Sayuran dan buah-buahan sentiasa berada dalam senarai utama kala merancang diet pemakanan seimbang. Ditambah dengan aktiviti senaman secara konsisten, tubuh yang lesu pasti lebih bertenaga dan kulit tidak ketinggalan menerima manfaatnya.
Namun, tidak ramai pula yang gemar mengambil sayur atau buah dalam hidangan mereka. Ramai juga yang hanya mengambilnya pada jumlah paling sedikit dalam seminggu.
Jika tidak suka memakannya secara mentah, mempelbagaikan cara masakan sayur-sayuran pasti dapat membantu, begitu juga dengan menikmati jus daripada buah-buahan.
Selain jus epal, oren, tembikai, belimbing dan sebagainya, manggis kini menjadi salah satu pilihan terbaik untuk tubuh kerana mengandungi pelbagai vitamin serta mineral penting yang dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan secara dalaman.
Jika dulu rasanya yang manis dan sedikit masam menjadikan buah eksotik itu sekadar popular di Malaysia dan negara Asia Tenggara, manggis mula diberi perhatian masyarakat Eropah serta Amerika Syarikat.
Faktor populariti pada buah itu turut membuatkan saintis Barat mengkaji lebih lanjut mengenai khasiatnya yang disifatkan antara bahan antioksidan terbaik bagi menentang jangkitan kuman, kulat, bakteria, histamina dan barah pada peringkat awal.
Sejak 400 tahun lalu, masyarakat Asia Tenggara menggunakan manggis untuk mengubati kesan luka, radang, cirit-birit dan masalah kulit dengan merebus kulitnya yang dipanggil perikarp lalu diminum seperti air teh (perlu ditapis dulu).
Menurut pengasas Nanoxan Gold yang dihasilkan 100 peratus daripada manggis, Don Lyon, wujud lebih daripada 40 jenis antioksidan berkuasa tinggi dalam buah ajaib itu yang memberi manfaat kepada badan manusia serta berupaya menentang radikal bebas.
"Terdapat kira-kira 200 xanthone yang diketahui dalam dunia perubatan dan lebih 40 daripada xanthone itu ada dalam kulit buah manggis. Xanthone adalah sebatian polifenolik (antioksidan) yang terhasil secara semula jadi, sekali gus menjadikan buah manggis sangat unik berbanding mana-mana jenis buah lain.
"Atas faktor itu, Nanoxan Gold dihasilkan dan ia mengandungi jumlah sukrosa dan fruktosa secukupnya untuk memberi manfaat kepada kesihatan manusia, malah kaya dengan sebatian semula jadi lain seperti sebatian fenolik yang membantu sistem fisiologi," katanya ketika berkunjung ke ibu negara, baru-baru ini.
Tambah Lyon, produk dari Australia itu disifatkan bertindak sebagai makanan tambahan dalam diet seharian berikutan jus manggis Nanoxan (garcinia mangostana) diperbuat daripada manggis yang dibekalkan ladang yang tidak menggunakan bahan kimia dan racun serangga.
"Pakar sains di seluruh dunia telah menemui banyak ciri perubatan penting daripada xanthone termasuk ciri-ciri antipenuaan, antiradang (menyokong rawan dan fungsi sendi), antibakteria, keupayaan menurunkan kolesterol, mengurangkan masalah kulit termasuk akne, menjaga kesihatan mata, antikanser termasuk kanser payudara dan prostat, mengurangkan kemungkinan tumor, menjaga kesihatan sistem kardiovaskular, hipertensi, gastrousus, kencing manis, migrain dan sebagainya.
"Dengan pengambilan sekurang-kurangnya 30ml sehari, jus manggis terbukti dapat membantu mengawal hipertensi, penyakit gastrousus, kencing manis, migrain, masalah buah pinggang dan jangkitan pundi kencing, tekanan atau kebimbangan, membantu menjaga kesihatan gigi, kesihatan wanita dan banyak lagi masalah kesihatan.
"Nanoxan Gold adalah satu-satunya jus manggis tulen 100 peratus yang diluluskan Kementerian Kesihatan tanpa ditambah pewarna, gula atau pengawet. Bahan kimia dan racun serangga juga tidak digunakan dalam penanaman pokok manggis. Ia dihasilkan menggunakan 'teknologi teknik keseluruhan buah' yang dipatenkan untuk mengeluarkan jus dengan tahap xanthone lebih tinggi," katanya.
Nanoxan Gold boleh didapati menerusi stokis dan semua MBG Fruitshop di kompleks beli-belah utama mulai bulan ini.
Sempena meraikan sambutan Tahun Baru Cina, bulan depan, potongan harga 20 peratus bagi setiap pembelian sebotol Nanoxan Gold daripada harga asal RM150. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web www.nanoxan.com.my