Mengenai Tune Money
1. Apa itu Tune Card?
Tune Card adalah kad yang digunakan untuk mengakses dana yang telah dimasuk ke dalam akaun prabayar. Kad ini boleh dimuat dengan tunai atau dana berpindah, dan boleh digunakan unuk membuat pembelian di semua peniaga yang diluluskan oleh Visa.
2. Adakah kad ini peribadi?
Ya. Nama anda akan dicetak di atas kad.
3. Apakah kelayakan asas untuk Tune Card?
Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dengan alamat surat-menyurat yang sah di Malaysia (Kami tidak menerima alamat surat-menyurat, perniagaan, pejabat atau kediaman dengan hanya nombor peti surat - P.O. Box).
4. Berapa kad yang boleh saya memohon?
Anda boleh memohon satu (1) kad dengan had muatan RM10,000.
5. Bolehkah saya kongsikan akaun Tune Card saya?
Tidak. Setiap orang diminta untuk memiliki Tune Card yang berbeza dengan nombor kad sendiri yang unik.
6. Apakah perbezaan antara kad prabayar dengan kad kredit?
Ia boleh disbanding seperti perbezaan akaun mobile prabayar dan postbayar. Dengan kad prabayar, anda perlu menambah nilai kad anda sebelum anda menggunakannya, sedangkan untuk kad kredit, anda boleh membelanja terlebih dahulu dan membayar kemudian.
7. Bagaimana saya memastikan maklumat yang saya bekalkan adalah selamat?
Semua maklumat yang anda bekalkan kepada kami telah dikod semula dengan teknologi SSL yang diterima sebagai langkah keselamatan terbaik dalam industri pembankan.
8. Bagaimanakah yang mengekalkan akaun Tune Card saya supaya sentiasa aktif?
Anda perlu membayar yuran tahunan dan mengekalkan baki minimum RM10 pada akaun kad setiap masa.
9. Adakah wajib untuk saya menandatangani ruang tandatangan di belakang kad?
Ya. Anda perlu menandatangani ruang tandatangan di belakang kad semasa anda menerima kad anda.
10. Apa yang akan berlaku pada kad saya jika saya tidak menggunakannya?
Kad anda akan kekal sah asalkan anda membayar yuran tahunan dan mengekalkan baki minimum RM10 pada akaun.
11. Siapa boleh mengguna kad saya?
Hanya kamu, pemegang kad.
12. Bagaimana saya mengaktifkan kad saya selepas menerimanya?
Anda boleh menaktifkan kad anda secara online di www.tunemoney.com
13. Berapa lamakah masa yang diambil sebelum saya mendapat Tune Card baru saya?
Tune Card akan dipos ke rumah anda dalam beberapa minggu.
14. Di manakah saya boleh menggunakan kad saya?
Ia boleh diguna di mana-manadan sebarang lokasi yang memaparkan tanda VISA diterima.
15. Apakah had perbelanjaan saya?
Anda boleh muat setakat RM10,000 ke dalam kad anda dan berbelanja setakat RM9,900. Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlukan perkhidmatan tambahan, had perbelanjaan anda adalah tertakluk kepada had perkhidmatan yang berkenaan.
16. Bagaimanakah saya menyemak baki Tune Card saya?
Login ke akaun anda dan semak transaksi secara online.
17. Siapa boleh memuat wang ke Tune Card saya?
Sesiapa yang mempunyai nombor akaun Kad anda.
18. . Bagaimanakah saya menambah wang ke Tune Card saya secara online?
Langkah 1: Log masuk ke www.tunemoney.com dan klik pada "Login Here" ” dan masukkan nama pengguna dan katalaluan anda
Langkah 2: Pilih Tune Card dan klik pada "Reload Money"
Langkah 3: Masukkan jumlah yang anda ingin muat ke kad anda
Langkah 4: Pilih FPX sebagai cara pembayaran
Langkah 5: Anda akan disambung ke laman web pembankan internet bank anda untuk mengenalpasti transaksi
19. Bolehkah saya memindah dana dari Tune Card saya ke Tune Card yang lain?
Ya.
