Kepuasan Muktamad

"Rahsia Bagaimana Isteri Dengan Mudahnya Mencapai Orgasma Walaupun Hubungan Penetrasi Belum Pun Dilaksanakan Kini Dibongkarkan!!

Adakah anda pernah mengalami situasi ini sepanjang kehidupan anda?

Anda tidak dipedulikan apabila anda menginginkan hubungan ranjang dari isteri anda dan dia menolak apabila anda mengajaknya?

Adakah dia pernah memberikan bermacam-macam alasan, menipu anda, atau…

Berpura-pura Orgasma Hanya Untuk Menamatkan Hubungan Seks Tersebut?

Ya, hal tersebut berlaku pada pada kebanyakan lelaki di dunia ini.

Tahukah anda biasanya apabila hubungan kelamin dilakukan, kaum lelaki merasakan diri mereka sangat hebat dan perkasa?

Mereka begitu aktif di ranjang sehingga mampu beraksi lebih daripada 1 jam. sungguh hebat!! Sehinggalah isteri mereka menjerit " Abang, cepat, cepat, dan laju lagi.." Dan sebagai suami anda amat berbangga apabila isteri menjerit sedemikian. Dan anda klimaks selepas itu..Adakah anda berfikir "Memang aku dah buatkan isteri aku ni klimaks, memang power aku ni." Dan isteri anda memeluk anda yang memaklumkan dia puas.

Akan tetapi adakah isteri anda benar-benar puas?

Sebenarnya sangat sukar untuk menjawab persoalan ini. Hanya wanita yang bergelar isteri saja yang mengetahuinya. Mana tahu di belakang anda dia berkata-kata seperti ini:

"Suami aku ni sama jer macam selalu, tiada perubahannya"

"Asyik dia jer yang klimaks, aku ni tak pernah klimaks pun"

"Aku belum apa-apa lagi husband aku ni dah pancut dah..."

"Bosan betul bila bersama suami aku ni, aku jadi macam bahan pelepas nafsu jer"

Dan yang paling tidak diinginkan oleh anda sebagai suami apabila isteri anda berkata seperti ayat di bawah:

Dia berkata: “Saya mula rasa bosan , jadi saya berpura-pura orgasma lagi !”

Bolehkah anda bayangkan apakah perasaan anda jika terdengar dia bersungut ketika itu?

Ya, ianya amat melukakan hati anda..

Sungguh kecewa..

Anda pasti rasa terhina.

Malu.

Kini kekecewaan anda dan juga isteri anda akan diubati dengan penemuan yang terbaru di pasaran ini.

Memperkenalkan Penemuan Terbaru…

Mudah dibaca, langkah demi langkah bagaimana sistem untuk memberikan orgasma kepada isteri anda sebelum hubungan penetrasi dilakukan!

Untuk keterangan lanjut, sila klik sini.

Donat Krispy Kreme kini di Malaysia

Sebut saja donat, siapa yang tidak suka? Terbayang di fikiran akan kelembutannya disaluti pula gula kastor atau gula halus. Donut lazat, tetapi ringan kerana pemakanan kuih itu lebih bercirikan snek dan manisan.

Beratur panjang, penat berdiri ataupun memakan masa lama hanya untuk sekeping donut, bukanlah penghalang bagi penggemar donut. Donut semakin digemari kerana kepelbagaian ragam, hiasan menarik dan cita rasa yang memukau selera.

Selalunya, kuih donut dinikmati ketika menikmati sarapan pagi atau minum petang. Namun, ia sudah menjadi satu budaya terkini kebanyakan masyarakat menikmatinya setiap masa di mana saja.

Selari dengan memahami kehendak serta cita rasa penggemar donut sejak 72 tahun lalu, jenama sajian donut terkemuka dari Amerika Syarikat, Krispy Kreme Doughnuts membuka kedai pertamanya di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Eksekutif Berjaya Krispy Kreme Sdn Bhd, Datuk Francis Lee, berkata kedai pertama Krispy Kreme di Berjaya Times Square adalah tulen seperti yang boleh didapati di Amerika Syarikat. Bahan-bahan dan ramuannya dibawa terus negara berkenaan bagi mengekalkan keenakan, kualiti dan kesegaran donut untuk santapan masyarakat Malaysia.

“Cita rasanya pelbagai dengan warna menarik dan perasa yang menyelerakan. Krispy Kreme mampu menjadi sebahagian daripada budaya dan kehidupan pemakanan orang Malaysia.


“Sehubungan itu, Krispy Kreme akan terus diperluaskan di seluruh negara dengan sasaran membuka kira-kira 20 kedai donut itu dalam tempoh lima tahun lagi,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kedai pertama Krispy Kreme di ibu kota, baru-baru ini.

