www.nanoxan.com.my Nanoxan Gold bantu tubuh sihat

Sayuran dan buah-buahan sentiasa berada dalam senarai utama kala merancang diet pemakanan seimbang. Ditambah dengan aktiviti senaman secara konsisten, tubuh yang lesu pasti lebih bertenaga dan kulit tidak ketinggalan menerima manfaatnya.

Namun, tidak ramai pula yang gemar mengambil sayur atau buah dalam hidangan mereka. Ramai juga yang hanya mengambilnya pada jumlah paling sedikit dalam seminggu.

Jika tidak suka memakannya secara mentah, mempelbagaikan cara masakan sayur-sayuran pasti dapat membantu, begitu juga dengan menikmati jus daripada buah-buahan.

Selain jus epal, oren, tembikai, belimbing dan sebagainya, manggis kini menjadi salah satu pilihan terbaik untuk tubuh kerana mengandungi pelbagai vitamin serta mineral penting yang dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan secara dalaman.

Jika dulu rasanya yang manis dan sedikit masam menjadikan buah eksotik itu sekadar popular di Malaysia dan negara Asia Tenggara, manggis mula diberi perhatian masyarakat Eropah serta Amerika Syarikat.

Faktor populariti pada buah itu turut membuatkan saintis Barat mengkaji lebih lanjut mengenai khasiatnya yang disifatkan antara bahan antioksidan terbaik bagi menentang jangkitan kuman, kulat, bakteria, histamina dan barah pada peringkat awal.

Sejak 400 tahun lalu, masyarakat Asia Tenggara menggunakan manggis untuk mengubati kesan luka, radang, cirit-birit dan masalah kulit dengan merebus kulitnya yang dipanggil perikarp lalu diminum seperti air teh (perlu ditapis dulu).

Menurut pengasas Nanoxan Gold yang dihasilkan 100 peratus daripada manggis, Don Lyon, wujud lebih daripada 40 jenis antioksidan berkuasa tinggi dalam buah ajaib itu yang memberi manfaat kepada badan manusia serta berupaya menentang radikal bebas.

"Terdapat kira-kira 200 xanthone yang diketahui dalam dunia perubatan dan lebih 40 daripada xanthone itu ada dalam kulit buah manggis. Xanthone adalah sebatian polifenolik (antioksidan) yang terhasil secara semula jadi, sekali gus menjadikan buah manggis sangat unik berbanding mana-mana jenis buah lain.

"Atas faktor itu, Nanoxan Gold dihasilkan dan ia mengandungi jumlah sukrosa dan fruktosa secukupnya untuk memberi manfaat kepada kesihatan manusia, malah kaya dengan sebatian semula jadi lain seperti sebatian fenolik yang membantu sistem fisiologi," katanya ketika berkunjung ke ibu negara, baru-baru ini.

Tambah Lyon, produk dari Australia itu disifatkan bertindak sebagai makanan tambahan dalam diet seharian berikutan jus manggis Nanoxan (garcinia mangostana) diperbuat daripada manggis yang dibekalkan ladang yang tidak menggunakan bahan kimia dan racun serangga.

"Pakar sains di seluruh dunia telah menemui banyak ciri perubatan penting daripada xanthone termasuk ciri-ciri antipenuaan, antiradang (menyokong rawan dan fungsi sendi), antibakteria, keupayaan menurunkan kolesterol, mengurangkan masalah kulit termasuk akne, menjaga kesihatan mata, antikanser termasuk kanser payudara dan prostat, mengurangkan kemungkinan tumor, menjaga kesihatan sistem kardiovaskular, hipertensi, gastrousus, kencing manis, migrain dan sebagainya.

"Dengan pengambilan sekurang-kurangnya 30ml sehari, jus manggis terbukti dapat membantu mengawal hipertensi, penyakit gastrousus, kencing manis, migrain, masalah buah pinggang dan jangkitan pundi kencing, tekanan atau kebimbangan, membantu menjaga kesihatan gigi, kesihatan wanita dan banyak lagi masalah kesihatan.

"Nanoxan Gold adalah satu-satunya jus manggis tulen 100 peratus yang diluluskan Kementerian Kesihatan tanpa ditambah pewarna, gula atau pengawet. Bahan kimia dan racun serangga juga tidak digunakan dalam penanaman pokok manggis. Ia dihasilkan menggunakan 'teknologi teknik keseluruhan buah' yang dipatenkan untuk mengeluarkan jus dengan tahap xanthone lebih tinggi," katanya.

Nanoxan Gold boleh didapati menerusi stokis dan semua MBG Fruitshop di kompleks beli-belah utama mulai bulan ini.

Sempena meraikan sambutan Tahun Baru Cina, bulan depan, potongan harga 20 peratus bagi setiap pembelian sebotol Nanoxan Gold daripada harga asal RM150. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.nanoxan.com.my

IZ 24K Gold Kolagen Series berharga RM138.80 sekotak

Rangkaian produk yang mengandungi 24K Pure Gold Colagen bertindak sebagai produk asas untuk kecantikan dan penjagaan kulit wajah. Produk tanpa pengelupasan dan kesan sampingan memudaratkan mengandungi 3 kali ganda kandungan 99.9% hablur emas yang bertindak sebagai anti penuaan.

Biasanya emas hanya dikenali sebagai perhiasan wanita yang mempunyai nilai tinggi di mata masyarakat. Lagenda kecantikan zaman dulu membuktikan ia bukan hanya untuk tujuan itu apabila penggunaan emas turut dimanfaatkan ketika rawatan kecantikan wanita.

Kajian saintifik membuktikan emas mampu menggalak penyerapan molekul oksigen ke dalam kulit serta membolehkan fungsi selular atau sel berada pada tahap paling tinggi yang menghasilkan kulit sihat berseri.

Kajian juga mendapati ramai wanita kelihatan tua sebelum usia yang mana wanita baru berumur 25 tahun tetapi kelihatan seperti 40 tahun akibat masalah kulit disebabkan tiada penjagaan yang betul. Faktor semula jadi yang menyebabkan pembentukan kedutan adalah akibat sinaran matahari secara terus kepada kulit dan penggunaan kosmetik mengandungi bahan kimia yang mempercepatkan lagi kewujudan kedutan di wajah.

Penggunaan kolagen boleh membantu mengatasi masalah kulit kerana bertindak menggantikan kolagen lama kepada yang baru selain membantu memulihkan tisu kulit yang rosak. Punca penuaan kulit disebabkan pengurangan kolagen dan ditambah kehadiran pigmentasi yang menyebabkan wajah hilang seri, manakala faktor penyebab pigmentasi ialah pengeluaran berlebihan melanin dalam kulit.



IZ 24K Gold Kolagen Series yang berharga RM138.80 sekotak mengandungi 4 produk :

IZ 24K GOLD REJUVENATION COLAGEN SCRUB

Digunakan sebagai produk asas untuk menanggalkan sel mati dan membersih dengan lebih efektif. Kandungan ramuan aktif utama adalah kolagen yang berfungsi membantu memperkuatkan dan mengaktifkan penghasilan serat-serat kolagen dan elastin di dalam lapisan dermis serta mengurangkan kedutan, garisgaris halus, mengembalikan keanjalan kulit serta membekalkan kandungan kelembapan semula jadi.

24K GOLD CLEANSER

Mengamalkan penggunaan produk ini dua kali sehari akan membersih dan menanggalkan kotoran secara mendalam agar muka lebih bersih dan cerah, kandungan mint di dalamnya menyegarkan kulit wajah.

24K GOLD TONER

Bahan berbentuk gel yang mengandungi 99.9% hablur emas akan bertindak sebagai anti penuaan dan sebagai penyegar, mengecilkan pori-pori dan melembutkan kulit wajah. Penggunaan kolagen krim pada setiap malam bertindak untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti kulit kusam, jerawat ruam dan memudarkan jeragat serta mencerahkan kulit muka.

