Sinopsis Novel Yes Boss (Kaki Novel)

Novel Yess Boss
Judul: Yes Boss
Penulis: Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM19


Yes Boss adalah novel Areila Sahimi yang keempat. Ia mengisahkan Aryana, seorang penganggur yang tinggal di kampung bersama nenek dan adik perempuannya.

Walaupun lulusan universiti, disebabkan dirinya gementar, dia gagal dalam temu duga jawatan penjawat awam. Lantaran mahu meneruskan hidup, dia bekerja merata-rata tempat termasuk restoran makanan segera.

Dia kemudiannya dibantu ibu saudaranya bekerja di sebuah syarikat sebagai setiausaha kepada Ilham Irfan, seorang kasanova anak tuan punya syarikat. Pening kepala Aryana melayan kerenah bosnya. Seperti diduga, Aryana jatuh hati pada bosnya sendiri.


DHerbs Diet Gold D'Herbs Diet Gold

D'Herbs Diet Gold
Badan bak Gergasi!! Gemuk Gedempol!! Si Boyot!! "

Sedih dan pedih sungguh mendengar sindiran itu. Kini kami mampu tersenyum lebar malah bangga dengan penampilan terbaru setelah mencuba produk pelangsingan terlajak laris di pasaran keluaran D'Herbs Diet Gold yang mampu mengubah penampilan kami yang memalukan itu!!

Dihasilkan daripada herba-herba bermutu tinggi yang mampu membakar lemak di seluruh tubuh anda dengan efektif di samping rasanya yang lazat.

Simptom pada awal permulaan pengambilan, anda kerap melalui proses perkumuhan akan mengeluarkan lendir-lendir, minyak dan toksin, ini di sebabkan proses pembuangan toksin dan juga lemak-lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Antara simptom sampingan, anda juga kerap buang air kecil dan berpeluh. Penurunan biasanya berlaku sebanyak 1-5 kilo dalam masa seminggu sahaja penggunaannya.



Pengambilan Diet Gold ini juga mampu menyekat selera makan anda kerana kandungan serat + oat yang terdapat di dalamnya. Untuk kesan berganda gunakan juga Krim Panas Makbul Munajat. Terbukti kurus dan ramping dan mesti cuba!! Produk ini boleh didapati di kedai jamu, kedai runcit, salun dan farmasi.

Nak Dapatkan Produk Ini? Hubungi Nombor Stokis Terbaik kami Seperti: SELANGOR 012-2080004 S.Kembangan Sayo 019-3836877 K.LUMPUR Emi'Q 03-20727777 / 019-8899244 N.SEMBILAN B.Way 06-6794278 / 06-6784278 JOHOR Mr Lim 012-7545963 / 017-7942229 KELANTAN Tisni 014-8099668, Masyrik 019-9392786 P.PINANG 012-6882541 YHO 012-4806613 Pulau 012-4558078 PAHANG Herba Indah 012-9002855 Bentong Nurkasih 017-2833216 PERAK Adriana 012-5354098 / 014-2414511 TERENGGANU Gedung Din 013-9576986 Dungun Nuwaja 019- 9777500 KEDAH MNBI Warisan 012-4248171 Kulim TLK 019-4462787 MELAKA Nadira 019-3673951, M.Mutlak, Anizam 012-6075169 06-3191063 SARAWAK Sharifah 082-421317 / 016-8593009 SABAH Firdaus 013-5438663 / 019-5808168 Sandakan Mazuin 016-8365553 K.K As Siddiq Atikah Pengguna Diet Gold & Makbul Munajat 012-92606035

Krimer manis kalsium tinggi F&N : Kalsium tinggi dalam krimer

Kalsium tinggi dalam krimer

TEH tarik boleh dikatakan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Ia merupakan komposisi teh dan susu yang diadun sempurna secara menuangnya dari bekas bancuhan ke dalam cawan dari jarak tinggi berulang kali sehingga menghasilkan buih.

Namun, rasanya yang manis lantaran sering menggunakan susu lemak penuh krim menyebabkan ia sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis.

Pengeluar susu F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan satu lagi rangkaian produk terbaharunya iaitu krimer manis kalsium tinggi F&N baru-baru.

Krimer manis kalsium tinggi F&N itu merupakan produk baharu pertama yang dikeluarkan di kilang F&N Dairies baharu di Pulau Indah, Klang dengan menggunakan teknologi canggih yang menelan kos RM350 juta.

Sehubungan itu, pihak F&N menyasarkan pengeluaran susu tersebut lebih kurang 29 juta tin setahun untuk produk tersebut.

Ia dijual di pasar raya-pasar raya besar dan kedai runcit di seluruh negara dan boleh didapati dalam tiga saiz iaitu 390 gram, 500 gram serta satu kilogram.

Menyedari keperluan kandungan nutrisi dalam pengambilan makanan, produk terbaharu itu mengandungi tiga kali kalsum berbanding susu lemak manis yang lain.

Selain itu, ia turut diperkaya dengan vitamin D3 bagi membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dalam badan.

Pengarah urusannya, Tan Hock Beng berkata, kaedah teknologi terkini di kilang baharu itu membolehkan susu yang berkualiti dibuat.

"Semua tin diisi dengan kuantiti cecair nitrogen yang berpatutan untuk memastikan kesegaran produk kekal dalam tempoh yang lama," katanya ketika majlis pelancaran krimer manis kalsium tinggi F&N.

Keseluruhan nilai produk telah dinaik taraf dan dia memberi jaminan, pengguna boleh menikmati kebaikan produk dan dalam masa yang sama yakin dengan kualiti dan kesegaran dalam setiap tin.

Sama seperti rangkaian susu yang lain, Krimer manis kalsium tinggi F&N juga sesuai untuk minuman teh, kopi, coklat dan malt.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri ketua pegawai eksekutif F&N Holdings Berhad, Datuk Ng Jui Sia dan pensyarah kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakuiti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara, Dr. Norazmir Md. Nor untuk memberi penerangan mengenai keperluan kalsium dalam badan.

"Kami berharap semua pengguna Malaysia dapat menghargai setiap tin susu yang dihasilkan di kilang ini," kata Jui Sia.