Rawatan Terapi Intraceuticals Oksigen

Kecantikan adalah satu topik yang subjektif untuk dibincangkan. Tetapi apabila ia diperkatakan sudah pasti insan bergelar wanita merupakan golongan yang akan memberi perhatian.

Walaupun sering disebut kecantikan sebenar lahir dari dalam diri seseorang, hakikatnya kecantikan luaran juga menjadi keutamaan.

Justeru, hari ini pelbagai cara digunakan termasuk melakukan pembedahan plastik, menyuntik kolagen, mengambil makanan tambahan dan sebagainya untuk mengekalkan kecantikan serta kesihatan diri.

Konsep kecantikan sebenar seharusnya bermula dengan kesihatan yang baik. Sebagai contoh, pengambilan banyak makanan yang mengandungi antioksida seperti buah-buahan mampu membantu menentang radikal bebas dan melindungi daripada kerosakan sel yang boleh mengakibatkan penuaan pramasa.

Pada masa yang sama, sebagai sebahagian daripada inspirasi untuk membantu orang ramai kekal cantik dan sihat, iHeal Medical Centre Kuala Lumpur memperkenalkan rawatan alternatif iaitu Rawatan Terapi Intraceuticals Oksigen.

Dalam erti kata lain, rawatan itu mentafsirkan bahawa kecantikan dan kesihatan sebenarnya mempunyai hubung kait antara satu sama lain.

Menurut pakar perubatan estetiknya, Dr. Abrizah Ousman, Rawatan Terapi Intraceuticals Oksigen adalah yang baik untuk meningkatkan penghidratan secara keseluruhan agar kulit sentiasa lembap dan halus sekali gus menghilangkan garis halus dan kedutan.

"Rawatan ini tidak sakit, mudah dan ringkas. Ia memberi kelembapan dan kesegaran serta-merta kepada kulit muka.

"Rawatan ini terdiri daripada tiga jenis gabungan serum iaitu rejuvenation hydrating infusion, opulence brightening infusion dan atoxelene anti-aging infusion," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, rawatan tersebut berasal dari Australia tetapi sangat popular di kalangan selebriti Hollywood sejak tahun 2001.


Katanya, apa yang membezakan rawatan tersebut dengan rawatan-rawatan lain ialah serum yang digunakan dapat meresap ke dalam kulit secara lebih berkesan melalui semburan di bawah tekanan hyperbarik oksigen berbanding dengan cucian biasa atau penggunaan produk kecantikan di rumah.

Rawatan ini juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Jelas Dr. Abrizah, rawatan tersebut amat digalakkan bagi mereka yang mempunyai kulit kering, berkedut dan tidak bermaya kerana ia dapat mengembalikan kelembapan dan ketegangan.

Menurutnya, serum yang digunakan juga merupakan agen pelembap yang bagus.

"Antara bahan-bahan yang dikenal pasti dalam rawatan ini ialah asid hyaluronic, aloe vera, teh hijau, vitamin A, vitamin C, vitamin E, asid amino, panthenol, squalane, provitamin B5 dan banyak lagi.

"Dalam kulit kita sememangnya sudah mempunyai asid hyaluronik iaitu agen pelembap semula jadi namun kandungan ini akan beransur-ansur kurang selari dengan proses penuaan dan kesan persekitaran, jadi rawatan ini dapat mengembalikan kandungan agen pelembab di dalam kulit.

"Rawatan ini juga sebenarnya sesuai untuk mereka yang ingin menghadiri majlis-majlis sosial, karpet merah ataupun bagi mereka yang ingin bergelar raja sehari.

"Ini kerana sebaik sahaja rawatan yang dilakukan selesai, kulit kelihatan segar bermaya dan boleh terus bersolek dengan kesan solekan lebih rata serta kekal lama," katanya.

Bagi wanita-wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, rawatan itu pastinya memberikan satu keputusan yang baik di mana ia dapat melambatkan proses penuaan melalui peningkatan pengoksigenan pada kulit serta merangsang peredaran darah.

Selain itu, vitamin C dalam serum itu juga dapat mencerahkan rona kulit.

Perubahan-perubahan tersebut dapat dilihat sejurus selepas menjalani sesi rawatan yang hanya mengambil masa selama 45 minit.

Untuk mendapatkan kesan positif jangka masa panjang adalah digalakkan untuk melakukan rawatan ini setiap minggu untuk enam minggu berturut-turut.

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
~Utusan

Cegah ponteng sekolah melalui SMS

Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberi banyak kemudahan kepada warga pendidik termasuk yang terkini sistem aplikasi mengesan kehadiran pelajar, m-Attendance yang dibangunkan oleh Mobile Biz Network Sdn. Bhd.

Pengarah Pembangunan Produknya, Hazwan Abu Hassan berkata, m-Attendance merupakan sistem aplikasi kehadiran yang pertama seumpamanya di negara ini untuk membantu mengurangkan kadar ponteng sekolah melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan e-mel.

"Penggunaan sistem aplikasi m-Attendance merupakan satu langkah pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta selaras dengan tuntutan transformasi pendidikan mengikut keperluan kehidupan dan persekolahan abad ke-21," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya lagi, sistem aplikasi ini berfungsi apabila guru di sekolah mengambil kedatangan setiap pelajar menggunakan komputer tablet iPad dan seterusnya ibu bapa akan menerima SMS atau e-mel yang memaklumkan status kehadiran anak mereka ke sekolah sejurus kedatangan diambil.

"Selain mengurangkan kadar ponteng sekolah, aplikasi ini juga dilihat mampu memudah serta meringankan beban guru kelas dalam mengurus data kehadiran pelajar.

"Ia juga membantu memudahkan ibu bapa untuk memberi cadangan, pandangan dan aduan kepada sekolah melalui SMS selain membantu menghebahkan segala aktiviti dan program sekolah dengan lebih cepat, mudah dan kos efektif," jelasnya.

Hazwan berkata, antara faedah penggunaan aplikasi berkenaan pula ialah membantu melicinkan lagi sistem penyampaian maklumat sekolah dan meningkatkan prestasi, imej dan kredibiliti sekolah.

"Selain itu, sistem aplikasi m-Attendance turut mempunyai ciri-ciri tambahan seperti Homework Alert, Profil Pelajar, Laporan Akademik, Laporan Disiplin dan Buku Teks Digital.

"Selain sistem SMS Kehadiran m-Attendance, pakej sistem aplikasi kehadiran ini turut dilengkapi dengan Sistem Aduan m-Centre dan Sistem SMS Hebahan OwnSms-Broadcast.

"Dengan sistem SMS Hebahan OwnSms-Broadcast, aktiviti dan program sekolah seperti hari sukan, peringatan tarikh peperiksaan, makluman tunggakan yuran, mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dimaklumkan terus kepada ibu bapa melalui SMS," terang beliau.



Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB

Jom sauna dgn Nazconsauna: Senarai stokis Nazconsauna

Penyakit datang tanpa amaran. Oleh itu mencegah di peringkat awal lebih mudah daripada merawat apabila sudah serius. Salah satu kaedah rawatan tanpa perlu keluar dari rumah adalah dengan miliki set sauna peribadi. Ia sungguh menjimatkan kerana anda hanya beli sekali sahaja dan terus boleh menggunakan peralatan sauna itu dengan seisi keluarga.

Amalan bersauna membantu melancarkan peredaran darah, membakar kalori, menyegarkan badan setelah seharian penat bekerja, mencantikkan kulit, menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin dan awet muda.

Berikut kami dilampirkan beberapa testimoni pelanggan yang rajin bersauna. Terdapat lebih banyak lagi testimonial di website kami www.nazconsauna.com. Cara memasang dan menyimpan sauna Nazconsauna sungguh mudah iaitu hanya 5 saat sahaja.


Kami sungguh mementingkan keselesaan pelanggan kami. Semua Set sauna nazconsauna hanya menggunakan barangan berkualiti iaitu kain yang tebal untuk memerangkap lebih haba dan tahan lama. Rangka sauna daripada keluli yang tak akan patah, ringan, anti karat dan di jahit terus dalam sauna.

Kami juga adalah syarikat yang berpengalaman hampir sedekad dalam sauna di rumah. Kami menyediakan banyak alat ganti, juruteknik berpengalaman, stokis berpengalaman, servis selepas pembelian seumur hidup dan khidmat nasihat percuma hanya untuk pelanggan yang sudah membeli produk atau yang akan datang.

Cara pembelian mudah juga disediakan iaitu ansuran mudah (0% interest), kad kredit, kad debit, tunai, ansuran Ezy Payment Maybank 6 bulan dan pemotongan arahan tetap bank.

Peluang perniagaan juga kami sediakan kepada anda yang berminat menyertai kami.

Sila Hubungi stokis Nazconsauna untuk khidmat nasihat percuma, penghantaran terus ke alamat anda dengan mudah:

Senarai stokis Nazconsauna

Perlis

Arau - 012-492 0381

Perak

Ipoh - 014-306 0650

Seri Manjung - 019-510 0705

Taiping - 017-514 9625

Teluk Intan - 017-559 5649

Kedah

Sungai Petani - 014-904 9446

Kulim - 019-411 4240

Pulau Pinang

George Town - 017-431 6301

Nibong Tebal - 013-400 3102

Seberang Perai - 019-423 3028

Selangor

Shah Alam - 019-250 8489

Kajang - 019-222 3995

Sungai Buloh - 019-2459940

Gombak - 014-628 1209

Subang Jaya - 013-338 4894

Petaling Jaya - 012-696 2490

Cheras (Batu 8) - 017-300 6947

Kuala Lumpur

Ampang - 013-354 6429

Wangsa Maju - 012-542 0809

Bandar Sri Damansara - 012-375 2145

Kota Damansara - 013-339 4060

KL Sentral - 013-350 5818

Jalan Klang Lama - 019-310 5449

Negeri Sembilan

Seremban - 017-688 9571

Melaka

Masjid Tanah - 012-229 7287

Cheng - 019-388 4775

Batu Berendam - 012-310 6850

Ayer Keroh - 012-343 5730

Johor

Johor Bahru - 019-731 3838

Pasir Gudang - 019-717 9067

Kulai - 012-735 3911

Pahang

Temerloh - 019-998 3738

Kuantan - 016-921 1680

Chini - 013-954 8783

Kelantan

Kota Bharu - 019-911 2012

Terengganu

Dungun - 017-218 6402

Kuala Terengganu - 013-919 5166

Sabah

Tawau - 013-890 1969

Keningau - 019-899 2745

Sarawak

Kuching - 012-891 2379

Sibu - 017-802 9341

Brunei

+6738 651 551

Maklumat lanjut hubungi HQ di 53B, Jalan 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor, di talian 03-8920 3328 atau 012-7997 005 atau website www.nazconsauna.com.