Sinopsis novel Hati Bergetar Rindu

Sinopsis novel Hati Bergetar Rindu

Hati Bergetar Rindu membawa kisah sepasang suami isteri, Ziyad Sidqi atau Sid dan Arisa Nur Adalia (Ari) yang menikmati bahagia pada enam bulan pertama perkahwinan mereka sebelum terpisah angkara salah sangka.

Tiga tahun kemudian, Sid dan Ari bertemu semula dalam suasana berbeza apabila Sid yang bertugas sebagai anggota polis, ditugaskan menyiasat pembunuhan bersiri yang disyaki dilakukan Angel dan tanpa disangka, Ari rupanya turut menjadi buruan pembunuh kejam berkenaan.

Mulai saat itu, Sid dengan kerjasama anggota polis lain cuba melindungi isterinya dengan pelbagai cara walaupun Ari sentiasa bersikap dingin kerana masih teringatkan kisah kecurangan suaminya dulu.

Pada masa sama, Angel mula bertindak ganas dengan melakukan pelbagai helah bagi mengesan pergerakan Ari dan Sid sehingga mereka hampir ditembak dalam satu kejadian di rumah persembunyian mereka.

Plotnya menjadi semakin rumit dengan kewujudan watak pembunuh kejam yang meniru modus operandi Angel sehingga digelar `Copycat Angel', sekaligus meletakkan Ari dalam keadaan yang lebih berbahaya.

Siapa sebenarnya Angel dan Copycat Angel serta mampukah Sid melindungi Ari daripada menjadi mangsa dan bagaimanakah hubungan mereka hanya akan diketahui dengan membaca novel ini.


HATI BERGETAR RINDU

Penulis: Dhiya Zafira
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Halaman: 530
Harga: RM21