Bagi yang takut mencubanya, jangan gusar kerana anda tidak perlu meniru gaya rambut unik ini. Hanya menjadikan ia contoh, mungkin anda boleh mencuba gaya sanggul siput ini. Walaupun nampak klasik, penampilan akan lebih terserlah dengan padanan ceongsam moden.
Tidak perlu berbelanja besar untuk mengubah penampilan diri. Jiika kena pada gayanya, kos perbelanjaan yang berpatutan mampu menjadikan personaliti sedia ada berubah sama sekali. Begitu jugal dengan potongan rambut yang sesuai.
Transformasi
Fesyen yang dipersembahkan Akademi A Cut Above ini membuktikan fesyen rambut turut mengalami transformasi.
Di kalangan mereka yang gemar melakukan transformasi rambut, jenama berkenaan bukan asing lagi malah ia juga sudah meniti di bibir hampir setiap peringkat golongan di ibu kota.
Konsep Shanghai Moulin Rouge ini mengetengahkan gaya rambut bersama gaun mandarin dan ceongsam yang direka di Shanghai, China pada era 1920-an. Pada zaman itu, fesyen ini mengangkat darjat dan sosial wanita.
Maksud yang ingin disampaikan ialah mengajak masyarakat melupakan imej grunge, minimalism, basic, nude colour dan sebagainya yang mana konsep berkenaan sudah jauh dan lama ditinggalkan.
Sehubungan itu, konsep terbaru ialah kreativiti menggunakan rambut palsu, bulu mata palsu, warna terang pada pembayang mata dengan sentuhan pakaian yang sedondon dengan tema. Gaya terkini membawa kita mengimbas bagaimana wanita zaman dahulu berjaya melakukan transformasi hanya melalui fesyen. Fesyen berjaya mengubah status sosial bahkan mengangkat imej mereka.
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH