Pengedar Memo Plus Gold, Pulau Pinang

Mereka yang berminat mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Memo Plus Gold boleh menghubungi Norlina Mohamed di talian 019-260 7660 / 03-6275 2020 atau datang sendiri ke pejabat Oze Marketing Sdn Bhd di alamat No 7, Jalan Margosa SD10/4B, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. Anda juga boleh layari www.oze.my

------------------

Apabila membincangkan mengenai minda, ramai berpendapat minda cerdas, bermula daripada pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Pendapat ini menunjukkan pemakanan yang baik mempengaruhi ketajaman dan kebolehan berfikir seseorang.

Bagi meningkatkan tahap ketajaman berfikir, satu-satunya perkara yang perlu diberi perhatian adalah makanan tambahan yang dapat membantu memperbaiki sel-sel dalaman untuk melahirkan idea-idea baru yang segar dan aktif.

Seorang lagi pengguna Memo Plus Gold yang sangat berpuashati dengan keberkesanan produk ini adalah Norlela Mohamed, 37, dari Pulau Pinang.

"Saya menghadapi masalah dengan tahap pembelajaran anak saya yang kedua iaitu Nur Adila Mohamad. Dia adalah seorang pelajar yang sangat lemah dan lembap ketika di awal persekolahan. Hampir setiap hari saya terpaksa meluangkan masa untuk melatih kemahiran membaca kerana dia langsung tidak dapat mengenal dan mengingati huruf," katanya.

Norlela memberitahu, anaknya gagal dalam setiap ujian peperiksaan dan sebagai seorang ibu beliau merasa sangat sedih dan tertekan.

"Apabila saya terdengar tentang Memo Plus Gold dalam salah sebuah rancangan tajaan di radio, saya terus memberikan Memo Plus Gold pada Nur Adila dan mengamalkannya tanpa henti selama 3 bulan. Hasilnya sangat menakjubkan kerana dia kini menjadi perhatian guru kerana peningkatan pembelajarannya yang mendadak.

Memo Plus Gold

"Saya tidak risau lagi kerana dia sendiri telah menunjukkan minat dan tumpuan kepada pembelajaran. Keputusan peperiksaannya kini sentiasa cemerlang dengan semua mata pelajaran mencatat A," katanya.

Menurut Norlela, beliau begitu yakin bahawa Memo Plus Gold akan dapat membantu ibu bapa yang menghadapi masalah dengan pembelajaran anak-anak di sekolah.

"Melihatkan keberkesanannya terhadap anak saya, saya bertekad untuk menyertai rangkaian pengedar Oze Marketing Sdn Bhd," ujar beliau.

Ternyata Norlela boleh berbangga dengan keputusan itu kerana dalam masa hanya 6 bulan saja beliau telah berjaya mengubah kehidupannya daripada seorang suri rumah sepenuh masa tanpa pendapatan kepada seorang usahawan yang kini memperoleh pendapatan bulanan yang lumayan.

Selain mendapat pulangan wang tunai yang lumayan beliau juga menangi hadiah percutian tajaan sepenuhnya oleh Oze Marketing pada tahun ini.

"Mimpi saya menjadi realiti apabila saya boleh membawa anak-anak dan suami saya pergi bercuti," katanya.

Norlela kini adalah pengedar utama produk Memo Plus Gold di Pulau Pinang dengan jualan purata melebihi 1000 kotak setiap bulan.

"Bagi suri rumah atau ibu bapa yang berminat untuk menambah pendapatan disamping membantu anakanak menjadi cemerlang dalam pelajaran, sertailah kami. Kita bersama-sama membangunkan perniagaan ini disamping melihat anak-anak memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan," kata Norlela.


CollaB'utee: Awet muda, payu dara anjal

Apabila seseorang keletihan, aktiviti harian dan hormon dalam badan terganggu. Kolagen dikatakan secara beransur-ansur semakin kurang dan menyebabkan timbul garis muka, kedut, kulit kendur, kulit kering serta wajah kusam tidak bermaya tanpa kita sedar.

Selain berhadapan dengan situasi cemas, anda mungkin stres kerana kulit yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh, semakin kusam dan tidak sihat.

Bagaimanapun bagi Pengarah Pemasaran dan Perniagaan Antarabangsa Sun Fabulous yang mengedar CollaB'utee, Izdihar Rosland, seseorang itu tidak perlu risau sekiranya mereka mengambil suplemen kolagen tanpa mengira masa dan keadaan. Persediaan seumpama itu membolehkan seseorang memiliki kulit yang sihat dan tenaga yang maksimum.


"Sebagai pengamal rutin kecantikan tetap, cuaca atau bencana bukanlah penghalang untuk kita mengambil suplemen kolagen. Di Sun Fabalous, kami ada CollaB'utee yang cukup mudah pengambilannya,'' katanya.

CollaB'utee merupakan produk kolagen terbaik terutamanya untuk wanita kerana mengandungi sumber kolagen daripada ikan laut dalam, mempunyai daya keterlarutan tinggi, mudah dihadam dan berdaya serapan kelembapan yang rendah.

Produk itu turut mengandungi ekstrak soya (Isoflavones) yang membantu menegangkan payu dara dan menyeimbangkan hormon.

CollaB'utee turut mengandungi anti oksida Vitamin C yang merupakan komponen penting dalam memastikan keberkesanan produk ini. Sekiranya anda tidak mendapat multi vitamin yang mencukupi, penghasilan kolagen akan berkurangan mengakibatkan kulit kusam dan hilang keanjalan,'' katanya.

Awet muda

Dalam pada itu, pengalaman dua wanita berbeza usia cukup membuktikan betapa pentingnya memelihara kecantikan untuk memantapkan keyakinan diri.

Zakiah Anas, 45, dan Wan Khatijah, 35, berkongsi rahsia suplemen tambahan berbentuk kolagen.

Kedua-duanya sudah berkeluarga tetapi masih mempunyai daya penarik. Bukan sahaja melihatkan sosok tubuh yang semakin cantik bak anak dara, mereka tetap bertenaga mengurusakan hal keluarga dan kerjaya.

Ketika ditanya rahsia awet muda, Zakiah dan Wan Khatijah memberitahu, mereka telah mengamalkan gaya hidup sihat sejak usia 20-an lagi.

Bagi Zakiah, memasuki usia 30-an merupakan cabaran besar kepada wanita untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Apatah lagi, dia yang sudah berumah tangga ketika itu perlu menguruskan anak-anak dan fokus pada kerjaya.

Justeru, apabila diperkenalkan CollaB'utee, dia membaca kandungan dan kebaikannya. Selepas mencuba, Zakiah merasakan perubahan dan serasi dengan suplemen ini.

"Saya memang sukakan kecantikan dan sebelum ini mencuba banyak produk. Setelah diperkenalkan dan mencuba CollaB'utee, saya berpendapat ia sesuai dengan saya.

'' Sejak usia 30 tahun lagi, saya sudah menjaga kesihatan dengan mengamalkan pengambilan suplemen dan ke gim untuk aktiviti fizikal.

''Sebagai selebriti saya perlu bersiap sedia untuk tampil cantik dan yakin. Saya juga banyak menghabiskan masa di luar pejabat dan berhadapan dengan orang ramai.," ujarnya.

Sebelum ini Zakiah memiliki kulit kombinasi berminyak dan kering. Perubahan ketara dirasakan selepas mencuba produk ini.

"Dengan bantuan kolagen ini dan pengambilan berterusan, wajah saya nampak lebih anjal dan lembap. Selain kulit wajah, seluruh badan saya lebih bertenaga. Bagi mereka yang mengalami selulit, saya juga menyarankan pengambilan produk ini," ujarnya yang telah 20 tahun bersama TV3.

Anjal

Sebagaimana di layar kaca, raut wajah Wan Khatijah Wan Othman manis dan penuh dengan sifat keibuan.

Dalam kesibukan memenuhi jadual kerja, wanita berusia 35 tahun ini tetap tampil menarik.

Sebagai isteri dan ibu, selain tahap kesihatan, penampilan diri paling diberi keutamaan sementelah kerjayanya sebagai pengacara, pelakon dan model memerlukan Wan Khatijah sentiasa bergaya dan langsing.

"Kalau kita tidak sihat, tentu sukar untuk menguruskan rumah tangga dan jika tidak langsing, mungkin peluang untuk berlakon juga terbatas sedangkan saya amat berminat berlakon," katanya.

Baginya, kesihatan dan kecantikan tidak boleh dipisahkan kerana untuk nampak cantik, seseorang itu harus sihat. Dia percaya kecantikan lahir dari dalam diri. Justeru pengambilan suplemen seperti CollaB'utee penting untuk dalaman dan kebaikan pada luar kulit seperti cerah dan anjal.

