Gefitinib alternatif kemoterapi

Kanser paru-paru merupakan pembunuh utama di dunia yang menyebabkan lebih banyak kematian jika dibandingkan dengan gabungan jumlah kematian disebabkan kanser payu dara dan kanser prostat.

Menurut Laporan Pendaftar Kanser Negara 2006, kanser paru-paru adalah kanser kedua paling kerap berlaku di kalangan lelaki di Malaysia.

Sungguhpun merokok adalah faktor risiko utama bagi kanser paru-paru, namun ia bukanlah satu-satunya punca penyakit tersebut.

Penyedutan asap rokok secara pasif kini diakui sebagai penyebab utama kanser paru-paru. Perangkaan global menunjukkan bahawa antara 10 peratus hingga 15 peratus pesakit kanser paru-paru tidak pernah merokok.

Peratusan orang yang tidak pernah merokok adalah lebih tinggi di kalangan pesakit kanser paru-paru di Asia, lebih-lebih lagi di kalangan wanita Asia. Di Malaysia, kira-kita 60 peratus wanita yang menghidap kanser paru-paru tidak pernah merokok.

Menurut pakar onkologi, Dr. Albert Lim, kanser paru-paru sukar didiagnosis kerana sesetengah daripada gejalanya adalah sama dengan penyakit lain seperti kelesuan, kehilangan berat badan, kehilangan selera makan atau sesak nafas.

"Pesakit yang mengalami gejala atau simptom seperti berikut hendaklah mendapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor.

"Diagnosis dan rawatan awal boleh membawa perbezaan besar dalam cara pesakit kanser dan keluarga mereka mengurus dalam mengubah gaya hidup untuk disesuaikan dengan kaedah rawatan yang baru," katanya.

Tambahnya, seramai 1.2 juta pesakit baru kanser paru-paru setiap tahun dan 4,000 daripadanya adalah dari Malaysia. Kebanyakannya hanya dapat dikesan apabila berada di peringkat akhir dan sukar untuk diselamatkan.

"Kaedah rawatan yang ada untuk pesakit kanser paru-paru ialah pembedahan, kemoterapi dan terapi sasaran, namun kaedah ini digunakan bergantung kepada keadaan atau tahap keseriusan seseorang pesakit dan jenis kanser paru-paru yang dihidapi," ujarnya.

Kini, pesakit kanser paru-paru dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dengan ubat kanser paru-paru keluaran AstraZeneca, IRESSA (gefitinib) yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan Malaysia sebagai rawatan baris pertama bagi pesakit dewasa yang disahkan menghidap kanser paru-paru peringkat lanjutan atau kanser paru-paru bukan sel kecil metastasis (NSCLC) yang mengalami mutasi aktif (EGFR TK)

Gefitinib bertindak dengan menyekat satu daripada laluan isyarat yang dipercayai penting untuk sel kanser membesar dan menjadi (mutasi) tumor. Laluan isyarat tersebut membabitkan bahan kimia yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan epidermis (EGF) yang melekat pada penerima di permukaan banyak sel dalam badan manusia.

"Kanser paru-paru menjejaskan kualiti hidup seseorang tetapi dengan gefitinib, ia mampu mengesan sel kanser secara khusus tanpa menjejaskan sel normal jika dibandingkan dengan kemoterapi yang menjejaskan fungsi organ lain.

"Kesan sampingannya jauh berkurangan berbanding rawatan kimoterapi biasa yang tidak mampu membezakan antara sel kanser dan sel normal," jelasnya.

Dengan gefitinib, pesakit kanser paru-paru boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan bebas melakukan aktiviti tertentu yang tidak dapat dilakukan apabila mereka menjalani rawatan kemoterapi.

Dalam kes tumor biasa, enzim tirosina kinase (TK) diaktifkan secara berlebihan oleh EGFR. Gefitinib dicipta untuk menyasarkan sel kanser dan menyekat pengaktifan TK, 'mematikan' isyarat pertumbuhan dalam sel secara berkesan. Dengan itu sel normal tidak terjejas.

"Ujian klinikal menunjukkan gefitinib jauh lebih berkesan berbanding kemoterapi berganda kerana ia mampu menstabilkan kanser. Ini bermakna tiada pertambahan sel kanser, tumor mengecut dan rawatan diterima dengan lebih baik.

"Kelangsungan hidup tanpa penularan kanser adalah lebih lama bagi pesakit yang dirawat dengan gefitinib berbanding pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi berganda," jelasnya.

Kini, pesakit kanser paru-paru mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan pertama yang boleh memberikan kelegaan bukan sahaja daripada kesan penularan kanser dan toksik kemoterapi, tetapi berupaya menikmati kualiti hidup yang lebih baik dengan hanya mengambil 250 miligram sekali sehari tanpa rawatan menyakitkan.

Oleh NURUL IZZA ROSLY

Peraduan Muslimah Bergaya Bersama Ibu Tersayang

Bergaya sambil menang hadiah lumayan bukan saja untuk diri sendiri bahkan untuk ibu tercinta sekali.

Tuah tersebut mampu direbut oleh semua dengan menyertai Peraduan Muslimah Bergaya Bersama Ibu Tersayang anjuran bersama MEGA-Utusan Malaysia dan Butik MaMa.


Pemenang pertama bukan saja berpeluang menghadiahkan ibu dengan wang tunai RM3,000 dan produk Butik MaMa bernilai RM500, tetapi lebih menarik menjadi model tudung dan pakaian untuk butik tersebut bersama duta produk iaitu Penyampai Berita Nasional TV1, Siti Murni Abdul Aziz.

Tidak ketinggalan hadiah tempat kedua yang juga berupa wang tunai RM2,000 dan produk Butik MaMa bernilai RM300, manakala hadiah tempat ketiga berupa wang tunai bernilai RM1,000 dan produk Butik MaMa bernilai RM200 serta 20 hadiah saguhati berupa produk Butik MaMa.

Peraduan yang terbuka kepada wanita muslim berumur dari 18 hingga 40 tahun telah bermula awal Mei lalu dan akan berakhir pada 30 Jun ini.

Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan menghantar dua keping gambar berukuran 3R yang mengandungi sekeping gambar sendiri dengan pose menarik dan sekeping lagi gambar bersama ibu tersayang.

Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang asal (tertera di bawah yang lengkap diisi dengan jelas dan kemas serta resit pembelian dari Butik MaMa, pengedar atau stokis.

Butik MaMa merupakan pengeluar jenama tudung Ainna's Scarves dan juga himpunan koleksi Muslimah seperti jubah, maxi labuh dan blaus di bawah jenama Bussaina Apparels.

Diasaskan oleh Nor Ainna Ibrahim, 29, bersama suami Azman Mohd. Salleh sejak 2007 di mana ia bermula secara online.

Kini, Butik MaMa bukan sahaja mempunyai stokis dan pengedar di seluruh negara malah di Brunei, Singapura, Australia, Dubai dan United Kingdom.

Tudung Ainna's Scarves menggunakan nama istimewa seperti Maisarah, Farihah dan terbaru Murni (sempena nama Duta Butik MaMa iaitu Siti Murni Abdul Aziz).

Harga tudung Ainna's Scarves bermula daripada RM59 sehingga RM99 sahaja.

Selain itu, Butik MaMa juga membuka peluang perniagaan kepada yang berminat untuk menjadi stokis dan pengedar tudung Ainna's Scarves di mana setiap pembelian minimum 20 helai turut diberikan laman web dan sub-domain secara percuma untuk membolehkan mereka terus memulakan perniagaan secara online.

Bagi mereka yang berminat, anda bolehlah mengunjungi Butik MaMa di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi atau untuk keterangan lanjut boleh hubungi 012-305 6727, email mama@butikmama2u.com atau layari www.butikmama2u.com.

Anmum Materna™ / Lacta™ Gift Redemption

Anmum Materna™ / Lacta™ Gift Redemption

MARIGOLD Toy Story 3 Contest

MARIGOLD Toy Story 3 Contest





Take part in the MARIGOLD Toy Story 3 Contest and stand a chance to win:

Grand Prize x 200:
Buzz Lightyear Robot worth RM399.90

Early Bird x 200:
Toy Story 3 School Bag worth RM69.90

To participate, buy 6 packs of Marigold UHT 250ml or 2 packs of UHT 1 litre.

Terms and conditions apply.

You can download contest form from website.

Visit website for more details.


For more detailed info, please visit:
http://www.mmsb.com.my/contestform.pdf

Website:
http://www.mmsb.com.my

Now until Saturday, 31st Jul 2010

Teknik Serdev

Bagi peminat perubatan estetik sudah tentu ramai di antara kita yang gemar melakukan penyelidikan tentang teknik-teknik terkini dalam bidang yang menjadi semakin penting dewasa ini. Perubatan estetika adalah satu cabang rawatan bagi orang yang sihat. Ia semata-mata diadakan bagi memenuhi keperluan masa kini yang inginkan kecantikan seiring dengan kesihatan.

Bukan semua di antara kita mampu mengekalkan kecantikan dan keanjalan kulit pada usia melepasi 40-an. Apabila usia meningkat timbullah kedut pada sekeliling mata, dahi dan sebagainya. Kesan kedutan sudah tentulah perubahan wajah dan perubahan ekspresi muka.

Kedutan memberi ekspresi muka yang letih, sedih dan tidak riang. Kaedah estetika membantu menghilangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit agar tampak lebih segar dan ceria. Kita tidak mahu mengubah muka menjadi orang lain. Yang kita mahukan adalah memelihara wajah kita agar sentiasa manis dan menarik. Di sinilah letaknya peranan perubatan estetika.

Secara saintifik muka kita disokong oleh otot-otot. Otot yang bergerak digunakan bagi pergerakan seperti sewaktu makan, meniup belon juga sewaktu senyum. Otot yang tidak bergerak terdapat pada muka berfungsi memegang muka. Apabila dimamah usia otot-otot menjadi kendur dan lembik membuatkan muka nampak berkerut dan jatuh. Jika otot ini dapat ditegangkan maka hasilnya muka akan tampak tegang semula. Sementelah apabila usia menganjak ke 40-an semua otot mula longgar dan ke bawah.

Teknik Serdev


Bolehkah otot-otot ditegangkan semula? Jawapannya boleh. Pernahkah anda mendengar Teknik Serdev? Teknik Serdev dicipta oleh Dr. Nicholay Serdev dari Bulgaria. Dengan menggunakan teknik ini muka dapat diangkat semula tanpa sebarang jahitan dan torehan. Ia menggunakan benang khas yang diletakkan di bawah kulit kepala dan benang ini menarik otot yang memegang muka ke atas semula. Teknik Serdev dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi kerana ia tidak memerlukan bius keseluruhan (general anesthesia). Sebaliknya hanya memerlukan bius yang sangat minimum pada kulit kepala sahaja.

Setelah dibius doktor akan memasukkan benang dan menegangkan muka. Tidak ada rasa sakit dan keputusannya dapat disaksikan sejurus selepas proses Serdev selesai. Benang yang dimasukkan diperbuat daripada protein dan dicampur dengan antibiotik.

Setelah rawatan dibuat, wajah tampak muda kerana segala kekenduran sudah di tarik ke atas semula. Kehebatan rawatan ini adalah tidak memerlukan mereka yang menjalaninya bercuti panjang dan tidak pula perlu dimasukkan ke hospital. Anda Cuma perlu datang ke klinik dan dalam satu jam rawatan telah pun selesai. Anda akan mendapat wajah yang baru tanpa kendur. Begitu mudah bukan?

Oleh kerana ia begitu sesuai bagi kita yang aktif bekerja ia turut dikenali sebagai non incisional face lift atau non scar method. Rawatan boleh digunakan untuk mengangkat kening yang jatuh, dan kelopak mata yang kendur membuat mata lebih luas terbuka.

Semasa menjalani kursus Teknik Serdev yang diajarkan sendiri oleh pengasasnya di Bulgaria saya berpeluang melihat sendiri bagaimana teknik ini diaplikasi dengan meluas di Barat dan di benua Eropah. Orang Eropah sangat sukakan Teknik Serdev. Mereka menggunakannya dengan meluas bagi menegangkan muka mencantikkan punggung (agar tidak jatuh), buah dada, mengecilkan hidung yang kembang dan pelbagai lagi. Oleh kerana benang yang digunakan terdapat pelbagai saiz maka ia sesuai bagi mengangkat kening dan mencantikkan hidung juga. Semasa belajar di University of Bulgaria dalam bidang ini saya juga melihat pelbagai prosedur kecantikan lain yang sangat mengkagumkan dibuat di sana. Mereka menanam rambut palsu yang kelihatan hidup dan boleh diwarnakan dan dikerinting sesuka hati. Ini adalah solusi yang baik bagi pengidap alopecia yang serius terutamanya wanita. Di sana saya menyaksikan selebriti dunia yang terkenal menjalani rawatan. Bagi saya pengalaman itu tidak mungkin akan dilupakan selagi hayat dikandung badan.

Di negara kita bidang estetika masih lagi menjadi bidang yang baru dan masih banyak ruang yang perlu diterokai bagi kita untuk mencapai kemajuan yang begitu. Namun begitu doktor kita giat berusaha meningkatkan kepakaran masing-masing dengan mengikuti kursus di luar negara bagi mempelajari kepakaran yang tinggi dalam bidang ini.

Oleh Dr. Rushmini Maris Ismail
Untuk pertanyaan lanjut hubungi Marissa Esthetik, No. 9, Jalan 4, Semenyih Sentral, Semenyih, Selangor. Telefon 03-87234808.

Kerisik halal jenama Salam Food

Kerisik sering dilabel sebagai produk orang kampung yang hanya diusahakan secara kecil-kecilan.
Bagaimanapun bagi pemilik Abdul Salam Food Industries Sdn. Bhd., (Salam Food), Abdul Salam Said Sultan Ismail, pembuatan kerisik dijadikan sebagai aktiviti perniagaan utamanya.

Lebih menarik lagi, produk syarikat itu kini memiliki status halal selepas memperoleh pensijilan yang sah daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP) sekali gus menjadikan ia sebagai produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdaya saing di pasaran.

Menurutnya, produk makanan yang digunakan sebagai salah satu bahan utama dalam resipi makanan tradisional Melayu itu berpotensi kerana ia diperlukan bukan sahaja di kalangan pengguna runcit tetapi juga di kalangan pengusaha restoran dan hotel.

Sehubungan itu, beliau telah berusaha mendapatkan status halal bagi melonjakkan jenama Salam Food sejak ia mula berniaga lapan tahun lalu.

Peraduan The Perfect Bride Marie France Bodyline (MFB)

Peraduan The Perfect Bride bagi mereka yang akan berkahwin pada Oktober tahun ini hingga Jun tahun depan.

Layari www.mariefrancebodylinecontest.com.my untuk maklumat lanjut.

Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia 2010

Pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia menawarkan wang tunai RM10,000 sebagai hadiah utama; kedua wang tunai RM8,000 dan RM6,000 untuk hadiah tempat ketiga. Tidak ketinggalan wang tunai sebanyak RM1,000 sebagai sagu hati kepada lima peserta peringkat akhir.

Penyertaan dibuka sehingga 31 Mei ini. Setiap lagu dihasilkan tidak melebihi empat minit dan lirik hendaklah menggunakan bahasa Melayu.

Digalakkan pencipta menyelitkan elemen keroncong, dondang sayang, dikir barat, inang, joget dan zapin dalam karya yang hendak dipertandingkan itu.

Peserta turut digalak memuatkan unsur muzik seperti unsur muzik etnik dari Sarawak, Sabah, Cina, India, Orang Asli, Portugis, Bagra dan Arab/Parsi. Tak terkecuali, lirik lagu dihasilkan hendaklah tidak mengandungi unsur negatif dan menyentuh sensitiviti kaum.

Semua lagu iaitu 30 lagu terbaik akan disiarkan di radio Klasik Nasional selaku stesen rasmi dan pemarkahan dilakukan merangkumi 90 peratus juri profesional dan 10 peratus (undian pendengar).

Hanya 10 lagu saja akan disiarkan setiap minggu bermula 5 Jun hingga 26 Jun depan. Hanya lapan peserta yang mendapat undian tertinggi dipilih ke peringkat akhir bertempat di KL Live Hall, Live Centre Kuala Lumpur pada 24 Julai depan.

Untuk keterangan lanjut pertandingan Cipta Lagu Irama Malaysia boleh melayari http://www.jkkn.gov.my/ atau www. kpkk.gov.my.

Louis Vuitton (LV) hadiah Hari Bapa

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyampaikan tanda penghargaan seorang anak kepada bapa tercinta. Sempena Hari Bapa yang akan disambut pada Jun ini apa kata menghadiahkan bapa barangan eksklusif daripada jenama tersohor, Louis Vuitton (LV).

Jangan sangka tidak terdapat banyak pilihan kerana jenama tersebut mempunyai pelbagai rangkaian barangan yang amat ideal untuk dihadiahkan kepada mereka yang bergelar bapa.

Anda boleh pilih sama ada beg kulit, jam tangan, kasut, aksesori seperti kafling, barang kemas atau boleh jadi juga cermin mata hitam eksklusif dari LV.

Dari rangkaian beg kulit, terdapat lima jenis pilihan beg boleh dibuat. Beg kulit ini bukan sahaja cantik pada luaran malah mempunyai fungsi yang amat praktikal untuk bapa yang perlu mengisi dokumen penting dalam beg bimbitnya.

Jam tangan juga satu pilihan yang baik kerana fungsinya yang amat penting dalam menentukan masa. Tambah menarik, jam tangan LV ini sesuai dipakai sama ada majlis formal ataupun bersantai.

Ia juga dilengkapi dengan fungsi GMT yang tidak akan mengecewakan bapa anda terutama ketika dia mempunyai tugasan di luar negara.

Jika bapa gemar bergaya, apa kata hadiahkan dia kasut baru, pilih sama ada kasut ke pejabat atau kasut kulit yang boleh dipakai dalam majlis tidak rasmi.

Cermin mata hitam pula memang ideal, tapi biarlah yang sesuai dengan bentuk wajah bapa anda. Anda boleh membawa bapa ke butik LV supaya dia boleh mencuba sendiri cermin mata hitam manakah pilihannya.

Terdapat banyak pilihan reka bentuk kafling yang moden dan menarik. Ini pastinya sesuai untuk bapa yang bekerja di pejabat, pasti bangga apabila menggayakannya.

Tidak salah juga menghadiahkan bapa anda cincin dari jenama LV, monogram di atasnya membuatkan ia tampak eksklusif.


Oleh Noor Fazrina Kamal

Produk penjagaan diri Upin & Ipin

UPIN & IPIN dan rakan-rakannya merupakan kartun animasi yang bukan sahaja mendapat tempat di hati kanak-kanak malah popularitinya merentasi semua kaum di Malaysia.

Kini, kisah kejayaan pasangan kembar Upin & Ipin dan rakan-rakan diteruskan lagi dengan pelancaran koleksi produk penjagaan diri kanak-kanak Upin & Ipin dengan haruman buah-buahan dan gula-gula yang dibawakan eksklusif oleh Wonderland Primary Sdn. Bhd.

Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan kesukaran memujuk anak mereka untuk mandi atau membersihkan diri, apa kata pujuk mereka dengan koleksi penjagaan diri Upin & Ipin Aroma Buah-Buahan dan Gula-Gula.

Koleksi penjagaan diri ini diperkaya dengan daun lidah buaya dan vitamin E, yang dapat melembapkan kulit dan merapikan rambut.

Produk Upin & Ipin terdiri daripada syampu, krim mandian, losen badan dan penjagaan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki untuk seisi keluarga.

Ia bebas daripada SLES dan Paraben. SLES atau SLS (sodium lauryl ether atau sodium laureth sulphate) adalah sejenis agen sabun murah yang sering digunakan dalam kebanyakan produk penjagaan diri. SLES boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan mata.

Paraben pula adalah sejenis bahan kimia yang sering digunakan sebagai pengawet dalam kebanyakan produk penjagaan diri yang berada di pasaran. Ia juga boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Bungkusan produk bagi koleksi penjagaan diri Upin & Ipin ini direka khas agar dapat memberikan informasi mengenai kegunaan masing-masing.

Dengan menampilkan ciri-ciri menarik, kini anak-anak dapat menikmati masa mandian mereka dengan selamat, penuh keriangan di samping mudah digunakan.

Koleksi penjagaan diri ini boleh didapati di semua pasar raya yang berhampiran anda sekarang pada harga di antara RM13.90 sehingga RM16.90 seunit

Jika anda berminat untuk menjadi pengedar atau mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai koleksi penjagaan diri Upin & Ipin ini, sila hantarkan pertanyaan anda ke info@wonderland.my atau hubungi 03-8737 1233.

Khasiat RXLite Dr. Noordin Darus

RXLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda. RXLite akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan.

RMLite mengandungi L-Carnitine yang membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak.

RXLite berkhasiat dalam:-

* Membantu membakar lemak
* Diperkaya dengan vitamin dan mineral
* Rasa koko yang lazat
* Mengandungi anti-oksida

RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu. Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.

Soalan-soalan lazim:
1. Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.

4. Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?

RxLite tidak sesuai bagi:
1. Kanak-kanak di bawah 12 tahun,
2. Ibu mengandung,
3. Mereka yang mempunyai sejarah sawan
4. Mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.

Masakan Cina halal di Redwok

Peminat masakan Cina dari kalangan penganut agama Islam kini mempunyai satu lagi pilihan untuk menikmati hidangan kegemaran mereka.

Pembukaan Restoran Redwok di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi sejak dua bulan lalu itu pastinya menjadi lokasi buruan mereka selepas ini.

Dengan ruang yang lebih luas dan berkonsep terbuka, menikmati hidangan di sini menjadi lebih selesa ditambah lagi dengan kepelbagaian hidangan termasuk bufet steamboat istimewa.

Jamu selera tanpa ragu, itu jaminan yang diberi pemilik bersama restoran, Muhammad Oon Seng Choy, Awang Hasyim Abdullah dan Natasha Abdul Rahim.

Kata mereka, proses mendapatkan pengiktirafan halal daripada Jakim sedang melalui fasa terakhir.

Dari segi rasa, pemilik restoran itu juga tidak mahu berkompromi. Setiap hidangan dipastikan mengikut selera masyarakat Cina yang sememangnya cerewet dengan rasa masakan mereka. Namun begitu, penggunaan ramuan hanya daripada sumber halal.

“Deria rasa orang Cina sangat sensitif. Jika sedikit sudah tidak menepati, mereka tidak akan datang walaupun harganya murah,” demikian ujar Muhammad.

Kata-katanya itu boleh dipercayai. Sepanjang penulis berada di restoran berkenaan, kebanyakan pelanggan mereka Orang Cina.

Menjamu selera di Redwok pastinya membuat mata rambang untuk memilih menu yang tersedia. Selain kuisin Cina, beberapa hidangan Thai turut disediakan.

Andai berkunjung di sebelah malam, barisan bufet steamboat yang panjang membuatkan sesiapa saja tergoda. Berharga hanya RM22++ untuk steamboat biasa, lebih 100 pilihan disediakan termasuk pelbagai jenis mi dan nasi goreng.

Mahukan lebih istimewa, Korean steamboat dengan tambahan hidangan barbeku hanya berharga RM28++. Tiga jenis sup disediakan; ayam, tomyam dan herba, sungguh enak tatkala dicecah dengan dua jenis sos istimewa.

Restoran Redwok dibuka dari Isnin hingga Khamis bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang dan 6 petang hingga 12 malam. Hari Jumaat dari pukul 6 petang hingga 12 malam manakala Sabtu dan Ahad dari 12 tengah hari hingga 12 malam.

Mampu menampung hingga 300 pengunjung, pastinya Redwok menjadi destinasi menjamu selera pilihan anda hujung minggu ini.

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN

Quotes - You're Beautiful

Don't u know. You are beautiful.

Shiseido White Lucent

Cuaca tidak menentu dan gas atmosfera mempengaruhi suhu serta jumlah tenaga suria yang ditapis sebelum sampai ke bumi. Fenomena itu menyebabkan lapisan atmosfera menjadi semakin tipis dan sinaran ultra lembayung (UV) yang agak kuat terus kepada kulit, sekali gus mengundang masalah, terutama apabila keluar bintik hitam serta pigmentasi.

Bintik gelap adalah punca utama kepada masalah pigmentasi yang membimbangkan wanita. Ini berlaku apabila melanin dirembes keluar dengan lebih banyak sehingga ‘merebak’ ke kawasan lain yang tidak terdapat tompokan bintik hitam, seperti hidung, pipi dan dahi.

Bagi membantu mengatasi masalah berkenaan, jenama produk kecantikan, Shiseido memperkenalkan rangkaian produk terbaru, White Lucent menerusi teknologi canggih, 4MSK (4-MethoxySalicylicate) yang digunakan bagi membantu mengawal pembentukan melanin. Teknologi berkenaan memberi keberkesanan pencerahan secara eksklusif.

Saintis Penyelidikan dari Jabatan Kajian dan Penyelidikan Shiseido Jepun, Kiyoshi Saito, berkata kandungan M dalam kajian itu bermaksud asid tranexamic dan multi-target vitamin C secara dramatik memperbaiki masalah bintik gelap dan membantu mengubah warna kulit menjadi lebih sekata.

