Tampil menawan di Aidilfitri dengan produk paling berkesan

Memiliki kulit yang gebu, tubuh langsing serta bentuk badan persis anak dara adalah impian setiap gadis dan wanita. Sebagai keprihatinan V'Asia, pihak syarikat telah mengeluarkan rangkaian produk yang pastinya dapat memenuhi impian anda dan dijadikan sebagai amalan pemakanan seimbang di bulan Ramadhan ini.

SOY COLLAGEN PREMIX (RM30) adalah satu-satunya supplemen pracampuran berkhasiat yang diperkaya dengan 20 mineral dan vitamin sesuai diamalkan sepanjang bulan Ramadhan untuk wanita mahupun lelaki bagi membekal tenaga dan nutrisi kepada tubuh selain kecantikan. Menariknya, pelbagai khasiat yang akan diperoleh melalui pengambilan satu sachet produk ini iaitu ekstrak Soy Protein, Kolagen, Manggis, Kolostrum, Kalsium dan Vitamin C. Kesemua ramuan tersebut adalah makanan terbaik yang tinggi antioksidan, membantu meningkatkan imunisasi dan daya tahan badan, menguatkan tulang, seterusnya membantu melembap dan menganjalkan kulit, mengurangkan garis halus, kedutan, jeragat dan tanda penuaan, menghaluskan kulit, meningkatkan kegebuan kulit, mencerah, dan menyerikan kulit yang kusam, mengurangkan parut dan pigmentasi, meningkatkan kesihatan mata, menguatkan gigi, kuku dan rambut yang mudah gugur, membantu melegakan sakit sendi, lutut, kebas kaki, tangan dan meningkatkan imunisasi badan.

Selain untuk kecantikan dan kesihatan, pengambilan minuman ini sesuai diamalkan semasa sahur sebagai alternatif kepada sarapan yang mengenyangkan dan diet yang seimbang.

Paling membanggakan, ada diantara testimoni produk ini yang mengakui kadar darah tinggi dan rendah kembali kepada paras normal, sakit pinggang, dada, asma, gastrik serta migrain berkurangan.

FAIR N WHITE (RM35) adalah satu-satunya supplemen khususnya untuk mereka yang prihatin mengenai kecantikan dan pencerahan kulit. Ia adalah gabungan ekstrak kolagen, sarang burung, tomato, mutiara, psyllium husk, glutathione, biji anggur, aloevera, acerola dan roselle. Ramuan-ramuan tersebut membantu mencerah, melembapkan kulit dan mencantikkan kulit, melindungi kulit dari sinar ultra ungu dan pencemaran, mengatasi masalah kulit kering, kusam, bintik hitam, jerawat dan jeragat, memulihkan wajah yang bermasalah, kulit yang rosak dan parut, mengekalkan bentuk dan berat badan menawan serta meningkatkan stamina dan system dalaman. Cara pengambilan yang mudah tidak perlu dibancuh, hanya dengan menuang serbuk dari sachet ke atas lidah dan kemam menyebabkan ia menjadi pilihan utama pengguna.

Bagi anak dara dan kaum wanita yang sudah berumah tangga pula, LADIES COLLAGEN (RM35) adalah supplemen terbaik untuk dalaman dan luaran selain untuk kebahagiaan rumah tangga. Keistimewaannya produk ini, ia dihasilkan daripada 5 herba terbaik untuk wanita Mirifica, Lobata, Kacip Fatimah, Manjakani dan Akar Serapat serta diperkaya dengan 7 makanan sunnah yang membantu memujarabkan kesan pengambilannya seperti madu, habbatus sauda, delima, zafran, goji, kismis dan kunyit yang mampu memberi kesan sehingga 3 kali ganda lebih baik berbanding produk lain dipasaran. Herba-herba ini mempunyai 1001 khasiat yang membantu dalam mendapatkan bentuk badan yang lebih menarik, saiz payudara yang lebih menawan serta menganjalkannya, merapatkan vagina, mengecutkan rahim, menegangkan otot-otot punggung, memulih tenaga batin wanita, melambatkan proses menopaus, mengatasi masalah kewanitaan seperti keputihan, gangguan dan kitaran haid yang tidak teratur. Paling membanggakan apabila ada diantara testimoni kami yang telah lama menanti untuk mendapat cahaya mata disahkan hamil setelah mengamalkan Ladies Collagen.

Ketiga-tiga produk tersebut sesuai diamalkan sebelum bersahur. Bagi mereka yang ingin tampil langsing dan menawan di Aidilfitri, APPLESLYM DIETARY (RM30) adalah supplemen yang terbaik untuk diamalkan setelah berbuka puasa. AppleSlym membantu dalam mempercepatkan proses penghadaman dan pencernaan makanan yang diambil ketika berbuka. Selain membantu mendapatkan berat badan yang ideal, AppleSlym membantu mengatasi masalah sembelit, membakar lemak dan kandungan Vitamin C serta Kolagen bertindak mengekalkan kecantikan, kelembapan dan keanjalan kulit dan tubuh badan.

Setiap produk V'Asia mengandungi 10 sachet untuk pengambilan 10 hari. Pengguna juga tidak perlu risau akan kesan sampingan kerana V'Asia telah mendapat pengekelasan makanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dihasilkan mengikut piawaian amalan pengilangan baik (GMP) dan kaedah Halalan Toyyiban yang diproses mengikut syariat Islam serta amalan sunnah.

V'Asia mengalu-alukan agen, ahli, wakil jualan atau pengedar dari setiap kawasan dengan modal serendah RM410-RM470 pada pulangan istimewa atau menghubungi hotline 019-2993990 dan 019-2444492 bagi pertanyaan lanjut.

Bagi mendapatkan produk, sila dapatkan dari kedai-kedai jamu atau menghubungi stokis dan pengedar berhampiran seperti tertera pada iklan di bawah. Untuk belian secara online atau untuk menjadi pengedar, urusan dilakukan menerusi akaun Maybank Aura One Resources (M) Sdn Bhd 562106722195 dan email vasia_aura1@yahoo.com

“Best-est Deals" Firefly

Firefly kembali dengan pakej jaminan pulangan wang

Syarikat penerbangan komuniti Firefly menawarkan para pengembara pakej pengembaraan dalam talian “Best-est Deals" mulai 8 hingga 14 Ogos, 2011 untuk perjalanan antara 15 Ogos, 2011 hingga 27 Oktober, 2012.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi, Angelina C. Fernandez berkata: “Ini adalah tawaran yang terbaik dengan pakej jaminan pulangan wang dari serendah RM269 untuk penginapan tiga hari/dua malam di Langkawi.”

Destinasi lain ialah di Kota Kinabalu dari RM289, Phuket dari RM339 dan Koh Samui dari RM599.

"Pakej-pakej ini termasuk tiket pergi/balik dengan cukai dan surcaj lapangan terbang serta penginapan hotel “twin sharing”.

Ia sah hanya untuk belian dalam talian terpilih yang dibuat di www.fireflyholiday.com.

"Katalah jika penguna membeli pakej serupa yang sama pada harga rendah dari Pameran Pengembaraan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur antara 12 dan 14 Ogos, mereka boleh emel kepada kami di contactus@fireflyholiday.com dengan bukti belian dan kami akan memulangkan semula pembayaran yang dibuat,” kata Fernandez dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

Buffet Ramadan 2011 Hard Rock Hotel (HRH) Batu Feringghi, Pulau Pinang

Hotel berkonsepkan hiburan pertama negara, Hard Rock Hotel (HRH) Batu Feringghi, Pulau Pinang menyediakan juadah enak kepada para pelanggannya untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Pelanggan boleh memilih dua lokasi berbeza untuk berbuka puasa iaitu sama ada di Starz Diner, Hard Rock Hotel atau di Hard Rock Cafe.


Berkonsepkan bufet, Starz Diner menyajikan kira-kira 30 menu berkonsepkan hidangan Melayu sesuai dengan cita rasa masyarakat tempatan seperti ulam-ulaman bersama sambal belacan, rojak buah, soto ayam dan pelbagai kuih-muih.

Hidangan utamanya pula seperti ayam percik, sate, kari kepala ikan dan murtabak yang dihidangkan bersama nasi, sambal belacan serta ikan bakar.

Sebagai penghilang dahaga, air sirap bandung cukup istimewa untuk membasah tekak atau anda boleh mencuba teh tarik serta kopi tarik ala Hard Rock Hotel.

Menurut Pengurus Besarnya, John Primmer, menu Melayu sesuai dengan selera masyarakat tempatan semasa bulan Ramadan terutama mereka yang berbuka bersama keluarga, rakan-rakan atau berbuka beramai-ramai.

"Pelanggan yang inginkan cita rasa ala Amerika sepenuhnya, set Ramadan Platter di Hard Rock Cafe pasti memenuhi selera sambil dihiburkan dengan persembahan muzik.

"Setiap hidangan ini mengandungi nasi goreng atau twistet Mac, ayam barbeku, sandwic kambing, sandwic sirlion, mini burger keju Hard Rock, kentang bakar, popia sayuran dan ayam tupelo.

"Set hidangan ini cukup untuk dua orang dewasa yang turut disajikan bersama sup pilihan serta pencuci mulut," ujarnya.

Pada harga RM58 seorang dan separuh harga bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, bufet Starz Diner atau set Ramadan Platter di Hard Rock Cafe memang memberi pengalaman berbuka puasa yang berbeza kepada pelanggan.

Kecuali pada hari Ahad, bufet di Starz Diner digantikan dengan bufet Ramadan di Pizzeria HRH pada harga RM60 seorang.

Ujar Primmer, pihaknya turut menyediakan pakej bankuet Ramadan kepada pelanggan untuk majlis berbuka puasa pada harga RM55 seorang.

"Sepanjang Ramadan ini HRH turut menawarkan pakej kadar bilik istimewa iaitu RM390 semalam yang meliputi pakej sahur dan berbuka untuk dua orang sama ada di Starz Diner atau Hard Rock Cafe," ujarnya. - ZAKI SALLEH