata Wadhah, kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke restorannya adalah mereka yang pernah ke Tanah Suci Makkah dan merindui masakan Arab antaranya mendi, iaitu sejenis makanan tradisional Yaman berasaskan nasi dan daging ayam atau kambing yang dimasak di dalam tanah.

Tetapi, atas faktor keselamatan dan kesukaran untuk mendapatkan sebuah premis tersedia dengan dapur di dalam tanah, pemilik Al-Jazeerah menggantikan kaedah masakan tersendiri dengan jaminan, rasanya tetap kekal sama.

“Untungnya, kami mempunyai chef yang sememangnya didatangkan khas dari sana, malah kehebatan mereka mengadun masakan Arab memang diakui pengunjung setia Al-Jazeerah sehinggakan ramai yang memuji keenakan rasa air tangan chef kami,” katanya sambil diakui isteri tercinta, Farah Mohamed Noor.

Melangkah masuk ke Restoran Al-Jazeerah yang diambil daripada perkataan Jazeerah, bermaksud sebuah pulau, penataan gaya dan hiasan dalamnya yang ringkas, tetapi dilengkapi kain sulaman tradisional Arab berjaya mencetus suasana Timur Tengah.

Menurut pemilik kedai, tidak lengkap kunjungan ke Al-Jazeerah jika tidak dihidangkan dengan jus buah campuran yang berasaskan buah mangga dan pisang segar.

Benar seperti dikata, menikmati jus mangga dan pisang tanpa campuran ais begitu terasa, malah nikmatnya memang sukar dilupai kerana gandingan rasa pisang yang bersatu dengan mangga memang serasi.

Kemudian satu persatu hidangan yang menjadi kegemaran warga Asia Barat disajikan untuk dirasa antaranya mendi, matby (daging ayam atau kambing bersos barbeku), kebab bersos lada hitam, fatoush (salad dan daging), hummus (pencuci mulut daripada kacang kuda), gambri (udang goreng bersos) dan pelbagai lagi hidangan yang memenuhi meja.

Kata Farah, kebanyakan rakyat tempatan yang datang ke Al-Jazeerah lebih suka menikmati hidangan berasaskan nasi, manakala pengunjung dari Iran atau Arab pula senang memilih menu daging atau ikan yang dipanggang.

“Bagaimanapun, setiap pengunjung yang memesan menu berat seperti nasi akan diberikan sup kosong dan cili jeruk Arab yang dipanggil shahawik secara percuma.

“Kami cuba membawa budaya Arab yang gemar bersedekah di sini dan kami sendiri puas melihat pengunjung gembira menikmati makanan yang dihidang, malah tidak terlalu memikirkan soal keuntungan,” katanya.

Ia memang diakui kerana di Restoran Al-Jazeerah, semua hidangan walaupun merangkumi menu lengkap nasi, sayur, daging atau ayam hanya dijual pada harga RM10 hingga RM17 saja.

Selain menyediakan hidangan melalui menu, Wadhah turut menawarkan khidmat katering seperti kenduri atau jamuan di pejabat.

“Hidangan istimewa kami semestinya kambing panggang yang dipanggil mahshi, iaitu seekor kambing yang diisi rempah ratus di dalam perut dan dipanggang sesuai untuk majlis aqiqah atau kahwin,” katanya mengakhiri perbualan petang itu.

INFO: Restoran Al-Jazeerah
Pemilik: Wadhah Haitham Ali Thabet
Konsep: Menu Asia Barat
Lokasi: CDB Perdana, Cyberjaya
Telefon: 03-83203320
Menu:
- Matby kambing RM15
- Matby ayam RM10
- Mendy kambing RM17
- Mendy ayam RM11
- Hummus RM5
- Kebab ayam RM15
- Shish tawook RM12
- Daging panggang campur RM20
- Fatoush RM6
- Arabic salad RM5

Sensuous Gold Estee Lauder


Gabungan rona lembut yang menyerlahkan lagi cahaya kelembutan dalaman seseorang wanita menjadi inti pati koleksi Sensuous Gold.

Solekan menggunakan koleksi warna itu dikatakan mampu menghasilkan kilauan hangat rona keemasan yang sememangnya tampak cantik dan berseri, sekali gus menyerlahkan keunikan wanita.

Koleksi rona yang diketengahkan jenama Estee Lauder itu dihasilkan daripada ilham wanita moden yang bukan saja berkeyakinan tinggi, malah mempunyai kekuatan, kehangatan serta sinar kewanitaan.

Menurut Naib Presiden Pembangunan Warna, Pembangunan Produk Global Estee Lauder, Tara Cohen, koleksi warna itu direka bagi membolehkan wanita hadir dalam solekan lembut yang bukan saja kelihatan sofistikated, tetapi turut menyerlahkan imej elegan dan sinar berkilauan.