Pelancaran berkenaan dirasmikan oleh Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, James R Keith. Turut hadir, Presiden Krispy Kreme International, Jeff Welch; Naib Presidennya, Jim Rogers serta Pengarah Eksekutif, Berjaya Corporation, Datuk Robin Tan.

Krispy Kreme Doughnuts diperkenalkan sejak 1937 lagi dalam peruncitan donat yang bermutu premium. Selain menawarkan donat berkualiti sejak diperkenalkan di pasaran, Krispy Kreme Doughnuts turut menawarkan minuman kopi.

Kedai Krispy Kreme Doughnuts mempunyai keluasan sehingga 1,600 kaki persegi sambil memberi peluang kepada pelanggan menyaksikan secara langsung pembikinan donut menerusi ‘Teater Donut’. Mesin pembikinan donut berkenaan boleh menghasilkan kira-kira 18,000 donut dalam sehari, malah pelanggan boleh menikmati donut pilihan mengikut kreativiti sendiri.

Hari ini, Krispy Kreme Doughnuts mempunyai sebanyak 525 kedai donut di seluruh dunia dan akan melebarkan sayap kedua dengan membuka cawangan seterusnya pada hujung Mei ini di pusat beli-belah Mid Valley.

Memeriahkan pembukaan itu, Krispy Kreme Doughnuts menarik perhatian ramai dengan menganjurkan peraduan dua hari sebelum pelancaran pembukaannya dengan menawarkan hadiah Golden Ticket, Silver Ticket dan Bronze Ticket iaitu bekalan sajian donut Original Glazed® Donat mengikut kategori.

Berkat kesabaran dengan terpaksa bermalam bersama rakan di depan kedai berkenaan, pelajar tingkatan lima, Sekolah Sri Suria, Kuala Lumpur, Joey Tham Li Yen berjaya memenangi Golden Ticket berkenaan sekali gus berjaya menerima bekalan donut asli selama setahun.

Beliau yang tidak pernah menggemari donut sebelum ini sekali gus mengubah persepsi berkenaan selepas mendapati hidangan berkenaan sedap dan enak. Malah, katanya, donut yang diperkenalkan Krispy Kreme Doughnuts berkualiti dan banyak pilihan.

Bagi pemenang kedua dan ketiga adalah rakan sekelasnya iaitu Alex Leong Kok Weng yang memenangi Silver Ticket, sementara Bilal Ahmad pula merangkul anugerah Bronze Ticket. Masing-masing menerima bekalan donut dari Krispy Kreme Doughnuts selama enam bulan dan tiga bulan selepas seharian beratur serta bermalam bagi memenangi peraduan berkenaan.

Mereka berpendapat, donut jenama baru di kalangan masyarakat tempatan itu memasuki pasaran tempatan lebih lembut, terbaik dan sedap. Bekalan berkenaan tidak akan disia-siakan dengan berkongsi pengalaman itu bersama rakan dan keluarga mereka.

Oleh Hidayah Mohammad

Andai Itu Takdirnya

"Umpama mimpi dalam mimpi, itulah perkataan yang tepat hingga tercetusnya ilham saya ini. Saya tertanya sendiri, Adakah saya seorang yang suka berimaginasi hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi? Pelik tapi benar, selama tiga malam berturut-turut saya bermimpi satu kisah yang sama.” Itulah komen penulis novel Andai Itu Takdirnya, Siti Rosmizah.

Novel menakjubkan ini, penuh konflik lagi mendebarkan sehingga enam kali dicetak ulang meskipun baru diterbitkan tahun lalu dan saya sama seperti pembaca lain, yakin ia dapat memberi kepuasan walaupun hanya menampilkan realiti kehidupan berumah tangga zaman kini.

Dengan membaca novel ini, pembaca dapat melihat realiti, betapa perbezaan darjat, gaya hidup, faktor persekitaran mencorak jati diri seseorang insan dan hanya pegangan serta penghayatan didikan agama saja yang mampu membawa manusia kembali ke jalan benar.

Pengarang melalui Andai itu Takdirnya menyedarkan pembaca betapa manusia sering alpa lagi hanyut dengan kemewahan dunia sehingga mengabaikan tanggung jawab kepada Yang Maha Esa dan segala-galanya dipaparkan melalui corak penulisan yang hebat.

Gadis cantik, Aleya digambarkan pengarang membesar dalam keluarga sederhana, ditakdirkan menaruh perasaan kepada anak tokoh korporat ternama, Syed Adam Aizril, rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, tetapi hanya memendamkan perasaannya kerana sedar hakikat perbezaan darjat dan gaya hidup mereka.