Katanya, selain menemui mekanisme khusus yang bertanggungjawab untuk mengawal pembentukan melanin, kajian Shiseido berjaya membangunkan bahan dan menemui teknologi baru bagi memperbaiki masalah kulit.

Malah, katanya, bahan yang dihasilkan menerusi teknologi 4MSK juga berkuasa memfokus terus kepada masalah bintik hitam.

“Melanin terbentuk dalam sel melanosit dalam kulit. Aktiviti melanosit meningkat akibat rangsangan sinar UV dan turut berlaku ketika mengalami ketidakseimbangan hormon. Secara tidak langsung, ia menggalakkan pengeluaran melanin sekali gus terbentuk bintik hitam.

“Pada kulit normal, melanin yang dihasilkan secara sementara dalam jumlah berlebihan kerana terdedah kepada sinar UV dan surut dari semasa ke semasa. Melanin berlebihan yang didorong ke permukaan kulit dihapuskan sebagai sebahagian daripada proses penggantian sel semula jadi, malah nada kulit kembali sekata,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian produk White Lucent di ibu kota, baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar Shiseido Malaysia, Masayuki Kohchi; Pengarah Urusan Shiseido Malaysia, Ong Chean Chang dan duta produk di Malaysia, Shafinaz Selamat.

White Lucent bertindak sebagai sistem penghantaran eksklusif secara efektif dengan membantu mengeluarkan bahan peluntur ke sasaran bintik gelap bagi mengelakkan pembentukan melanin. Produk berkenaan dikatakan membantu menjadikan wajah semakin cerah dengan warna lebih sekata. Bagaimanapun, pada masa sama, kulit yang sedia ada cerah pula membantu membentuk tekstur kulit lebih baik dan memberi kelembapan.

Kiyoshi berkata, teknologi 4MSK mengenalpasti masalah bintik gelap yang dialami dan dapat membantu menghalang pengeluaran melanin. Rangkaian produk pencerahan Shiseido, White Lucent menampilkan formula berkesan iaitu masing-masing memfokus kepada tiga tahap proses pembentukan melanin dengan tiga bahan pencerahan khusus.

“Tiga langkah yang dikatakan ditemui dalam teknologi berkenaan, pertama m-Tranexamic asid yang berfungsi bagi menghalang pembentukan melanosit aktif bagi mencegah pembentukan melanin. Kajian Shiseido mendapati bahawa m-tranexamic asid sebagai isyarat menghalang melanosit daripada menjadi aktif sebelum pembentukan bintik gelap muncul pada kulit.

“Pada 2002, penggunaan asid m-tranexamic diluluskan Kementerian Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kesejahteraan Jepun untuk digunakan dalam mencari formula kosmetik pemutihan,” katanya.

Langkah kedua pula ialah Shiseido mendapati bahan 4MSK membantu mengurangkan aktiviti enzim tirosinase iaitu mencegah pembentukan melanin dalam melanosit. Bagi mengurangkan pembentukan melanin yang berlebihan, penting untuk menghalang aktiviti enzim berkenaan.

Langkah ketiga yang ditemui ialah ialah multi-target (pelbagai sasaran) vitamin C. Ia berfungsi sebagai mengurangkan pengeluaran melanin daripada pre-melanin DHICA. Vitamin C sememang terkenal dengan keberkesanannya sebagai pemutihan, tetapi jika tidak dikawal ia boleh merosakkan kulit dengan cepat. Bagi menghalang kesan berkenaan, Shiseido membangunkan multi-target vitamin C yang mana kedua-duanya memberi kesan dengan cepat.

Antara kandungan yang digunakan dalam rangkaian terbaru itu ialah pati daun Yomogi.

Kiyoshi berkata, pati daun Yomogi dikenal pasti dapat membantu menurunkan peningkatan pembahagian sel kulit di samping meningkatkan kelancaran ‘mengusir’ melanin daripada kulit kerana pati berkenaan hanya bekerja pada bahagian bintik hitam dan tidak memberi sebarang kesan kepada sel normal.

INFO: Daun Yomogi

# Tanaman digunakan sebagai herba.
# Daun tradisional itu pada asalnya dikeringkan terlebih dulu sebelum direbus untuk diminum atau ditambah dalam air untuk mandi.
# Pati tumbuhan berkenaan digunakan di dalam produk White Lucent yang dikatakan dapat membantu mencerah dan bertindak sebagai perlindungan kulit wajah daripada sinar UV

Butik Pengantin Muslimah Syahirah




Untuk mendapatkan khidmat Ismail (Pereka fesyen dan pemilik Butik Pengantin Syahirah) anda boleh berkunjung ke No 5, Jalan Bunga Kertas 1B/2, Bukit Sentosa, Rawang atau hubungi 013-3707945 atau 03-60215946.



PROFIL


Ismail Abdul Rahman

Usia: 39 tahun

Asal: Teluk Intan, Perak

Pendidikan: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam

Profesyen: Pereka fesyen dan pemilik Butik Pengantin Syahirah

# Antara selebriti yang pernah mendapatkan khidmat butik pengantin milik Ismail ialah Erra Fazira, Ina Naim, personaliti televisyen, Fenda; Bienda dan Waheeda.


Toyota Vios Interactive TVC

Check this out!

The sizzling new Toyota Vios is out in the market with a refeshing change!

Experience and interact with the new Toyota Vios TVC! A dashing grille, dimensional lamps and chrome trims - details at http://cli.gs/7VmSq !

Check this awesome video out to steer the direction of a TVC – your way! You can determine routes taken in the New interactive version of the Toyota Vios TVC by clicking “Experience the new Vios now” at the end of the TVC!

Mom's BBQ Movie Night @ Farahbill Cafe Boutique


8 May, 2010
Mom's BBQ Movie Night

Treat your mom to an unforgettable evening of good fun and special meal with selection of bbq chicken, prawn & fish serve with our home cooked special recipe dishes such as:

'mom special fried rice, mom eternal love soup, mummy sweetheart salad, mom’s best pineapple salsa Ma Grill Potatoes and our specially made dessert of mom’s delicious chocolate truffle, dearie mom cream caramel, mom cuties cupcakes and assorted fruits and a special movie treat especially for all mothers with Farahbill Special Door Gift'

Time: 6.00pm to 10.00pm

RM35 nett
50% Off our Boutique Selections

Call for reservation at 03 7728 7730 or 012 258 3800.

Farah Bill Cafe Boutique
Lot B-1-11, Ground Floor, TTDI Plaza,
Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Mother's Love & Crazy Noodles @ Taman Sari Brasserie, Hotel Istana Kuala Lumpur


Taman Sari Brasserie
Hotel Istana Kuala Lumpur
No. 73, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia.

1 May - 31 May, 2010
Mother's Love (9 May, 2010)

A Special Lunch Buffet with lots of Love, with lots of bargains thrown in just for Mom! One complimentary cupcake and portrait sketch for every mother.

RM80++ per person (One mother dines for free per table of 4 persons)
RM40++ per child below 12 years old

Crazy Noodles


Go-ga-ga with our Crazy Noodles promotion

Your choice of noodles cooked in a variety of styles - ala carte. Simply irresistible!

RM25++ to RM28++ per person

For reservations, call 603 2141 9988 ext 3667.

Spa Passion To Slim

Pengarah urusan di spa miliknya, Passion To Slim, bekas jururawat yang berpengalaman lebih lima tahun berkhidmat di sebuah hospital swasta terkenal ini mengakui kepentingan penjagaan badan bukan hanya untuk cantik tetapi sihat.

Menerusi pengalaman sendiri yang pernah mencecah berat badan 74 kilogram sehingga menyukarkannya mendapat zuriat, Nor Sharlina Abdul Rashid, 38, berusaha melangsingkan badannya untuk mencapai tahap berat ideal.

"Saya berusaha bersungguh-sungguh memastikan berat badan saya benar-benar bersesuaian. Pernah berkunjung ke pusat diet dan spa, tetapi berat badan saya bukan semakin menurun, sebaliknya sentiasa meningkat membuatkan hati saya risau.

"Oleh itu, saya sendiri mengambil kursus dan terapi kesihatan serta mempelajari teknik urutan di Korea yang menambahkan keyakinan untuk membuka spa sendiri.

"Apabila melaksanakan program diet sendiri dan berat badan menurun sehingga sekitar 50 kilogram, barulah saya yakin untuk melangkah jauh serta ingin berkongsi dengan ramai wanita yang mempunyai masalah serupa," katanya menceritakan pembabitan awal sehingga terdorong membuka perniagaan spa.

Dia juga mengakui dorongan membuka spa itu juga berikutan tertarik dengan teknologi Korea memandangkan diet dan peralatannya amat bersesuaian dengan suasana tempatan.

Memanfaatkan teknologi terbabit di spanya yang beroperasi di Setiawangsa Business Suite, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, misinya juga untuk melihat lebih ramai wanita bukan hanya cantik, namun dia mahu mereka kembali sihat, langsing dan menawan.

Memandangkan dia hanya membuka spa khusus untuk wanita Muslimah dengan menyediakan surau dan telekung di spanya, ini menjadikan spanya antara yang menjadi pilihan ramai.

"Apabila pelanggan mengunjungi spa saya, antara perkara pertama dilakukan adalah mengukur berat badan, ketinggian serta usia.

"Di spa ini, kami memberi penerangan secara berhemah dan tumpuan sering diberikan mengenai kepentingan meningkatkan kesihatan diri.

"Kami turut menjelaskan bahawa semakin usia wanita meningkat, metabolisme mereka akan menurun.

"Penerangan percuma sedemikian diberikan supaya mereka sentiasa peka dengan elemen kesihatan serta keperluan masing-masing," katanya.

Mengenai aspek pelangsingan yang disediakan, dia mengakui pelbagai teknologi moden dan tradisional yang dikongsi dengan pelanggan bakal memberi kepuasan maksimum.

Bukan bermatlamatkan keuntungan semata-mata, proses pelangsingan yang ditawarkan kepada pelanggan turut memberikan tumpuan terhadap urutan limfatik untuk membuang selulit serta nyah toksik di samping proses pembakaran lemak menerusi penggunaan mesin.

Mesin yang dimanfaatkan sepenuhnya menggunakan teknologi moden buatan Korea menerusi radio frekuensi itu mampu menembusi 10 sentimeter kadarnya ke dalam badan. Ia dikatakan memberi kesan langsung terhadap tahap obesiti, kandungan air atau lemak yang tidak diperlukan dan membuang toksik dalam badan.

Menurutnya, teknik balutan badan pula bertujuan membentuk atau merampingkan badan yang sebelum ini langsung tiada bentuk.

"Tidak kurang penting, spa ini mengajar cara pemakanan yang betul memandangkan makanan yang dimakan membentuk diri kita yang sebenar.

"Daripada aspek terbabit, ia turut membantu untuk melahirkan tekstur kulit yang licin dan gebu," katanya.

Nor Sharlina turut yakin spa daripada garapan idea sendiri yang sederhana tetapi menenangkan itu mampu memberi kepuasan tersendiri kepada pelanggan.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi 03-42577400/019-3483603 atau layari www.passion-to-slim.blogspot.com.

Passion to Slim

C-1-3A, SETIAWANGSA BUSINESS CENTRE JALAN SETIAWANGSA 11,
TAMAN SETIAWANGSA 54200 KUALA LUMPUR
T: 03 4257 7400 F: 03 4257 5400

Celcom World Cup

Check this out!

The football fever is on! The Blue Bears from Celcom are here so let the battle begin!

Check this out http://cli.gs/dhDSp and get awesome FREE downloads like a Bearigamy (bear origami), cool ringtones and wallpapers!

Take part in the fun online games and don’t forget to catch the latest beary TVC from the website! If you like the downloads, check out the exclusive “World of Football 2010…#157" downloads from Channel X too! Just dial *118#.

Get updated with all Celcom's latest and exclusive information during this football season from http://cli.gs/dhDSp !

Warisan Roaster Rasa Mas

Warisan Roaster dengan gabungan cita rasa daripada campuran asam boi dan rempah ratus eksotik diperkenalkan sebagai resipi baru di restoran Rasamas. Resipi ayam panggang tersebut adalah salah satu daripada lima resipi yang berjaya ke peringkat akhir dalam pertandingan masakan ayam RasaMas Roaster tahun lalu.

Sajian Warisan Roaster, hasil ciptaan Mohd. Salezahrin Mohd. Saleh dari Ampang, Selangor itu merupakan campuran cita rasa masakan pelbagai budaya di Malaysia.

Para pengguna boleh mencuba keenakan hidangan tersebut di 40 cawangan RasaMas di seluruh negara untuk tempoh yang terhad sahaja mulai 8 April lalu sehingga 2 Jun ini.

Sajian terbaru itu didatangkan dalam beberapa hidangan pada harga yang berpatutan iaitu bagi setiap suku ayam hanya berharga RM11.80, setengah ekor ayam pula berharga RM16.80 manakala seekor ayam dijual pada harga RM25.80.

Di samping itu, RasaMas turut menawarkan hidangan kombo Warisan Roaster untuk set individu pada harga RM13.80, hidangan dua orang pada harga RM29.80 dan seterusnya set empat orang pada harga RM49.80.

Bagi melengkapkan lagi hidangan kombo tersebut, RasaMas turut menyediakan hidangan sampingan seperti begedil, ulam, jejari ikan dan tauhu.

Menurut Pengarah Urusan KFC Holding (Malaysia) Bhd., Jamaluddin Md. Ali, pemilihan hidangan tersebut adalah susulan daripada kejayaan Warisan Roaster mendapat tempat kedua dalam rancangan masakan Syoknya RasaMas anjuran rangkaian restoran itu sebelum ini.

Pihaknya yakin Warisan Roaster akan turut laris berikutan sambutan hebat yang diberikan oleh orang ramai terhadap rancangan realiti TV tersebut. Ditambah dengan campuran asam boi sebagai ramuan memerap ayam, menjadikan hidangan itu lebih istimewa.

Majlis tersebut turut diserikan dengan demonstrasi penyediaan Warisan Roaster daripada penciptanya, Mohd. Salezahrin.

Selain Warisan Roaster, dua hidangan ayam yang turut disajikan di RasaMas termasuklah Percik Roaster dan Pepper Roaster serta dua hidangan ayam panggang tanpa tulang iaitu Honey PrimeRoast dan Peperroast.

Restoran RasaMas turut memperkenalkan hidangan ayam Hainan sebagai menu kekal.

Konsert pengenalan Mentor musim keempat

Konsert pengenalan Mentor musim keempat diadakan di Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam, serta disiarkan secara langsung oleh TV3.

Malam itu, Adi, Nani, Ila, Ayim, Thalia dan Shaq, masing-masing protege kepada Dayang Nurfaizah, Azmeer, Joe Flizzow, Mus May, Ziana Zain dan Mas Idayu, cuba membuktikan kepada peminat, mengapa diri mereka layak bergelar anak didik barisan artis terkemuka itu.

Nyata sekali, kesemua enam bakat baru itu mempunyai keupayaan tersendiri, walaupun dirasakan cukup tidak adil untuk membuat penilaian awal. Kemampuan sebenar mereka dirasakan belum lagi terserlah. Apatah lagi persembahan malam itu hanya dinilai penasihat vokal, Ajai, dan penasihat persembahan, Sazlan Mat Adnan, bagi menentukan peserta yang berada dalam kumpulan A dan B.

Andainya Adi memilih untuk menyanyikan lagu popular Wings, Sejati, dengan gubahan baru berbentuk R&B, Nani pula menyampaikan rangkaian lagu Awan Yang Terpilu/Lady Marmalade. Ayim muncul bertenaga menyanyikan lagu Bila Aku Sudah Tiada, manakala Ila mengalunkan lagu berhantu Rihanna, Unfaithful, dengan iringan piano dan biola.

Thalia turut mempamerkan kebolehannya menerusi lagu Akhirnya Kini Pasti, diikuti Shaq yang sepatutnya menyampaikan rangkaian lagu Kasihnya Laila/Melompat Lebih Tinggi/Jikalau Berkasih. Begitupun, persembahan Shaq dihentikan mentornya, Mas Idayu, tidak lama selepas peserta itu mula menyanyi.
Bukan gimik, kata Mas, sebaliknya Shaq ternyata belum mampu untuk mengeluarkan suara dengan sebaiknya apabila dia ditimpa kesakitan beberapa hari sebelum itu.

"Dia baru saja mendapat suntikan doktor, semalam (1 Mei). Sepatutnya dia kena berehat selama dua hari selepas menerima rawatan. Bagaimanapun dia teringin juga untuk cuba menyanyi malam ini. Jadi, kami memutuskan untuk melihat sejauh mana dia boleh melakukannya. Sayangnya, dia memang belum bersedia untuk berbuat demikian.



"Jadi, daripada dia memalukan diri sendiri dan memalukan mentornya, baiklah saya hentikan saja persembahan itu kerana nyata sekali Shaq belum pulih sepenuhnya. Beberapa hari lalu, suaranya langsung tiada. Saya tidak mahu dengan persembahan sedemikian, peminat akan membuat telahan yang bukan-bukan," kata Mas pada sidang akhbar selepas tamat konsert.

Shaq pula berkata, sudah tentulah dia agak kecewa apabila tidak berupaya menunjukkan keupayaan sebenarnya pada konsert pengenalan berkenaan. Namun dia akur dengan tindakan mentornya yang memberhentikan persembahan kerana sememangnya dia tidak mampu untuk mengeluarkan suara.

Rata-rata mentor yang terbabit dalam program realiti musim keempat itu berpuas hati dengan persembahan anak didik masing-masing, walaupun mereka mengaku, masih ada ruang yang boleh diperbaiki pada persembahan akan datang.

Mus umpamanya mengaku, Ayim sebenarnya mampu mencapai nada yang lebih tinggi. Begitupun, dia enggan memberikan tekanan kepada remaja berusia 19 tahun dari Klang itu, lebih-lebih lagi konsert pada malam itu hanyalah konsert pengenalan.

"Saya juga ingin membawanya ke beberapa arah dalam muzik, bukan sekadar bertumpu pada rock semata-mata," kata Mus yang berasakan betapa saingan sengit bakal diterima daripada kesemua protege lain, sekiranya masing-masing tampil lebih bersedia.

Joe turut berasakan tahap persediaan peserta boleh diperbaiki lagi untuk membolehkan mereka tampil lebih selesa di pentas.

"Seperti Ila, saya berpuas hati dengan tahap vokalnya yang memiliki nada R&B dan soul. Cuma, dia agak gementar tadi, berkemungkinan besar akibat kekurangan pengalaman beraksi di pentas," ujarnya.

Ziana Zain pula beberapa kali menegaskan, faktor tumpuan sepenuhnya kepada nyanyian dan persembahan, begitu juga sewaktu latihan, perlu ada pada peserta. Katanya, dengan adanya fokus ketika melakukan persembahan, peminat akan lebih yakin dengan bakat mereka.

Kenyataan Ziana disokong Dayang Nurfaizah yang mendakwa, anak didiknya turut kelihatan gementar pada kemunculan sulungnya di pentas Mentor. Begitupun dia berkeyakinan Adi mampu memberikan persembahan lebih baik pada konsert seterusnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai suara protegenya, Nani, yang dikatakan mirip penyanyi Azharina, Azmeer dengan pantas mendakwa nada suara anak didiknya lebih tinggi berbanding penyanyi Rawan itu.

"Julat suara Nani sebenarnya lebih kepada penyanyi Alicia Keys," kata pencipta berpengalaman itu yang turut memberikan penekanan terhadap soal penampilan, mengelakkan rasa gemuruh serta takutkan pentas kepada protegenya.

Pada malam itu, sebaik saja peserta tamat menyanyikan lagu tema, nama kumpulan masing-masing turut diumumkan. Kumpulan A menyaksikan saingan antara Ila, Nani dan Shaq, manakala kumpulan B pula terdiri daripada Thalia, Adi dan Ayim. Peserta kumpulan A akan bersaing buat kali pertama pada konsert mingguan yang akan dilangsungkan pada 9 Mei.

Kit jenazah Dunia Kifayah

Dalam mengharungi kehidupan seharian kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku pada masa hadapan termasuklah soal kematian.

Kematian akan datang tanpa memberi sebarang amaran sehingga kebiasaannya membuatkan kita tidak bersedia dan sukar mencari barangan pengurusan jenazah pada saat-saat akhir.


Menyedari kepentingan itu, sebuah syarikat bumiputera Dunia Kifayah yang ditubuhkan pada September 2009 membangunkan kit lengkap pengurusan jenazah bertujuan untuk memudahkan umat Islam dalam menguruskan jenazah dengan lebih seragam, tertib dan sistematik.

Pengurus Besar Dunia Kifayah, Jasri Jamil, berkata, pengenalan produk keluaran syarikatnya diharap dapat membantu umat Islam memenuhi keperluan dan penyeragaman pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardu kifayah.

"Produk ini juga dikeluarkan agar dapat memupuk kesedaran khususnya di kalangan generasi muda. Asalkan kit pengurusan jenazah ini ada sesiapa sahaja berupaya untuk menguruskan jenazah tidak kira di mana mereka berada.

"Melalui produk ini, umat Islam dapat mengelak kelewatan untuk menguruskan jenazah kerana tidak mempunyai bekalan mencukupi apabila berlakunya kematian," katanya.

Kit lengkap pengurusan jenazah yang diperkenalkan Dunia Kifayah mengandungi 20 peralatan utama meliputi peralatan dan bahan asas untuk pengurusan jenazah seorang Islam.

Ujar Jasri, peralatan tersebut merangkumi tiga helai kain kapan, kain kemban, tudung, baju, kain murung (enam set), sarung bantal (empat helai), tali (lima helai), kapas dua gulung, air mawar, akar sintok, putik kapas (15 batang), celak, kapur barus, minyak atar, sabun, serbuk cendana, apron plastik, plastik sampah, sarung tangan getah dan topeng muka.

Katanya, produk itu merupakan kit pengurusan jenazah yang paling lengkap boleh didapati di pasaran. Jasri menegaskan produk kelengkapan itu diperkenalkan bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan kerana jika diamati tuntutan fardu kifayah sebelum ini sering dipandang ringan oleh masyarakat Islam walaupun ia perkara wajib.

Katanya, melalui pengalaman sendiri, memang sukar mencari kelengkapan kerana tidak semua kedai menjualnya dan perkara itu merupakan salah satu faktor kit lengkap pengurusan jenazah dibangunkan syarikatnya.

"Produk kit pengurusan jenazah ini telah dipasarkan sekitar Johor dan kami menyasarkan untuk memperluas lagi pasaran sehingga seluruh negara.

"Kita juga sedang dalam perancangan untuk memasarkan produk ini ke luar negara seperti di Indonesia, Singapura dan Brunei," katanya lagi.

Tanah perkuburan Kifayah

Menyentuh mengenai perancangan jangka pendek, Jasri menambah, syarikatnya sedang dalam proses membangunkan kit kelengkapan jemaah haji dan umrah.

"Kita ingin memudahkan lagi bakal-bakal jemaah haji dan mereka yang ingin mengerjakan umrah," ujarnya.

Dalam pada itu, syarikat Dunia Kifayah juga bercadang untuk mempunyai van jenazah dilengkapi dengan pemandu yang akan membantu menyediakan peralatan memandikan dan pengebumian jenazah.

Jasri menambah, perancangan jangka panjang pula mewujudkan panel pengurus jenazah di setiap negara yang mempunyai rakyat beragama Islam.

"Kita juga bercadang untuk mempunyai tanah perkuburan Kifayah yang diuruskan sepenuhnya oleh Dunia Kifayah. Ia lengkap dengan segala infrastruktur seperti surau, pejabat urusan Kifayah, tapak letak kereta dan khidmat buggy.

"Tanah perkuburan ini nanti akan dikawal 24 jam oleh pengawal keselamatan dan hanya boleh dimasuki oleh ahli keluarga yang berdaftar sahaja. Apabila ia menjadi realiti kelak, kami berharap tanah perkuburan Kifayah akan menjadi tanda aras untuk diikuti oleh pengurusan tanah-tanah perkuburan lain di seluruh negara," ujar Jasri lagi.

Tambahnya, apa yang ingin diketengahkan lebih kepada usaha untuk menjadikan tanah perkuburan sebagai mesra masyarakat dan persekitaran.

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

Sabun susu beras dan krim susu beras Citra

Nenek moyang kita dahulu tidak pernah menggunakan produk penjagaan kulit atau kosmetik bagi mencantikkan kulit muka. Sungguhpun demikian mereka jarang sekali menghadapi masalah kulit seperti jerawat batu, jerawat seperti ruam, kulit kusam gelap, kulit kering, menggelupas dan sebagainya.

Namun pada hari ini, terdapat pelbagai masalah kulit yang dialami baik oleh wanita mahupun lelaki. Di antara penyebab kepada masalah ini ialah tekanan, pencemaran alam sekitar, asap kenderaan, pemakanan, terdedah pada panas matahari dan banyak lagi.

Apa pun, apabila banyak masalah yang terjadi, banyak pula produk yang dicipta bagi mengatasi masalah tersebut.

Apa kata jika kita kembali mencuba petua lama yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu..

Umpamanya air beras boleh digunakan bagi mencuci muka dan berkesan bagi membuang kotoran, minyak dan mencerahkan kulit muka.

Semasa membasuh beras untuk dimasak, tadah airnya dan gunakan untuk mencuci muka.

Lebih baik lagi jika baki air beras yang berwarna putih itu dilumur perlahan pada muka kerana mempunyai banyak khasiat.

Bagi kemudahan semua yang telah mulai mempercayai khasiat beras dalam penjagaan kulit sama ada kulit wajah atau badan, kini boleh diperoleh sabun susu beras yang dibuat seratus peratus menggunakan beras wangi.

Sabun susu beras Citra ini berkesan menanggalkan kotoran, minyak, sel kulit mati, parut jerawat serta jeragat, menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang tanpa pengelupasan.

Ia juga mampu menanggalkan kesan mekap, kesan hitam di bawah lengan, celah paha dan siku.

Menurut Pengurus Pemasaran Citra Lestari yang mengedarkan sabun susu beras Citra ini, Rasyidi Romli, selain untuk tujuan kecantikan, sabun ini berkesan bagi mereka yang menghadapi masalah kulit dan resdung.

"Gunakan semasa mandi dan gosok pada muka dan seluruh badan. Daripada testimoni yang kami peroleh, mereka yang menghadapi masalah resdung mendapati penyakit mereka berkurangan kerana terdapat pengeluaran lendir daripada hidung selepas menggunakan sabun Citra ini.

"Selain itu, mereka yang menggunakannya akan berasa segar sepanjang hari dan badan tidak melekit walaupun berpeluh sekali gus mengatasi masalah bau badan yang sering dialami oleh mereka yang bekerja di luar pejabat.

"Sabun ini juga berkesan untuk digunakan pada kanak-kanak atau mereka yang menghidap demam campak.

"Mandi sambil menggosok badan dengan sabun ini dapat menghilangkan gatal dan parut hitam akibat campak ,'' ujar Rasyidi yang ditemui di Wisma Rampai, Setapak baru-baru ini.

Tambahnya, selain sabun, atas permintaan pelanggan, Citra Lestari Marketing turut mengeluarkan krim susu beras yang boleh digunakan sama ada pada waktu siang, malam atau sebagai alas bedak.

"Krim susu beras ini menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang, menghilangkan parut jerawat, jeragat dan sel kulit mati dan sesuai bagi yang menghadapi masalah kulit,'' katanya.

Rasyidi berkata, bagi pelanggan yang ingin mendapatkan sabun dan krim susu beras Citra boleh menghubunginya di 013-4004566. Beliau turut mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi pengedar.

Oleh MERAN ABU BAKAR

Kamus al-Quran pertama dalam Bahasa Melayu

Banyak usaha dilakukan sarjana Islam bagi mengupas, dan mengkaji segala kandungan yang wujud di dalam al-Quran. Ia bertujuan supaya manusia selalu di bawah naungannya dan mendapat hidayah yang menjamin kehidupan di dunia dan akhirat.

Antara usaha-usaha suci ini adalah melalui pentafsiran dan pentakwilan al-Quran. Ini kerana, tidak semua individu memahami dan mengetahui makna kitab suci itu.

Penerbitan Kamus al-Quran dalam bahasa Melayu adalah antara yang pertama dilakukan bagi memahami isi al-Quran.

Kamus al-Quran itu diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. dan mendapat sambutan ramai.

"Kami melakukan kajian selama tiga tahun untuk menyempurnakan kamus ini. Kami berjaya menggabungkan pelbagai tafsir al-Quran untuk mendapatkan makna paling tepat bagi setiap perkataan.

"Kedudukan dan jumlah perkataan dalam al-Quran juga dianalisis dengan teliti hingga membolehkan pembaca yang buta bahasa Arab memahami perbezaan ataupun persamaan pada lafaz dan ayat yang berbeza," ujar ketua panel penerbitan kamus itu, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff.

Beliau yang juga Pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dibantu 18 ahli panel dan penyelidik.

Memandangkan ia disusun berdasarkan entri mengikut abjad, pembaca boleh menentukan entri yang ingin dikaji tanpa perlu terikat pada turutan surah atau ayat.

Pembaca hanya perlu mencari perkataan berdasarkan ejaan dalam bahasa arab.

Sebagai contoh untuk mencari makna adiyat pembaca perlu mencari di huruf ('ain) bukan (alif). Ini kerana indeks kamus ini mengikut huruf arab.

"Kamus al-Quran ini bukan sekadar kamus untuk menterjemah dan menerangkan maksud perkataan penting dalam al-Quran, ia sebenarnya adalah tafsir kepada perkataan itu.

"Dalam erti kata lain, ia adalah tafsir perkataan dalam al-Quran atau disebut tafsir al-Quran bertema iaitu berasaskan perkataan," kata Pengurus Penerbitan PTS Islamika Sdn. Bhd., Faris Hasbullah.

Kamus ini disyorkan untuk menambah perbendaharaan kata dan seterusnya memahami perkataan dalam al-Quran.

Juga sesuai untuk aktiviti berkumpulan bagi memahami dan mengkaji setiap perkataan dan berkongsi untuk pemahaman semua.

Lebih menarik, Kamus al-Quran ini juga boleh menjadi rujukan bagi ibu bapa untuk mencari nama kepada anak mereka.

Al-Quran adalah kalam Allah yang penuh dengan 1,001 mukjizat yang tidak dapat ditandingi. Ia adalah sumber ilmu pertama dan utama bagi umat manusia.

Kitab itu mencakupi segala apa yang diinginkan, menjelaskan segala yang samar, menyentuh semua aspek kehidupan, lengkap dan tiada satu perkara pun tertinggal daripada huraiannya.

Allah menegaskan: Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam kitab (al-Quran) ini. (al-An'am: 38)

Tidak keterlaluan jika dikatakan, Kamus al-Quran ini membuka lembaran baru kepada umat Islam di Malaysia untuk memahami kalam Allah itu dengan lebih berkesan.

Belian secara langsung boleh dibuat di www.bookcafe.com.my.

Oleh MOHD ROSLAN MD ISA

AFTL VNP Tunnel

AFTL VNP Tunnel


AFTL VNP Tunnel - Stress Release System (dahulu dikenali sebagai AFTL HolloTunnel), seperti semua produk-produk AFTL lain, juga dilengkapi dengan asas utama AFTL iaitu VNP (Virtual Negative Photon), yang menjadi pemangkin keseimbangan kedua-dua pola diri iaitu Pola Positif dan Pola Negatif. Cas-cas VNP tersebut apabila terus diterima insya-Allah akan menghasilkan Ketenangan Diri.

AFTL HolloTunnel

AFTL dengan usahanya yang begitu gigih dalam usaha membantu orang ramai telah berjaya menghasilkan satu alat unik dengan terhasilnya perkhidmatan AFTL VNP Tunnel - Stress Release System.

Ia merupakan sebuah alat unik hasil ciptaan Dr. Mohd Yusoff Hussin M.D. (A.M) yang menggabungkan beberapa disiplin sains yang sempurna bagi menggantikan kaedah tradisional orang zaman dahulu yang suka menyendiri di gunung, gua, tepi laut dan sebagainya untuk bermuhasabah diri dan mencari ketenangan jiwa untuk memperbaiki kehidupan. Melalui sistem ini, telah banyak masalah kesihatan yang berkaitan Hati, Akal, Tubuh dan Rohani dapat diselesaikan dengan cara yang paling harmoni dan paktikal.

Ketika menjalani sesi pengimbangan hati dan minda, anda akan diperdengarkan dengan bunyi-bunyian alam semulajadi yang pastinya menenangkan perasaan dan merangsang pengaliran masuk oksigen dengan sempurna ke seluruh sistem dalam tubuh. Dalam sistem terapi AFTL VNP Tunnel ini nama penyakit dan punca penyakit tidak terlalu diambil berat kerana sistem ini mempunyai "autoscaning-nya" tersendiri yang sangat halus dan tepat. Oleh yang demikian pesakit hanya perlu berbaring dengan mata terpejam sambil melafaskan istighfar di sepanjang proses terapi.

Kesannya, minda yang bermasalah menjadi tenang, tubuh yang lesu kembali bertenaga, wajah yang kusam bertambah ceria, semangat mula meningkat, pemikiran semakin jelas dan mantap, hati dan perasaan menjadi tenteram dan akhirnya bersedia untuk menjalani hidup dengan lebih baik dan bersemangat.

Laman WEB AFTL.MY

Produk Makanan Minda Terkini AFTL - GeniusXtra Mind & Soul

GeniusXtra Mind & Soul

Penggunaan Teknologi VNP AFTL dipermudahkan lagi dalam bentuk pil homeopathy. Mampu mengimbangi Hati, Minda, Tubuh, & Rohani ke arah lebih tenang, fokus, tajam ingatan, cergas, cerdik serta sahsiah berketerampilan! Sesuai digunakan untuk semua peringkat usia.

Kebaikan GeniusXtra

Bersahsiah insan, tenang, fokus, berkeyakinan, penghasil pembelajaran berkesan, cemerlang akademik, pencapai wawasan
pendidikan (JERIS). - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sahsiah yang seimbang, mudah direalisasikan!

Diperbuat daripada bahan berasaskan gula sukrosa yang diadun dengan mineral semulajadi seperti Ferrum, Kalsium, Kalium, Magnesium & Natrium. Ini adalah Sumber Utama yang sangat diperlukan dalam memberi keseimbangan kepada Minda & Tubuh.

Penghayatan Teknologi VNP AFTL menghasilkan bioelektrik tambahan berserta getaran ketenangan yang menjadikan Minda Laju memproses data, mengingat & mengimbas kembali maklumat yang diperolehi dengan pantas kerana:

* Tenaga Hayat tubuh meningkat sehingga memperbaiki fungsi otak daripada normal 5% – 10% kepada lebih 10%. Lebih tenaga untuk berfikir, lebih terbuka pemikiran dan lebih berketerampilan.
* Memperbetul dan memperkuat “Laluan Bioelktrik Tubuh” daripada mendatar kepada menegak, satu keadaan di mana secara fizikalnya, “Tenaga Terangkat ke atas”, hati, minda, komunikasi, pendengaran, penglihatan dan sistem saraf tubuh menjadi selaras dan selari, harmoni, tepat dan laju.
* VNP AFTL - tenaga “hening” yang “menstabil” semua keadaan.

Keberkesanan GeniusXtra

* Meningkatkan tahap kecegasan otak dan perasaan.
* Mudah, ceria dan bertenaga ketika bangun tidur.
* Cepat mengingat dan mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
* Meningkatkan keyakinan diri dan berani ke hadapan.
* Memperbaiki aura tubuh & mencukupkan keperluan sel.
* Melegakan migrain, demam ringan dan penyakit saraf.
* Mengurangkan panik, merajuk, hati berdebar-debar, pemalu, penakut dan panas baran.


Cara Pengambilan

Disyorkan bagi permulaan pengambilan GX, pada 3 hari yang pertama, untuk kesan lebih baik, ambil 1.5 liter air mineral, masukkan 21 biji GX dan dibiarkan larut selama 8 jam. Kemudian baru diminum. Air tersebur perlu dihabiskan dalam masa 1 hari. Pada hari ke-4, gunakan menu yang disarankan. * Rujukkan menu aturan pengambilan dilampirkan di akhir halaman.

Cara pengambilan biasa, dihisap atau dikemam bawah lidah sebelum tidur dan selepas bangun pagi. Untuk kesan yang terbaik, bacakan doa mengikut agama masing-masing, atau niat, atau fokus terhadap sasaran kejayaan anak atau pengguna, sebelum atau semasa mengambil GX.

* Elakkan mengambil minuman berkafien, teh , kopi, air gas atau nescafe sekurang-kurangnya ½ jam sebelum dan selepas mengambil GX.
* Jangan disimpan di dalam peti sejuk atau di tempat yang panas, atau terdedah kepada sinaran matahari, atau berhampiran barangan elektrik.
* Jangan dipegang dengan tangan. Gunakan sudu atau penutup botol.
* Tiada masalah jika tergoncang tetapi jangan dengan sengaja menggoncang dengan terlalu kuat.
* Pastikan tempat simpanan tiada bau-bauan yang kuat.

Laman Web AFTL

AFTL AuraCorrector Stiker


AFTL AuraCorrector Stiker

Stiker AFTL - AFTL AuraCorrector, berfungsi membuang memori yang tidak diingini seperti memori-memori rencam dan sifat-sifat negatif yang bersarang di minda dan hati. Tubuh akan dipertenagakan semula dengan lebih banyak bioelektrik dengan menarik tenaga VNP AFTL melalui ciri Negative Entropy yang ada pada stiker ini.


Menurut Pengasas AFTL, Dr. Mohd Yusof Husin M.D. (A.M.), Stiker AFTL AuraCorrector merupakan antena yang berfungsi menerima pancaran tenaga hayat yang segar atau “fress life energy” daripada “Sistem Propritori” kepunyaan AFTL Technology Sdn. Bhd, juga berupaya memperbaiki keupayaan dan kebolehan otak pengguna dari normal 5% - 10% kepada melebihi 10%.

Apabila ini berlaku otak akan menjadi tenang dan pergerakan aliran otak menjadi laju dan berupaya mempengaruhi keseluruhan sistem bioelektrik tubuh sehingga menjadi “super conductor” yang terus menerus akan menerima pancaran tenaga hayat. Keadaan begini boleh mengubah aliran tenaga hayat tubuh dari keadaan biasa yang mendatar kepada aliran tenaga yang menegak.

Secara fiziknya apabila aliran tenaga telah bertukar kepada menegak, interaksi antara hati dan minda menjadi laju dan serentak dengan itu keupayaan penjanaan idea meningkat dengan pantas.

Cara Penggunaan

Sebelum Menggunakan Sticker Aura Corrector:

* Tenang dan fokus.
* Beri arahan pada otak (Niatkan ke mana Tenaga VNP AFTL hendak ditujukan)

1. Niat Pemakaian Sticker - Pertama Kali Menggunakannya
* 2 keping sticker bagi tempoh pertama adalah untuk niat pencucian.
* Lekat di jantung dan satu di kepala atau belakang tulang bonggol tengkuk.
* Fokus / niat untuk meneutralkan segala tenaga negatif.
* Tempoh pemakaian pertama antara 7 ~14 hari sahaja.
* Kemudian buang sticker dengan cara ditanam atau dilalukan di air yang mengalir.
2. Niat Pemakaian Sticker - Selepas Tempoh Pencucian
* 2 keping sticker bagi tempoh kedua adalah untuk niat penjanaan diri (mengikut kepada niat anda).
* Ditampal di tempat yang sama seperti tempoh pertama.
* Tempoh pemakaian yang kedua adalah sehingga penuh filter iaitu di antara 2~3 bulan dan seterusnya tukar yang baru.
3. Jangka masa pemakaian adalah minima 8 jam, jika mandi perlu dibuka.
4. Setiap satu keping AFTL AuraCorrector hanya untuk satu tujuan sahaja.
5. Tiada batas penggunaan ( boleh ditampal / digunakan di mana sahaja bergantung pada niat yang tertentu).
6. Jangka hayat sticker adalah 2 tahun jika di tampal di rumah, kenderaan, harta benda dan lain-lain iaitu jika tiada permasalahan yang berlaku.

Website AFTL

Sempena Hari Ibu - Rantai leher buat ibu tersayang

Hari Ibu tidak lama lagi, pasti ramai yang ingin menghadiahkan sesuatu bagi menghargai jasa dan pengorbanan ibu tersayang.

Sungguhpun tiada hadiah yang dapat menggantikan jerih- perih ibu membesarkan anak mereka, sekurang-kurangnya ada yang boleh dijadikan kenang-kenangan.

Untuk itu, Comyns menyediakan set Tesserae dan Crystelle yang pasti dapat menggembirakan ibu dengan rekaan elegen dan menarik untuk dipakai sepanjang tahun.

Dinamakan sempena nama dinding mozek Roman, set rantai leher Tesserae direka bercirikan gantungan kepingan perak tulen yang tentunya indah menghiasi leher ibu tersayang.

Malah gelang tangan yang disediakan juga sepadan dengan aura ditonjolkan rantai berkenaan.


Kombinasi struktur hablur segi enam Crystelle pula dinyatakan dengan jelas melalui rekaan rantai leher dan gelang tangan yang menawan hati.


Set rantai leher itu memaparkan rekaan unik dengan fungsi penyesuaian bagi membolehkan pengguna membetulkan panjang rantai agar bersesuaian dengan majlis dihadiri.

Untuk jangka masa terhad, Comyns turut menyediakan kain pengilap berwarna perak secara percuma untuk setiap pembelian bagi koleksi terbabit.

Ia boleh didapati di seluruh rangkaian Comyns di Suria KLCC, Bangsar Shopping Center dan di Royal Selangor Visitor Centre, Setapak.

Doa Pengasih

Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Teknik Menjawab Soalan Temuduga. Info lanjut, sila klik sini.

Kerja Dari Rumah

Recent Posts