www.mumdreams.com.my MumDreams

MumDreams mempunyai dua butik iaitu di Bandar Baru Bangi dan Kuala Krai, Kelantan serta akan menambah cawangan di Sungai Buluh. Harga ditawarkan di MumDreams sangat berpatutan dan sesuai untuk semua golongan.

Ia bermula daripada RM40 hingga RM60 manakala RM100 ke atas untuk jubah dan baju kurung. Bagi mereka yang ingin merasai keseronokan menyusukan anak tanpa rasa malu, boleh mendapatkan koleksi terkini MumDreams yang terdapat di 31-G-1, Jalan Medan PB1A, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi atau kunjungi laman sesawang www.mumdreams.com.my

Koleksi Pakaian MumDreams

Ramai ibu terutama wanita berkerjaya memerlukan koleksi fesyen pakaian yang memudahkan mereka menyusukan anak di khalayak ramai dengan selesa tanpa rasa malu.

Menyedari keinginan wanita, Pengarah Urusan MumDreams, Amilin Husni kini menghasilkan rekaan pakaian yang mempunyai 'tingkap' istimewa untuk kesenangan ibu menyusukan anak.

"Sejak akhir-akhir ini, kesedaran terhadap keistimewaan susu ibu semakin meningkat di kalangan ibu berkerjaya. Bagi ibu yang menyusukan bayi, koleksi fesyen yang memudahkan mereka menyusukan bayi di khalayak ramai banyak membantu mereka menjayakan proses penyusuan susu ibu," katanya.

Menurut Amilin, bagi mendapatkan rekaan bertepatan dia membuat pelbagai rekaan dan mencubanya terlebih dulu. Sekiranya ada kekurangan dia akan membuat pengubahsuaian sehingga si pemakai selesa dengan pakaian yang disarungkan ke tubuh mereka.


Selain pakaian menyusu, MumDreams juga menyediakan himpunan untuk ibu mengandung yang ingin bergaya serta berjaya menyusukan anak. Antaranya baju kurung, jubah, kebaya, kemeja-T, blaus dan alas baju yang boleh dipakai untuk baju jarang atau tanpa lengan dengan rekaan terkini serta berwarna-warni.

"Kesemua koleksi ini ternyata amat membantu golongan ini bukan saja untuk menjayakan penyusuan tetapi juga membolehkan wanita bergaya," katanya.

Selain pakaian, MumDreams juga menyediakan pelbagai kelengkapan penyusuan seperti coli penyusuan, pam payudara, bengkung dan barut bayi.



Amilin yang mempunyai Ijazah Kejuruteraan Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, memberitahu minatnya bermula apabila membuka perniagaan dalam talian menerusi label MyDream pada 2008. Sambutan yang sangat menggalakkan terhadap pakaian menyusukan anak ini mendorong Amilin menghasilkan jenama sendiri.

"Semuanya bermula pada 2007 apabila melahirkan anak kedua, saya semakin terdedah mengenai kepentingan menyusukan anak.

"Justeru saya menggunakan pengetahuan ini dengan menyusukan bayi sepenuhnya. Namun kesulitan memilih pakaian sesuai kerana rekaan yang ada di pasaran tidak praktikal dan selesa menyebabkan saya menghasilkan pakaian MumDreams," katanya.

Bagi memberikan keselesaan, Amilin menggunakan kain kapas untuk baju kurung, jubah dan blaus kerana sifatnya tidak panas, lembut dan menyerap peluh. Bagi wanita yang sudah membeli dan berasa kurang selesa mereka boleh memulangkan kembali pakaian itu. Ini kerana MumDreams ingin menghargai pelanggan dengan meminta mereka merasai sendiri keselesaan memakai pakaian ini.

"Sebab itu sekiranya selepas membeli, ada rasa kurang berpuas hati mereka boleh memulangkannya tidak kira sama ada pembelian menerusi dalam talian atau di butik," jelasnya.