CARA merias diri terutama bagi menanggalkan bulu badan yang berlebihan dengan menggunakan waxing atau pengilap lilin sudah menjadi trend masa kini. Bagaimana kaedah itu mungkin agak janggal kerana masih ada yang bimbang mengenai tahap keselamatan, kebersihan dan kesakitan yang akan ditanggung.
Strip yang berlokasi di pusat beli-belah Lot 10, Kuala Lumpur antara pusat perkhidmatan waxing yang terkenal kerana mementingkan teknik menanggalkan bulu badan.
"Di Strip kami mengendalikan mutu kebersihan dengan memastikan spatula dalam setiap proses waxing tidak dikongsi pelanggan.
"Setiap langkah yang dilakukan, Strip menggunakan spatula berlainan. Selepas digunakan, spatula tersebut terus dibuang," jelas Pengurus Perhubungan Strip, Janet Lim.
Selain itu, Strip amat menitik beratkan kemahiran pakar waxing di kedainya. Setiap pakar waxing perlu mendapatkan kursus khas sekurang-kurangnya sebulan di Singapura. Ini bagi memastikan mereka mengetahui dan mendalami cara yang selamat untuk menanggalkan bulu di setiap sudut tubuh badan pelanggan.
PERBEZAAN tangan kiri yang bebas daripada bulu selepas menjalani rawatan waxing.
Waxing yang perlu mendapat lebih perhatian kerana harus dilakukan dengan teliti ialah Brazilian Waxing. Ini kerana perkhidmatan itu adalah untuk menanggalkan bulu di bahagian sulit golongan lelaki mahupun wanita itu, mempunyai kelebihan tersendiri.
"Menanggalkan bulu secara waxing akan bertahan sehingga tiga bulan berbeza dengan mengamalkan cara biasa seperti cukur. Ini kerana proses waxing akan menarik bulu anda sehingga ke akar umbi.
"Bukan itu sahaja, bulu yang akan tumbuh lebih nipis dan lembut," terangnya lagi.
Selain itu, permukaan kulit pada bahagian yang dibuang bulu tidak akan kelihatan hitam sebaliknya akan melembutkan kulit anda. Selepas melakukan proses tersebut anda boleh menikmati perbezaannya.
Ramai pelanggan Strip terdiri daripada golongan remaja kerana mereka aktif dalam sukan dan ingin mengurangkan bau badan yang kurang menyenangkan.
ANTARA produk yang digunakan dalam rawatan Waxing di Strip.
"Bahagian lain yang sering mendapat permintaan pelanggan antaranya ialah menanggalkan bulu kaki, tangan, dada, ketiak dan pinggul," ujarnya.
1Sebelum rawatan waxing dijalankan, bahagian yang ingin dilakukan perlu disapu dengan krim antiseptik terlebih dahulu.
Namun, harus diingat bagi Brazilian waxing, pakar terapi akan memilih pelanggan yang mempunyai bulu sepanjang empat milimeter (mm).
Alasannya ialah untuk mudah ditarik sekali gus dapat membuang sel kulit mati dan mendedahkan kulit lembut.
2Kemudian, cecair waxing keras strawberi disapu pada kulit dan dalam beberapa saat ia terus akan kering.
Bagi bahagian tangan, anda tidak akan rasa sebarang kesakitan. Tetapi jika terapi Brazilian waxing, anda perlu menahan sedikit rasa sakit terutama bagi pelanggan yang pertama kali melakukannya.
3Sejurus sahaja cecair waxing mengering, pakar terapi terus sahaja menanggalkan cecair tersebut dengan sekali sentapan sahaja.
Anda mula dapat menikmati kesegaran dan kebersihan yang sebenar. - AQMAR ALLADAD