14 Sebab Kenapa Orang Suka Kerja kerajaan

Kerja kerajaan memang menjadi pilihan ramai graduan dan pencari kerja.
Kenapa ye ramai orang suka sangat kerja dengan goverment ini?

Walaupun gaji tak lah banyak mana, tapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor awam. Adakah anda mahu tahu sebabnya? Ramai orang suka kerja kerajaan kerana kelebihan - kelebihan ini:

1.Elaun perumahan

2.Cost of living allowance (COLA)

3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)

4. Kenaikan gaji setiap tahun

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan

7. Cuti bersalin

8. Pinjaman perumahan

9. Caruman KWSP atau pencen

10. Bersara pada umur 58 tahun

11. Peluang kenaikan pangkat

12. Peluang melanjutkan pelajaran

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya! itulah kelebihan - kelebihan bekerja di sektor awam. Maka tidak hairanlah ramai berebut - berebut untuk memohonnya.

Akan tetapi bukan mudah untuk memasuki sektor awam ini jika anda tidak tahu selok belok melepasi temuduganya.

Akan tetapi, saya ada terjumpa panduan yang amat berkesan yang benar - benar merealisasikan impian anda.

Ketahui panduannya di link di bawah sekarang (klik banner)

Produk pelangsingan badan dorong bunuh diri

Penggunaan produk pelangsingan badan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dikhuatiri boleh mendorong seseorang membunuh diri berikutan bahan kimia digunakan di dalam kandungan itu mempunyai 18 kesan sampingan negatif.

Selain itu, penggunaan produk tidak berlesen dan diharamkan itu boleh membawa kepada masalah mati pucuk kepada lelaki, selain kesan sampingan seperti kemurungan, cepat marah, pening, gementar, degupan jantung kencang, ketagihan dan keletihan.

Malah, pengambilan produk berkenaan disahkan boleh menyebabkan kerosakan dua organ utama manusia iaitu hati dan jantung jika diambil tanpa kawalan dan nasihat pakar kesihatan.

Lebih membimbangkan ialah ubat berkenaan boleh didapati dengan mudah dan dijual di pasaran terbuka, selain ada pihak menggunakan kaedah jualan langsung bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Antara produk dikenal pasti membahayakan kesihatan pengguna termasuklah Supreme Diet, NP Trim 2, OBexlim dan Phytotrim berikutan kandungan bahan kimia tidak mengikut peraturan dibenarkan KKM.

Jurucakap Bahagian Penguat kuasa Farmasi negeri berkata, produk pelangsingan badan sebenarnya mengandungi Sibutramin, iaitu bahan kimia digunakan bagi membantu mereka mengalami masalah obesiti menurunkan berat badan.

Kebanyakan produk berkenaan katanya, berfungsi dengan menghalang otak manusia merasa lapar sekali gus merencat selera makan dan ini mengakibatkan seseorang itu kurang makan hingga berat badan susut.

Bagaimanapun, katanya bahan itu dicampur dalam produk pelangsingan badan dan dijual dalam bentuk jus minuman bagi mereka yang ingin mendapatkan badan langsing tanpa menyedari kesan buruk bakal dihadapi mereka.

"Jika diambil berlebihan, seseorang itu berdepan masalah mati pucuk, murung, cepat marah, pening, gementar, degupan jantung kencang, ketagihan, keletihan selain terdorong untuk membunuh diri.

"Kebanyakan produk yang dijual dihasilkan di dalam negara oleh pengeluar tempatan dan hasil pemantauan mendapati, ada antara mereka masih berdegil dan menjual produk itu walaupun pernah dikenakan tindakan.

"Mereka tetap berdegil dan mengedarkan produk menggunakan jenama sama sedangkan ia menyalahi undang-undang kerana produk berkenaan diharamkan kerajaan," katanya.

Berikutan itu, katanya orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dalam memilih produk pelangsingan dan jangan mudah terpengaruh dengan iklan dan himpunan produk di pasaran tanpa mengetahui kandungannya.

Katanya, bagi memastikan kesahihan produk yang ingin dibeli, orang ramai boleh merujuk pelekat keselamatan pada kotak atau menghubungi mana-mana pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

Selain itu, katanya, semua pengeluar sepatutnya lebih bertanggungjawab dan jangan terlalu mementingkan keuntungan dengan mendaftar produk keluaran mereka sebagai produk farmaseutikal serta mendapat kebenaran KKM sebelum diedarkan.

Jus minuman herba Ratu Anggun keluaran Lagenda Herbs

Mereka yang telah mencuba minuman herba Ratu Anggun keluaran Lagenda Herbs and Beauty sudah pasti akan kembali untuk membelinya lagi.

Ramai yang mendapat manfaat daripadanya terutama golongan wanita yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Segalanya bermula dengan ramuan tradisi yang digunakan oleh Pengarah Urusannya, Siti Noraida Yeop Omar semasa bersalin anak ke duanya.

Ketika itu beliau menyedari sukarnya mendapatkan rawatan selepas bersalin yang benar-benar mujarab dan sesuai dengannya.


"Masa itu saya bertemu dengan bidan kampung yang kami panggil Tok Wan di kampung suami di Kelantan yang mengurut serta menyediakan segala ubatan untuk penjagaan dalam pantang.

"Sememangnya ubat yang diberikan oleh Tok Wan amat menakjubkan, bukan saja saya bertambah sihat malah pelbagai penyakit berkaitan wanita terus hilang," katanya semasa ditemui di premisnya di Laman Rimbunan Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Melihat kepada keajaiban ubatan herba Tok Wan, Siti Noraida tidak segan-segan memperkenalkannya kepada rakan dan ahli keluarga lain.

Sambutannya amat menggalakkan menyebabkan Siri Noraida tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan.

Dengan kerjasama dan kebenaran Tok Wan, Siti Noraida membangunkan Lagenda Herbs and Beauty khusus untuk mengeluarkan produk Ratu Anggun bagi memenuhi permintaan yang amat menggalakkan.

Siti Noraidah berkata, minuman jus Ratu Anggun dihasilkan daripada adunan dan campuran herba serta rempah ratus dengan rahsia tradisional Melayu lama.

"Ini menjadikannya rumusan terbaik bagi kaum wanita yang mementingkan penjagaan kecantikan dalaman dari hujung kaki ke hujung rambut bagi mengekalkan awet muda.

"Kami membangunkan Ratu Anggun setelah mendapati ia mendapat permintaan menggalakkan di pasaran serta membantu dalam pelbagai masalah wanita," katanya.

Antaranya keputihan, membuang toksin berlebihan, menurunkan berat badan, memperbetulkan kitaran haid dan menghangatkan keintiman suami isteri.

Ramuan Ratu Anggun, kata Siti Noraidah bermula sejak 1948 yang diperkenalkan oleh bidan kampung sejak turun temurun.

Ia bermula dengan menyediakan air rebusan herba dan rempah ratus (berbentuk jus) secara kecil-kecilan dan diberikan kepada kaum wanita yang menghadapi masalah kesihatan dalaman dan luaran.

"Sejak minuman jus Ratu Anggun dikeluarkan pada Februari tahun lalu, syarikat mampu menjana pendapatan yang tinggi hasil sambutan menggalakkan," kata Siti Noraida.

Kini minuman jus herba Ratu Anggun mendapat sambutan daripada toko-toko jamu, salun dan peniaga kecil yang kebanyakannya membeli produk ini secara borong.

Siti Noraida yakin produk Ratu Anggun boleh menembusi pasaran kerana sudah mempunyai pelanggan tetap dan permintaan dari negara lain membuktikan produk minuman jus herba semakin menjadi pilihan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Siti Noraidah di talian 03-62599369 atau 019-6683369 atau layari http://lagendabeauty.blogspot.com

Ubat tradisional 'Pao Ni Kang' dibatal, ada racun berjadual

Orang awam dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional 'Pao Ni Kang' berikutan pendaftarannya telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kerana dikesan mengandungi racun berjadual 'repaglinide'.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata repaglinide adalah ubat terkawal untuk rawatan penyakit diabetes dan ia tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.


"Indikasi yang tertera pada label produk (Pao Ni Kang) adalah digunakan secara tradisional untuk menambah tenaga dan perpeluhan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Hasan berkata ubat repaglinide hanya boleh dibekal oleh doktor atau ahli farmasi dan penggunaan repaglinide tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti hipoglisemia (penurunan mendadak paras gula).

Antara simptom hipoglisemia ialah pening, menggigil, berpeluh, keliru dan lesu manakala hipoglisemia yang teruk boleh menyebabkan berlakunya sawan, tidak sedarkan diri atau koma, katanya.

"Dengan itu, adalah sangat bahaya sekiranya produk-produck ini diguna oleh orang awam dan juga pesakit diabetes yang sedang menerima rawatan," kata beliau.

Dr Hasan menasihati pengguna supaya berhenti menggunakan produk berkenaan dengan serta-merta dan mendapatkan nasihat profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Beliau juga menasihatkan sesiapa yang mempunyai stok produk berkenaan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta kerana perbuatan itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. -- BERNAMA

Makanan tambahan SafwaKids

Kebanyakan ibu bapa tahu pemakanan sihat penting untuk memberi kegembiraan, kesihatan dan menetapkan asas bagi masa depan anak-anak.

Tidak ramai ibu bapa yang memberi makanan berkhasiat sepatutnya untuk anak mereka membesar menyebabkan keperluan mereka tidak mencukupi.

Makanan yang mengandungi vitamin dan mineral sememangnya penting bagi melengkapkan pola makanan dengan mengisi jurang yang hilang dalam diet harian mereka.

Bagi membantu ibu bapa menyediakan makanan mengandungi nutrisi terbaik untuk anak-anak, Safwa Health memperkenalkan rangkaian SafwaKids sebagai makanan tambahan berbentuk minyak ikan dan tambahan vitamin serta multivitamin mudah kunyah.

Rangkaian produk halal yang terbaru itu diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menawarkan makanan tambahan khusus untuk membantu kanak-kanak membesar dengan lebih sihat dan bijak.

Menurut Pengurus Ana Muslim, Wan Mohd Zaki, makanan tambahan penting untuk memastikan kesihatan tubuh badan dan khasiat yang sepatutnya diperlukan kanak-kanak diperoleh ketika mereka menjalani proses tumbesaran.

"Badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin dan mineral dengan sendiri. Makanan tambahan adalah cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan.

"Mengambil makanan tambahan setiap hari lebih baik untuk kanak-kanak bagi memastikan vitamin dan keperluan mineral secukupnya dipenuhi," katanya.

Tambahnya, makanan kesihatan minyak ikan dan vitamin plus terbaru yang mudah dikunyah itu mengandungi kepekatan tinggi, DHA dan asid lemak omega-3 yang penting untuk pembangunan otak serta mata.


Sebagai tambahan terhadap kandungan DHA, setiap kapsul juga mengandungi asid eicosapentaenoic (EPA), iodin, vitamin B1 dan B2 yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar.

Iodin diperlukan untuk pengeluaran hormon tiroid manakala vitamin B1 dan B2 pula memainkan peranan penting dalam perkembangan mental serta fizikal kanak-kanak.

Kebaikan SafwaKids multivitamin pula diperkaya dengan jumlah optimum vitamin C dan E bagi melindungi kanak-kanak daripada kesan buruk radikal bebas.

Vitamin C yang terdapat dalam makanan tambahan itu penting untuk menggalakkan pertumbuhan secara normal, penyembuhan luka dan memastikan gusi sihat.

Rangkaian SafwaKids minyak ikan dan vitamin plus berperisa oren kini boleh didapati pada harga RM39.90 untuk 30 biji dan RM69.90 bagi 60 kapsul.

Bagi multivitamin pula, ia didatangkan dalam botol yang mengandungi 30 biji kapsul berperisa oren pada harga RM25.90 dan kedua-dua makanan kesihatan itu boleh didapati di semua rangkaian farmasi terkemuka seluruh negara.


Kasut selesa untuk bersantai atau bercuti

Ketika sedang bercuti, banyak tempat yang sering dikunjungi dan kita lebih suka berjalan kaki daripada menaiki kenderaan terutama apabila jarak antara destinasi berikutnya dekat.

Justeru, penggunaan kasut dan sandal lebih santai adalah pilihan tepat. Dengan teknologi terkini dan rekaan untuk kesihatan terutama kaki, betis dan belakang, saat bercuti bersama keluarga atau insan tersayang pasti lebih menyeronokkan.

Jika mencari-cari kasut atau sandal sesuai dengan semua jenis aktiviti terutama ketika melancong, koleksi kasut keluaran Hush Puppies pasti tidak mengecewakan.

Rekaan kasutnya lebih kasual, selesa dan bergaya serta mementingkan kesihatan kaki dan belakang pemakainya.

Koleksi The Body Shoe, Hush Puppies With Air dan Hush Puppies Zero G sesuai dipakai sepanjang percutian anda.


The Body Shoe

Kelebihan kasut koleksi ini ia mampu mengembalikan kontur kaki, sekali gus memberikan kesan terhadap pembentukan otot kaki.

Ia sesuai dipadankan untuk aktiviti bersantai supaya pergerakan kaki tidak terganggu sepanjang hari. Selain itu, dengan penggunaan kasut daripada koleksi The Body Shoe ini, anda seperti bersenam dan membina otot sepanjang pemakaiannya.

Ia juga memberi tahap tekanan dan sokongan berbeza kepada setiap bahagian kaki kerana teknologi yang digunakan mampu mengurut tapak kaki secara perlahan-lahan ketika berjalan malah nodul dalam lapik tapak kasut merangsang peredaran darah dalam kaki.

