Promosi Ayam panggang mentega The Chicken Rice Shop

AYAM panggang mentega The Chicken Rice Shop kini ditawarkan untuk tempoh terhad sehingga 31 Disember ini.

"Sajian ayam panggang mentega kami menjadi pilihan ramai setiap kali ia disenaraikan dalam menu. "Walaupun ramai yang mencadangkan agar kami mengekalkan sajian ini sebagai menu tetap, kami ingin memilih pelbagai sajian istimewa untuk diperkenalkan bagi tempoh tertentu supaya boleh terus menambat cita rasa pelanggan kami," jelas Pengasas Bersama yang juga Ketua Pegawai Operasi TCRS Restaurants Sdn Bhd, Wong Kah Lin. Untuk menghasilkan ayam panggang mentega enak itu, Wong berkata, ia menggunakan ayam segar yang diperap dengan rempah khas.

"Ayam kemudian dipanggang dengan sempurna, sehingga rasanya rangup di luar dan enak di dalam. Ia kemudian disajikan bersama sos mentega pekat dan sedikit berempah," katanya.

Sempena pengenalan semula sajian ayam panggang mentega ini, peraduan Peel, Collect & Win turut diadakan.

Peserta hanya perlu membuka pelekat daripada pencungkil yang dicucuk pada ayam panggang mentega yang dihidangkan. Pelekat akan memaparkan ganjaran segera dan kemudian boleh disimpan dan dikumpulkan. Pelanggan yang mengumpulkan paling banyak pelekat akan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti televisyen LCD 40 inci, Apple iPad dan kamera digital. Ayam panggang mentega boleh dipesan sebagai sajian ala carte pada harga RM10.90. Terdapat juga beberapa pilihan kombo yang boleh dinikmati untuk seorang hingga empat orang. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.thechickenriceshop.com.my.