Keistimewaan Koleksi Tudung Myza - Tudung 2 dalam 1


Pelbagai rekaan tudung diperkenalkan di pasaran bagi memberi pilihan kepada wanita. Jika dulu, dua bahan diperlukan untuk mengenakan tudung iaitu anak tudung dan tudung sama ada selendang atau tudung segi empat, kini tudung dua dalam satu yang mula diperkenalkan awal tahun ini menjadi pilihan ramai.

Bukan saja ia mudah dan mempercepatkan proses pemakaian, tetapi juga praktikal bagi wanita bekerjaya mahupun pelajar. Melihat kecenderungan trend fesyen hari ini, Myza Worldwide mengambil inisiatif memperkenalkan Koleksi Myza yang menampilkan rekaan unik gabungan anak tudung dan tudung.

Koleksi Myza menampilkan kelainan apabila anak tudung yang turut menutupi bahagian leher dan dada dicantumkan dengan selendang sifon tanpa memerlukan pemakainya melilit atau menggunakan kerongsang kecil bagi mencantumkan tudung pada pertembungan kain di leher.

Presiden Yayasan Pembangunan Nur Hikmah, Ameer Soekre Ishak, berkata rekaan tudung berkenaan mengambil kira cita rasa wanita khususnya yang bekerjaya, seiring dengan gaya hidup golongan hawa hari ini.

“Ketika kita hendak memperkenalkan koleksi ini, kita mengenal pasti keperluan wanita hari ini. Ada rekaan tudung yang menghasilkan gaya sesuai untuk satu majlis saja, contohnya tampak terlalu glamor, tetapi tidak boleh digayakan ke pejabat. Ada pula yang tampak terlalu ringkas, tidak sesuai ke majlis rasmi.

“Antara cadangan yang kita dapat, ialah mereka memerlukan tudung yang mudah dan praktikal. Jadi, daripada situ pereka tudung Myza tampil dengan tudung dua dalam satu ini yang memudahkan pemakaian,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Koleksi Tudung Myza, di Ampang, baru-baru ini.

Pada majlis itu, Myza Worldwide, anak syarikat di bawah Yayasan Pembangunan Nur Hikmah turut memperkenalkan duta bagi Koleksi Tudung Myza, Maizawati Zainal yang bakal tampil menggayakan tudung berkenaan pada pelbagai majlis.

Ameer berkata, koleksi itu menggunakan fabrik sifon Itali yang mempunyai rekaan moden dan eksklusif sesuai dengan imej muslimah hari ini, manakala bagi anak tudung pula memanfaatkan fabrik jersi kapas yang telap peluh dan selesa.

“Pemilihan fabrik dilakukan secara teliti dengan mengambil kira semua aspek. Selain telap peluh, kita juga dapati wanita inginkan fabrik yang lembut dan memeri. Jadi, kain jersi kapas ini memudahkan pengguna tanpa mengira saiz wajah dan ia lembut pada kulit serta mudah dibentuk,” katanya.

Selain sesuai digayakan wanita bekerja, koleksi ini juga disasarkan bagi pelajar dan kanak-kanak dengan rekaan lebih bercirikan keremajaan dan tampak ranggi tidak kira apa saja kegiatan yang dilakukan.

Koleksi Tudung Myza mempunyai pelbagai pilihan warna bagi setiap rekaan, namun buat permulaan hanya ada lapan warna saja yang disediakan.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tudung Myza, boleh melayari laman web www.myza.com.my dengan memilih warna atau rekaan yang bersesuaian dengan cita rasa masing-masing.

Myza Worldwide juga menjemput wanita yang berminat untuk menjadi usahawan dengan menjadi wakil pengedar bagi jenama itu. Untuk maklumat lanjut, e-mel ke alamat info@myza.com.my.

INFO: Empat keistimewaan tudung Myza:

* Mudah dipakai - Pemakai hanya perlu menyarungkan tudung kerana tudung Myza mencantumkan anak tudung dan tudung.

* Fabrik bermutu - Tudung Myza diperbuat daripada kain jersi kapas dan tudungnya daripada kain sifon, sekali gus menjamin telap peluh dan sesuai dengan cuaca di Malaysia.

* Harga murah - Setiap tudung berharga daripada RM55 hingga RM180. Ini agak murah kerana pada satu harga boleh dapat dua bahan (anak tudung dan tudung).

* Hasil tangan - Berbanding tudung lain yang dibuat secara pukal di kilang, tudung Myza pula menggunakan hasil tangan secara manual oleh wanita di Felda Tronoh, Perak. Ini menjamin hasil yang bermutu.

Burqini - Baju Renang Muslimah

Bergaya sopan, cantik dan tampil kemas sememangnya dituntut dalam Islam kerana ia menyerlahkan peribadi, di samping mampu meningkatkan diri serta keyakinan. Justeru, walau ke mana saja kaki melangkah penampilan perlulah dijaga supaya ia bukan saja dapat menjaga dan meningkatkan imej diri, tetapi turut membuatkan orang lain berasa senang untuk berdamping dengan kita.

Bagi umat Islam di negara ini, memilih fesyen sesuai yang memenuhi aspirasi sedemikian bukanlah begitu sukar kerana kini sudah pun semakin banyak pilihan. Malah, kebanyakan ragam fesyen yang mempunyai ciri-ciri itu diketengahkan mengikut arus aliran terkini dan dapat diterima semua.

Cuma elemen Muslimah mencantikkan lagi wanita Islam memakainya.

Dalam pada itu, Pengarah Projek Aktif Bestari, Nuraini Mohd. Ariffin yang merupakan pelopor baju renang Muslimah di Malaysia memberitahu, baju ini mempunyai kualiti yang sama dengan baju renang moden.

Burqini yang mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006 ini masih berada di tahap baru era fesyen dunia.

"Ia merupakan baju renang tertutup. Pada awalnya ia juga sukar diterima di negara kita. namun, saya yakin dengan adanya peranan kerajaan dan media, ia mula diterima secara perlahan-lahan.

"Sebagai seorang Muslimah, kita perlu menutup aurat dan tidak bermakna kita perlu membataskan pergerakan. Dengan adanya baju ini, ia dapat membantu wanita mudah melakukan aktiviti fizikal," katanya.

Berbeza dengan Dubai, baju renang warna-warni tidak dibenarkan.

Kerajaan mereka mahu pakaian yang polos untuk tidak menarik perhatian orang ramai.

"Di malaysia setakat ini ada pihak pengurusan hotel yang memahami situasi ini dan membenarkan golongan wanita berenang memakai burqini.

"Bagi saya, ia bukan halangan kerana baju ini juga mempunyai keistimewaan. Ia tidak berbulu, ringan dan mudah kering. Sama baju renang biasa," ujarnya.

Pihak pengurusan hotel tidak mahu menerima baju berbulu kerana takut bulu yang terjatuh di kolam akan menyebabkan kolam tersumbat.

Jelas Nuraini, ia akan menyebabkan kos menguruskan kolam mereka meningkat.

"Dengan menggunakan fabrik spandex lycra, saya berani memberi jaminan bahawa pakaian mandi ini adalah ringan dan memeri. Ia secara tidak langsung akan menjadikan si pemakai bukan sahaja selesa tetapi tidak panas serta mudah kering dan pakaian mandi, ia tidak mudah berbulu.

"Dengan kelebihan ini juga, pemakai boleh terus memakainya dari rumah, terus ke kolam renang malah selepas itu pulang dengan pakaian sama. Ia juga sesuai untuk mandi di laut atau sungai," jelasnya yang boleh dihubungi di talian 03-7843 0272.

Nuraini turut menyediakan pakaian yang boleh digunakan untuk semua pelanggan iaitu berlengan panjang dan bertudung yang boleh dileraikan. Terpulang kepada pelanggan yang bukan Islam sama ada ingin memakai tudung tersebut atau tidak.

"Seperti yang berlaku di perancis, ia sepatutnya tidak berlaku kerana Islam agama global dan ramai pemimpinnya terdiri daripada penganut Islam.

Sepatutnya sebagai memberi sokongan kepada wanita Islam yang ingin melakukan aktiviti fizikal," tegasnya.

Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam al-Quran sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hamba-Nya mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "wajib" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.

Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat al-Quran berkaitan perintah-perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita, di samping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:

Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak saudara lelaki mereka, atau anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. Surah An-Nur (31).

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

Bersukan bersama Sloggi Sporty!

Pernahkah anda mengalami rasa gatal-gatal dan ruam selepas giat bersenam? Jika ya, besar kemungkinan anda memakai baju dalam yang tidak sesuai dari segi keselesaan dan sokongan yang diperlukan.

Secara amnya, aspek sokongan dan keselesaan adalah dua elemen penting yang harus diutamakan ketika memilih baju dalam sukan. Memahami keperluan itu rangkaian sloggi Sporty terbaru menawarkan ciri berkenaan yang direka khas buat gadis yang aktif dan menampilkan revolusi penggunaan fabrik tencel yang diperbuat daripada kombinasi gentian semula jadi dan buatan manusia.

Hasilnya, pakaian dalam rangkaian sloggi Sporty bukan saja terasa seperti lapisan kedua kulit anda, tetapi memberikan sentuhan selembut kain sutera, sesejuk kain linen dan daya penyerapan bak kain kapas! Selain itu, fabrik tencel yang digunakan juga membenarkan pengaliran udara baik, kelicinan yang sensual serta keselesaan maksimum.

Tambahan pula, rangkaian ini juga memberi perlindungan semula jadi daripada pertumbuhan bakteria. Bagi memastikan pengudaraan kulit yang optimum, fabrik tencel yang lembut, licin, ringan dan mudah menyerap, kekal sedemikian sepanjang masa walaupun bersentuh dengan kulit yang lembap. Ia menyerap kelembapan pada kulit dan seterusnya anda akan berasa kering, selesa dan bebas daripada kegatalan biarpun cergas bersukan, malah pertumbuhan bakteria turut dicegah.

Fabrik ini yang tahan daripada pengecutan dan kedutaan, menjadikan sloggi Sporty teman baik anda setiap hari. Anda pasti cinta pada ciri-ciri mudah jaga, cepat kering dan tanah lama yang terdapat dalam koleksi ini.

Sloggi Sporty menawarkan pelbagai stail dan warna mengikut kesesuaian mood dan jenis pakaian sukan yang dikenakan. Dapatkan kemeja T sloggi Sporty tanpa lengan dengan mangkuk disertakan bersama. Setiap helaian ini mempunyai seluar pendek yang sepadan. Luangkan sedikit masa pada seleksi coli yang berwarna menarik, yakni dari ungu dan gandaria kepada hitam dan putih.

Sloggi Sporty dijual pada harga RM34.90 bagi seluar pendek dan RM99.00 untuk coli.

Jet pembersih tekanan tinggi Karcher

Setiap pemilik kediaman mengimpikan suasana menarik dan persekitaran bersih kerana ia melambangkan gaya hidup atau personaliti.

Ilham penataan pada bahagian luar kediaman tampil berbeza jika keadaan lantai dan dinding kelihatan bersih.

Musim perayaan bakal tiba dan pasti sanak saudara dan sahabat handai berkumpul atau berkunjung ke rumah anda.

Perkara utama yang perlu dilakukan sebelum tibanya hari berkenaan ialah membersihkan persekitaran luar kediaman.

Anda perlu tahu kerja penyelenggaraan kerana membersihkan lantai atau dinding bukan tugas mudah.

Kini kerja penyelenggaraan menjadi lebih mudah dengan penggunaan jet pembersih tekanan tinggi Karcher.

Produk berkenaan berupaya mengeluarkan air dengan kuasa tekanan tinggi untuk menanggalkan kotoran, lumut dan daki pada segenap sudut seperti dinding, lantai, longkang, pasu bunga dan perabot taman.

Menariknya, Karcher mengeluarkan lebih daripada 20 kali tekanan hos air biasa dan hanya menggunakan lebih kurang 400 liter air sejam berbanding 2000 liter air sejam menggunakan hos biasa.

Ia juga membantu melancarkan kerja membersihkan kenderaan yang dipenuhi kotoran dan debu.

Segala kotoran dapat ditanggalkan dan ia mengelakkan berlakunya kesan calar pada kenderaan anda.

Jika menggunakan kaedah manual iaitu kain basah untuk menanggalkannya, anda mungkin meninggalkan kesan calar pada cat kenderaan anda.

Sama dengan produk Karcher yang lain, jet pembersih berkenaan direka khas dan mudah alih.

Setiap produk Karcher menampilkan ketelitian kejuruteraan Jerman dan teknologi yang inovatif.

Dapatkan jet pembersih tekanan tinggi Karcher di kedai perkakasan, pengedar berhampiran dan pasar raya utama.

Baby Bundle

Mencari kelainan dalam menjalankan perniagaan merupakan antara faktor penentu bagi menarik perhatian pelanggan.

Atas semangat mahu menjadi usahawan kreatif dan berbeza dengan peniaga-peniaga lain, pasangan suami isteri Azim Haffiz Aziz Zaman, 36, dan Nor Azura Md. Baki, 33, memberanikan diri memilih perniagaan pakai terpakai bayi (bundle), dikenali sebagai Baby Bundle sebagai teras peniagaannya.

Ketika ramai peniaga bundle cuba 'berebut' mahu menjalankan perniagaan bundle dan menyasarkan kepada umum khususnya golongan remaja, Baby Bundle berjaya mengalihkan perniagaan sedemikian kepada bayi.

Dari aksesori hingga ke pakaian semua dikhusus untuk bayi dan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah.

Lebih menarik, kesemua pakaian bundle yang dijual di sini bukan sekadar cantik, tetapi ia berjenama terkenal seperti Ralph Lauren, Baby Guess, Baby Phat, Tommy Hilfiger, Harley Davidson dan banyak lagi yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan.

Bercakap soal harga pula, kemeja-T, jean, seluar, gaun, kasut untuk bayi dan kanak-kanak lelaki dan perempuan boleh diperoleh pada harga semurah RM1 serta tidak melebihi RM50.

Azim Haffiz memberitahu, idea membuka perniagaan ini timbul selepas menyedari pakaian kanak-kanak hanya dipakai dalam tempoh yang singkat kerana mereka cepat membesar. Justeru, membeli pakaian terpakai dilihat cara paling sesuai buat ibu bapa yang mahu berjimat.

"Baru sahaja dua tiga bulan beli, baju dan seluar sudah tidak muat. Jadi, terpaksalah mereka beli yang baru. Biasanya anak yang kedua atau ketiga akan memakai baju anak yang pertama.

"Jadi Baby Bundle memberi pilihan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan ibu bapa. Keperluan dan aksesori kanak-kanak yang dijual di pasaran adakalanya mahal. Di Baby Bundle, kami menyediakan produk kepada pengguna tanpa berbelanja besar," katanya.

Tambah Nor Azura pula, dia sudah empat tahun menjalankan perniagaan bundle, sebelum memberi tumpuan kepada pakaian bayi.

"Syukur, selepas setahun menukar konsep kepada Baby Bundle sambutan orang ramai dilihat agak memberangsangkan sehingga saya mampu menambah sebuah lagi lot kedai.

"Sekarang saya perlu menambah stok seminggu sekali bagi memenuhi permintaan pelanggan yang datang dari sekitar negeri ini dan jauh termasuk Kuala Lumpur, Melaka dan Johor," katanya.

Ketika ditanya mengenai penerimaan ramai dari segi kualiti dan kebersihan, Nor Azura memberitahu, kebanyakan pakaian yang ditawarkan merupakan bundle Gred A. Kesemua pakaian itu dibasuh sebelum dipamerkan untuk dijual.

"Kami sentiasa mementingkan kualiti. Oleh itu, setiap kali mengambil stok di Klang kami akan pastikan pakaian yang diterima tidak lusuh, koyak dan kotor."

Kini kedai dua lot itu mempunyai 8,000 jenis pakaian terpakai bayi dan kanak-kanak.

Bagi mereka yang mahu mencari kelainan dalam membeli pakaian anak, kunjungi premis:

Baby Bundle di 313 & 314 GF,
Jalan Matahari 1/2,
Matahari Height, Seremban

atau hubungi 019-378 5479.

Jean Levi's Lady Style

Jean Levi's Lady Style Jean perempuan pertama diperkenalkan oleh Levi's adalah pada tahun 1935. Ketika itu pemakaian jean lebih kepada unsur lasak iaitu ketika menunggang kuda mahupun melakukan kerja-kerja di ladang.

Fungsi jean wanita berubah seiring perubahan arus masa dan trend. Levi's Lady terutamanya amat unggul dalam menghasilkan potongan seluar jean wanita yang amat selesa dipakai dan praktikal.

Daripada fungsi lasak, Lady Levi's kini lahir dengan ciri penuh feminin menyerlahkan lagi penampilan wanita.

Baru-baru ini bertempat di The C. Club, Pavilion Levi's melancarkan kempen pengiklanan seluruh Asia sekali gus memperkenalkan Levi's Lady Style 2009, koleksi pemakaian fesyen jean.

Koleksi ini didedikasi kepada wanita Asia yang berani tampil menyerlahkan ciri kewanitaan mereka.

Kempen yang dinamakan Sculpt Your Silhouette mengetengahkan konsep penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki dalam potongan yang lebih seksi menampakkan susuk tubuh si pemakainya.

"Levi's Lady Style ini akan menjanjikan penampilan seseorang wanita itu sentiasa elegan walaupun dalam apa jua majlis formal atau tidak sekalipun. Koleksi ini juga lengkap dengan aksesori tambahan yang menjadikan wanita kelihatan lebih yakin dan sempurna bukan untuk pandangan orang lain malah untuk kepuasan dirinya juga," ujar Anitha Narayanan, ketua jenama Levi's.

Pelancaran kempen tersebut turut dihadiri oleh para artis dan selebriti tanah air terdiri dari pengacara Daphne Iking, peragawati antarabangsa, Amber Chia, pensyarah dan penyanyi, Syafinaz Selamat, penyanyi, Noryn Aziz, bekas ratu Malaysia, Deborah Henry, pelakon dan model antarabangsa, Carmen Soo, juga pengacara dan model, Stephanie Chai.

Kempen ini akan bermula pada September ini bersempena pelancaran Levi's Lady Style koleksi musim luruh 2009 di seluruh butik Levi's di Asia.

Aqua Defense | Garnier

Pencemaran, suhu panas melampau dan pendedahan kepada penyaman udara faktor menyebabkan kulit mengalami masalah kekeringan.

Kulit bermasalah kelihatan tidak bermaya, kusam serta kemunculan jerawat pada wajah amat merungsingkan.

Biarpun minum lapan gelas air sehari membantu menyelesaikan masalah itu, ia masih tidak mampu mengatasi hidrasi di permukaan kulit.

Justeru, jenama penjagaan kecantikan terkenal, Garnier, memperkenalkan rangkaian terbaru, Aqua Defense bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit.

Ia dihasilkan daripada formulasi unik bagi mengekal kelembapan kulit sepanjang hari.

Ia mengandungi gel lembut bagi membantu memberi kelembapan serta memastikan kulit kekal lembut dengan bauan buah-buahan.

Gel berkenaan mengandungi air buah-buahan serta antioksidan vitamin E dan amat mudah dipakai di kulit. Krim ini berharga RM17.90.

Anda juga boleh mendapatkan produk pencuci wajah, penyegar serta penggolek mata (untuk penjagaan) dan losyen pelembap badan tanpa henti.

Semua rangkaian Aqua Defense berada di pasaran kecuali penggolek mata yang hanya boleh didapati September depan ini.

Himalaya Herbal Healthcare | Breathe Easy

Dijangkiti selesema adalah satu kebiasaan. Kajian mendapati bahawa secara puratanya orang dewasa akan dijangkiti selesema dua hingga empat kali setahun. Sementara kanak-kanak pula antara enam hingga lapan kali setahun.

Selesema berlaku akibat jangkitan virus ke atas sistem imunisasi tubuh yang lemah. Faktor persekitaran seperti perubahan cuaca yang boleh mengurangkan ketahanan seseorang terhadap penyakit juga menyumbang kepada jangkitan selesema.

Jerebu atau peningkatan suhu mengaktifkan masalah pernafasan seperti selesema, sakit tekak, dan batuk.

Sedia maklum bahawa herba telah digunakan berabad lamanya untuk membantu melega dan menenangkan simptom-simpton yang tidak menyenangkan akibat selesema.

Tulasi: Merupakan herba pilihan yang mempunyai sifat menentang kuman dan ekspektoran. Ia membantu melegakan sakit tekak, selesema dan batuk. Kesan menentang kuman Tulasi telah disokong oleh kajian yang menunjukkan tindakannya terhadap bakteria jangkitan biasa (Staphylococcus aureus) dalam tubuh manusia.

Amalaki: Sejenis buah yang popular ditanam di India. Ia juga sudah sekian lama digunakan dalam amalan Ayurveda tradisional. Amalaki menggalakkan fungsi imun yang sihat, mengurangkan simptom selesema.

Ini kerana apabila dalam keadaan masih segar, Amalaki kaya dengan Vitamin C. Amalaki membekalkan bahan antioksida yang baik terhadap sistem imunisasi.

Justeru, dengan kebaikan antioksidan dan elemen immunomodulatory, kapsul Amalaki membantu meningkatkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Selain mengawal atur fungsi metabolik pada setiap hari demi mengekalkan kesihatan tubuh.

Herba tambahan semula jadi seperti Himalaya Tulasi membantu melegakan anda daripada simptom yang mengganggu sekiranya anda menghidapi selesema, sakit tekak dan batuk. Sementara Amalaki pula mencegah penyakit biasa ini dengan memperbaiki ketahanan badan terhadap jangkitan, sekali gus menjadikan anda lebih sihat dan gembira.

Himalaya Herbal Healthcare, ditubuhkan pada tahun 1930. Ia merupakan pengasas dan peneraju global dari aspek penggunaan sains moden dalam perkembangan produk herba.

Pek Breathe Easy (Tulasi & Amalaki) dijual pada harga RM43.90 sebotol dan mengandungi 60 kapsul.

Smartlipo - Pelbagai Kaedah Cantik di The Laser Clinic

SmartLipoMenyebut tentang dunia kecantikan, wanita masa kini sememangnya bertuah kerana terdapat pelbagai teknik serta kepakaran estetik mula diperkenalkan dalam usaha mengekalkan kejelitaan dari hujung rambut ke hujung kaki. Semakin meningkat usia, pelbagai masalah mula menjelma antaranya termasuklah kemunculan garis-garis halus, tubuh yang semakin menggeleber dan sebagainya.

Hari ini pelbagai teknik rawatan kecantikan diperkenalkan agar setiap wanita yang mengutamakan penampilan dan kecantikan diri dapat membuat pilihan. Ternyata usaha memperoleh wajah idaman secantik bagaikan zaman remaja, serta bentuk tubuh yang menarik tidak pernah menemui noktahnya. Malah pelbagai kaedah yang diperkenalkan oleh pusat kecantikan memberi peluang kepada wanita menikmati kehebatan teknologi terkini yang tidak memerlukan setiap daripada mereka menanggung kesakitan.

The Laser Clinic Laser yang terletak di Jalan Telawi 5, Bangsar, Kuala Lumpur, menyediakan beberapa kaedah rawatan tubuh dan wajah dan merupakan pusat sehenti kecantikan dan pelangsingan. Antara rawatan yang sering menjadi pilihan pelanggan yang mengunjungi The Laser Clinic ialah rawatan Smartlipo. Menurut Perunding Estetik, Dr. Ng Kuan Choong, kaedah pelangsingan ini menggunakan kaedah Smartlipo: Laserlipolysis yang memberikan keyakinan baru kepada pelanggan yang inginkan bentuk badan menarik tanpa perlu melalui proses pembedahan yang menyakitkan.

Melalui kaedah teknologi Itali ini, pelanggan akan melalui kaedah rawatan lebih semula jadi tanpa menggunakan ubat-ubatan yang boleh mengganggu sistem tubuh badan. “Teknologi Laserlipolysis ini merupakan teknologi terkini untuk membuang lemak yang tidak diperlukan di bahagian-bahagian tertentu tubuh. Ia lebih mudah dan selamat berbanding proses sedutan lemak yang konvensional. Teknik rawatan ini dijamin selamat dan dilakukan mengikut cara yang diluluskan kerana keselamatan pelanggan adalah yang paling utama,” jelas Dr Ng.

Menurutnya lagi. sebelum pelanggan memulakan proses rawatan, mereka diwajibkan melalui ujian dan khidmat runding bersama pakar bagi memastikan sama ada tubuh mereka sesuai untuk melalui kaedah rawatan. Malah kesihatan pelanggan amat diberi keutamaan di The Laser Clinic.

Kaedah rawatan singkat, tiada kesan sampingan
Melalui kaedah rawatan ini, proses rawatan hanya mengambil masa singkat iaitu sekitar satu jam atau bergantung kepada saiz bahagianbahagian yang mahu diberi perhatian khusus atau dibentuk. Lebih istimewa lagi, ia boleh dilakukan ketika waktu rehat atau waktu makan dan anda boleh kembali ke pejabat dan bekerja seperti biasa. Tidak hairanlah ia juga terkenal dengan kaedah ‘a lunchtime procedure’ Kaedah ini sesuai untuk individu yang mempunyai saiz badan sederhana dan besar terutama mereka yang ingin mendapatkan bentuk tubuh yang lebih sempurna.

Petikan Midi edisi 15 Ogos 2009

Lampin Bayi Huggies NewBorn - Elak Ruam Lampin

Bayi baru lahir sering mengalami masalah ruam lampin sehingga menyebabkan ibu bapa berusaha mengatasi masalah berkenaan bagi memastikan keselesaan bayi terpelihara. Bagaimanapun, masalah itu kini boleh diatasi apabila pengeluar lampin Huggies, Kimberly-Clark, memperkenalkan lampin Huggies NewBorn/Small yang direka khas dan terbukti secara klinikal dapat membantu mencegah bayi yang baru lahir daripada dijangkiti ruam lampin.

Bagi ibu yang kali pertama melahirkan anak, Huggies NewBorn/Small sememangnya dapat membantu mengurangkan kebimbangan sewaktu menjaga si manja mereka sepanjang tempoh beberapa bulan pertama selepas kelahiran daripada dijangkiti ruam lampin.

Ini kerana, permukaan luar lampin Huggies NewBorn/Small terbaru yang telus udara ini membenarkan aliran udara di sekeliling bahagian punggung bayi agar ia kekal kering dan segar. Bahagian tepi yang begitu lembut dan kering pula memberikan keselesaan kepada bayi, manakala pad serapan tinggi mampu menahan kebasahan selama lebih 12 jam. Satu lagi ciri cemerlang lampin tersebut adalah pita pelekat yang amat lembut yang boleh dipasang dan dibuka tanpa menjejaskan kulit bayi yang sensitif.

Memiliki ciri cemerlang dengan pengiktirafan “Terbukti Secara Klinikal Membantu Mencegah Ruam Lampin’, Huggies NewBorn/Small yang ditawarkan dalam dua saiz, iaitu bayi baru lahir sehingga 4 kilogram (kg), (28 dan 52 keping) dan kecil - antara satu hingga 7kg, ( 22 dan 44 keping) yang boleh dibeli di pasar raya, farmasi dan kedai runcit di seluruh negara ini, akan dapat memberi keyakinan kepada ibu.

Menyingkap Rahsia Kecantikan Wanita Sejati - Manje D Beauty

Kali pertama melihat wajah pengasas dan empunya perniagaan kesihatan dan kecantikan berasaskan herba, Manje D Beauty, penulis tertarik dengan personaliti yang dimilikinya.

Pada usia 43 tahun, Rohana Rohati Endut, begitu bertenaga dan ceria dalam menguruskan jadual hariannya yang padat.

Kecantikan tidak harus dipandang dari rupa luaran semata-mata, tetapi harus dinilai dari pelbagai aspek, itu pegangan beliau dalam membangunkan perniagaan, yang berbekalkan pengalaman selama hampir 20 tahun dalam bidang kecantikan.

Pengasas Manje D Beauty ini berkata syarikat itu beroperasi sepenuhnya di Kuala Terengganu dengan lebih 500 stokis dan ejen jualan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

PRODUK KECANTIKAN

Manje D Beauty mengeluarkan tujuh produk kesihatan dan perawatan kecantikan dalaman iaitu Manje D Beaute, Manje D Slim, Manje D Cocoa Collagen, Manje D Soy Collagen, Manje Soup, Manje Cream dan Manje UV Foundation.

Rohana berkata keberkesanan kesemua produknya dalam perawatan tradisional telah pun terbukti dengan peningkatan jualan bulan demi bulan dan pengakuan pengguna produk beliau.

Sebagai contoh, pengambilan Manje D Collagen dapat mencantikkan dan menyihatkan kulit serta melambatkan proses penuaan, katanya.

"Banyak lagi khasiat yang terkandung dalam setiap sachet, tak cuba tak tahu," katanya sambil tersenyum, seri wajahnya menjadi testimoni.

"Lapan puluh peratus struktur kulit terdiri daripada kolagen. Pengambilan Manje D Collagen, yang antara lain mengandungi ramuan soya dan kolagen hidrolisis, yang dapat mengekalkan keanjalan kulit dan mengelakkannya menjadi kendur dan berkedut," kata Rohana.

MINUMAN KECANTIKAN

Rohana berkata pengambilan minuman Manje D Collagen selama 21 hari berupaya menjadikan kulit lebih cerah, gebu dan cantik.

Pengambilan Manje D Beaute pula, menurut Rohana, dapat menyerlahkan kecantikan semula jadi wanita dari dalam.

Produk ini dirumus daripada ramuan semula jadi, antaranya pueraria mirifica (sejenis herba berakar seperti ubi yang terbukti berkesan dalam penjagaan kelihatan wanita), serbuk mutiara, ekstrak manjakani, ekstrak sirih, ekstrak keladi liar, ekstrak nanas, kolagen hidrolisis dan fruktosa.

Dihasilkan tanpa pengawet atau sebarang bahan kimia, pengambilan Manje D Beaute dapat membantu menyerlahkan bentuk badan wanita dan mengekalkan keremajaan kulit, kata Rohana.

Menurut Rohana serbuk mutiara telah digunakan dalam bidang perubatan lebih daripada 2,000 tahun di China, tetapi di Malaysia hanya beberapa tahun kebelakangan ini ia digunakan secara meluas dalam penghasilan produk kecantikan.

"Serbuk mutiara mengandungi khasiat untuk membersihkan darah, jadi ia sangat berkesan dalam merawat masalah kulit termasuk masalah jerawat," jelasnya.

"Serbuk ini juga dapat mengurangkan tanda parut pada kulit dan mencerahkan pigmentasi serta bintik-bintik hitam dan dipercayai dapat mempercepat pembentukan tulang dan meningkatkan kecerdikan bayi dalam kandungan jika diambil oleh wanita hamil," tambahnya.

Satu lagi ramuan utama dalam Manje D Beaute iaitu manjakani (atau dikenali juga sebagai majakani), bertujuan mengembalikan keanjalan otot faraj dan mengetatkan rahim di samping mencegah jangkitan bakteria.

Ekstrak keladi liar pula dikatakan mengurangkan senggugut dan gejala Sindrom Ketegangan Prahaid (PMS) serta menegangkan payudara.

SIRIH

Menurut Rohana, satu lagi ramuan penegang kulit yang digunakan ialah ekstrak sirih.

Daun sirih mengandungi flavonoid (polyphenol) yang berperanan menegangkan kulit dan mengelakkan kedut di raut wajah.

Dalam perubatan tradisional mahupun moden, daun sirih juga dikatakan mempunyai keupayaan mencegah pelbagai komplikasi tubuh termasuk penyakit saraf dan kelesuan, katanya.

"Kami turut menggunakan buah-buahan dalam penghasilan produk Manje, dan satu daripadanya nanas. Mengikut kajian, nanas mempunyai enzim bromelain yang antara lain berfungsi melawaskan pembuangan air besar, merawat tisu yang rosak dan ulser," katanya.

"Nanas juga diketahui boleh bertindak sebagai penyahtoksin dalam badan, yang mana dapat mencegah keradangan dan kekejangan otot, sendi, arthritis serta mengurangkan gejala resdung," jelas Rohana.

Produk kecantikan dan kesihatan wanita Manje D Beauty turut dipromosi melalui kursus penampilan imej dan kecantikan yang dianjurkannya yang menawarkan pelbagai ilmu, maklumat dan petua berguna berkaitankecantikan dan penampilan wanita.

Tidak lama lagi syarikat ini akan memperkenal satu lagi produk di bawah rangkaian produk Manje.

Produk yang bakal diberi nama Manje D Premier itu ialah formulasi produk Manje D Beaute yang dipertingkat.

Produk Manje D Beauty boleh didapati di mana-mana kedai stokis atau dengan menghubungi talian (09) 622 5778 atau (016) 203 1778 atau (016) 440 5778. Maklumat lanjut boleh juga didapati melalui laman web www.manjedbeauty.com.my

Oleh Suriani Razali dan Jamal Hamzah