Peraduan Bonanza Orang Kampung (OK) tawar Perodua Alza

Sebuah kenderaan MPV jenis Perodua Alza 1.5 yang berharga kira-kira RM60,000 bakal menanti pemenang utama Peraduan Bonanza OK anjuran syarikat pengeluar produk kesihatan berasaskan herba, Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd.

Selain itu, sebuah motosikal Naza Blade 250cc turut disediakan kepada pemenang tempat kedua peraduan berkenaan yang kini sudah memasuki musim keempat.

Turut disediakan adalah hadiah bulanan pakej percutian empat hari tiga malam ke Jakarta/Bandung untuk 15 pemenang bertuah selain enam televisyen LCD 32 inci, enam komputer riba, enam set alat senaman (Gym Samson Exer), enam kamera digital Canon, enam telefon PDA HTC dan enam utas rantai serta loket emas.

Pengarah Eksekutif Orang Kampung Group, Habibul 'Ajmi Manggar, berkata tujuan peraduan itu diadakan adalah sebagai kempen dan promosi tahunan terhadap semua produk syarikat milik penuh Bumiputera itu selain menghargai kesetiaan pengguna yang sentiasa menyokong setiap keluaran Orang Kampung sejak ia ditubuhkan pada 1975.

Katanya, bagi peraduan kali ini, pihaknya menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM170,000 iaitu pertambahan nilai hadiah berbanding sebelum ini.

"Senarai pemenang bulanan akan dimaklumkan melalui akhbar tempatan dan laman web kami, manakala tarikh serta tempat majlis penyampaian hadiah akan diumumkan pada penghujung Julai depan,'' katanya pada sidang media pelancaran peraduan itu di kilang syarikat terbabit di Kawasan Perindustrian Merlimau, dekat sini, semalam.
Habibul 'Ajmi berkata, sejak peraduan itu dianjurkan, sambutan orang ramai terhadap produk syarikat ini amat menggalakkan sekali gus pihak syarikat meneruskannya lagi tahun ini dengan penyediaan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.2 juta membabitkan penambahan kos hadiah, aktiviti pemasaran dan promosi.

Beliau berkata, pengguna produk atau orang ramai yang berminat untuk menyertai peraduan itu boleh mendapatkan borang penyertaan di beberapa pasar raya iaitu Mydin, Tesco, Giant dan Carrefour selain rangkaian 7-Eleven, Watson, Guardian, kedai runcit, kedai ubat, farmasi, pasar mini dan stesen minyak.

Katanya, mereka juga boleh melayari laman web syarikat iaitu www.orangkampung.com atau www.orangkampung.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan terbabit.

Clarins Gentle Beauty Soap

Menyedari keharuman dan manfaat kecantikan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan minyak pati, Clarins telah menggunakannya dalam produk wangian dan rawatan penjagaan kecantikan selama lebih 50 tahun.


Ini membolehkan wanita di seluruh dunia memanjakan diri dengan minyak rawatan istimewa daripada Clarins yang 100 peratus dihasilkan daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan.

Kini, Clarins menghidupkan kembali warisannya dengan menghasilkan sabun muka Clarins iaitu Gentle Beauty Soap yang mengandungi 99.9 peratus ramuan semula jadi yang sesuai untuk membersih muka dan badan sambil mengekalkan keseimbangan kulit.

Sabun organik ini diperkaya dengan khasiat kesuburan mentega shea organik dan khasiat kebaikan anti penyahhidratan minyak hazel organik sesuai untuk semua jenis kulit dan mampu mengembalikan seri muka seseorang.

Hanya letakkan sedikit di tapak tangan, gosok hingga berbuih dan urut di seluruh muka dengan gerakan pusar sambil mengelak kontur mata. Bilas bersih. Gunakan air sejuk pada waktu pagi dan air hangat pada malam hari.

Malah formula istimewa dari Clarins itu juga memastikan lapisan hidrolipik kulit dilindungi dengan sempurna. Ia menjadikan kulit terasa selesa, tidak tegang dan mengekalkan kelembapan semulajadinya

Clarins Gentle Beauty Soap boleh didapati di semua kaunter Clarins seluruh negara pada harga RM60.

Oleh Zuhayati Yazid

Sandal pantai Ipanema

Selalunya, bila bercerita tentang beg tangan dan kasut pasti dikaitkan dengan wanita kerana kedua-dua aksesori ini bagaikan 'irama dan lagu' yang tidak boleh dipisahkan. Ia menguatkan lagi tanggapan tersebut apabila wanita yang berkerjaya, pastinya mempunyai pelbagai koleksi untuk digayakan setiap hari.

Terbaru, Ipanema menampilkan koleksi sandal bagi memperlengkapkan koleksi kasut bagi wanita yang mementingkan gaya.

Ia adalah pilihan sesuai untuk perjalanan kasual yang pastinya mampu memuaskan si pemakainya.

Bersesuaian dengan konsep, Ipanema, jenama sandal dari Brazil ini menampilkan koleksi bertemakan pantai yang pastinya memberikan gaya penuh bebas.

Menampilkan empat himpunan terbaru dengan corak dan gaya yang tersendiri pastinya tertarik untuk memilikinya dengan tawaran harga di antara RM69 hingga RM79.

Berwarna warni, rekaan yang terang refleksi feminin si pemakai selain menonjolkan imej bunga-bunga tropika yang dicetak di atas tapak.

Malah ia juga sesuai untuk majlis taman dan menepati kehendak gaya serta rekaan semasa yang penuh dengan warna-warna kehidupan.

Mengggunakan teknologi solar Anatomica Fem Ad, sandal Ipanema ini ringan dan mudah dipakai dengan ciri-ciri tanpa licin dan stabil agar si pemakai tidak perlu bimbang tentang lantai yang basah.

Menurut Penolong Pengurus Besar RSH (M) Sdn. Bhd., Manish Sapra, yang memasar dan mengedar kasut jenama Ipanema di negara ini, model sandal Ipanema Gisele Bundchen diwujudkan sebagai satu penyataan fesyen yang mempunyai mesej tersendiri.

''Gisele Bundchen merupakan salah satu wajah yang paling dikenali pada hari ini. Beliau merupakan salah seorang peragawati yang menerima bayaran paling mahal di dunia dan sering menghiasi pentas-pentas peragaan, iklan dan majalah serta kini menceburi dunia perfileman.