Perkhidmatan Kustodi Maybank Islamic terbaru dari Maybank Islamic

Perkhidmatan Kustodi Maybank Islamic terbaru dari Maybank Islamic

Maybank Islamic Berhad (Maybank Islamic) memperkenalkan penawaran terbarunya dikenali Perkhidmatan Kustodi Maybank Islamic khusus untuk pelanggan tempatan dan luar negara termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negara, syarikat pengurusan dana, pelabur institusi dengan anggaran nilai aset di bawah pengurusan (AUM) keseluruhan sebanyak RM1.4 trilion.

Ketua Perbankan Global Kumpulan Maybank Amirul Feisal Wan Zahir berkata, perkhidmatan terbaru itu adalah selaras dengan wawasan kumpulan untuk menjadi peneraju perkhidmatan kewangan serantau dan sebahagian daripada strategi menjadi bank Islam terkemuka ASEAN menjelang 2015.


“Penawaran terbaru ini akan melengkapkan kitaran perkhidmatan aset berasaskan syariah kumpulan yang berdasarkan peningkatan dalam aset Islam global dan peningkatan taraf kemewahan dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya pada majlis pelancaran Perkhidmatan Kustodi Maybank Islamic di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, perkhidmatan itu mempunyai keupayaan untuk memantau sekuriti pelanggan yang tidak patuh syariah atau sekiranya sekuriti yang pada permulaan dianggap patuh syariah didapati tidak mematuhi ciri-ciri syariah sepenuhnya.

“Melalui pelancaran Perkhidmatan Kustodi Islam, kumpulan Maybank kini mampu menyediakan perbagai perkhidmatan pelaburan patuh syariah termasuk kustodi global, perakaunan dan pentadbiran dana, agensi pemindahan dan pemegang amanah,” katanya.