"Koleksi berkenaan mampu memenuhi cita rasa wanita hari ini kerana ia mempunyai himpunan warna sama ada untuk tampil penuh kelembutan ataupun dengan solekan yang sarat dengan impak dramatik.

"Ia membolehkan wanita menyuai padan dengan pelbagai fesyen untuk menyerlahkan lagi penampilan dan gaya hidup menarik yang dimiliki," katanya.

Koleksi rona menarik berkenaan boleh didapati dalam tempoh terhad saja di kaunter jenama berkenaan di seluruh negara bermula pertengahan Oktober lalu.

Selain itu, bagi memberi kelainan dalam solekan, Tara turut berkongsi teknik solekan menggunakan beberapa produk terbaru daripada koleksi warna berkenaan.

Antara produk yang digunakan adalah bedak shimmer lima rona berkilauan untuk mata, pipi serta muka warna pic dan merah jambu (RM140), bedak Gilded Rose Marblezed edisi terhad (RM120), maskara Sumptuous hitam (RM 85), pembayang mata edisi terhad, Quad in Rose Gold (RM125), pensil mata rona gangsa (RM68), gincu bibir istimewa edisi terhad rona kulit kayu manis dan Terracotta (RM78) setiap satu, pengilat bibir edisi terhad rona Rose Gold (RM72) dan pewarna kuku edisi terhad Rose Gold (RM55)

Tip solekan daripada Tara:

# Untuk menampilkan solekan yang tampak feminin, lembut dan bercahaya, bedak asas hanya dipakai di kawasan yang diperlukan saja pada wajah.

# Untuk menghasilkan solekan mata yang cantik, sapukan pembayang mata rona lembut pada separuh kelopak mata sebelum menggunakan rona yang lebih terang.

# Bagi menyerlahkan kecantikan mata, jangan ketinggalan untuk membentuk garisan di garisan mata bawah serta atas menggunakan pensil mata.

# Akhiri solekan mata dengan memakai maskara di bulu mata bahagian atas saja.

# Jangan ketinggalan memakai pengilat bibir selepas menggunakan gincu kerana ia boleh menghasilkan rona yang lebih cantik dan berkilau.

# Akhir sekali, untuk memberi kesan lebih berkilau, sapukan bedak Gilded Rose Marbleized Shimmer di sekitar wajah.

Belajar Gitar Cara Pantas

Bukankah ianya menarik jika anda dapat memainkan apa sahaja lagu kegemaran anda menggunakan gitar dengan mudah?

Bayangkan situasi ini...

Anda mendengar lagu terbaru band atau artis kegemaran anda di radio dan anda pun berfikir "best jugak lagu ni..." anda pun segera mencapai gitar dan terus bermain lagu tersebut!

Tidakkah anda teringin untuk memiliki kemahiran sebegitu?

Mungkin juga anda berminat untuk menubuhkan band anda sendiri ataupun anda berhasrat untuk menulis lagu (untuk ditujukan kepada yang tersayang?).

Walau apa pun keinginan anda, kemahiran bermain gitar merupakan satu bakat yang sangat menarik untuk dimiliki.

Tak lupa juga ianya sangat cool (",)

Memperkenalkan......


Sesuai dengan namanya Pakej Lengkap Belajar Gitar Cara Pantas ini kami rekakan khas supaya anda dapat mahir bermain gitar dengan lebih cepat. Ditulis dalam bahasa melayu yang mudah, kini anda dapat bermain gitar melalui panduan langkah demi langkah (step-by-step) dengan pantas tanpa perlu ke kelas muzik dengan bayaran yang mahal.

Bayangkan dengan pakej ini anda dapat;

~Bermain kord dengan mudah tanpa mengira lagu
~ Melihat sendiri bagaimana anda dapat posisikan jari melalui penerangan bergambar supaya anda dapat menghasilkan kord dengan lebih senang
~ Belajar kord-kord asas yang membolehkan anda bermain apa sahaja lagu yang anda suka
~ Belajar latihan khas yang dapat membantu anda mahir bermain gitar 2 kali lebih cepat
~ Mengetahui beberapa kesalahan utama dalam permainan gitar agar anda dapat menguasai gitar dengan lebih pantas
~ Dapat menguatkan dan meningkatkan kepantasan jari melalui latih tubi
~ Mempelajari teknik strumming dan scaling dengan betul
~ Belajar cara untuk tune gitar anda sendiri
~ Dan banyak lagi!

Kami jamin, melalui panduan yang diberikan, dalam masa yang singkat anda akan dapat rasakan keseronokkan bermain gitar yang anda idamkan selama ini!

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini