Krim Erotica V-firm

Aspek dalaman harus seiring dengan kecantikan luaran justeru, penjagaan terhadap kedua-duanya sama penting.

Ada kajian mendapati bahawa alat sulit wanita mengalami penurunan atau tidak lagi seanjal dulu sewaktu masih bergelar gadis.

Tidak dinafikan apabila diri dipanjat usia, ada wanita memikirkan kaedah untuk memulihkannya seperti anak dara.

Produk kesihatan hari ini untuk tujuan pelangsingan mahupun kecantikan, berlambak di pasaran namun jarang yang memberi tumpuan terhadap keluaran produk untuk alat sulit itu.

Ini memberi ilham kepada Pemilik Alumi Vision Resources, Salimah Bador, untuk merumuskan produk kesihatan berbentuk krim untuk dimanfaatkan oleh wanita.

“Ketika pertama kali terfikir rumusannya, saya banyak membuat kajian terhadap rungutan segelintir suami yang menyatakan masalah perhubungan dengan isteri kerana kurang layanan isteri terutama apabila tempoh perkahwinan sudah berusia belasan atau puluhan tahun.

“Terbabit dalam bidang kecantikan dengan menjadi tenaga pengajar di bidang ini lebih 20 tahun, cetusan idea berkenaan memberi kekuatan kepada saya untuk mencuba.

“Mungkin jika pertama kali berbincang mengenai hal ini, ada yang segan, tetapi inilah hakikat dalam menjamin kebahagiaan rumah tangga dalam usaha mengembalikan keindahan kepada pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga.

“Bahkan, kepada pasangan yang baru berkahwin, ia turut memberi kepuasan berbeza dari segi seksual kepada suami isteri.

“Saya yakin sambutan diterima daripada orang ramai sesuatu yang di luar jangkaan.

“Menariknya, krim yang dinamakan Erotica V-firm ini, saya puas dapat memberikan kegembiraan kepada orang lain terutama suami isteri kerana antara punca perceraian adalah disebabkan perhubungan yang tidak memuaskan,” katanya.

Lebih mengecewakan suami apabila ada isteri yang mengabaikan soal penjagaan alat sulit mereka bagi menjamin perhubungan yang sihat.

“Barangkali apabila bercakap soal ini, ramai yang memandang serong. Namun saya mengambil pendekatan positif, tanpa perlu melakukan pembedahan untuk tujuan menjadikannya montok, krim ini membantu untuk memulihkan tisu yang sebelumnya mulai menurun.

“Ia turut membantu mengetatkan alat sulit dan kepuasan apabila ‘bersama’,” katanya.

Produk yang sudah empat bulan di pasaran itu menggunakan esktrak pegaga. Bukan hanya untuk wanita, produk hampir sama turut dirumus khusus untuk golongan lelaki.

Untuk maklumat lanjut, layari www.eroticagaharu.com

Sila baca lagi : Erotica V-Firm - Produk Mesti Dimiliki Setiap Wanita