Sinopsis Novel Yes Boss (Kaki Novel)

Novel Yess Boss
Judul: Yes Boss
Penulis: Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM19


Yes Boss adalah novel Areila Sahimi yang keempat. Ia mengisahkan Aryana, seorang penganggur yang tinggal di kampung bersama nenek dan adik perempuannya.

Walaupun lulusan universiti, disebabkan dirinya gementar, dia gagal dalam temu duga jawatan penjawat awam. Lantaran mahu meneruskan hidup, dia bekerja merata-rata tempat termasuk restoran makanan segera.

Dia kemudiannya dibantu ibu saudaranya bekerja di sebuah syarikat sebagai setiausaha kepada Ilham Irfan, seorang kasanova anak tuan punya syarikat. Pening kepala Aryana melayan kerenah bosnya. Seperti diduga, Aryana jatuh hati pada bosnya sendiri.