Bermula sebagai pengguna biasa, Wan Khatijah kemudian menjadi pengedar CollaB'utee kawasan Shah Alam, Selangor.

"Selepas menggunakan kolagen ini, saya dapati kulit lebih tegang termasuk bahagian payu dara. Rasanya yang manis dan menyebabkan kita rasa kenyang boleh dijadikan pengganti sarapan pagi sekiranya kita mempunyai masa terhad," ungkapnya sambil tersenyum.

Vibrance Kegel Device bantu kesukaran mengawal kencing

Kajian oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati kira-kira 30 peratus wanita pernah mengalami kesukaran mengawal kencing.

Kajian sama yang dilakukan di Malaysia menunjukkan wanita di negara ini juga berdepan dengan situasi yang sama.


Kesukaran mengawal kencing sebenarnya bukan sahaja memalukan, malah sering membuatkan kaum wanita berada dalam keadaan serba-salah.

Sebenarnya masalah ini berpunca daripada otot lantai pelvis yang lemah.

''Kehamilan, melahirkan bayi, berat badan berlebihan, usia tua dan tabiat merokok biasanya akan menyebabkan kaum wanita terdedah kepada masalah seperti ini,'' kata Presiden Continence Foundation Malaysia, Dr. Peter Ng.

Katanya, wanita yang memiliki otot lantai pelvis yang kuat akan memberikan pelbagai kelebihan kepada mereka.

''Ia yang membolehkan seseorang wanita itu melalui tempoh mengandung dengan selamat kerana dapat menanggung tambahan berat bayi dan kelahiran juga akan berjalan dengan lancar,'' katanya.

Selain itu, katanya, otot lantai pelvis yang kuat juga akan membuatkan seseorang wanita yang sudah putus haid mampu mengawal kencing.

Secara keseluruhan ia juga turut membantu meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan wanita serta meninggikan keyakinan diri.

''Kaum wanita juga akan memiliki pengalaman seksual yang lebih tinggi dan hubungan yang sihat dengan pasangan mereka,'' katanya.

Menurut Dr. Ng, masalah otot lantai pelvis yang lemah tidak semestinya bersifat kekal. sebaliknya ia masih boleh diatasi terutama melalui senaman Kegel.

Katanya, senaman Kegel yang diperkenalkan oleh Dr. Arnold Kegel sekitar tahun 1940-an telah terbukti mampu menguatkan dan mengentalkan otot lantai pelvis yang lemah antaranya disebabkan faktor penuaan, melahirkan anak dan sebagainya.

Senaman itu melibatkan pergerakan regangan dan merehatkan otot lantai pelvis yang kadang kala juga dipanggil otot Kegel.

Untuk menjadikan senaman itu berkesan, satu alat peranti canggih yang dikenali sebagai Vibrance Kegel Device telah diperkenalkan.

Pengarah Pembangunan Pemasaran Bioinfinity (M) Sdn. Bhd., Ng Shea Kang, berkata, ia merupakan peralatan sokongan bagi senaman Kegel yang merupakan pilihan yang selamat untuk menguatkan otot lantai pelvis.

Selain itu, katanya, alat peranti ini paling berkesan untuk menyokong senaman Kegel kerana ia dapat menentukan sama ada otot yang betul telah diberikan senaman.

''Pengguna dapat merasai getaran maklum balas bio yang lembut dengan menghasilkan rangsangan positif terhadap otot,'' katanya.

Katanya, alat peranti itu direka untuk meningkatkan kekuatan pengecutan otot vagina, menguatkan otot cerut pundi kencing, membantu memperbaiki kualiti kehidupan, menambah baik postur tubuh, mencantikkan tona otot abdomen dan mengembalikan bentuk badan.

''Peranti yang mesra pengguna ini direka dengan mengutamakan aspek keselamatan dan keselesaan,'' tambahnya.

Selain itu, ia berbentuk kompak, ringan dan sesuai bagi golongan wanita yang sentiasa bergerak cergas kerana mereka bebas untuk menggunakannya pada bila-bila masa tanpa rasa malu,'' katanya.

Malah jelasnya, alat peranti ini yang berharga RM598 ini boleh didapati daripada ahli urologi dan pakar ginekologi di seluruh negara yang mampu dimiliki berbanding pembedahan yang mungkin mendatangkan komplikasi.