14 Sebab Kenapa Orang Suka Kerja kerajaan

Kerja kerajaan memang menjadi pilihan ramai graduan dan pencari kerja.
Kenapa ye ramai orang suka sangat kerja dengan goverment ini?

Walaupun gaji tak lah banyak mana, tapi ramai yang mengimpikan bekerja di sektor awam. Adakah anda mahu tahu sebabnya? Ramai orang suka kerja kerajaan kerana kelebihan - kelebihan ini:

1.Elaun perumahan

2.Cost of living allowance (COLA)

3. Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)

4. Kenaikan gaji setiap tahun

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan

7. Cuti bersalin

8. Pinjaman perumahan

9. Caruman KWSP atau pencen

10. Bersara pada umur 58 tahun

11. Peluang kenaikan pangkat

12. Peluang melanjutkan pelajaran

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Ya! itulah kelebihan - kelebihan bekerja di sektor awam. Maka tidak hairanlah ramai berebut - berebut untuk memohonnya.

Akan tetapi bukan mudah untuk memasuki sektor awam ini jika anda tidak tahu selok belok melepasi temuduganya.

Akan tetapi, saya ada terjumpa panduan yang amat berkesan yang benar - benar merealisasikan impian anda.

Ketahui panduannya di link di bawah sekarang (klik banner)

Produk pelangsingan badan dorong bunuh diri

Penggunaan produk pelangsingan badan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dikhuatiri boleh mendorong seseorang membunuh diri berikutan bahan kimia digunakan di dalam kandungan itu mempunyai 18 kesan sampingan negatif.

Selain itu, penggunaan produk tidak berlesen dan diharamkan itu boleh membawa kepada masalah mati pucuk kepada lelaki, selain kesan sampingan seperti kemurungan, cepat marah, pening, gementar, degupan jantung kencang, ketagihan dan keletihan.

Malah, pengambilan produk berkenaan disahkan boleh menyebabkan kerosakan dua organ utama manusia iaitu hati dan jantung jika diambil tanpa kawalan dan nasihat pakar kesihatan.

Lebih membimbangkan ialah ubat berkenaan boleh didapati dengan mudah dan dijual di pasaran terbuka, selain ada pihak menggunakan kaedah jualan langsung bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Antara produk dikenal pasti membahayakan kesihatan pengguna termasuklah Supreme Diet, NP Trim 2, OBexlim dan Phytotrim berikutan kandungan bahan kimia tidak mengikut peraturan dibenarkan KKM.

Jurucakap Bahagian Penguat kuasa Farmasi negeri berkata, produk pelangsingan badan sebenarnya mengandungi Sibutramin, iaitu bahan kimia digunakan bagi membantu mereka mengalami masalah obesiti menurunkan berat badan.

Kebanyakan produk berkenaan katanya, berfungsi dengan menghalang otak manusia merasa lapar sekali gus merencat selera makan dan ini mengakibatkan seseorang itu kurang makan hingga berat badan susut.

Bagaimanapun, katanya bahan itu dicampur dalam produk pelangsingan badan dan dijual dalam bentuk jus minuman bagi mereka yang ingin mendapatkan badan langsing tanpa menyedari kesan buruk bakal dihadapi mereka.

"Jika diambil berlebihan, seseorang itu berdepan masalah mati pucuk, murung, cepat marah, pening, gementar, degupan jantung kencang, ketagihan, keletihan selain terdorong untuk membunuh diri.

"Kebanyakan produk yang dijual dihasilkan di dalam negara oleh pengeluar tempatan dan hasil pemantauan mendapati, ada antara mereka masih berdegil dan menjual produk itu walaupun pernah dikenakan tindakan.

"Mereka tetap berdegil dan mengedarkan produk menggunakan jenama sama sedangkan ia menyalahi undang-undang kerana produk berkenaan diharamkan kerajaan," katanya.

Berikutan itu, katanya orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dalam memilih produk pelangsingan dan jangan mudah terpengaruh dengan iklan dan himpunan produk di pasaran tanpa mengetahui kandungannya.

