Gefitinib alternatif kemoterapi

Kanser paru-paru merupakan pembunuh utama di dunia yang menyebabkan lebih banyak kematian jika dibandingkan dengan gabungan jumlah kematian disebabkan kanser payu dara dan kanser prostat.

Menurut Laporan Pendaftar Kanser Negara 2006, kanser paru-paru adalah kanser kedua paling kerap berlaku di kalangan lelaki di Malaysia.

Sungguhpun merokok adalah faktor risiko utama bagi kanser paru-paru, namun ia bukanlah satu-satunya punca penyakit tersebut.

Penyedutan asap rokok secara pasif kini diakui sebagai penyebab utama kanser paru-paru. Perangkaan global menunjukkan bahawa antara 10 peratus hingga 15 peratus pesakit kanser paru-paru tidak pernah merokok.

Peratusan orang yang tidak pernah merokok adalah lebih tinggi di kalangan pesakit kanser paru-paru di Asia, lebih-lebih lagi di kalangan wanita Asia. Di Malaysia, kira-kita 60 peratus wanita yang menghidap kanser paru-paru tidak pernah merokok.

Menurut pakar onkologi, Dr. Albert Lim, kanser paru-paru sukar didiagnosis kerana sesetengah daripada gejalanya adalah sama dengan penyakit lain seperti kelesuan, kehilangan berat badan, kehilangan selera makan atau sesak nafas.

"Pesakit yang mengalami gejala atau simptom seperti berikut hendaklah mendapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor.

"Diagnosis dan rawatan awal boleh membawa perbezaan besar dalam cara pesakit kanser dan keluarga mereka mengurus dalam mengubah gaya hidup untuk disesuaikan dengan kaedah rawatan yang baru," katanya.

Tambahnya, seramai 1.2 juta pesakit baru kanser paru-paru setiap tahun dan 4,000 daripadanya adalah dari Malaysia. Kebanyakannya hanya dapat dikesan apabila berada di peringkat akhir dan sukar untuk diselamatkan.

"Kaedah rawatan yang ada untuk pesakit kanser paru-paru ialah pembedahan, kemoterapi dan terapi sasaran, namun kaedah ini digunakan bergantung kepada keadaan atau tahap keseriusan seseorang pesakit dan jenis kanser paru-paru yang dihidapi," ujarnya.

Kini, pesakit kanser paru-paru dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dengan ubat kanser paru-paru keluaran AstraZeneca, IRESSA (gefitinib) yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan Malaysia sebagai rawatan baris pertama bagi pesakit dewasa yang disahkan menghidap kanser paru-paru peringkat lanjutan atau kanser paru-paru bukan sel kecil metastasis (NSCLC) yang mengalami mutasi aktif (EGFR TK)

Gefitinib bertindak dengan menyekat satu daripada laluan isyarat yang dipercayai penting untuk sel kanser membesar dan menjadi (mutasi) tumor. Laluan isyarat tersebut membabitkan bahan kimia yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan epidermis (EGF) yang melekat pada penerima di permukaan banyak sel dalam badan manusia.

"Kanser paru-paru menjejaskan kualiti hidup seseorang tetapi dengan gefitinib, ia mampu mengesan sel kanser secara khusus tanpa menjejaskan sel normal jika dibandingkan dengan kemoterapi yang menjejaskan fungsi organ lain.

"Kesan sampingannya jauh berkurangan berbanding rawatan kimoterapi biasa yang tidak mampu membezakan antara sel kanser dan sel normal," jelasnya.

Dengan gefitinib, pesakit kanser paru-paru boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan bebas melakukan aktiviti tertentu yang tidak dapat dilakukan apabila mereka menjalani rawatan kemoterapi.

Dalam kes tumor biasa, enzim tirosina kinase (TK) diaktifkan secara berlebihan oleh EGFR. Gefitinib dicipta untuk menyasarkan sel kanser dan menyekat pengaktifan TK, 'mematikan' isyarat pertumbuhan dalam sel secara berkesan. Dengan itu sel normal tidak terjejas.

"Ujian klinikal menunjukkan gefitinib jauh lebih berkesan berbanding kemoterapi berganda kerana ia mampu menstabilkan kanser. Ini bermakna tiada pertambahan sel kanser, tumor mengecut dan rawatan diterima dengan lebih baik.

"Kelangsungan hidup tanpa penularan kanser adalah lebih lama bagi pesakit yang dirawat dengan gefitinib berbanding pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi berganda," jelasnya.

Kini, pesakit kanser paru-paru mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan pertama yang boleh memberikan kelegaan bukan sahaja daripada kesan penularan kanser dan toksik kemoterapi, tetapi berupaya menikmati kualiti hidup yang lebih baik dengan hanya mengambil 250 miligram sekali sehari tanpa rawatan menyakitkan.

Oleh NURUL IZZA ROSLY

Peraduan Muslimah Bergaya Bersama Ibu Tersayang

Bergaya sambil menang hadiah lumayan bukan saja untuk diri sendiri bahkan untuk ibu tercinta sekali.

Tuah tersebut mampu direbut oleh semua dengan menyertai Peraduan Muslimah Bergaya Bersama Ibu Tersayang anjuran bersama MEGA-Utusan Malaysia dan Butik MaMa.


Pemenang pertama bukan saja berpeluang menghadiahkan ibu dengan wang tunai RM3,000 dan produk Butik MaMa bernilai RM500, tetapi lebih menarik menjadi model tudung dan pakaian untuk butik tersebut bersama duta produk iaitu Penyampai Berita Nasional TV1, Siti Murni Abdul Aziz.

Tidak ketinggalan hadiah tempat kedua yang juga berupa wang tunai RM2,000 dan produk Butik MaMa bernilai RM300, manakala hadiah tempat ketiga berupa wang tunai bernilai RM1,000 dan produk Butik MaMa bernilai RM200 serta 20 hadiah saguhati berupa produk Butik MaMa.

Peraduan yang terbuka kepada wanita muslim berumur dari 18 hingga 40 tahun telah bermula awal Mei lalu dan akan berakhir pada 30 Jun ini.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menghantar dua keping gambar berukuran 3R yang mengandungi sekeping gambar sendiri dengan pose menarik dan sekeping lagi gambar bersama ibu tersayang.

Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang asal (tertera di bawah yang lengkap diisi dengan jelas dan kemas serta resit pembelian dari Butik MaMa, pengedar atau stokis.

Butik MaMa merupakan pengeluar jenama tudung Ainna's Scarves dan juga himpunan koleksi Muslimah seperti jubah, maxi labuh dan blaus di bawah jenama Bussaina Apparels.

Diasaskan oleh Nor Ainna Ibrahim, 29, bersama suami Azman Mohd. Salleh sejak 2007 di mana ia bermula secara online.

Kini, Butik MaMa bukan sahaja mempunyai stokis dan pengedar di seluruh negara malah di Brunei, Singapura, Australia, Dubai dan United Kingdom.

Tudung Ainna's Scarves menggunakan nama istimewa seperti Maisarah, Farihah dan terbaru Murni (sempena nama Duta Butik MaMa iaitu Siti Murni Abdul Aziz).

Harga tudung Ainna's Scarves bermula daripada RM59 sehingga RM99 sahaja.

Selain itu, Butik MaMa juga membuka peluang perniagaan kepada yang berminat untuk menjadi stokis dan pengedar tudung Ainna's Scarves di mana setiap pembelian minimum 20 helai turut diberikan laman web dan sub-domain secara percuma untuk membolehkan mereka terus memulakan perniagaan secara online.

Bagi mereka yang berminat, anda bolehlah mengunjungi Butik MaMa di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi atau untuk keterangan lanjut boleh hubungi 012-305 6727, email mama@butikmama2u.com atau layari www.butikmama2u.com.

Anmum Materna™ / Lacta™ Gift Redemption

Anmum Materna™ / Lacta™ Gift Redemption