Justeru, walau jauh mana pun anda berjalan saat bersiar-siar ketika melancong, kaki anda akan berasa selesa dan bahagian belakang tidak sakit selain ia dapat melindungi kaki.

Hush Puppies With Air

Penggunaan kasut tertutup sering membuatkan kaki kita berpeluh atau tidak punya udara terutama bagi mereka yang tidak memakai sarung kaki.

Namun, dengan teknologi Hush Puppies With Air, kasut seperti mempunyai penyaman udara yang memberikan udara sepanjang pemakaian.

Reka bentuknya yang sesuai digayakan di mana-mana saja dengan tumit kasut yang seperti mempunyai tetingkap udara dan kusyen yang lebih selesa dapat menyerap peluh, sekali gus memberi keselesaan sepanjang hari.

Hush Puppies Zero G

Berjalan dengan kasut koleksi Hush Puppies Zero G memberi anda pergerakan lebih mudah dan ringan seperti tidak memakai kasut.

Menggunakan bahan yang ringan dan tapak dalamannya yang boleh dikeluarkan untuk dikeringkan selain luarannya senang lentur, membuatkan pergerakan kaki lebih santai mengikut keadaan.

Ia juga mengikut kontur kaki bahkan menjamin keselesaan optimum.

Dengan pelbagai rekaan yang menarik, anda boleh memilih pelbagai jenis yang bersesuaian dengan destinasi dan tujuan percutian anda.

Produk dR-II : Wajah tidak lagi berkudis : Testimoni

Testimoni Produk dR-II Herba Prima Dr Rozmey

"Pada mulanya, seluruh muka dan tapak tangan anak saya, Muhammad Aliff Haiqal Zahari, 7, hanya dipenuhi kesan gigitan nyamuk ketika pulang ke kampung.

"Namun saya tidak menyangka keadaannya semakin teruk apabila melarat menjadi benjolan seperti bisul dan berkudis sehingga ada menganggap anak saya terkena bisul di dahi sehingga saya risau melihatnya," kata Azah Aziz.

Azah, 41, dari Klang, Selangor berkata, tapak tangan anaknya juga turut menggelupas dan kasar serta kelihatan kering seperti kulit orang tua, tetapi dia hanya menyapu losen untuk memberi kelembapan pada tapak tangan anaknya itu.

Katanya, anaknya juga pernah mengadu ditegur guru selepas melihat mukanya kelihatan lembut, tetapi tapak tangannya pula kasar hingga menyebabkan Muhammad Alif berasa malu.

"Sebagai pengedar aktif dR Rozmey Group (dRG), saya teringat produk dR-II yang dihasilkan khusus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif dan bermasalah seperti dialami anak saya.

"Saya memberi Muhammad Alif mencuba produk berperisa oren itu setiap hari kerana amat digemari kanak-kanak, tetapi mempunyai khasiat tersendiri, malah saya pernah mencuba untuk menangani masalah jerawat suatu masa dulu sehingga ia beransur hilang," katanya.

Azah berkata, selepas beberapa minggu, dia mendapati kulit tapak tangan anaknya tidak lagi menggelupas, malah semakin lembap sejak menggunakan produk dR-II.

Katanya, kesan benjolan dan kudis di wajah anaknya akibat gigitan nyamuk juga sudah tidak kelihatan selepas mencuba produk itu.

"Saya terkejut apabila kesan parut di muka anak saya ketika terjatuh basikal suatu masa dulu dan kesan demam campak yang pernah dialaminya juga beransur hilang sejak menggunakan produk dR-II dan mengembalikan keyakinan saya terhadap produk ini," katanya.

Justeru, mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dR-II boleh menghubunginya di talian 017-6150613 atau 013-6150613 atau pengedar aktifnya, Siti Patimah Abdul Manap di talian 012-6898481.


Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, produk berkenaan menggunakan bahan aktif dan asli seperti astaxanthin, hydrosalate marine colagen dan serbuk ekstrak Acerola yang diformulasi dengan bijak serta terbaik.

Beliau berkata, ramuan berkenaan diadun dalam bentuk serbuk dengan menggunakan teknologi nano dan bahan aktif sebanyak 12 gram yang larut di dalam mulut, kemudian meresap ke dalam badan melalui kapilari bawah lidah tanpa perlu melalui kesan utama oleh metabolisma hati.

"Produk dR-II ini amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit sensitif serta jerawat dan jeragat yang kronik, ekzema, vitiligo, kesan parut akibat kulit terbakar dan masalah lain yang berkaitan kulit," katanya.

Menurutnya, bilangan ahlinya kini menjangkau lebih sejuta orang manakala pengedar aktifnya kini bertambah lebih 20,000 ahli yang berminat mendalami perniagaan bersama dRG.

Katanya, konsep digunakan syarikatnya iaitu 'Guna Dulu Baru Jual' memang mudah kerana pengguna boleh mencuba dulu produk keluaran dRG sebelum memulakan langkah sebagai usahawan secara aktif.

"Mereka boleh menceritakan lebih terperinci mengenai produk itu berdasarkan pengalaman menggunakannya tanpa sebarang masalah.

"Kita menggunakan sistem perniagaan secara trading berimbuhan dengan menggunakan perkhidmatan perniagaan secara dalam talian dan pengguna tidak perlu menghabiskan masa ke mana-mana kerana hanya perlu melayari Internet di rumah.

"Dengan hanya mencari laman web, www.herbaprima.com.my, pengguna boleh memperoleh maklumat mengenai produk kami dan boleh berinteraksi dengan pengedar aktif di laman sosial facebook, twitter, blogger, tagged, mySpace dan dRBook.biz," katanya.

Dr Che Rozmey mengakui ramai usahawannya kini mampu memperoleh pendapatan antara empat hingga lima angka sebulan dengan hanya menjual produk melalui laman webnya.

Beliau berkata, dengan bantuan promosi daripada syarikat di akhbar Harian Metro dan majalah juga dapat membantu usahawan dRG untuk memperkenalkan produk ini kepada umum dan mereka tidak perlu bersusah payah keluar berniaga ke serata kampung.

"Dengan hanya bermodalkan RM450, pengguna layak menjadi ahli secara automatik dan mereka boleh menjalankan perniagaan lebih meluas dengan menjual produk pada harga ahli iaitu RM150 dan RM200 untuk bukan ahli.

"Perniagaan ini menjimatkan masa, kos pengangkutan dan tenaga kerana pesanan boleh dibuat dalam talian melalui pengedar aktif kami yang kemudian akan menghubungi kakitangan di ibu pejabat dRG di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

"Setiap pesanan akan dihantar terus kepada pengguna melalui penghantaran Skynet secara percuma yang akan sampai dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam dari tarikh pesanan dibuat," katanya.

Info

* Pengguna boleh melayari laman web rasmi dRG di www.herbaprima.com.my atau facebook www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm atau melayari enjin pencarian dRG www.drplaces.com atau menghantar e-mel dRG di sales@herbaprima.com.my.

Orang ramai juga boleh menghubungi dRG di talian 019-4209708, 012-5330319, 012-5330276, 04-9164262, 04-9175845 dan 04-9178026 atau menghantar faksimile di talian 04-9178566 atau 04-9174566.

Smart Reader Kids(R)

Smart Reader Kids(R)
Biasanya apabila tiba masanya kanak-kanak memasuki prasekolah, mereka akan bekerjasama antara satu sama lain dan mula mempunyai kawan baik.

Mereka boleh bermain bersama masa, bersosial, mempelajari permainan yang memerlukan mereka mengambil bahagian mengikut giliran dan menunjukkan semangat kesukanan yang baik dan turut menggunakan perkataan yang bersesuaian dengan mereka.

Tindak balas empati apabila kanak-kanak lain kesakitan atau sedih adalah sesuatu yang biasa dan mereka juga akan lebih tersentuh perasaan dan menunjukkan rasa belas.

Prasekolah memberikan banyak peluang dalam mewujudkan perhubungan dan melatih kemahiran bersosial dan kerana pelbagai sebab itu menyebabkan ramai ibu bapa memilih Smart Reader Kids(R) kerana merasakan ia adalah yang terbaik buat anak mereka.

Bagi Muhammad Iman Ghazi dari Smart Reader Kids(R) (Taman Sri Hartamas) yang baru berusia lima tahun, daya kepimpinan sebagai seorang ketua di kalangan rakan sebaya jelas terpancar. Dia sering menjadi tampil secara sukarela dalam aktiviti dengan menunjukkan semangat kepimpinan dan menggalakkan rakan sebayanya melakukan aktiviti dengan baik.

Dengan belajar di Smart Reader Kids(R), Iman menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, Dia kini belajar di Smart Reader Kids(R) untuk tahun kedua.

Adalah menjadi harapan bagi setiap ibu bapa melihat anak mereka membesar dalam keadaan yang baik. Bagi ibu bapa Iman, Anwar Johari and Idahroyani Setam, mereka tidak mengharapkan selain daripada melihat keupayaan anak mereka sebagai pemimpin.

Bagi Pengarah Syarikat, Haryati Mohd Mokhtar dia mendaftar anaknya, Muhammad Syahid Luqman Al-Hakim di Smart Reader Kids(R) Wangsa Maju dan sangat gembira melihat perkembangan positif anaknya.

Selepas beberapa bulan belajar di Smart Reader Kids(R), Syahid Luqman Al-Hakim mula menunjukkan kemampuannya berdikari dan lebih berdisiplin.

Apabila Aida Shazreena Mohammad iaitu seorang setiausaha syarikat melihat iklan Smart Reader Kids(R), ia menarik minatnya untuk mendaftar anaknya.

Untuk memastikan anaknya mendapat pendidikan terbaik dia dan suaminya Eddy Adnan Zainal membuat banyak penyelidikan sebelum akhirnya memutuskan untuk mendaftar anaknya Emily Adriana yang berusia lima tahun ke Smart Reader Kids(R) (Taman Permata) awal tahun ini.

"Tahun lalu, saya hantar Emily ke tadika lain. Bagaimanapun saya menyedari saya perlu menghantarnya ke tadika lebih baik dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran.

"Apabila melihat iklan Smart Reader Kids(R), saya sukakan program ditawarkan kerana ia mengajar kanak kanak membina keyakinan diri selain membaca dan menulis dan saya percaya ia adalah asas terbaik sebelum dia memasuki sekolah rendah," kata Aida Shazreena.

Program Smart Reader Kids(R) mendapat kepercayaan daripada ramai ibu bapa yang melihat sendiri perkembangan memberangsangkan anak kecil mereka. Smart Reader Kids(R) menawarkan pembelajaran dengan keseronokan dan menggunakan pendekatan pembelajaran asas menerusi Smart Reader(R) English, Smart Bacaan(TM), Smart Mandarin(TM), Smart Maths(TM), Early Science, Hygiene, Moral, Smart Computer, Art & Craft, Smart Music(TM) dan Kindercooking.

Akan datang Smart Reader Kids(R) akan menganjurkan Majlis Hari Terbuka yang akan diadakan di semua pusat Smart Reader Kids(R) dan Smart Reader Kids Junior(R) seluruh negara pada 14 Januari 2012.

Banyak peluang menarik menanti ibu bapa yang mahu mengetahui program menarik yang ditawarkan di Smart Reader Kids(R). Pelbagai aktiviti turut dirancangkan kepada tetamu kecil termasuklah mewarna, menyanyi dan sesi bercerita.

Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Hari Terbuka kerana banyak aktiviti menarik dan alami pengalaman berharga sebelum menghantar anak anda ke pra sekolah.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Smart Reader Kids(R) atau promosi terkini, sila hubungi Smart Reader Kids(R) (Taman Sri Hartamas) di 03-6211 8857, Smart Reader Kids(R) (Taman Permata) 03-4105 4510 dan Smart Reader Kids(R) (Wangsa Maju) 03-4143 2757, SmartLine 1-300-82-5555 atau layari laman web www.smartreader.edu.my atau http://www.facebook.com dan lakukan carian 'Smart Reader'.

Kebaikan Lglutathione anti penuaan

Rahsia Lglutathione anti penuaan masa kini
Lglutathione adalah asid amino yang ditemui dalam setiap sel daripada organik algae hidup. Ini dianggap sebagai antioksidan utama dan yang diketahui manusia kerana melindungi tubuh daripada penuaan dan keadaan lain.

Tapi seperti yang kita ketahui tahap glutathione kita habis kerana paparan pencemaran udara, stres, ubat, merokok, atau bahan kimia makanan yang merosakkan sistem khidmat kita.

Seperti disebutkan di atas, LGlutathione boleh bertindak sebagai anti penuaan masa kini.

LGlutathione bekerja dari dalam untuk memperbaiki dan memelihara sel kulit dan membangkitkan seri kulit di samping membuat pori-pori lebih halus.

Bahan ini juga meningkatkan kulit hiper pigmentasi, menjadikan kulit halus, putih dan gebu, mengawal jerawat, mencegah jeragat serta menentang proses penuaan.

LGlutathione bertindak jauh ke dalam tahap sel pembuluh darah kita, otak, jantung, sel-sel kekebalan tubuh, ginjal, kanta mata, hati, paru-paru, dan kulit terhadap kerosakan oksida.

Manfaat suplemen LGlutathione sangat besar.

LGlutathione menjaga tahap penuaan yang baik, mempromosikan hidup lebih lama dan jawapan kepada anti-penuaan untuk kedutan awal. Ini meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan yang terbabit dalam sintesis dan pembaikan DNA.

Oleh itu, L-Glutathione mengandungi kajian untuk membuktikan pengurangan pigmentasi kulit gelap (bekas jerawat gelap, bintik-bintik, ketiak gelap serta bintik penuaan) kerana

LGlutathione terbukti untuk membalikkan metabolisme melanin kembali yang pigmentasi gelap (eumelanin) ke pigmentasi cahaya (phaeomelanin).