Susuk tubuh dan wajah tampan milik Syed Adam Aizril menjadikan dia kegilaan ramai gadis, tetapi limpahan kemewahan mengakibatkan dirinya terlalu ego, lalu kesombongan menguasai diri sehingga dirinya menjadi manusia mementingkan darjat serta menutup pintu hatinya daripada mendengar bicara hati walau ketika ada getaran di hatinya buat Aleya.

Syed Aizril melawan perasaannya dengan memberi layanan buruk terhadap Aleya sepanjang di United Kingdom dan sekembali ke tanah air, masing-masing meneruskan perjuangan kehidupan berbekalkan segulung ijazah, tetapi tanpa diduga takdir mempertemukan mereka semula.

Maka terjadilah peristiwa hitam di sebuah kondo milik Syed Aizril sehingga menyatukan mereka tanpa kerelaan hati dan akibatnya gadis malang itu tidak diterima keluarga sendiri dan terpaksa berhadapan dengan kerenah Syed Aizril setiap hari selepas bergelar isteri.

Beberapa babak kezaliman Syed Aizril pasti meruntun hati dan kezaliman lelaki bergelar suami selepas selepas isteri berbadan dua, benar-benar menggoncang jiwa pembaca sehingga menimbulkan rasa geram, marah, tidak puas hati, sedih dan pilu silih berganti dalam diri pembaca sementara ‘menunggu’ kesudahan cerita.

Kemalangan yang hampir meragut nyawa Syed Aizril dan keluarganya, membuktikan kuasa cinta tiada siapa dapat menghalang, apabila Aleya masih sudi membantu Syed Aizril, menaikkan semula semangatnya untuk terus hidup, meskipun dirinya menerima layanan buruk daripada suaminya selama ini.

Tindakan murni Aleya itu akan dilihat pembaca sebagai usaha mencantumkan kembali serpihan kaca yang berkecai. meskipun, kenangan pahit sepanjang bersuamikan Syed Aizril dulu masih segar dalam ingatan, tetapi tanggungjawab sebagai isteri mengatasi segala.

Tindakan Aleya kembali kepada Syed Aizril ditentang keras sahabat baiknya, Umairah, tetapi Aleya pasrah, memikirkan nasib anaknya yang masih memerlukan kasih sayang seorang bapa dan ketika ingin menyulam bahagia serta menyemai kasih antara dua hati, Sharifah Emilin, sepupu Syed Aizril muncul mengganggu kebahagiaan.

Sekali lagi, rumah tangga mereka dipukul badai apabila Sharifah Emilin sama seperti Syed Aizril, ego dan bongkak, menolak hakikat sepupunya itu sudah beristeri menyebabkan dirinya menjadi manusia pendendam lagi iri hati dalam usaha merebut kasih daripada Syed Aizril.

Konflik yang tercetus menyebabkan pembaca dihanyuti pelbagai macam perasaan, selain ragam Sharifah Emilin menimbulkan rasa meluat pembaca, tetapi mengumpan simpati kepada Aleya yang bijak membongkar rahsia penyelewengan wang syarikat dan pengorbanan terhadap anak.

Nilai persahabatan sejati antara Umairah dengan Aleya, menjadikan pembaca bertambah asyik meneruskan bacaan selain menjadi antara punca yang dapat merangsang pengarang menulis novel yang mampu memukau perasaan pembaca, meskipun hakikatnya tema lumrah ditampilkan Siti Rosmizah.

Air mata makin deras mengalir di pipi pembaca apabila Aleya disahkan mempunyai ketumbuhan di otak, sedangkan Syed Aizril terus melayannya dengan penuh ego lagi bongkak, hingga hubungan mereka tegang dan memaksa Aleya merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan suami.

Apakah nasib anak kandung Aleya, Dania? Mampukah Dania dibesarkan dengan sempurna tanpa kasih sayang seorang ibu? Bagaimana penerimaan Umairah apabila mengetahui penyakit sahabat baiknya? Bagaimana pula dengan Syed Aizril? Adakah Syed Aizril mampu teguh berdiri tanpa Aleya di sisi?

Mampukah Aleya diterima semula oleh keluarganya ketika dia berada pada penghujung hayatnya dan sempatkah Aleya bertemu dengan ibunya untuk memohon ampun dan restu? Apakah jalan terbaik bagi Aleya agar tidak ada hati yang kecewa dan berduka.

Mampukah Aleya menanggung segala keperitan sendirian sehingga memudaratkan diri? Segala persoalan ini akan terjawab dalam novel setebal 583 halaman ini dan pelbagai konflik tragis yang mewarnai novel ini, pasti mendorong pembaca pasti berpuas hati dengan kesudahan kisah.

Garapan peguam muda

SITI Rosmizah Semail membuktikan dunia penulisan kreatif mampu diceburi oleh sesiapa yang mempunyai kesungguhan, tanpa perlu menerima latihan formal dalam bidang ini seperti pengalamannya.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Mac 1972, membuktikan keupayaannya menerusi novel pertamanya, Andai Itu Takdirnya.

Novel pengamal bidang guaman ini yang dihasilkan berdasarkan kepada mimpinya selama tiga hari berturut-turut meskipun baru diterbitkan pada tahun lalu, sudah enam kali dicetak ulang, menjadikan novelis terkenal, Sharifah Abu Salem sebagai idolanya.

Kelahiran novel sulungnya itu, membuktikan kesungguhannya menguliti dunia penulisan kreatif di negara ini sehingga memungkinkannya menyiap novel keduanya, Cinta Kau dan Aku yang berada di pasaran sejak Mac lalu, sudah dua kali dicetak ulang.

Ibu kepada dua cahaya mata ini, menganggap kemunculannya dalam dunia penulisan kreatif bukan untuk bersaing dengan penulis tersohor tanah air, tetapi untuk berkongsi idea, ilmu dan pengalaman hidupnya bersama pembaca.

Oleh Nur Azzureen Nor Hisham

Minyak kelapa dara Sungai Besar

Khasiat minyak kelapa dara sememangnya telah tersebar bukan saja di kawasan Asia tetapi ke seluruh dunia.

Kelapa dulunya sering dikaitkan dengan kolestrol kerana dibayangi pelbagai keburukan yang memudaratkan kesihatan.

Kini minyak kelapa dara menjadi rebutan kerana khasiatnya yang telah diiktiraf secara saintifik.

Meninjau potensi minyak kelapa dara yang boleh berkembang lebih jauh, Natharuddin Jamaluddin, 51, mengambil inisiatif mempelajari kaedah memproses minyak kelapa dara.

Beliau mula meminati minyak kelapa dara selepas melawat beberapa pameran pertanian berhampiran Sungai Besar, Selangor.

"Selepas itu saya mula mengikuti kursus kaedah menghasilkan minyak kelapa dara yang diadakan oleh Pusat Latihan Pertanian di Serdang, Selangor," katanya semasa ditemui di Pusat Pemprosesan Minyak Kelapa Dara, Pejabat Pertanian Batu 39, Sungai Besar, Selangor.

Sementelah itu harga kelapa adalah rendah dan boleh didapati dengan banyak, menyebabkan beliau menjalankan usaha menghasilkan minyak kelapa dara sepenuh masa.

Bagaimanapun, perniagaan yang dijalankan sebaik tamat habis kursus itu menyebabkan Natharuddin mengalami kerugian.

"Ketika itu saya banyak membuat eksperimen dan belum lagi mahir dalam kaedah pemprosesan yang betul.

"Walaupun telah menjalani kursus, membuat sendiri memerlukan keazaman yang kuat untuk berjaya," katanya.

Natharuddin berkata, bagi menghasilkan minyak kelapa dara memerlukan kelapa yang betul-betul tua atau telah gugur.

Menurutnya, apa saja jenis kelapa boleh digunakan asalkan sudah cukup matang atau tua.

Bagi menghasilkan satu liter minyak kelapa dara, Natharuddin memerlukan 10 hingga 20 biji kelapa.

Kelapa yang telah siap diparut akan diperah untuk diambil santannya dan ditambah air paip dengan nisbah 1:1.

Santan tadi akan ditambah dengan lapisan minyak kelapa dara dan disimpan selama lapan hingga 15 jam pada suhu bilik.

"Minyak kelapa dara yang diletakkan di atas lapisan santan tadi bertindak sebagai 'umpan' atau pemangkin dalam penghasilan minyak kelapa dara," katanya.

Selepas 15 jam akan terdapat tiga lapisan dengan lapisan minyak kelapa dara di tengah-tengah.

Lapisan minyak tadi akan diasingkan dan ditapis menggunakan kertas turas atau tisu dengan kapas.

Selepas itu hasil turasan akan dibekukan bagi mengasingkan getah kelapa yang menyebabkan bau tengik.

Selepas minyak tadi cair, ia akan dituras dua kali lagi dengan menggunakan lapisan kapas lebih ketat yang mengambil masa lebih kurang lima hari.

"Biasanya proses menghasilkan minyak kelapa dara mengambil masa lebih kurang seminggu," katanya.

Natharuddin berkata, secara purata beliau boleh memproses sehingga 200 biji kelapa sehari bagi menghasilkan 10 liter minyak kelapa dara bergantung kepada permintaan.

Mengenai pasaran, beliau menjalankan pemasaran secara kecil-kecilan dan menerusi ekspo dan pameran.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan minyak kelapa dara Natharuddin boleh menghubunginya di 019-2991347.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Panduan Lengkap Untuk Diet Dan Langsing

90% cubaan untuk menguruskan badan GAGAL Malah MERBAHAYA disebabkan AMALAN dan CARA DIET yang SALAH.



Panduan Komprehensif Diet & Langsing merupakan satu panduan khas berkenaan diet dan cara pemakanan yang betul. Panduan ini merangkumi pelbagai aspek penting tentang amalan diet dan cara menurunkan berat badan. Panduan ini tiada kena mengena dengan pelbagai produk pelangsingan yang ada di pasaran ataupun mana-mana program MLM.

Obesiti ataupun masalah kegemukan merupakan satu ancaman yang semakin serius kepada rakyat di negara ini. Saban tahun, kajian telah dijalankan bagi mengetahui peratusan dan tahap obesiti bagi penduduk di negara ini. Hasilnya adalah amat menakutkan kerana pertambahannya yang begitu drastik dari tahun ke tahun menunjukkan tahap kesedaran masyarakat kita masih amat berkurangan terutamanya berkaitan dengan soal pengambilan makanan seharian.

"Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan 2002/2003 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas orang dewasa mendapati, masalah berlebihan berat badan meningkat kepada 27% (4.2 juta) berbanding hanya 16.6 % (1.7 juta) pada 1996."

Bagi tahun 2006 pula, peratusannya telah meningkat menjadi semakin tinggi sehingga mencapai 43.1% dan telah direkodkan sebagai antara negara yang mengalami tahap obesiti tertinggi di Asia. Peningkatan sebanyak 16% dalam tempoh 3 tahun telah cukup untuk membuktikan bahawa kita semua harus berubah dan perlu mengambil serius tentang isu obesiti ini.

Data dan statistik di atas jelas menunjukan bahawa negara kita bakal menghadapi satu krisis kesihatan yang teruk sekiranya tahap kesedaran berkaitan makanan ini tidak dipupuk kepada masyarakat kita. Fenomena 5G iaitu Gebu, Gemuk, Gempal, Gendut dan Gelebar akan berleluasa disegenap peringkat umur masyarakat kita. Malah yang lebih membimbangkan adalah 1001 penyakit kronik yang dikaitkan dengan obesiti bakal dihadapi sekiranya aspek ini tidak diambil serius.

Justeru itu, minda yang peka dan sensitif terhadap isu pemakanan dan gaya hidup yang sempurna haruslah dipupuk bagi memastikan permasalahan yang berkait rapat dengan obesiti ini dapat dijauhi daripada keluarga dan masyarakat. Coraklah kehidupan yang betul dan berkualiti dengan amalan pemakanan yang sihat agar segala masalah yang berkaitan dengan obesiti ini dapat dihindari. Maklumat dan pemahaman yang jelas tentang isu pemakanan dan diet perlu dititik beratkan pada setiap individu.

Untuk memahami lebih lanjut tentang panduan diet, sila klik sini.


Max Beauty Cosmetics

Puas mencuba produk kecantikan di pasaran?

Jika anda belum bertemu yang sesuai, apa kata anda mencuba Max Beauty Cosmetics.

Produk itu sesuai dengan semua jenis kulit kerana diformulasi daripada ekstrak buah-buahan yang memberikan sumber Vitamin C dan E.

Ia terdiri daripada Max Beauty Soap, Max Beauty Whitening Essence dan Max Beauty White Perfect Cream.

Pengarah Urusan Max Beauty Cosmetics, Perhani Salam, berkata produk itu kian jadi perbualan pengguna sejak berada di pasaran beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, ramai pengguna menemuinya untuk mendapatkan produk menangani masalah jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam atau kulit kusam dan tidak bermaya.

"Justeru, saya menasihatkan mereka mencuba Max Beauty Cosmetics dan alhamdulillah, mereka mendapat wajah yang jelita dan berseri-seri.

"Max Beauty Cosmetics adalah produk yang lembut bagi merawat kulit wajah, bukan seperti sesetengah kosmetik yang menyebabkan kulit mengelupas," katanya.

Berikutan sambutan baik orang ramai, syarikat keluaran tempatan, Signature Wheels Sdn Bhd melebarkan perniagaan ke seluruh negara termasuk Sabah, Serawak dan Brunei.

"Sebelum ini Max Beauty Cosmetics hanya dijual di pusat kecantikan di Melaka dan beberapa stokis di ibu kota tetapi atas permintaan ramai, ia boleh diperolehi di seluruh negeri dengan harga pengenalan RM59 untuk set lengkap.

"Formulasi Max Beauty Cosmetics cukup unik kerana ia kaya dengan kandungan Vitamin C dan E yang memberikan nutrisi baik untuk kulit.

"Set lengkap Max Beauty Cosmetics menghilangkan jerawat, jeragat disamping memberi kelembapan kepada wajah si pemakai," katanya.

Menurutnya, kerja seharian membuatkan kulit penat, berhabuk, berminyak dan terdedah kepada radikal bebas seperti sinaran UV, asap dan rokok.

Kesannya, kulit wajah menjadi kusam, tidak bermaya dan kehilangan zat.

Justeru, anda dinasihatkan mencuci wajah dengan Max Beauty Soap kerana agen pemutihnya mampu mencerahkan wajah disamping membersih secara menyeluruh ke dalam kulit.

Manakala Max Beauty Whitening Essence berfungsi umpama vitamin yang memberi tenaga kepada kulit.

Ia bukan sahaja bertindak sebagai penyegar (toner) tetapi ekstrak buah-buahan dalam kandungannya memberikan kesegaran, mengekalkan tahap PH kulit wajah, serta membuang segala sisa-sisa kotoran yang menutupi liang roma.

Sebagai pelindung daripada sinaran UV/UVA, pengguna disyorkan memakai Max Beauty White Perfect Cream.

Krim ini juga boleh digunakan pada waktu malam kerana ia kaya dengan pelembab.

Maklumat lanjut mengenai Max Beauty Cosmetics, anda boleh menghubungi Ibu pejabat Signature Wheels Sdn Bhd PC 09, Zone B, Melaka Sentral, Jalan Peringgit, Melaka atau talian 017-2669726, 012-6957690, 012-6957655, 017-6039004.

Max Beauty Cosmetics juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi pengedar di seluruh negara.

Rawatan terapi medan elektrik Alpha One

Terapi medan elektrik yang dikeluarkan Alpha One Marketing (M) Sdn Bhd di reka bentuk dan dikilangkan ITO Co Ltd Japan.

Ia dihasilkan syarikat yang berdedikasi dalam pengurusan kesihatan bagi memberi sinar harapan kepada mereka yang mahukan penjagaan kesihatan dan tahap kehidupan lebih sihat.

Produk itu adalah 100 peratus buatan Jepun berbanding produk lain di pasaran hanya mengaplikasikan teknologi Jepun.

BIOS 9000 dikeluarkan mengikut prosedur yang ketat selain kawalan mutu dan pemantauan teknikal yang teliti bagi memastikan kualiti dan ciri-ciri keselamatan terkini.

BIOS 9000 adalah produk terapi medan elektrik yang mudah digunakan, mudah alih, selamat dan dijamin kualitinya tanpa kesan sampingan.

Walaupun mesin terapi itu dijana menggunakan kuasa arus 9,000 voltan, ia dijamin selamat digunakan, malah testimoni mendapati pesakit menerima rawatan selesa untuk tempoh 30 minit hingga lapan jam.

Pesakit hanya perlu duduk di atas pelapik khas atau berbaring di atasnya untuk menerima terapi medan elektrik.

Ia berfungsi merangsang peredaran darah ke seluruh tubuh.

BIOS 9000 mengguna pakai aplikasi kuasa voltan untuk mencerna, menyah toksik dan membaik pulih sel tubuh dan menguatkan daya tahan terhadap penyakit.

Ia membantu memulihkan kadar asid darah kepada taraf alkali bagi memastikan pesakit kembali normal.

Ia memberi kesan selamat kepada permukaan tubuh, diikuti tindakan biologi dan elektrik seperti pendedahan terhadap medan elektrik yang menghasilkan rangsangan terhadap saraf deria dan arus rangsangan yang halus ke tubuh.

Berbanding produk lain yang menawarkan pelbagai fungsi dan menggunakan teknologi Jepun, BIOS 9000 mempunyai lima fungsi utama iaitu mengalirkan kuasa arustatik untuk merangsang peredaran darah, membersihkan kotoran dalam saluran darah, menyelaraskan sistem saraf tidak terkawal, meningkatkan daya ketahanan serta mengimbangi hormon dalam badan dan membantu membina sel baru.

Ia produk 100 peratus buatan Jepun dan dikilangkan ITO Co Ltd (sebuah syarikat yang terkenal sebagai peneraju dalam peralatan pemulihan dan fisiosterapi).

BIOS 9000 diimport ke Malaysia dengan tahap sistem kualiti yang tinggi dan terperinci pemantauannya. Ia mencapai pelbagai pengiktirafan mutu dan keselamatan antarabangsa dan terbukti kepada pengguna, pembeli dan artikel perubatan.

Urutan tradisional Jawa

urut jawaTiada siapa yang tidak mempunyai masalah. Tertekan dek beban kerja di pejabat tambahan pula dengan masalah dalaman secara tidak langsung memberi kesan letih dan lesu pada badan.

Lazimnya, ke tempat hiburan sebagai ubat untuk mengatasi masalah tidak memberi kesan berpanjangan sebaliknya rawatan urutan badan ternyata memberi kelegaan, terutama pada bahagian badan yang sakit.

Urutan badan lazimnya bertujuan mengurangkan tekanan selain membantu menyegarkan semula tubuh. Malah, urutan badan itu dapat membantu meningkatkan peredaran darah dengan hanya sekurang-kurangnya setengah jam untuk memperoleh manfaatnya.

Pengurus Taman Sari Royal Heritage Spa, Noor Aisah Muda, berkata jika dulu urutan badan hanya sering dilakukan oleh wanita yang baru lepas bersalin, kini amalan itu dijadikan rutin di kalangan masyarakat termasuk lelaki.

“Pelbagai jenis urutan badan semakin terkenal di rantau ini antaranya urutan Melayu tradisional, Jawa, Balinese, Thai dan juga Swedish. Namun ia mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri pada bahagian badan yang memerlukan belaian urutan.

“Paling mendapat sambutan ialah urutan tradisional Jawa atau Javanese. Ia terkenal di Indonesia sejak berkurun lamanya. Keunikan urutan tradisional berkenaan mampu melegakan kesakitan, lenguh atau sengal pada tubuh kerana urutan tradisional berkenaan biasanya menggunakan tekanan agak kuat membabitkan urutan tisu dalaman. Terapi berkenaan bukan saja untuk melegakan tubuh, malah dianggap sebagai keperluan bagi sesetengah golongan,” katanya ketika ditemui di Taman Sari Royal Heritage Spa sempena lawatan media ke Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort, Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

Keunikan urutan Jawa sekali gus menjadi konsep utama bagi Taman Sari Royal Heritage Spa. Dibuka sejak 2001 lagi, konsep dalaman bermotifkan ala Jawa memberi ketenangan kepada mereka yang lari seketika daripada kesibukan kerja serta pencemaran alam di kota.

Sebelum memulakan rawatan, pelanggan terlebih dulu dijamu dengan minuman halia yang dicampurkan dengan gula merah dipanggil air wedang. Minuman berkenaan adalah bagi membantu pelanggan membuang angin serta membersihkan toksin dalam badan.

Noor Aisah yang juga Pengurus Perhubungan Awam Awana Kijal berkata, urutan Javanese di Taman Sari Royal Heritage Spa sangat berbaloi dan melegakan kerana ahli terapi mempunyai kemahiran mengurut. Urutan berkenaan hanya menggunakan ibu jari dan tapak tangan dengan kaedah menolak di seluruh bahagian badan.

“Lebih menghangatkan, urutan berkenaan menggunakan minyak kacang soya. Minyak berkenaan sangat bagus untuk kulit, malah ia membantu meningkatkan aroma bau badan segar. Urutan saja tidak cukup tanpa mendapatkan rawatan kulit dengan teknik penyental.

“Alang-alang mendapat rawatan kelegaan sengal di badan, lebih menarik jika rawatan penyental dilakukan terus. Baik untuk kebersihan kulit, membuang sel kulit mati serta memberi kesan kelembutan dari dalam, Taman Sari menawarkan produk penyental Papaya Enzime daripada Mustika Ratu,” katanya.

Taman Sari Royal Heritage Spa terletak di dalam resort bertaraf lima bintang di Awana Kijal. dengan menawarkan lebih 13 pakej istimewa untuk dicuba pelanggan. Antaranya ialah Ultimate Spa Experience yang mengambil masa sehingga dua jam termasuk mandian buih susu dalam tab mandi jakuzi.

Rawatan yang ada ialah Ancient Healing, Physical Conditioning, Royal Essential Touch, Stress Reduction dan Beautiful Princess yang mengambil masa antara setengah jam hingga empat jam lamanya. Selain itu, rawatan selepas bersalin juga diberikan selama tiga jam setengah untuk mengembalikan kesegaran wanita selepas menimang cahaya mata.

Belaian istimewa yang terdapat di spa berkenaan ialah Taman Sari - Awana Spa Retreat mengambil masa selama enam jam membabitkan rawatan asas termasuk rawatan wajah, spa lunch, urutan kaki dan tangan aromaterapi serta rawatan rambut.

Selain itu, istimewa untuk pasangan baru berkahwin iaitu pakej Royal Honeymoon untuk suami dan isteri selama lima jam. Untuk lelaki rawatan yang diberikan ialah Pelvic Floor Excercise, rawatan wajah muka, refleksologi dan sebagainya sementara si isteri pula terdapat urutan Asmaragama, pupur badan (mangir atau bengkong), cucian dalaman dan rawatan

Untuk kecantikan lengkap bagaikan puteri, rawatan sampingan lain adalah rawatan kuku kaki dan kuku tangan (manicure dan pedicure) serta perkhidmatan buangan bulu anggota badan.

