Bisnes melalui blog: Pengalaman Zuriana berniaga beg

Berbekalkan sebuah komputer dan melayari laman blog wwwbegalicious.blogspot.com, kini anda boleh membuat pelbagai pilihan mengikut cita rasa dengan hanya di hujung jari.

Jenama Coach, Kate Spade, Aiteen Aigner, Marc Jacobs, Gucci dan jenama-jenama lain yang menjadi trend masa kini ditawarkan kepada pelanggan di seluruh negara secara talian, lengkap dengan harga serta cara untuk membuat pesanan.


Selain beg tangan wanita, barangan berjenama lain seperti dompet, cermin mata dan jam tangan turut dijual menerusi laman web berkenaan.

Segala kemudahan itu adalah inisiatif seorang suri rumah yang menetap di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam, yang mewujudkan perniagaan beli-belah di alam siber ini sejak setahun lalu.

Sebelum itu, dalam tempoh selama dua tahun, Zuriana Abu Kassim, 38, hanya menjadi pengikut setia blog-blog sedia ada. Namun dia mula menceburi bidang perniagaan ini setelah mendapati permintaan membeli-belah secara talian terutama dalam kalangan wanita semakin tinggi.

“Saya mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dalam perniagaan ini walaupun pada asalnya hanya untuk mengisi masa yang banyak terluang,” kata Zuriana yang ditemui baru-baru ini.

Dengan jumlah kenalan dalam kalangan bloggers dan rakan pelanggan untuk blog sedia ada yang semakin meningkat, ibu kepada empat orang cahaya mata itu mula cekalkan hati untuk membina blog sendiri.

Tanpa sebarang ilmu khusus terhadap pembinaan blog dan perkara-perkara teknikal, Zuriana terus mengutip pengalaman dari hari ke hari sehinggalah lahirnya laman blog wwwbegalicious.blogspot.com.

“Berdasarkan kepada jumlah pengikut yang mencecah 50 orang dan hits (pengunjung) yang mencapai 30,000 orang, saya bersyukur dengan pencapaian setakat ini.

“Selain itu, jaringan laman sosial, Facebook juga dijadikan platform untuk tujuan promosi di samping mengeratkan silaturahim, urusan permintaan dan penawaran harga,” jelasnya.

Dari segi harga, Zuriana mengatakan ia sangat berpatutan dan jauh lebih murah berbanding harga barang yang sama yang dijual di butik-butik terkemuka di negara ini.

Persaingan kompetitif

Perbezaan harga yang ketara jelasnya disebabkan perniagaan seumpama ini hanya melibatkan kos yang minimum tetapi kualitinya terjamin.

“Kebanyakan barang diimport dari Amerika Syarikat dan Eropah.

“Rakan-rakan dan ahli keluarga yang menetap di Los Angeles, Texas, Chicago, London dan Belanda banyak membantu saya mendapatkan barangan yang dipesan oleh pelanggan,” ujarnya yang berjaya menjual lebih lebih 80 beg tangan wanita setakat ini.

Menyedari persaingan yang sangat kompetitif, Zuriana bagaimanapun yakin bahawa masih ramai wanita yang celik teknologi tergolong dalam kategori mereka yang berkemampuan.

“Begalicious Frenzy akan terus berusaha memberi yang terbaik untuk setiap pelanggan, baik dari segi kualiti barangan sehingga ke pembungkusan dan penghantaran. Keuntungan tidak semestinya banyak, namun yang ditagih ialah keberkatan,” katanya.

Zuriana memberitahu, insan yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantunya selama ini ialah suaminya, Dr. Abd. Rasid Abd. Rahman.

Abd. Rasid merupakan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Kualiti) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam. Suaminya banyak memberi tunjuk ajar tentang kepentingan komunikasi berkesan, bahasa yang digunakan untuk pertuturan dan penulisan selain menjaga hati serta kepuasan pelanggan.

Kepada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.begalicious.blogspot.com bagi mengetahui produk-produk terkini.

Proton Saga FL 1.6 Eksekutif,harga pasaran RM46,549


Harga Proton Saga FL 1.6 Executive 2011 ini cuma RM46,549. Perbezaan harga semasa Saga FL 1.6L Executive dengan Saga FL 1.3L Executive cuma sekitar RM3,250.00

Model Proton Saga 1.6 Executive ini didatangkan dalam warna putih 'solid' dan hanya dikeluarkan bagi pasaran B-Line dengan transmission automatik 4 kelajuan dan meter kelajuan boleh mencecah 240km/j.

Perkara baru lain yang boleh dilihat pada model ini adalah rim aloi yang baru dan pelekat baru yang terdapat pada bahagian bahu kereta tersebut. Selain itu,Proton telah menambah kemasan krom pada tempat penghawa dingin, penel tengah, panel pintu dari dalam dan bahagian stereng.

Dari segi keselamatan pula, Saga FL 1.6 Eksekutif dilengkapkan dengan dua beg-udara bagi pemandu dan tempat duduk hadapan.

Bedak asas cecair Maqui Miracle Lancome

Bedak asas cecair Maqui Miracle Lancome

Bedak asas cecair Maqui Miracle memberi pilihan kepada wanita dalam memilih bedak bersesuaian kulit mereka.

Ini kerana bedak ini bukan saja berfungsi mencerahkan kulit dan memberi kesan sekata, malah tahan lebih lama.

Wanita yang gemar bersolek inginkan solekan yang bukan saja memberi liputan sempurna, tetapi menjadikan solekan lebih cantik dan cerah.

Maqui Miracle bertindak dengan tiga cara iaitu menerusi teknologi Aura Bright yang meningkatkan ton merah jambu dan kebiru-biruan menerusi cahaya dalaman wajah sekali gus memberikan paras berseri dan semula jadi.

Ramuan kompleks yang terdapat di dalam bedak ini menjadikannya lebih ringan, bebas minyak dan kaya mineral.


Selain itu kandungan Neurowhite kompleks dan UV SPF 26 PA++ membantu menghalang bintik perang dan melindungi kulit daripada kesan pendedahan sinaran ultraungu (UV) harian yang boleh memudaratkan.

Daripada kajian yang dijalankan ke atas 76 wanita, mereka menjelaskan selepas pemakaian selama empat jam wajah kekal bersih, segar berseri dan kelihatan semula jadi. Malah, selepas 12 jam bedak asas masih kekal tanpa kesan minyak, penampilan masih hebat dan liputan masih ada tanpa kelihatan bertompok.

Maqui Miracle kini boleh didapati di pasaran bermula Mei pada harga RM130 sebotol. Ia hadir dalam enam warna yang dikembangkan dan sesuai untuk semua jenis kulit.