Sinopsis novel Hati Bergetar Rindu

Sinopsis novel Hati Bergetar Rindu

Hati Bergetar Rindu membawa kisah sepasang suami isteri, Ziyad Sidqi atau Sid dan Arisa Nur Adalia (Ari) yang menikmati bahagia pada enam bulan pertama perkahwinan mereka sebelum terpisah angkara salah sangka.

Tiga tahun kemudian, Sid dan Ari bertemu semula dalam suasana berbeza apabila Sid yang bertugas sebagai anggota polis, ditugaskan menyiasat pembunuhan bersiri yang disyaki dilakukan Angel dan tanpa disangka, Ari rupanya turut menjadi buruan pembunuh kejam berkenaan.

Mulai saat itu, Sid dengan kerjasama anggota polis lain cuba melindungi isterinya dengan pelbagai cara walaupun Ari sentiasa bersikap dingin kerana masih teringatkan kisah kecurangan suaminya dulu.

Pada masa sama, Angel mula bertindak ganas dengan melakukan pelbagai helah bagi mengesan pergerakan Ari dan Sid sehingga mereka hampir ditembak dalam satu kejadian di rumah persembunyian mereka.

Plotnya menjadi semakin rumit dengan kewujudan watak pembunuh kejam yang meniru modus operandi Angel sehingga digelar `Copycat Angel', sekaligus meletakkan Ari dalam keadaan yang lebih berbahaya.

Siapa sebenarnya Angel dan Copycat Angel serta mampukah Sid melindungi Ari daripada menjadi mangsa dan bagaimanakah hubungan mereka hanya akan diketahui dengan membaca novel ini.


HATI BERGETAR RINDU

Penulis: Dhiya Zafira
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Halaman: 530
Harga: RM21

Pil susu kuda liar produk Setia Brothers

Keajaiban susu kuda liar yang menyelamatkan nyawa saudaranya daripada penyakit kanser, membuatkan seorang bekas pegawai polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, tidak menoleh ke belakang lagi untuk menceburi bidang perniagaan berasaskan produk itu.

Bekas Asisten Superintendan, Nek Abd Rahman Salleh, 56, yang juga dikenali sebagai `Lelaki Koboi' kerana imejnya yang sentiasa bertopi koboi dan berseluar jeans berkata, ketaksubannya terhadap kuda juga menyebabkan menternak sejumlah kuda liar di sebuah pulau di luar negara.

"Apabila saudara saya sembuh daripada penyakit kanser selepas minum susu kuda liar, minat saya terhadap kuda semakin bertambah

Perniagaan berasas susu

"Saya dan isteri, Norhayati A Rahim, menceburi bidang perniagaan berasaskan susu kuda liar pada 1996. Kami menternak sejumlah kuda liar di sebuah pulau di luar negara bagi tujuan mendapatkan susunya sebelum dijadikan makanan tambahan dalam bentuk kapsul yang dinamakan sebagai Niemans Feramilch Capsule," katanya ketika ditemui BH di Kota Bharu, barubaru ini.

Produk berkenaan yang disifatkan alternatif kepada perubatan moden selepas diuji secara saintifik di makmal oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan hasilnya menunjukkan sel kanser yang dititiskan susu kuda liar berkurangan kira-kira 60 peratus.

Terima Pengiktirafan

Menceritakan mengenai kejayaannya mengorak langkah dalam bidang bioteknologi sejak 16 tahun lalu itu, Nek Abd Rahman yang juga Pengasas dan Penasihat Setia Brothers Sdn Bhd manakala isterinya, Norhayati, sebagai Pengarah Urusan, menegaskan individu yang ingin berjaya dalam bidang yang diceburinya perlu berfikir 'di luar kotak' dan mempunyai pengurusan masa yang strategik.

Beliau yang juga penerima Anugerah Inovasi Pusat Kecemerlangan Oxford (OXCELL), United Kingdom, pada tahun lalu, berkata, Niemans Feramilch sudah mencapai tahap piawaian yang ditetapkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nek Man juga minat mendalam terhadap aktiviti sukan berkuda, juga menjalankan aktiviti berkaitan ekuin di Taman Pameran Pertanian Serdang (MAEPS) dengan mengadakan modul ekuin kepada mereka yang minat.

Sementara itu, Ketua Laboratori Penyelidikan Kanser UPMMAKNA, Institut Biosains, UPM, Prof Dr Rozita Rosli mengesahkan UPM menjalankan kajian saintifik terhadap susu kuda liar pada 1997.

"Ketika itu, tiada kajian saintifik lain dilakukan terhadap kesan susu kuda kepada pesakit kanser dan UPM adalah perintisnya.