Kesimpulan: Adakah LGlutathione hanya untuk orang yang ingin mencerahkan kulit mereka?

Jawapan: Tidak! Jika anda ingin mempromosikan kecantikan kulit dan kesihatan yang lebih baik dan kesejahteraan, membantu memerangi penyakit utama khususnya kanser, menjaga kulit jerawat mengembalikan kulit lebih muda, putih berseri dan gebu lagi LGlutathione adalah jawapannya.

Fakta: LGlutathione adalah suplemen makanan dan bukan ubat dan telah didaftarkan dengan kementerian kesihatan Malaysia (KKM) sebagai makanan tambahan.

Kolagen sebenarnya adalah molekul penting untuk membantu kulit agar kelihatan muda dan sihat. Tambahan lagi, ia juga penting bagi menghubungkan tisu-tisu yang menyokong struktur muka dan seluruh tubuh kita.

Kolagen menjadikan kulit bertambah halus, anjal, gebu, licin dan cantik berseri. Kolagen Renew 20 plus mempunyai kandungan kolagen yang tinggi diperbuat daripada bahan terpilih dan halal yang juga kaya dengan sifat kolagennya seperti sirip ikan, LGlutathione dan juga ekstrak soya adalah antara bahan terpenting dalam membantu mengekalkan kolagen dalam badan kita.

Ia dapat membantu menjadikan kulit kita lebih muda, halus, lembap, gebu, dan cerah serta mengurangkan jeragat dari dalam. secara amnya, kolagen Renew 20 plus ini mampu melambatkan proses penuaan dan melambatkan proses yang paling ditakuti wanita iaitu monopouse. Dengan ini, anda akan kelihatan awet muda.

Kini anda boleh mencubanya dengan mengambil Collagen 5000MG Renew 20 Plus sebagai kolagen tambahan sekali gus membantu meningkatkan kandungan kolagen dalam badan anda.

Pada kebiasaannya, pelanggan yang telah mengambil tiga kotak Collagen Renew 20 Plus menunjukkan perubahan pada kulit mereka. Kulit akan lembap, halus, dan anjal jika produk ini diambil secara berterusan.

Selain itu, ia dapat membantu menghilangkan kedutan, mencerahkan kulit, membantu mengurangkan jeragat dan seterusnya menghilangkan jerawat. Pendek kata, setelah anda mengambil Collagen Renew 20 Plus ini anda akan kelihatan muda serta cantik berseri dan sudah pastinya anda akan gembira dan bangga terhadap penampilan diri anda.

Jadi, kepada pelanggan khususnya kaum hawa rebutlah peluang ini untuk mencuba produk terbaru keluaran Total Impression iaitu Collagen 5000MG Renenw 20 Plus yang mengagumkan ini tanpa perlu membuat pembedahan atau suntikan, anda boleh kelihatan muda jelita.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sulaiman di talian 016-7228434, Rafeah 019-7309141 atau Total Impression 07-8839141 dan atau layari laman web kami di www.totalimpression.com.

Pengedar Total impression (JM0458506-V)

1. Johor Bahru, Johor.

2. Lot G 17, Carrefour Seksyen 23, 40300, Shah Alam, Selangor

APA KATA PELANGGAN

"Ramai tidak percaya umur saya sudah menjangkau 57 tahun. Suami juga perasan dengan perubahan kulit muka saya. Saya telah mengamalkan Renew selama 4 tahun, inilah hasil yang saya dapat sekarang. Dulu terdapat tompok hitam di kulit muka saya dan tumit kaki saya merekah.

Kini kulit saya nampak tegang dan kedutan hilang, payudara terasa tegang dan rekahan kulit kaki pun berkurangan. Saya amat berterima kasih dengan Renew 20 Plus 5000mg," kata Zainab Mohamad.

"Dulu saya mengalami masalah kulit muka berkedut dan sedikit kusam. Saya mencuba banyak produk tetapi tidak berkesan. Saya menggunakan produk Collagen Renew 20 Plus 5000mg selama 5 bulan. Alhamdulillah kulit saya menjadi lebih cerah, halus, tegang dan menawan. Ramai rakan menegur perubahan kulit muka saya sekarang," kata Junaidah Abd Aziz.


4 pengajian prauniversiti di Management & Science University (MSU)

Pengajian prauniversiti
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berpeluang mengikuti program prauniversiti di Management & Science University (MSU) yang menawarkan empat bidang pengajian iaitu Asas Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan, Asas Perniagaan, Asas Undang-Undang dan Asas Sains Biologi dan Kesihatan.

