Mayangsari Resort Dungun
tak perlu mengeluarkan belanja tinggi bercuti bersama keluarga jika hanya sekadar mahu menikmati juadah makanan di atas pondok di tepi kolam sambil menghirup udara segar serta melihat pelbagai spesies ikan berenang seperti disediakan kebanyakan hotel di Bali, Indonesia.
Sebaliknya, dengan hanya mengeluarkan perbelanjaan antara RM200 dan RM400, Mayangsari Resort Dungun yang terletak berhadapan Laut Cina Selatan di kawasan pesisir Pantai Teluk Lipat, Dungun, turut menyediakan percutian ala Bali untuk pengunjung.
Belum ada hotel ataupun resort di Terengganu menyediakan sebanyak 31 kolam, termasuk kolam ikan di setiap bilik dan 15 unit pondok berhampiran kolam mandi, melainkan Mayangsari Resort Dungun.
Istimewanya, bermula daripada reka bentuk atap sehingga 28 bilik berkembar, seni binanya menyerupai beberapa hotel serta resort yang terdapat di Bali, Indonesia, selain keunikan batang nibung sebagai penghias tiang sokongan.
Tidak hairanlah, 15 unit mengandungi 28 bilik ala Bali yang dinamakan sebagai Pool Villa turut disediakan dengan kemudahan 15 kolam mandi dan kolam ikan menjadi pilihan utama pengunjung resort.
PONDOk di tepi kolam antara tarikan utama pengunjung yang bercuti di Mayangsari Resort Dungun.
Sambil menghirup udara segar dan menikmati pelbagai juadah tradisonal disediakan tukang masak tempatan di atas pondok disediakan di tepi kolam, pengunjung tidak perlu bimbang keselamatan anak-anak yang begitu riang mandi manda di kolam.
Pengurus Mayangsari Resort, Taufek Mohamad, berkata selain Pool Villa satu dan dua bilik, turut disediakan untuk kemudahan pengunjung ialah 19 bilik Garden Villa, 20 bilik Fountain Villa dan 20 bilik Water Villa serta 10 dorm yang boleh menampung 120 pengunjung.
Pengunjung yang memilih menghabiskan percutian ala Bali di Mayangsari Resort Dungun tidak perlu risau mengenai makanan, kerana Majlis Perbandaran Dungun (MPD) menyediakan lebih 50 gerai makanan sepanjang jalan menuju ke Mayangsari Resort.
Taufek berkata, jika pengunjung ingin menukar selera, mereka boleh memilih untuk makan malam dan tengah hari di beberapa gerai disediakan MPD, termasuk gerai ikan bakar segar di Kuala Dungun yang jaraknya hanya dua kilometer dari resort itu.
REKA bentuk bumbung Mayangsari Resort ala Bali menarik perhatian pengunjung.
Turut disediakan pengurusan Mayangsari untuk kemudahan pengunjung ialah pelbagai peralatan permainan sukaneka dan pakej termasuk bot untuk mereka yang gemar memancing di perairan Pulau Tenggol.
Selain itu, pengurusan Mayangsari turut menyediakan kemudahan dewan yang boleh menampung 120 orang, selain kolam renang terbuka.
Pengunjung yang memilih untuk bercuti ala Bali di Mayangsari Resort tentunya tidak akan merasa kecewa kerana ketibaan mereka disambut dengan senyuman manis lebih 40 pekerja yang 98 peratus terdiri daripada anak Dungun.
Taufek berkata, pengurusan Mayangsari akan melabur sebanyak RM1 juta untuk menyediakan lebih banyak bilik penginapan termasuk dorm dan dewan yang boleh menampung 300 peserta untuk menganjurkan pelbagai kursus tahun depan.

Penyambungan Bulu Mata Palsu Queenwawa
Penyambungan dan Melentikkan Bulu Mata
Lirikan mata mampu mengungkap pelbagai makna. Besarnya firasat yang tersirat dan tersembunyi di sebalik rahsia sepasang mata menyebabkan ramai wanita mulai sedar kepentingan merias bahagian itu.
Selain penggunaan maskara atau pelentik bulu mata yang sering digunakan kebanyakan wanita, kaedah menyambung dan melentik bulu mata masih digilai sehingga kini.
Perunding Imej Empro, Irene Lim, berkata teknik penyambungan dan melentik bulu mata sudah diperkenalkan di pasaran tempatan sejak enam tahun lalu tapi melalui teknologi terkini, kaedah itu lebih mudah serta hasilnya lebih memuaskan.
