Penulisnya, Harlym Yeo, berkata beliau mengambil masa sebulan setengah mengumpul bahan dari pelbagai sumber termasuk pengalaman sendiri yang hampir dua dekad dalam bidang pengiklanan, pemasaran, perhubungan awam, perancangan media dan penerbitan.
"Seperti kebanyakan pengamal perhubungan awam syarikat, saya mencari cara paling efektif untuk mendapat publisiti secara percuma beberapa tahun dulu ketika menggalas tanggung jawab sebagai pegawai perhubungan awam.
"Selepas terbabit secara langsung dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan media sejak 1991, akhirnya saya kumpulkan pengalaman itu dalam e-buku ini," katanya.
E-buku itu diedar percuma hari ini melalui laman sesawang http://www.RahsiaPublisiti.com.