www.aljabbargroup.com - Dr Jism, Family Dr

Jika sesuatu produk itu berkualiti dan berbaloi dengan wang yang dikeluarkan pasti ia mendapat sambutan orang ramai.

Ini dibuktikan Al-Jabbar Group Sdn Bhd apabila tiga produknya, Family Dr, Dr Jism dan Tonik Hati mendapat sambutan baik di pasaran.

Selain pasaran tempatan, produk Al Jabbar kini melebarkan sayap ke Indonesia dan Brunei.




Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Kamaruzaman Che Hussain, berkata pihaknya gembira dengan penerimaan orang ramai terhadap produk yang dikeluarkan itu.

"Kami ada melakukan tinjauan rambang di kalangan pengguna dan rata-rata memberi komen positif terutama fungsinya menyingkir sisa-sisa lemak yang ada dalam badan.

"Alhamdulillah, ramai pesakit yang menggunakan Dr Jism dan Family Dr berpuas hati dengan kaedah rawatan terapi itu," katanya.

Beliau berkata, syarikat bercadang memberi fokus kepada produk utama iaitu Family Dr dan Dr Jism kerana penggunaannya bukan saja membantu merawat pelbagai jenis penyakit, tetapi harganya murah serta mudah alih.

Family Dr adalah terapi moden yang dihasilkan bagi memenuhi permintaan generasi hari ini yang mahukan rawatan terapi murah, mudah alih dan berkualiti, tetapi dapat membantu menangani masalah kesihatan mereka.

Katanya, suasana persekitaran dan gaya hidup masyarakat hari ini terutama di bandar yang sentiasa sibuk dengan kerjaya membuatkan mereka tidak cukup masa untuk bersenam dan memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan.

"Ramai antara kita mengadu sakit di beberapa anggota badan kerana penat bekerja, tetapi malangnya mereka tidak melakukan senaman atau mengamalkan pemakanan sihat.

"Justeru, apa guna bertungkus-lumus mencari wang, akhirnya kesihatan badan terjejas, sentiasa sakit dan tidak selesa," katanya.

Katanya, Al-Jabbar membantu menyediakan kaedah rawatan ringkas dan mudah bagi mengurangkan masalah kesihatan.

"Family Dr adalah penyelesaian kepada masalah kesihatan kerana ia membantu merawat pelbagai penyakit.

"Keistimewaan terapi ini ialah harganya lebih murah, mudah alih, kecil, ringan dan mampu dimiliki semua.

"Melalui mesin terapi ini kami berharap dapat membantu orang ramai mendapatkan kehidupan lebih sihat," katanya.

Sementara itu, Dr Jism mempunyai kaedah hampir sama dengan Family Dr, cuma fungsinya lebih terkini untuk membuang lemak dalam saluran darah.

Ia mempunyai voltan tinggi, voltan negatif, tenaga gelombang ringan, voltan rendah dan pengionan negatif.

Pesakit yang mengalami masalah tangan selalu menggeletar sehingga sukar melakukan kerja harian menggunakan terapi Dr Jism beberapa kali.

Hasilnya, pesakit dapat tidur nyenyak pada waktu malam, malah berjalan dengan cepat tanpa menggunakan tongkat.

Begitu juga pesakit yang mengalami masalah gula dalam darah, selepas beberapa kali menggunakan mesin terapi ini, bacaan gula menurun dan stabil.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai Dr Jism, Family Dr dan produk keluaran Al Jabbar Group boleh menghubungi talian 03-87393206, 03-87393239, 017-6413227 dan 013-3694324.

Untuk mendapatkan info melalui Internet, layari laman web, www.aljabbargroup.com atau anda boleh datang sendiri ke ibu pejabatnya di No 13, Jalan Prima Saujana 1/1A, Taman Prima Saujana, Seksyen 1, Kajang, Selangor.

Operasi bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam.