Domino’s Pizza lancar kempen Diskaun 30% Untuk Semua Menu sehingga 1 Mac 2015

Domino’s Pizza lancar kempen Diskaun 30% Untuk Semua Menu sehingga 1 Mac 2015

 Domino’s Pizza memulakan perniagaan 2015 dengan kempen Diskaun 30% Untuk Semua Menu sebagai langkah strategik sempena tahun baru selain tanda penghargaan kepada pelanggan setianya.

Kempen sejak 12 Januari lalu dan akan berakhir pada 1 Mac 2015 itu menjanjikan nilai hebat dan penjimatan tambahan kepada pelanggan bersesuaian dengan kehadiran tahun baru 2015 apabila pasaran perniagaan dilihat bergerak agak perlahan sebelum tahun sebelumnya.

Pengurus Besar Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura Shamsul Amree Ab Rahman berkata, pihaknya mengambil kira keadaan ekonomi semasa apabila Ringgit Malaysia tidak stabil selain pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak lama lagi.

“Mengambil faktor berkenaan, kami mendapati pelanggan akan lebih berhati-hati untuk berbelanja memandangkan kos sara hidup yang lebih tinggi yang akan dihadapi oleh pelanggan.


“Kempen ini bertepatan pada masanya kerana dapat mengurangkan sedikit kegusaran orang ramai ketika menikmati hidangan kesukaan mereka,” katanya sejurus majlis Pelancaran Kempen Diskaun 30% Untuk Semua Menu di Domino’s Pizza Subang Perdana, baru-baru ini.

Menurut Shamsul, Domino’s sentiasa mengutamakan keperluan pelanggan dan promosi ini adalah satu langkah yang digunakan pihaknya menawarkan menu pizza terbaik dengan nilai lebih rendah.

“Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Domino’s, kami menawarkan promosi ini bagi meraikan ketibaan tahun 2015.

“Harga rendah luar biasa ini ditawarkan di semua cawangan Domino’s Pizza kepada pelanggan, sama ada mereka membuat pesanan untuk makan di restoran ataupun untuk di bawa pulang,” katanya.

Menurut Shamsul Amree, pihaknya menyasarkan pendapatan dua kali ganda melalui promosi ini dan akan mengadakan promosi lain pada masa akan datang mengikut keperluan semasa.