"Hasil kajian UPM mendapati perbandingan membabitkan empat jenis susu iaitu susu kuda liar, susu lembu, susu kambing dan susu manusia, membuktikan susu kuda liar adalah susu paling menyamai susu manusia dan mempunyai ciri penyembuhan terhadap penyakit tertentu.

"Fokus utama kajian adalah terhadap mekanisme tindak balas susu kuda baka Niemans bagi sel kanser iaitu dua jenis penyakit leukemia dan seterusnya terhadap empat jenis sel kanser iaitu kanser serviks, kanser ovari, kanser payu dara dan kanser usus.

"Dalam kajian in-vitro yang dilakukan di makmal terhadap sel leukemia dari manusia, antara 50 hingga 60 peratus pengurangan dapat dilihat dari segi jumlah kematian sel kanser," katanya.


Testinoni dR-H (dR Haper) keluaran dR Rozmey

dR-H selesai masalah sakit dada, penat
Biarpun sudah mencuba pelbagai produk dan ubat yang diperoleh dari farmasi dan pusat perubatan, namun Sabariah Mahpudz, 49, tetap mengalami masalah sakit dada berpanjangan.

Menurutnya, disebabkan masalah itu, dia tidak berupaya melakukan kerja rumah kerana sering keletihan dan tercungap-cungap.

Katanya, pada masa sama, dia mudah kepenatan apabila banyak melakukan pergerakan termasuk ketika berjalan selain apabila memandu, dadanya terasa sakit seolah-olah seperti tercekik.

Testinoni dR-H (dR Haper)

"Pada sangkaan saya ia disebabkan faktor usia, namun gejala ini semakin menjadi-jadi pada Mac lalu hingga saya mendapatkan pemeriksaan di pusat perubatan.

"Namun, saya dimaklumkan hanya menghadapi masalah angin dalam badan saja membuatkan saya tidak berpuas hati, lalu mencuba produk dR Haper (dR-H) keluaran dR Rozmey Group (dRG) selepas membacanya dalam akhbar ini," katanya.

Sabariah dari Felda Bukit Cerakah, Selangor berkata, tidak tahan menanggung kesakitan itu, akhirnya dia disyorkan adik iparnya yang juga pengedar dRG, Norhazah Aziz untuk mengambil dR-H pada Mei lalu.

Katanya, selepas mengamalkan produk itu selama dua minggu, dia tidak lagi berasa sakit dada atau penat walaupun melakukan kerja rumah.

Menurutnya, sehingga kini, dia masih lagi mengambil dR-H setiap hari dan pengguna lain yang berminat mengetahui mengenai produk itu boleh menghubunginya di talian 012-2617049 atau penajanya, Norhazah di talian 017-6150613.

Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, dR-H membantu merawat masalah dalaman dengan menggunakan formulasi herba terpilih seperti milk thistle, selenium, Vitamin C dan E.

Menurutnya, ia bertindak secara bersepadu dengan sel dalaman bagi membaik pulih masalah dihadapi pengguna.

Selain itu, kini enam produk utama keluaran dRG sudah berada di pasaran berikutan ketiadaan bekalan lebih tiga bulan lalu akibat permintaan tinggi daripada pengguna.

"Saya yakin semua enam produk keluaran dRG iaitu Jus Mate 5 (JM5), dR-II, Doc-K, dR101, dRQ10 dan dR-Betes mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna dan kini boleh terus dibeli melalui pengedar sah dRG atau kaunter ibu pejabat dRG.

"Saya juga mengesyorkan pengguna membeli produk keluaran syarikatnya melalui dalam talian daripada pengedar sah atau melalui kaunter dRG di Bandar Darulaman, Jitra bagi memastikan produk dibeli adalah asli," katanya.

Sempena empat tahun produk dRG berada dalam pasaran, syarikatnya melancarkan peraduan beli dan menang bermula 1 Ogos dan berakhir pada 31 Januari tahun depan dengan tawaran hadiah bernilai RM1.5 juta serta hadiah utama sebuah kereta BMW 320i.

Beliau berkata, pengguna diminta tidak membeli produk di lima lokasi iaitu toko jamu, salun kecantikan, kedai ubat, pasar raya dan kios yang bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab untuk memasarkan produk tiruan menggunakan jenama dRG.

Katanya, pesanan dihantar terus kepada pengguna oleh ibu pejabat dRG di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah menggunakan perkhidmatan Skynet secara percuma di seluruh negara.

Dr Che Rozmey berkata, pengguna boleh melayari laman web di www.herbaprima.com.my atau melayari facebook www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm atau melayari enjin pencarian dRG www.drplaces atau menghantar e-mel di sales@herbaprima.com.my / drrozmey@gmail.com.

Menurutnya, mereka juga boleh menghubungi talian pejabat 019-4209708/ 012-5330319 / 012-5330276 / 04-9179746 / 04-9175845 /04-9178026 atau faks 04-9178566/04-9174566.