"Jika dulu ramai pelanggan beragama Islam berkunjung ke premis kami mengungkapkan rasa ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat penyambungan bulu mata palsu kerana bahan digunakan tidak diketahui sumbernya.
"Kini, bulu mata palsu yang kami gunakan diperbuat daripada sumber bukan haiwan malah hasilnya juga lebih cantik, halus serta kelihatan semula jadi seperti bulu mata asli," katanya.
Empro menawarkan teknik penyambungan bulu mata yang dinamakan Penyambungan Bulu Mata Queenwawa dibawa dari Korea yang tidak membabitkan sebarang pembedahan malah langsung tidak menyentuh kulit atau kelopak mata pengguna.
Ketika proses penyambungan dilakukan, bulu mata palsu dilekatkan satu demi satu di setiap helaian bulu mata anda menggunakan perekat khas dan ia mengambil masa antara satu hingga satu jam setengah.
"Bulu mata palsu berkenaan boleh bertahan sehingga empat minggu bergantung cara penjagaan dan kadangkala teknik pemasangan yang dilakukan individu terlatih juga menjamin bulu mata berkenaan kekal lama.
"Bagaimanapun, perlu diketahui kitaran bulu mata manusia adalah antara lima hingga enam bulan dan ketika pemasangan, jika ada bulu mata palsu yang dilekatkan pada bulu mata berusia lebih dua atau empat bulan, selepas dua hingga empat minggu ia pasti gugur," katanya.
Irene berkata, tidak semua pelanggan yang datang untuk mendapatkan khidmat penyambungan bulu mata palsu boleh melakukan teknik ini kerana jika bulu mata asli terlalu tipis, impian mereka tidak dapat disempurnakan.
"Bulu mata yang tipis menyukarkan teknik penyambungan malah hasilnya juga tidak cantik. Begitu juga dengan pemilik bulu mata yang tebal dan panjang, kebiasaannya kami akan mencadangkan mereka melakukan kaedah melentik bulu mata saja.
"Hasilnya tetap sama. Mata kelihatan menawan, lebih besar dan tampak galak tanpa perlu sapuan maskara yang bukan saja leceh malah sukar dilakukan jika anda kurang mahir bersolek," katanya.
Dalam tempoh sebulan, bulu mata palsu mulai gugur dan jika ia jatuh tidak sekata, pelanggan boleh membersihkan bulu mata berkenaan dengan dikenakan bayaran sebanyak RM30.
Kesan dramatik selepas sambungan helaian bulu mata palsu dibuat sememangnya disukai wanita muda tapi teknik itu juga boleh dibuat wanita pertengahan usia yang mengalami masalah keguguran bulu mata ketara.
Bagaimanapun, jika anda berhasrat melakukan kedua-dua teknik ini, pastikan proses dimulai dengan kaedah melentik.
"Teknik melentik bulu mata memang tidak asing kepada kebanyakan wanita. Malah ia juga turut digilai remaja kerana hasilnya yang begitu memuaskan.
"Ketika proses melentik mengambil masa sekitar 40 minit, gel khas akan disapu pada alis mata yang dilentikkan menggunakan acuan khas berbeza saiz mengikut ukuran bulu mata pelanggan.
"Pelanggan kebiasaannya akan berasa tidak selesa atau pedih mata ketika proses dijalankan dan ia tidak memudaratkan tapi jika rasa itu sukar dibendung, pelanggan dinasihatkan memberitahu kami," katanya.
Irene berkata, teknik melentik bulu mata disarankan kepada mereka yang gemar keluar dari rumah tanpa solekan mata kerana ia mampu menyerlahkan bahagian mata secara semula jadi.
Panduan penjagaan bulu mata palsu
* Jangan basuh atau gosok wajah sekurang-kurangnya selepas tiga jam proses penyambungan dilakukan.
* Cuci muka dengan cermat terutama di sekitar kawasan mata.
* Elakkan menggunakan produk wajah berasaskan minyak kerana ia boleh memberi kesan kepada pelekat bulu mata palsu.
* Elakkan menggunakan maskara atau penggaris mata kerana kandungan di dalam alat kecantikan itu boleh menyebabkan bulu mata palsu mudah gugur.
INFO:
* Teknik Penyambungan Bulu Mata Queenwawa = RM199 hingga RM299 setiap sesi.
* Teknik melentik = RM80
* Kunjungi premis kecantikan Empro di Desa Sri Hartamas, Bukit Bintang, Mid Valley dan di Ipoh atau hubungi 1300-80-1300 untuk sebarang pertanyaan.