Testimoni dR101 : Hilang Mengantuk Dalam Kelas

Testimoni dR101
"Sebelum ini, dua anak kembar testimoni saya, Nurul Amira Mohd Azhar dan Nur Asyqin, 14, cepat mengantuk hingga menyebabkan mereka kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran ketika guru mengajar," kata Mohd Jeffri Abdullah.

Mohd Jeffri yang juga pengedar aktif dR Rozmey Group (dRG), berkata bapa kembar berkenaan, Mohd Azhar Ahmad, 49, dari Segamat, Johor, bimbang dengan keadaan anaknya kerana mereka bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tahun depan.



Menurutnya, bapanya mengadu bahawa dua anak kembarnya kurang memberi tumpuan kepada pelajaran hinggakan tidak dapat mengingati apa diajar guru sehingga sukar mengulang kaji pelajaran.

"Bapa mereka kemudian menghubungi saya untuk bertanya mengenai produk sesuai untuk anaknya kerana bimbang pelajaran mereka terganggu jika hilang tumpuan ketika guru mengajar.

"Saya mengesyorkan bapanya menjadi ahli dRG dan mencuba produk dR101 kerana ia bukan saja memberi tenaga berpanjangan, malah membantu mencerdaskan minda mereka," katanya.

Mohd Jeffri berkata, Mohd Azhar bersetuju memberi anaknya mencuba produk itu kerana banyak membaca kisah testimoni berjaya dalam akhbar Harian Metro, malah teruja melihat testimoni yang lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan di peringkat universiti.

Menurutnya, selepas beberapa minggu mencuba produk dR101, Mohd Azhar menghubunginya dan memberitahu, anaknya kini semakin rajin mengulang kaji pelajaran dan tidak perlu disuruh menghabiskan kerja sekolah serta memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar dalam kelas.

"Nurul Amira dan Nur Asyqin kini tidak lagi mengalami masalah cepat mengantuk sejak menggunakan produk dR101, malah mereka masih meneruskan pengambilan produk ini.

"Mereka juga menunjukkan minat mendalam dalam pelajaran dan pandai membahagikan masa serta jadual bagi memastikan pelajaran tidak terganggu," katanya.

Katanya, mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai produk itu boleh menghubungi Mohd Azhar di talian 013-7018837 atau menghubungi beliau di talian 013-6297776.

Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din, berkata produk dR101 sesuai untuk semua peringkat usia, terutama pelajar selain warga emas.

Menurutnya, produk dihasilkan daripada ramuan herba itu menangani masalah kurang daya ingatan, manakala gingko mampu membaik pulih daya ingatan dengan meningkatkan pengaliran dan peredaran darah ke otak dan hipotalamus.

"Produk itu mampu menangani masalah pening dan ketidakseimbangan badan, sakit kepala dan kemurungan, terutama yang lanjut usia," katanya.

Dr Che Rozmey berkata, rancangannya untuk meluaskan pasaran produknya ke Indonesia bakal terlaksana apabila 200,000 kotak produk dR-II, Jus Mate 5 (JM5) dan dR101 keluaran syarikatnya akan memasuki pasaran Indonesia selewat-lewatnya Julai depan.

Beliau berkata, produk keluaran syarikatnya mampu mendapat sambutan hangat berdasarkan permintaan tinggi di republik itu apabila menjangkakan lebih dua juta rakyat menunggu kemasukan produk dRG yang laris di negara ini.

"Selain itu, kita bercadang mencari peluang memasarkan produk keluaran dRG ke negara Asia Barat, Afrika Utara dan India, selewat-lewatnya penghujung tahun ini, untuk mempromosikan produk kita setanding produk antarabangsa.

"Penjualan produk keluaran dRG pada tahun ini mencatatkan peningkatan jualan dengan promosi berterusan di akhbar, selain penceritaan sebenar melalui testimoni yang pernah menggunakan produk ini.

"Kebanyakan pengedar kami juga kini mampu memiliki bonus bulanan antara empat hingga lima angka sebulan selepas berjaya menarik ramai ahli baru menceburi perniagaan bersama dRG selain berpeluang menyertai rombongan ke luar negara serta mengerjakan umrah di Makkah yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat," katanya.

Beliau turut mengesyorkan pengguna membeli secara dalam talian daripada pengedar sah atau melalui kaunter dRG di Bandar Darulaman, Jitra, untuk memastikan produk yang dibeli asli.

Katanya, pengguna juga diminta tidak membeli produk di lima lokasi iaitu toko jamu, salun kecantikan, kedai ubat, pasar raya dan kios yang bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab untuk memasarkan produk tiruan yang menggunakan jenama dRG.

"Pengguna boleh melayari laman web rasmi dRG di www.herbaprima.com.my atau facebook www.facebook.com/datukdrrozmey hpm atau melayari enjin pencarian dRG www.drplaces. com atau menghantar e-mel di sales@herbaprima.com. my atau drrozmey@gmail. com," katanya.