20. Berapa banyak boleh saya memindah dari Tune Card saya ke Tune Card yang lain?
Setakat RM 2,000.00 sehari.
21. Di mana saya boleh memuat Tune Card saya dengan menggunakan wang tunai?
Di cawangan CIMB atau BSN yang terdekat. Sila ambil perhatian bahawa untuk CIMB dan BSN, jumlah muatan semula hanya anda dikemaskini ke dalam akaun anda pada hari ususniaga yang berikutnya.
22. Apakah jumlah maksima yang boleh yang muat ke dalam Tune Card saya?
Anda boleh memuat setakat RM10,000.
23. Apa yang berlaku sekiranya saya memuat lebih dari RM10,000?
Anda tidak boleh memuat kad anda sekiranya jumlah muatan semula melebihi baki akaun yang maksima. Sekiranya terdapat sebarang muatan semula yang melebihi baki maksimum RM10,000 di akaun anda, perbezaannya akan diletak di akaun lebihan pelanggan. Lebihan tersebut tidak akan dipindah ke akaun anda apabila di kurang dari baki akaun maksima, tapi ia akan dipulangkan kepada anda. Kami akan memaklumkan jumlah lebihan kepada anda melalui komunikasi atau mel elektronik. Yuran akan dikenakan untuk pemulangan muatan berlebihan.
24. Bolehkah saya menggunakan Tune Card saya di ATM?
Anda boleh mengeluarkan wang dengan menggunakan Tune Card anda dari mana-mana ATM dengan logo Visa Plus di seluruh dunia. Kami menggalakkan anda untuk mengeluarkan wang dari ATM CIMB untuk menjimatkan kos transaksi yang tinggi.
25. Berapa banyakkah yang boleh saya keluarkan dari ATM dengan menggunakan Tune Card saya?
Anda boleh mengeluarkan sebarang jumlah yang kami tetapkan sebagai had pengeluaran. Jika ia merupakan ATM bank dengan logo Visa Plus, anda mungkin tertakluk kepada had pengeluaran yang ditetapkan oleh bank tersebut, sekiranya ia lebih rendah dari had yang kami tetapkan.
26. Apakah kegunaan nombor PIN saya?
Anda perlukan PIN untuk mengeluarkan wang dengan Tune Card anda di mana-mana ATM dalam rangkaian VISA 'Plus'.
27. Bagaimanakah sekiranya saya terlupa nombor PIN saya?
Kad anda akan dibatal dan kad baru akan dikeluarkan dengan nombor PIN baru yang akan dihantar kepada anda secara berasingan.
28. Bagaimanakah sekiranya kad / PIN saya hilang atau dicuri?
Telefon Tune Money di 1600 83 7999 dengan segera.
29. Bagaimanakah sekiranya saya terlupa katalaluan untuk Login ID saya?
Pergi ke seksyen login akaun di laman web www.tunemoney.com dan klik pada Forgot Your Password? dan ikuti arahan yang diberi.
30. Adakah Tune Card saya mempunyai tarikh luput?
Ya, dalam tempoh lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan.
31. Bolehkah saya mendapatkan kad baru selepas kad saya luput?
Ya anda boleh, tertakluk kepada budi bicara kami.
32. Apa yang berlaku sekiranya Tune Card saya luput dan masih terdapat baki di dalamnya dan saya bercadang untuk tidak menggunakan kad baru?
Anda akan menerima pemulangan (ditolak yuran pentadbiran) dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pelupusan kad anda.
33. Bagaimanakah saya membatalkan kad saya?
Menulis kepada kami di alamat berikut. Tune Money akan membatal kad anda dan mengembalikan baki (jika ada) kepada anda. Anda bertanggungjawab gunting kad anda dan melupuskannya. Alamat
Tune Money Sdn Bhd Cards Division Level 7,
Menara TSH, No. 8 Jalan Semantan,
Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.
34. Adakah saya dikenakan sebarang yuran pembatalan?
Terdapat yuran pembatalan sebanyak RM3.00