Berikan minggu pertama atau kedua sebagai proses merawat kulit wajah manakala minggu ketiga atau keempat memperlihatkan hasil mencerah, melembap, menegang, menyinar dan menghaluskan kulit.

IZ PURE COLAGEN

Selain produk kecantikan wajah yang mengandungi kolagen, anda juga disyorkan pengambilan minuman kolagen. Melalui minuman IZ PURE COLAGEN yang berharga RM88 sekotak kulit akan bertambah cantik daripada luar dan dalam.

Produk ini mendapat kelulusan halal dan kelulusan kementerian (Ruj;(46)dlm. KKM-163/s/25jld.103.)

Masalah kurang kolagen di kalangan wanita akan bermula menjelang umur 20 tahun, semakin meningkat usia, proses pembentukan kolagen menurun. Pengambilan minuman PURE COLAGEN juga adalah unsur penting dalam pembentukan tisu kulit dan mampu memberikan kesan yang lebih optimum berbanding kaedah lain selain berkesan dalam masa dua minggu penggunaan manakala pengambilan sehari satu sudu dibancuh dengan segelas air dan di minum sebelum tidur membuktikan bahawa pengambilan 10 g kolagen tulen sehari boleh mencapai kesihatan dari kulit, joint dari tulang.

Sesudu kolagen tulen bersamaan 10 g kolagen (10,000 gm).

Kolagen Tulen adalah kolagen jenis 1 dan paling banyak dalam badan (marine fish skin) terdapat di dalam tendons, tulang, kulit dan tisu manakala jenis 111 (marine fish skin) biasanya dalam tisu bertumbuh, terutama semasa keadaan awal parut diperbaiki.

Kolagen jenis 1 dan 111 juga mengurangkan masalah pada sendi dan kebaikan minuman IZ PURE COLAGEN membantu menjadikan kulit lebih anjal dan tegang, mengurangkan garis halus dan kedutan, warna kulit menjadi lebih bersinar dan cerah, mengurangkan pigmentasi, kulit lebih lembap, halus dan licin serta mengurangkan masalah sendi seperti inflamasi manakala tulang, gigi, kuku dan rambut aktif dan sihat.

Pengambilan produk luar dan dalam menyerlahkan lagi penampilan. Kulit yang sihat bermula daripada dalaman dan jadikan ia pilihan anda hari ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan stokis/pengedar diperlukan untuk memperluaskan pasaran di seluruh Malaysia. Hubungi HOTLINE : 012-2215942 / 016-2125942 / 016-3115942 / 03-40225942 atau layari web:www.zzbeauty.com.my. Bagi mereka di kawasan Pantai Timur, khususnya Terengganu yang berminat boleh menghubungi Mazihani di talian 019-9816215.

Koleksi tudung Aida Khalida di Butik Galeri Muslimah , Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya

Pelakon Aida Khalida (Aida Rahim) melancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu Aida Khalida. Terdapat sebanyak 15 rekaan yang menarik dan segar.

Tudung berharga antara RM50-RM190 di bawah jenama tersebut termasuklah Adiva, Lu'lu, Badi'a, Numa, Dora, Moon, Naira, Urika dan Chamelia.


Kesemua koleksi tudung Aida Khalida kini dijual di Butik Galeri Muslimah yang terletak di Neo Damansara PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Perniagaan yang diusahakan dengan kerjasama Galeri Muslimah Sdn. Bhd. (Galeri Muslimah) itu sejak empat bulan lalu memberi cabang baru buatnya sebagai selebriti.

Melangkah ke bidang perniagaan bukan tanda awal buatnya untuk berundur daripada bidang lakonan.

"Alhamdulillah, bermula dengan impian siapa sangka rupa-rupanya menjadi kenyataan. Syukur kolaborasi perniagaan dengan pemilik Galeri Muslimah iaitu Johari Mohd. Ghazali dan isterinya, Norashiekin Zakaria akhirnya membuka jalan buat saya memasarkan produk tudung jenama sendiri.