Krimer manis kalsium tinggi F&N : Kalsium tinggi dalam krimer

Kalsium tinggi dalam krimer

TEH tarik boleh dikatakan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Ia merupakan komposisi teh dan susu yang diadun sempurna secara menuangnya dari bekas bancuhan ke dalam cawan dari jarak tinggi berulang kali sehingga menghasilkan buih.

Namun, rasanya yang manis lantaran sering menggunakan susu lemak penuh krim menyebabkan ia sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis.

Pengeluar susu F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan satu lagi rangkaian produk terbaharunya iaitu krimer manis kalsium tinggi F&N baru-baru.

Krimer manis kalsium tinggi F&N itu merupakan produk baharu pertama yang dikeluarkan di kilang F&N Dairies baharu di Pulau Indah, Klang dengan menggunakan teknologi canggih yang menelan kos RM350 juta.

Sehubungan itu, pihak F&N menyasarkan pengeluaran susu tersebut lebih kurang 29 juta tin setahun untuk produk tersebut.

Ia dijual di pasar raya-pasar raya besar dan kedai runcit di seluruh negara dan boleh didapati dalam tiga saiz iaitu 390 gram, 500 gram serta satu kilogram.

Menyedari keperluan kandungan nutrisi dalam pengambilan makanan, produk terbaharu itu mengandungi tiga kali kalsum berbanding susu lemak manis yang lain.

Selain itu, ia turut diperkaya dengan vitamin D3 bagi membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dalam badan.

Pengarah urusannya, Tan Hock Beng berkata, kaedah teknologi terkini di kilang baharu itu membolehkan susu yang berkualiti dibuat.

"Semua tin diisi dengan kuantiti cecair nitrogen yang berpatutan untuk memastikan kesegaran produk kekal dalam tempoh yang lama," katanya ketika majlis pelancaran krimer manis kalsium tinggi F&N.

Keseluruhan nilai produk telah dinaik taraf dan dia memberi jaminan, pengguna boleh menikmati kebaikan produk dan dalam masa yang sama yakin dengan kualiti dan kesegaran dalam setiap tin.

Sama seperti rangkaian susu yang lain, Krimer manis kalsium tinggi F&N juga sesuai untuk minuman teh, kopi, coklat dan malt.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri ketua pegawai eksekutif F&N Holdings Berhad, Datuk Ng Jui Sia dan pensyarah kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakuiti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara, Dr. Norazmir Md. Nor untuk memberi penerangan mengenai keperluan kalsium dalam badan.

"Kami berharap semua pengguna Malaysia dapat menghargai setiap tin susu yang dihasilkan di kilang ini," kata Jui Sia.

Beaurose beri tenaga tambahan

Beaurose beri tenaga tambahan
Bila memasuki usia 40-an, wanita akan mengalami masalah berat badan, kulit kering, muka sembab, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk dan pergerakan menjadi perlahan.

Simptom itu sering diang­gap perkara semula jadi dalam proses penuaan.

Penuaan adalah masalah kesihatan utama bagi wanita berusia 40-an dan menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita muda.

Antara simptom wanita yang mengalami proses penuaan ialah mereka sentiasa panas, tekanan dan mudah berasa tersisih.

Ini berlaku kerana hormon wanita menurun sehingga mood terganggu.

Selain itu kecantikan wanita akan merosot apabila usia meningkat 40-an.

Kesibukan dan tekanan wanita moden menyebabkan mereka sering berhadapan masalah kesihatan seperti haid tidak teratur, kulit tidak licin dan payudara tidak anjal.

Mereka juga mengalami lemah beberapa bahagian tubuh, kaki sejuk, otot vagina tidak ketat dan kering selain bendalir vigina tidak cukup untuk persetubuhan.

Bagi menangani gejala yang mungkin meruntuh rumah tanga itu, amalkan mengambil makanan tambahan beaurose.

Testimoni yang dijalankan mendapati beaurose membantu wanita mengatasi masalah-masalah itu selain memelihara kesihatan dalaman dan luaran.

Produk beaurose ekstrak bunga ros baik untuk wanita kerana ia memberikan enam kali ganda kelembapan pada kulit manakala herba manjakani baik untuk merawat otot-otot dalam faraj.

Manjakani mempunyai khasiat untuk menegangkan semula otot-otot faraj dan membolehkan faraj menjadi sempit semula serta mampu mengawal lendir dan lelehan faraj.

Astringen juga mampu me­nyerap lebihan darah haid dan nifas manakala Kacip Fatimah menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi rahim wanita selepas bersalin.

Keseimbangan hormon dalam badan wanita dapat membantu memperlahankan proses menopous dan me­ngurangi simptom menopous seperti panas baran.

Hubungi 019-2381808, 019-6678108, 03-60925942 atau laman Facebook : Zzbeauty Line untuk maklumat lanjut.

Info

1. Dr Asmah - Jika kita dapat memelihara kesihatan pada usia seawal 25 tahun, tubuh mampu bergerak dengan aktif walaupun pada usia 40-an.

Saya nasihatkan wanita menitikberatkan penjagaan kesihatan dalaman dan luaran di tahap yang memuaskan

2. Shila - Perlis 012-5620649

Sebagai seorang wanita, saya mencadangkan anda mengambil makanan tambahan beaurose kerana selama menggunakan produk itu, ia banyak membantu memberi tenaga tambahan selain penjagaan dalaman wanita.

Wangian Lampe Berger Paris Malaysia

Lampe Berger Paris Malaysia

Sewaktu melakukan perjalanan jauh mahupun dekat, barangan peribadi seperti pewangi tubuh atau wangian mandian pastinya tidak ketinggalan dalam senarai si pengembara.

Bagi membeli barangan seperti itu ketika mengembara adalah mustahil kerana kebanyakannya lebih selesa dengan haruman yang sudah sebati dengan penampilan diri.

Justeru, wangian yang tiada tandingan dari segi penulenan udara dan kuasanya, Lampe Berger Paris kembali diperkenalkan dalam industri tempatan.

Jenama terkenal dari Perancis yang sudah wujud lebih 100 tahun itu diadun dengan 44 pati minyak yang bukan saja bertindak sebagai wangian, malah mempunyai pelbagai khasiat.

Seharian berjalan membuatkan pengembara kepenatan dan memerlukan rehat yang mencukupi, apatah lagi aktiviti membeli-belah perlu diteruskan pada keesokan harinya.

Dalam keadaan sebegitu, keupayaan Lampe Berger Paris mampu memperbaiki keadaan fizikal si pengembara.

Pati minyak kayu cendana membantu koordinasi fizikal dan rohani, merawat sistem saraf, melegakan gemuruh, tekanan serta sistem pernafasan, memberi ketenangan, memudahkan tidur selain melahirkan emosi yang sihat.

Keunikan epal hijau dapat membangkitkan perasaan dan emosi menyenangkan, selain membersihkan udara menerusi sifat membasmi kuman, bakteria atau antihabuk.

Pudina yang bersifat menyegarkan turut membantu melegakan sakit kepala dan keletihan mental dengan merangsang aktiviti otak serta meningkatkan tumpuan selain kecerdasan mental. Ia mampu melegakan kekejangan dan haid yang dihadapi wanita.

Penggunaan lavender sesuai untuk merendahkan tekanan darah, menguat dan menenangkan saraf, melegakan otot dan ketegangan, tidur yang tenang, memperbaiki pernafasan, mengawal perubahan emosi, membasmi kuman serta menghalang serangga.





Wangian teh hijau mampu menyegarkan, membangkitkan semangat dan amat menyenangkan. Dikatakan mempunyai banyak khasiat yang boleh mengurangkan alahan seperti asma, demam, resdung dan sakit kepala.

Bau aromatik teh hijau membantu melegakan kesihatan, mengantuk malah mengurangkan tekanan. Ia adalah pilihan terbaik untuk pengembara yang ingin sentiasa sihat dan segar dengan segala persekitaran.

Pilih wangian yang memenuhi keperluan, seterusnya mampu memberi perlindungan mental dan fizikal ketika mengembara.

Tidak perlu menghabiskan wang ke spa sekiranya pengembara mampu merawat tubuh dan minda dengan pati minyak berkhasiat ini.

Lampe Berger Paris Malaysia kini boleh didapati di pelbagai pusat beli-belah selain pusat utama di Bangsar Baru, Sungai Wang Plaza, Pavilion, Centre Point Bandar Utama, Bangsar Shopping Complex, Plaza Damas, One Utama dan Mid Valley Megamall.