Testinoni dR-H (dR Haper) keluaran dR Rozmey

dR-H selesai masalah sakit dada, penat
Biarpun sudah mencuba pelbagai produk dan ubat yang diperoleh dari farmasi dan pusat perubatan, namun Sabariah Mahpudz, 49, tetap mengalami masalah sakit dada berpanjangan.

Menurutnya, disebabkan masalah itu, dia tidak berupaya melakukan kerja rumah kerana sering keletihan dan tercungap-cungap.

Katanya, pada masa sama, dia mudah kepenatan apabila banyak melakukan pergerakan termasuk ketika berjalan selain apabila memandu, dadanya terasa sakit seolah-olah seperti tercekik.

Testinoni dR-H (dR Haper)

"Pada sangkaan saya ia disebabkan faktor usia, namun gejala ini semakin menjadi-jadi pada Mac lalu hingga saya mendapatkan pemeriksaan di pusat perubatan.

"Namun, saya dimaklumkan hanya menghadapi masalah angin dalam badan saja membuatkan saya tidak berpuas hati, lalu mencuba produk dR Haper (dR-H) keluaran dR Rozmey Group (dRG) selepas membacanya dalam akhbar ini," katanya.

Sabariah dari Felda Bukit Cerakah, Selangor berkata, tidak tahan menanggung kesakitan itu, akhirnya dia disyorkan adik iparnya yang juga pengedar dRG, Norhazah Aziz untuk mengambil dR-H pada Mei lalu.

Katanya, selepas mengamalkan produk itu selama dua minggu, dia tidak lagi berasa sakit dada atau penat walaupun melakukan kerja rumah.

Menurutnya, sehingga kini, dia masih lagi mengambil dR-H setiap hari dan pengguna lain yang berminat mengetahui mengenai produk itu boleh menghubunginya di talian 012-2617049 atau penajanya, Norhazah di talian 017-6150613.

Sementara itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, dR-H membantu merawat masalah dalaman dengan menggunakan formulasi herba terpilih seperti milk thistle, selenium, Vitamin C dan E.

Menurutnya, ia bertindak secara bersepadu dengan sel dalaman bagi membaik pulih masalah dihadapi pengguna.

Selain itu, kini enam produk utama keluaran dRG sudah berada di pasaran berikutan ketiadaan bekalan lebih tiga bulan lalu akibat permintaan tinggi daripada pengguna.

"Saya yakin semua enam produk keluaran dRG iaitu Jus Mate 5 (JM5), dR-II, Doc-K, dR101, dRQ10 dan dR-Betes mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna dan kini boleh terus dibeli melalui pengedar sah dRG atau kaunter ibu pejabat dRG.

"Saya juga mengesyorkan pengguna membeli produk keluaran syarikatnya melalui dalam talian daripada pengedar sah atau melalui kaunter dRG di Bandar Darulaman, Jitra bagi memastikan produk dibeli adalah asli," katanya.

Sempena empat tahun produk dRG berada dalam pasaran, syarikatnya melancarkan peraduan beli dan menang bermula 1 Ogos dan berakhir pada 31 Januari tahun depan dengan tawaran hadiah bernilai RM1.5 juta serta hadiah utama sebuah kereta BMW 320i.

Beliau berkata, pengguna diminta tidak membeli produk di lima lokasi iaitu toko jamu, salun kecantikan, kedai ubat, pasar raya dan kios yang bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab untuk memasarkan produk tiruan menggunakan jenama dRG.

Katanya, pesanan dihantar terus kepada pengguna oleh ibu pejabat dRG di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah menggunakan perkhidmatan Skynet secara percuma di seluruh negara.

Dr Che Rozmey berkata, pengguna boleh melayari laman web di www.herbaprima.com.my atau melayari facebook www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm atau melayari enjin pencarian dRG www.drplaces atau menghantar e-mel di sales@herbaprima.com.my / drrozmey@gmail.com.

Menurutnya, mereka juga boleh menghubungi talian pejabat 019-4209708/ 012-5330319 / 012-5330276 / 04-9179746 / 04-9175845 /04-9178026 atau faks 04-9178566/04-9174566.