Beliau berkata, mereka juga boleh menghubungi Rohana di talian 019-663 4540, 013-636 3279 (Rohani), 019-571 8986 (Zainoon), 017-427 9857, 012-524 1097, 017-449 0686, 04-916 4262, 04-917 8145 dan 04-917 8096 atau menghantar faksimili di talian 04-917 8566 atau 04-9174566.

Jadi ahli forensik, kerjaya ahli forensik

Keunikan bidang kerjaya ahli forensik sering dipaparkan di televisyen, malah menjadi antara kerjaya kian diminati ramai dan menyedari keperluan itu, Management & Science University (MSU) melalui Fakulti Kesihatan dan Sains Hidup menawarkan pengajian sains forensik peringkat ijazah sarjana muda selama tiga tahun.

Secara asasnya, pasukan forensik perlu mengambil masa serta teliti dalam setiap tugasan selain mengambil kira pelbagai aspek dalam menjalankan siasatan di tempat kejadian. Disiplin tinggi dalam kerja berpasukan serta ketahanan mental dan fizikal perlu ada selain sanggup memenuhi tuntutan masa bekerja yang tidak menentu.

Ketika ini, sains forensik tempatan terus maju dan sentiasa diutamakan sebagai kaedah saintifik dalam penyiasatan kes jenayah serta menegakkan keadilan dalam kes pendakwaan.

Perkembangan positif ini sekali gus meningkatkan keperluan pakar forensik dalam pelbagai sektor awam dan swasta termasuk Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Selain menjadi pegawai forensik, graduan bidang ini boleh berkhidmat sebagai pakar linguistik forensik yang antara tanggungjawabnya termasuk mengkaji dan menganalisis maklumat bertulis, lisan dan dokumentasi yang direkodkan pelaku jenayah di tempat kejadian atau sesi soal siasat.

Bagi memenuhi tuntutan modal insan bidang itu, graduan bidang sains forensik dilatih supaya berpengetahuan luas dalam bidang penyiasatan sama ada menerusi pembelajaran atau latihan diterima di universiti mahupun sesi praktikal.

Pembelajaran yang diterima merangkumi segala asas bidang forensik iaitu cara penyiasatan kejadian jenayah, psikologi, kriminologi atau kajian perlakuan penjenayah, perubatan forensik, kimia analitikal, kriminalistik, balistik, DNA, serologi dan sistem pengadilan jenayah.

Bagi pelajar berminat mengikutinya, asas kukuh kimia dan biologi adalah satu kemestian selain matematik, matematik tambahan dan bahasa Inggeris.

Dengan kelayakan asas Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi atau diploma diiktiraf, pelajar yang berminat boleh mengikuti program ini. Penuntut didedahkan dengan pembelajaran amali dan teori bagi membantu mereka mengaplikasi ilmu dengan lebih berkesan.

Maklumat lanjut , hubungi Jabatan Kaunseling dan Komunikasi MSU di talian 03-5521 6868, SMS dengan menaip MSUINFOnama dan e-mel kepada 019-3419152/016-356 8251/012-249 6551 atau layari www.msu.edu.my.

Ayamazz Roti Impit di Wisma KFC

Ayamazz Roti Impit

Outlet terbaru Ayamazz Roti Impit dibuka di Wisma KFC, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Ayamazz Roti Impit atau 'Frank Buns' adalah snek berasaskan konsep grab-and-go. Ia disediakan dalam tiga pilihan iaitu keju, cendawan dan lada hitam, Roti Impit disediakan dengan mengukus frankfurter dan roti serta dituang dengan sos Chillimayo yang direka khas.

Produk lain yang tidak kurang lazatnya seperti Walls Roti Impit, spaghetti, waffle dan minuman 'pearl beverage' yang mempunyai empat rasa iaitu coklat, cappuccino, strawberi, dan tembikai susu.

Meskipun Ayamazz Roti Impit dilabelkan sebagai makanan ringan, namun ia tetap mengutamakan kualiti dan berkhasiat.

Ayamazz Roti Impit

"Konsep outlet baru ini di ilhamkan oleh saya sendiri agar kelihatan lebih menarik dan kami turut mempelawa bakal usahawan yang ingin membuka outlet seumpama ini di tempat mereka. Saya juga mengalu-alukan kepada wanita yang ingin mula berniaga dengan membuka outlet Ayamazz Roti Impit kerana ia adalah perniagaan yang mudah. Kepada yang berminat, kami juga sedia memberikan khidmat nasihat," kata Azman, Ketua Pegawai Operasi Jati Bestari Sdn Bhd. Jati Bestari dilantik sebagai rakan niaga yang diberi tanggungjawab dalam bahagian pemasaran, promosi dan pengurusan acara.

Layari blog: http://ayamazzrotiimpit.blogspot.com/ untuk maklumat mengenai Ayamzz Roti Impit.