Public Bank catat keuntungan RM5.81b
Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tinggi RM5.81 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 berbanding RM5.31 bilion pada tahun sebelumnya.
Pengasas dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow berkata, perolehan bagi tempoh berkenaan meningkat kepada RM16.86 bilion berbanding RM15.26 bilion.
Beliau berkata, bank itu mencapai satu lagi keputusan yang membanggakan pada 2014 dengan mencatat keuntungan bersih milik pemegang saham RM4.52 bilion, mewakili pertumbuhan 11.2 peratus berbanding 2013.
“Keputusan kewangan 2014 kumpulan yang membanggakan ini disumbangkan oleh pertumbuhan kukuh dalam pendapatan faedah bersih dan pendapatan bukan faedah serta kos kredit yang stabil,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.
Walaupun menghadapi tekanan margin faedah bersih, pendapatan faedah bersih kumpulan berkembang 6.5 peratus pada tahun terbabit, terutamanya disebabkan pertumbuhan pinjaman dan deposit yang baik.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Februari 2015