Spesifikasi Samsung Galaxy Beam

Samsung Galaxy Beam

Alatan perhubungan semakin canggih, serba guna dan kini berupaya berubah menjadi projektor dalam masa sekelip mata mungkin antara tumpuan ketika menyambut Aidilfitri nanti apatah lagi anda boleh memaparkan imej ke dinding rumah selepas merakamnya pada hari pertama Syawal. Dari depan, Beam menampilkan empat bucu bersudut bulat dan kelihatan sama seperti mana-mana telefon pintar Galaxy yang lain. Projektor Pico menambah sedikit benjolan pada bahagian belakang telefon, tetapi ia tidak terlalu ketara menjadikan telefon ini mempunyai ketebalan 12.5mm dan seberat 145g. Telefon terbabit mempunyai saiz 4.0 inci WVGA (480 x 800 piksel) Super AMOLED yang cukup jelas untuk melayari laman web dan menonton video walaupun di bawah cahaya matahari. Projektor Pico DLP bersepadu memberikan resolusi 640 x 360 piksel dan kecerahan 15 lumen yang boleh memaparkan foto dirakam ketika raya dan berkongsinya secara terus.


Spesifikasi Galaxy Beam

- Ketebalan 12.5 mm

- Berat 145 gram

- Dilengkapi projektor pico di bahagian belakang

- Projektor dengan resolusi 640 x 360 piksel