Antara program boleh diikuti selepas tamat pengajian termasuk Pengkomputeran Perniagaan, Reka Bentuk Grafik, Sistem Pengauditan Maklumat, Reka Bina Multimedia, Forensik Komputer, Teknologi Mudah Alih dan Tanpa Wayar, Pemasaran dan Reka Bentuk Komunikasi serta Multimedia Kreatif yang ditawarkan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Maklumat.

Program Asas (Sains Biologi/Sains Kesihatan) pula sesuai bagi mereka yang mempunyai minat mendalam membina kerjaya dalam bidang perubatan, optometri atau farmasi selain berpeluang mengikuti program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang ditawarkan melalui Sekolah perubatan Antarabangsa (IMS) sama ada kampus induk di Shah Alam atau di pesisir antarabangsa MSU di Bangalore, India.

Bagi bidang sama, pelajar berpeluang mengikuti program peringkat ijazah yang ditawarkan menerusi Fakulti Sains Hayat dan Kesihatan MSU dengan pengkhususan seperti Sains Biomedikal, Teknologi Perkhidmatan Makanan, Bioinformatik, Sains Perubatan, Optometri, Farmasi, Nutrisi dan Sains Forensik.

Program Asas Perniagaan pula ditawarkan bagi menampung peningkatan permintaan tenaga profesional dalam bidang pengurusan perniagaan dengan bidang pengajian yang boleh diikuti di peringkat ijazah termasuk Perniagaan Antarabangsa, Sains Pemutusan, Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti, Perakaunan, Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Sumber Manusia, Kewangan, Pengurusan (Perhubungan Awam dan Hiburan) dan Luaran, Pengurusan Pengembaraan yang ditawarkan Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional MSU.

Program Asas Undang-Undang memberikan pendedahan awal kepada pelajar yang ingin menjadikan bidang perundangan sebagai karier dan selepas menamatkan program ini, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Undang-Undang dan Perdagangan di MSU.

Bukan itu saja, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat antarabangsa melalui Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa (ISEP) yang menyediakan pilihan mengikuti pengajian di lebih 40 rakan universiti MSU seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Jepun, Eropah Timur, New Zealand, Australia, Korea Selatan, India dan Indonesia.

Selain itu, MSU menawarkan program pengajian peringkat diploma, ijazah dan pasca siswazah menerusi Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat, Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional, Sains Maklumat dan Kejuruteraan, Perubatan Antarabangsa, Farmasi, Pengajian Siswazah dan Pengurusan Siswazah.

Diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), MSU membantu pelajar mendapatkan bantuan kewangan daripada penaja, termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan yayasan negeri, merangkumi pembiayaan berbentuk biasiswa secara usaha sama dengan pihak tertentu, pinjaman atau tabung pendidikan MSU sendiri dikenali sebagai Biasiswa Presiden.

Maklumat lanjut berkenaan program ditawarkan di MSU, sila hubungi Jabatan Kaunseling dan Komunikasi di talian 03-55216868, SMS dengan menaip MSUINFOnama dan e-mel kepada 019-3419152/ 016-3568251/012-249 6551 atau layari www.msu.edu.my

Promosi ”Blast Off 2012” AirAsia X tawar tambang murah (03/01/2012)

AirAsia X, syarikat sekutu tambang rendah AirAsia, menawarkan tambang istimewa ke destinasi di Australia, Eropah, Korea Selatan dan Jepun dari Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata, promosi ”Blast Off 2012” menawarkan tambang rendah bermula 3-15 Jan bagi perjalanan segera dari 9 Januari hingga 31 Mac yang boleh diperoleh secara eksklusif dalam talian di www.airasia.com.

"Tambang termasuk semua ke Jepun bermula serendah RM406 ke Osaka dan RM556 ke Tokyo dari Kuala Lumpur, manakala perjalanan ke Australia adalah dari RM496 ke Perth, RM616 ke Gold Coast dan RM646 ke Melbourne.

"Destinasi antarabangsa lain yang ditawarkan adalah dari RM436 ke Seoul, RM716 ke Paris dan RM836 ke Gatwick,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata, setelah terdapat permintaan yang belum dipenuhi bagi destinasi terpilih semasa jualan akhir tahun tahun lepas, syarikat memutuskan untuk menawarkan tawaran khas ini kepada penumpangnya.

"Pelanggan boleh merebut tawaran ”fly-thru” dari Australia ke Jepun dan Eropah dan sebaliknya atau ke Kuala Lumpur dan disambungkan ke Asia Tenggara dan seterusnya,” kata beliau. — BERNAMA