Katanya, bagi memastikan kesahihan produk yang ingin dibeli, orang ramai boleh merujuk pelekat keselamatan pada kotak atau menghubungi mana-mana pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

Selain itu, katanya, semua pengeluar sepatutnya lebih bertanggungjawab dan jangan terlalu mementingkan keuntungan dengan mendaftar produk keluaran mereka sebagai produk farmaseutikal serta mendapat kebenaran KKM sebelum diedarkan.

Jus minuman herba Ratu Anggun keluaran Lagenda Herbs

Mereka yang telah mencuba minuman herba Ratu Anggun keluaran Lagenda Herbs and Beauty sudah pasti akan kembali untuk membelinya lagi.

Ramai yang mendapat manfaat daripadanya terutama golongan wanita yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Segalanya bermula dengan ramuan tradisi yang digunakan oleh Pengarah Urusannya, Siti Noraida Yeop Omar semasa bersalin anak ke duanya.

Ketika itu beliau menyedari sukarnya mendapatkan rawatan selepas bersalin yang benar-benar mujarab dan sesuai dengannya.


"Masa itu saya bertemu dengan bidan kampung yang kami panggil Tok Wan di kampung suami di Kelantan yang mengurut serta menyediakan segala ubatan untuk penjagaan dalam pantang.

"Sememangnya ubat yang diberikan oleh Tok Wan amat menakjubkan, bukan saja saya bertambah sihat malah pelbagai penyakit berkaitan wanita terus hilang," katanya semasa ditemui di premisnya di Laman Rimbunan Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Melihat kepada keajaiban ubatan herba Tok Wan, Siti Noraida tidak segan-segan memperkenalkannya kepada rakan dan ahli keluarga lain.

Sambutannya amat menggalakkan menyebabkan Siri Noraida tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan.

Dengan kerjasama dan kebenaran Tok Wan, Siti Noraida membangunkan Lagenda Herbs and Beauty khusus untuk mengeluarkan produk Ratu Anggun bagi memenuhi permintaan yang amat menggalakkan.

Siti Noraidah berkata, minuman jus Ratu Anggun dihasilkan daripada adunan dan campuran herba serta rempah ratus dengan rahsia tradisional Melayu lama.

"Ini menjadikannya rumusan terbaik bagi kaum wanita yang mementingkan penjagaan kecantikan dalaman dari hujung kaki ke hujung rambut bagi mengekalkan awet muda.

"Kami membangunkan Ratu Anggun setelah mendapati ia mendapat permintaan menggalakkan di pasaran serta membantu dalam pelbagai masalah wanita," katanya.

Antaranya keputihan, membuang toksin berlebihan, menurunkan berat badan, memperbetulkan kitaran haid dan menghangatkan keintiman suami isteri.

Ramuan Ratu Anggun, kata Siti Noraidah bermula sejak 1948 yang diperkenalkan oleh bidan kampung sejak turun temurun.

Ia bermula dengan menyediakan air rebusan herba dan rempah ratus (berbentuk jus) secara kecil-kecilan dan diberikan kepada kaum wanita yang menghadapi masalah kesihatan dalaman dan luaran.

"Sejak minuman jus Ratu Anggun dikeluarkan pada Februari tahun lalu, syarikat mampu menjana pendapatan yang tinggi hasil sambutan menggalakkan," kata Siti Noraida.

Kini minuman jus herba Ratu Anggun mendapat sambutan daripada toko-toko jamu, salun dan peniaga kecil yang kebanyakannya membeli produk ini secara borong.

Siti Noraida yakin produk Ratu Anggun boleh menembusi pasaran kerana sudah mempunyai pelanggan tetap dan permintaan dari negara lain membuktikan produk minuman jus herba semakin menjadi pilihan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Siti Noraidah di talian 03-62599369 atau 019-6683369 atau layari http://lagendabeauty.blogspot.com