INFO: Taman Sari Royal Heritage Spa

* Lokasi: Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort, Kemaman, Terengganu.
* Rawatan:
o 13 pakej spa kecantikan
o enam urutan aroma terapi (leher dan bahu, sukan, Therapeutic, Queen dan Volcanic Stone)
o terapi kaki dan tangan (manicure, pedicure)
o rawatan kecantikan wajah (royal facial, rejuvenating, diamond peel dan Oxijet Facial)
o perkhidmatan membuang bulu badan (kaki, tangan, bawah lengan dan muka)
o penjagaan kecantikan kulit (penyental, mandian susu, balutan badan dan pupur badan)
o rawatan rambut (potong, membasuh, melurus, dan mewarnakan)


* Harga: RM250 hingga RM825
* Telefon: 09 864 1188.

Pearl Haya gaya hijab terbaru

Mengikut fesyen tudung yang sedang menjadi trend saat ini iaitu yang mempunyai 'awning' atau teduhan, hijab berjenama Pearl Haya tampil memberikan nuansa yang berbeza tetapi tetap akan membuatkan si pemakai kelihatan cantik dan anggun.

Menurut pencetus idea bagi satu lagi reformasi tudung seperti ini yang terdiri daripada tiga sahabat karib, Zetty Rosli, 33, Suriyati Daman, 33, dan Nor Azlin Abdul Jalil, 39, dari Negeri Sembilan, rekaan untuk Pearl Haya bukan saja berawal dengan kepentingan untuk berpakaian sopan secara muslimah tetapi bahan yang digunakan juga nyaman dan menawan dengan ciri-ciri khasnya yang tersendiri.

Gaya istimewa pada rekaan Pearl Haya yang juga merupakan ciri-ciri khas tudung jenama tersebut terletak pada rekaan 'awning' atau teduhan yang mengkombinasikan dua lapisan fabrik di samping pemilihan fabrik yang bersesuaian dengan motifnya.

Untuk itu Pearl Haya menggunakan padanan yang dipilih daripada fabrik sutera Thai, sutera India, tenun sutera India dengan corak timbul, kain linen Itali, fabrik tenun sutera China dan tidak ketinggalan denim yang dijahit pada keseluruhan tudung.

Selain itu, Pearl Haya juga mementingkan aspek penjimatan masa, ringkas, praktikal, kemas, berkualiti, selesa dan menawan melalui pemilihan fabrik, variasi warna dan padanan pada teduhan yang dianggap mahkota.

Masakan tidak dengan pemilihan fabrik, warna dan corak yang bersesuaian Pearl Haya sesuai digayakan dalam pelbagai suasana seperti majlis perkahwinan, keraian, sambutan perayaan mahupun bersantai atau beriadah.

Bukan itu saja Pearl Haya turut menitikberatkan pemakaian hijab dalam aktiviti harian seperti ke pasar, di dapur, halaman rumah mahupun ke gimnasium.

Lebih menarik tentang Pearl Haya adalah ia direka untuk semua generasi kerana bukan wanita dewasa saja boleh menggayakannya tetapi juga kanak-kanak dan gadis remaja.

Setiap gaya direka bagi menepati cita rasa golongan berkenaan seperti kombinasi warna santai serta kasual menggunakan fabrik jenis kapas dengan gabungan 'awning' denim boleh digayakan oleh remaja.

Sementara bagi kanak-kanak pula kombinasi warna ceria dengan fabrik lembut dan tidak panas seperti kapas bakal menjadi pilihan.

Rekaan Pearl Haya juga dibawakan dalam tiga potongan labuh iaitu Pearl 1 direka pendek dan ringkas serta sesuai untuk digayakan oleh mereka yang mempunyai karier dalam bidang korporat yang senantiasa mementingkan penampilan yang kemas dan bergaya.

Sementara Pearl 2 yang sederhana labuh pula adalah untuk memenuhi keperluan untuk bergaya di majlis keraian kerana tudung boleh digayakan bersama kerongsang.

Pearl 3 pula yang labuh dapat dipelbagaikan pemakaiannya dan sesuai digayakan dengan busana muslim atau baju tradisional seperti baju kurung.

Bukan itu saja, Pearl Haya turut menyediakan khidmat khas tempahan hijab mengikut padanan warna, corak dan rona busana yang bakal dikenakan agar penampilan tampak lebih anggun.

Setiap pembelian Pearl Haya didatangkan dengan kotak eksklusif yang boleh dijadikan isebagai hadiah atau cenderamata. Bagi mereka yang ingin membuat tempahan sila layari, www.pearlhaya.com.

Oleh JAMLIAH ABDULLAH